You are on page 1of 38

METODOLOGI PENYELIDIKAN DALAM PENGAJIAN ISLAM

(DWI 23103)

TAJUK: KETAGIHAN MEROKOK DALAM KALANGAN MAHASISWA DI


UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNiSZA)

OLEH: NUR ALYA BINTI ABU HASSAN AL SAARI

NO. MATRIK: 047749

DISEDIAKAN UNTUK: PROFESOR MADYA DR. RAHIMAH EMBONG


2

ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. BAB 1
1.0 PENGENALAN 4

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN 4-6

1.2 TUJUAN KAJIAN 6-9

1.3 PERNYATAAN MASALAH 9-10

1.4 TEORI TINGKAH LAKU 10-11

1.5 OBJEKTIF KAJIAN 11

1.6 SOALAN KAJIAN 11-14

1.7 HIPOTESIS KAJIAN 14-15

1.8 KERANGKA TEORI 16

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN 17

1.10 DEFINISI OPERASIONAL 18

2 BAB 2: SOROTAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN 19

2.1 TEORI-TEORI BERKAITAN 19-23

3 BAB 3 24

3.0 METODOLOGI KAJIAN 25

3.1 TEKNIK MENGUMPUL DATA 25

3.2 INSTRUMENTASI 25-26


3

3.3 KAJIAN RINTIS 25-26

3.4 REKA BENTUK KAJIAN 27

3.5 DAPATAN KAJIAN 27-30

3.6 KESIMPULAN 30-32

4 RUJUKAN 33-34

5 LAMPIRAN 35-38
4

BAB 1

1.0 PENGENALAN

Huraian pada bab ini berfokus kepada latar belakang masalah, pernyataan masalah,
objektif kajian, kepentingan kajian, persoalan kajian, pernyataan hipotesis, kerangka
teori, batasan kajian, definisi istilah dan operasional kajian dan rumusan. Kesemua
huraian berkait dengan ketagihan merokok dalam kalangan mahasiswa lelaki di
Universiti Sultan Zainal Abidin.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Budaya merokok bukan sahaja berlaku di negara kita tetapi menjadi masalah yang
serius di negara-negara Islam yang lain. Namun demikian, pertambahan bilangan
perokok menunjukkan masyarakat belum peka dengan ancaman rokok kepada
kesihatan yang berisiko kepada penyakit yang serius. Peningkatan bilangan remaja
yang merokok akan membawa ancaman kepada negara, di mana data kajian Tinjauan
Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan, tahun 2003 remaja berumur antara 13-15 tahun
yang merokok adalah 19.9% dengan peratusan 35.5% remaja lelaki dan 4.3% adalah
remaja perempuan.12 Statistik jumlah perokok dewasa berdasarkan tinjauan Morbiditi
dan Kesihatan Kebangsaan 2006 mencatatkan 2.61 juta perokok lelaki, iaitu 95.6% dan
120,000 perokok wanita, iaitu 4.4%. Manakala dalam kalangan mahasiswa yang
merokok dianggarkan 25.0% atau 220,000 daripada 1.2 juta mahasiswa sama ada dari
universiti awam mahupun swasta.

Dalam menangani masalah ini, pihak berkuasa universiti sudah semestinya


menyahut cabaran ini kerana merekalah yang menjadi rujukan para mahasiswa.
Seterusnya, pendedahan kepada pendekatan agama serta pengetahuan yang luas
tentang kesan bahaya dan kemudaratan kepada kesihatan diri, keluarga dan
5

pembaziran wang amat penting kepada setiap lapisan masyarakat khususnya,


tambahan pula sebagai mahasiswa mereka terikat dengan masalah kewangan kerana
sejumlah besar dari mahasiswa melakukan pinjaman wang PTPTN.

Di samping mengetahui kesedaran terhadap risiko penyakit daripada


kebiasaan merokok oleh mahasiswa. Seterusnya, tahukah mahasiswa bahawa rokok
atau tembakau telah dimasukkan bahan adiktif kerana dapat menimbulkan ketagihan
dan kebergantungan oleh sebab itu rokok (tembakau) termasuk kedalam golongan
NAZA (Narkotika, Alkohol dan Zat Adiktif). Mereka yang sudah ketagihan dan
kebergantungan rokok (tembakau) bila penggunaannya dihentikan akan timbul sindrom
putus rokok atau ketagihan dan kebergantungan dengan gejala-gejala seperti berikut:
ketagihan rokok/tembakau (craving), mudah tersinggung dan marah, cemas dan
gelisah, gangguan tumpuan, tidak dapat diam, tidak tenang, sakit kepala, mengantuk
dan gangguan pencernaan. Seharusnya perlu disedari kos rawatan yang ditanggung
dan kehilangan produktiviti kepada negara jika masalah merokok tidak ditangani
dengan berkesan. Sebagaimana dilaporkan kerajaan perlu membelanjakan RM3.5
bilion untuk memberi rawatan kepada perokok pada tahun 2007.14 Negara
menanggung kerugian kira-kira RM20 bilion setahun untuk setiap 10,000 perokok yang
mendapat rawatan pelbagai penyakit akibat merokok. Oleh itu, penyelidik ingin
meninjau hubungan antara program kempen tidak merokok yang menjadi agenda
utama negara mengikut perspektif Islam. Selain dapat mengenal pasti pelaksanaan
peraturan-peraturan berkaitan larangan merokok di tempat-tempat awam khususnya.
Jika diperhatikan masyarakat kini, mereka masih kurang mengendahkan peraturan
peraturan larangan merokok di tempat-tempat awam walaupun banyak tanda larangan
dan kempen kesedaran tentang bahaya merokok.

Tingkah laku merokok dalam kalangan mahasiswa hingga kini masih menjadi
masalah endemik. Berdasarkan data empirikal, secara kuantitatif daripada kajian
terdahulu diketahui bahawa angka prevalens (prevalence) perokok dalam kalangan
murid daripada tahun ke tahun terus meningkat. Data terkini menunjukkan jumlah
perokok dalam kalangan mahasiswa sudah berada pada tahap yang sangat
membimbangkan. Mahasiswa pada umumnya tidak menyedari bahawa merokok dapat
6

membunuh dengan pelbagai cara. Di seluruh negara sedang membangun, rokok


menyebabkan kematian pada laki-laki sekitar 24 peratus sedangkan pada perempuan
sekitar 7 peratus, dan menyebabkan berkurangnya umur harapan hidup perokok sekitar
8 tahun (Kutlu, Marakoglu & Sahsivar; 2006). Ada kekhuatiran terhadap tingkah laku
merokok pada mahasiswa tersebut, yakni semakin muda seseorang mulai menjadi
perokok, makin besar kemungkinan yang bersangkutan menjadi perokok tegar pada
usia dewasa (Dhuyvettere, 1990; Leventhal, 1988). Apalagi banyak iklan rokok yang
menyesatkan dengan istilah kadar nikotin rendah (mild atau light) yang sebenarnya
tidak ada kadar sesuai bagi nikotin. Oleh sebab itu, perlu segera ada perlindungan
undang-undang bagi masyarakat khususnya generasi muda.

1.2 TUJUAN KAJIAN

Menurut analisis yang dilaporkan oleh Euromonitor8 menyatakan pasaran industri rokok
di Arab Saudi berkembang dan berpotensi dengan kadar perokok yang tinggi dan
menganggarkan lebih 25 juta orang, ia adalah negara ke 25 yang tertinggi berbanding
permintaan rokok di mana jenama rokok terkenal Philip Morris International
menyumbang 61% dan diikuti oleh jenama Marlboro dengan 40% pada tahun 2009. Ini
menunjukkan negara Islam adalah sasaran utama oleh syarikat syarikat rokok yang
dipelopori oleh negara-negara bukan Islam dalam industri tembakau.

  Zaman remaja merupakan salah satu tahap kehidupan yang akan dilalui oleh
manusia (DwiRamayanti, 2000). Menurut Institut Pertanian Bogor (t.th.), dalam artikel
berkaitan remaja dan pemakanannya, remaja dikatakan suatu masa transisi daripada
zaman kanak-kanak kepadadewasa.

Proses transisi tersebut melibatkan perubahan keadaan yang bergantung


dengan penjaganya kepada berdikari dan berkemandirian, hidup bermasyarakat serta
beradaptasi dengan persekitarannya. Remaja dikatakan sedang mengalami
pertumbuhan dan perkembangan pesat dari segi emosi, fizikal, mental dan sosial.
Remaja merupakan golongan yang sedang aktif dengan perkembangan semula jadi
seksual, fizikal dan mental seperti hasil kajian Sarnon et. al.(2012).Manusia melakukan
7

pelbagai tindakan yang luar biasa. Semuanya itu dianggap tingkah lakumanusia
(Khalim, 2007).

Tingkah laku remaja mungkin berbentuk positif dan sebaliknya pulamelakukan


tingkah laku negatif. Positif dalam kajian ini merujuk kepada tingkah laku positif atau
baik yang dilakukan remaja hasil pemanfaatan masa senggangnya. Menurut Khalim
(2007) tingkah laku positif yang dapat diterima masyarakat. Manakala negatif dalam
kajian ini merujuk kepada tingkah laku negatif atau bermasalah atau nakal atau
delinkuen yang dilakukan remajakesan salah pemanfaatan masa senggangnya.
Pelbagai tingkah laku negatif berkaitan generasimuda kini terutamanya remaja yang
terjerumus ke dalam pelbagai gejala sosial dapat dilihatmenghiasi paparan dada akhbar
negara.Menurut Azizi, Noordin dan Juriah (2010), hasil kajian Sabitha dan Mahmood
(1995)mendapati, hampir setiap hari ada sahaja salah laku remaja berlaku, baik dalam
bentuk yangsekecil-kecilnya hinggalah kepada salah laku yang lebih serius seperti
pergaulan bebas antaralelaki dan perempuan yang akhirnya akan mewujudkan
pelbagai gejala sosial seperti bersekedudukan dan akhirnya membawa kepada
perlakuan pengguguran dan pembuangan bayi.

Di Indonesia, amaran “Di Larang Merokok” sering kali tidak diendahkan di


mana-mana tempat dengan anggaran mereka yang merokok sebanyak 220 billion
batang setahun. Lebih mengejutkan 63 peratus lelaki dewasa rakyatnya adalah perokok
sementara wanita dan kanak-kanak turut ketagih. Manakala purata pendapatan isi
rumah, iaitu sebanyak 11 peratus dibelanjakan untuk membeli rokok selepas beras
yang menjadi keperluan utama mereka.

Marzukhi Md. Isa, Pengarah Kesihatan Kedah, menyatakan bahawa terdapat


13,000 kakitangan di Jabatan Kesihatan Kedah dan daripada jumlah itu, 30 peratus
adalah perokok. Oleh itu beliau menetapkan hanya warga kerja yang tidak merokok
akan dipertimbangkan untuk Anugerah Khidmat Cemerlang. Tindakan ini seharusnya
dicontohi oleh semua sektor pekerjaan dalam menilai tahap prestasi berkaitan
personaliti individu pekerja. Berkaitan dengan penguatkuasaan merokok di tempat-
tempat awam, Jabatan Kesihatan telah mengeluarkan 43 notis di bawah Seksyen 32B
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 kepada beberapa individu supaya
8

hadir ke mahkamah kerana kesalahan merokok di tempat awam. Ini menjelaskan masih
ramai dalam kalangan perokok yang tidak mengendahkan larangan dan beranggapan
perbuatan mereka merokok di tempat larangan merokok adalah tidak bersalah.
Berdasarkan isu-isu yang dinyatakan seperti di atas, jelaslah amalan merokok bukanlah
perkara yang mendatangkan faedah bahkan mengundang masalah kesihatan yang
boleh mengancam nyawa, masalah sosial dalam keluarga, masyarakat dan negara.
Malahan perbelanjaan membeli rokok dianggap pembaziran wang kerana bukan sahaja
tidak bermanfaat malahan kerajaan membelanjakan kos yang besar untuk menanggung
perubatan yang disebabkan oleh rokok. Walaupun mereka yang merokok mempunyai
pelbagai alasan sepatutnya golongan yang berpendidikan dapat memberi contoh
kepada masyarakat dengan mematuhi larangan merokok di tempattempat awam dan
dapat menghentikan tabiat merokok yang memudaratkan.

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor dan implikasi ketagihan
merokok dalam kalangan mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin,Kuala
Terengganu,Malaysia. Kajian ini dijalankan terhadap 50 orang mahasiswa UNISZA dari
pelbagai bidang.Model PRECEDE-PROCEED (Green & Kreuter, 1991) digunakan
untuk menjelaskan tingkah laku yang berhubungan dengan tingkah laku merokok
daripada mahasiswa UNISZA. Analisis ujian-t digunakan untuk mencari perbezaan
antara faktor pradispos (predispose) seperti pengetahuan dan sikap dalam kalangan
pelajar. Analisis Chi Square digunakan untuk mengukur korelasi antara faktor-faktor
pemungkin (enabling), dan faktor penguat (reinforcing) seperti tingkah laku merokok
ibu, bapa, abang, kakak, rakan sebaya, dan pekerja sekitar UNISZA. Regresi logistik
binari digunakan untuk menganalisis pengaruh faktor-faktor pradispos, pemungkin, dan
penguat terhadap tingkah laku merokok dalam kalangan mahasiswa. Keputusan
daripada analisis statistik yang melibatkan lapan variabel yang merangkumi
pengetahuan tingkah laku merokok ibu bapa, saudara mara, rakan-rakan dan pekerja
sekitar UNISZA menunjukkan pengaruh dan perhubungan yang signifikan. Analisis
menggunakan regresi logistik binari menunjukkan bahawa pengetahuan, sikap, ibu,
bapa, dan guru-guru adalah signifikan, namun variabel lain seperti adik- beradik dan
rakan sebaya, tidak signifikan. Institusi Pendidikan di peringkat universiti mahupun
9

peringkat sekolah menengah perlu menjadi kawasan bebas rokok samada pelajar dan
juga guru perlu dilarang daripada merokok di kawasan sekolah.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan masalah adalah merancangkan tujuan kemana pengkaji hendak


menjalankan kajian sebelum kajian tersebut dijalankan (Kumar, 2005). Isi pernyataan
masalah sangat terkait dan berhubungan langsung dengan latar belakang masalah
dimana isi daripada pernyataan masalah pada dasarnya adalah memberikan
penegasan tentang permasalahan yang diteliti, dan lazimnya banyak yang
menggunakan dalam bentuk kata tanya (Wiyono, 2011).

Merokok pada saat ini menjadi masalah kesihatan masyarakat kerana merokok
menyebabkan risiko timbulnya beberapa penyakit antara lain penyakit kardiovaskular,
impotensi, pelbagai jenis kanser sebagai akibat daripada kandungan pelbagai bahan
kimia atau partikel yang ada di dalam asap rokok tersebut. Masalah rokok atau
tembakau kaitannya dengan kesihatan sudah mendunia, WHO sampai memandang
perlu untuk menetapkan ‘Hari Tanpa Rokok Sedunia’ (World No Tobacco Day) setiap
tanggal 31 Mei.

Bila diperhatikan dengan mata kasar kebiasaan kes-kes merokok dalam


kalangan mahasiswa masa kini, daripada hasil pengamatan terhadap mahasiswa
Universiti Sultan Zainal Abidin,pada waktu lewat malam biasanya mahasiswa merokok
di kafe yang berada diluar pengawasan pihak felo kolej kediaman ataupun di gerai-gerai
berhampiran kawasan universiti .Terlihat jelas pada mahasiswa masa kini bahawa
tingkah laku merokok sudah menjadi trend dan bukan suatu pemandangan yang
menghairankan lagi dan sikap daripada mahasiswa-mahasiswa yang tidak merokok
lainnya tidak lagi memberikan penilaian atau reaksi negative bagi kawannya yang
merokok. Sehingga berkenaan dengan perkara ini timbul pertanyaan, ‘Adakah semakin
tingginya pengetahuan dan sikap murid dapat mempengaruhi tingkah laku merokok
dalam kalangan mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin?’
10

Di samping itu, lingkungan persekitaran adalah faktor yang dapat mendorong


atau memperkuat terjadinya tingkah laku. Keluarga dalam kaitan ini adalah ibu, bapa
dan saudara dapat mempengaruhi tabiat daripada setiap individu. Demikian halnya
lingkungan persekitaran daripada murid, seperti rakan-rakan memiliki potensi untuk
merubah tingkah laku dan tabiat serta lingkungan di sekolah juga dapat mendokong
murid untuk terpengaruh terhadap keadaan mahupun kejadian semasa di berada di
sekolah sehingga pengkaji ingin melihat ‘Seberapa besar pengaruh ibu, bapa,
saudarasaudara, rakan-rakan dan guru yang merokok dapat merubah tingkah laku
murid untuk tidak merokok?’

Apa akan terjadi apabila mahasiswa universiti kini, sebagai bakal generasi
penerus bangsa, jika mereka sudah ketagih rokok sejak di alam persekolahan dan
tabiat ini mengundang kepada pelbagai penyakit seperti yang telah disebutkan di atas?
Bukankah tabiat buruk ini yang sering kurang mendapat perhatian dapat menjadikan
bangsa kita generasi yang lemah (loose generation) pada masa akan datang? Hal inilah
yang mendorong penelitian selanjutnya.

1.4 TEORI TINGKAH LAKU

Menurut Khalim (2007), tingkah laku remaja juga boleh difahami dengan merujuk
kepada beberapa teori. Beliau mencadangkan mereka yang ingin membantu remaja
membentuk tingkahlaku perlu merujuk kepada perspektif Teori Tingkah Laku,
Humanistik, Psikoanalitik dan TretPersonaliti. Menurut pendekatan tingkah laku hasil
kajian beliau, tingkah laku adalah sesuatuyang boleh dipelajari atau dibentuk melalui
pengalaman.

Pendekatan ini mengatakan bahawa pembelajaran yang menghasilkan tingkah


laku tertentu berlaku selepas mengalami proses-proses peneguhan dan dendaan.
Manakala pendokong teori tingkah laku berpendapat bahawa penbentukan tingkah
lakuadalah secara pelaziman klasik (Ivan Pavlov) dan operan (B. F. Skinner).
Pelaziman klasik adalah kajian ke atas tingkah laku anjing yang akan secara automatik
mengeluarkan air liur selepas ditunjukkan makanan. Pelaziman operan berkaitan
11

dengan pembelajaran sebab akibatyang melibatkan penggunaan peneguhan positif dan


negatif dalam menghasilkan tingkah laku tertentu.

Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura pula


menyatakan bahawa individu bertingkah laku melalui pengalaman dengan menganggap
orang lain sebagai model. Individu tersebut akan mengamalkan apa yang dilihat
sebagai tingkah laku yang perlu diamalkandan tingkah laku itu akan kekal dalam dirinya
apabila berterusan diamalkan.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Selanjutnya objektif kajian adalah rumusan kalimat yang menunjukkan adanya sesuatu
hal yang diperoleh setelah pengkajian selesai dijalankan (Arikunto, 2002). Adapun
objektif kajian ialah untuk:

1. Mengenal pasti pengaruh tingkat pengetahuan dan sikap terhadap tingkah laku
merokok daripada mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin.

2. Mengenal pasti dan mengkaji faktor-faktor ketagihan merokok dalam kalangan


mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin.

3. Meninjau pengaruh institusi keluarga yang memberi kesan terhadap perubahan


tingkahlaku merokok daripada golongan mahasiswa.

1.6 SOALAN KAJIAN

Persoalan kajian adalah bahagian pokok daripada suatu kegiatan penelitian (Arikunto,
2002). Berkenaan dengan persoalan kajian ini, pengkaji mengajukan pertanyaan
terhadap soalan-soalan kajian yang dicari jawapannya melalui kegiatan pengkajian.

Adapun persoalan kajian adalah seperti berikut:

1)Bagaimanakah remaja yang terjebak dengan gejala merokok ini mula merokok?

2) Apakah pendorong yang mendorong mereka untuk mencuba untuk merokok?


12

3) Adakah tekanan belajar merupakan salah satu faktor menyebabkan remajamerokok?

4) Adakah untuk kelihatan macho dihadapan remaja perempuan atau untuk memikat
perempuan menyebabkan mereka merokok?

5) Adakah untuk kepuasan diri menyebabkan remaja memilih untuk merokok?

6) Adakah remaja merasakan dengan merokok menjadikan mereka lebih matangdan


dihormati menyebabkan mereka merokok?

7) Pilihan untuk merokok berbanding aktiviti lain yang bermasalah adalahdisebabkan


diri sendiri atau faktor lain?

8) Adakah keadaan psikologi remaja yang memilih untuk merokok initerganggu?

9) Adakah pengaruh rakan sebaya yang merokok menyebabkan remaja


mengikutdorongan rakan sebaya?

10) Adakah rakan yang merokok memberi impak kepada remaja lain?

11) Tersalah memilih rakan juga mungkin penyebab yang membuatkan remaja
initerjebak dengan gejala merokok?

12) Pengaruh rakan sebaya memberi kesan yang besar dan mendalam terhadaptabiat
merokok dalam kalangan remaja ini?

13) Malu dan diejek oleh rakan sebaya jika tidak merokok juga menyebabkan remaja
memilih untuk merokok?

14) Institusi keluarga yang bermasalah berpotensi menyumbang kepada permasalahan


ini?

15) Adakah ahli keluarga seperti (ibu/ bapa/ adik beradik/ sepupu/ pakcik
makcik/saudara mara/ lain-lain) merokok dihadapan remaja ini?

16) Dimana fungsi dan peranan keluarga dalam membendung permasalahan inidalam
kalangan remaja?

17) Adakah ahli keluarga tidak memberi kesedaran mengenai bahaya merokok?
13

18) Berapa kerapkah ahli keluarga menasihati dan melarang untuk tidak
terjebakdengan rokok?

19) Adakah persekitaran keluarga dimana ibu atau bapa yang merokok menyebabkan
anak-anak turut terpengaruh untuk merokok?

20) Keluarga yang bermasalah mungkin menyebabkan remaja memilih jalan pintas


untuk mencari ketenangan diri di luar?

21) Remaja yang dibiarkan bebas tanpa kawalan keluarga mungkin


menyebabkanmereka mudah untuk terjebak dengan masalah sosial terutama merokok?

22) Adakah pihak sekolah tidak mengambil berat soal masalah sosial dalamkalangan
remaja?

23) Bagaimana sekolah memainkan peranan institusi tersebut sebagai sebuahinstitusi


yang berupaya untuk mengawal masalah sosial dalam kalanganmurid?

24) Adakah terdapat sebarang usaha daripada pihak sekolah menggunakankhidmat


kaunseling dan sebagainya untuk membantu menyedarkan remajayang dikenalpasti
bermasalah ini?

25) Adakah remaja yang terjebak dengan masalah sosial ini kurang didikanagama?

26) Bagaimana pegangan agama mampu membendung remaja daripada


terjebakdengan masalah sosial terutamanya merokok?

27) Adakah merokok kini telah menjadi satu budaya dalam kalangan
remajamenyebabkan ia menjadi ikutan kepada remaja?

28) Adakah merokok dalam kalangan remaja dilihat sebagai perlakuan normalkerana ia
menjadi suatu kebiasaan untuk melihat budaya merokok tanpamengira tempat?

29) Seberapa kerapkah agensi kesihatan komuniti menganjurkan kempen anti-merokok


ini?

30) Adakah gambar-gambar penyakit kronik pada kotak rokok tidak cukup menakutkan
kepada remaja?
14

31) Adakah gambar-gambar pada kotak rokok ini tidak memberi kesedaran terhadap
remaja?

32) Adakah harga rokok terkini masih murah?

33) Adakah rokok dijual secara lerai mudah dan mampu diperolehi oleh remaja?

34) Adakah peniaga dengan mudah menjual rokok kepada remaja di bawah umur?

35) Bagaimana kawalan undang-undang oleh kerajaan untuk menyekat pembelianrokok


dalam kalangan remaja?

36) Adakah undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk menyekat gejalamerokok
dalam kalangan remaja?

36) Adakah dasar-dasar baru yang digubal oleh kerajaan untuk membantumengawal
remaja yang terjebak dalam masalah sosial ini?

Setelah menyenaraikan persoalan-persoalan kajian diatas terdapat beberapa yang


menarik minat pengkaji untuk menekankan mengenainya iaitu:

i)Siapa di dalam keluarga selain daripada ibu bapa yang mempengaruhi remaja
untuk terjebak dengan masalah merokok?

ii) Persekitaran keluarga yang bagaimana yang mampu menyumbang kepada


tabiat merokok anak-anak?

iii) Adakah ahli keluarga seperti (ibu/ bapa/ adik beradik/ sepupu/ pakcik makcik/
saudara mara/ lain-lain) merokok dihadapan remaja ini?

1.7 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis adalah suatu kesimpulan yang masih kurang atau kesimpulan yang masih
belum sempurna (Burhan Bungin, 2005), sehingga perlu disempurnakan dengan
membuktikan hipotesis melalui suatu penelitian. Selanjutnya Burhan Bungin (2005)
menjelaskan bahawa dengan hipotesis, kajian menjadi jelas arah pengujiannya dengan
15

kata lain hipotesis membimbing pengkaji dalam melakukan kajian di lapangan baik
sebagai objek pengujian mahupun dalam pengumpulan data.

Hipotesis nol mempunyai bentuk dasar atau memiliki pernyataan yang


menyatakan bahawa tidak ada hubungan antara variabel X dan variabel Y yang diteliti,
atau variabel independen X tidak mempengaruhi variabel dependen Y. Hipotesis nol
yang pengkaji buat dengan kemungkinan besar untuk ditolak, ini bererti apabila terbukti
bahawa hipotesis nol ini tidak benar dalam erti hipotesis ini ditolak, maka dapat
disimpulkan bahawa ada hubungan antara variabel X dengan variabel Y (Burhan
Bungin, 2005).

Berdasarkan objektif kajian dan persoalan kajian, disenaraikan beberapa


hipotesis nol yang akan diuji dalam kajian ini:

H01: Tidak terdapat perbezaan signifikan min skor pengetahuan merokok antara
tingkah laku mahasiswa yang merokok dengan mahasiswa yang tidak merokok.

H02: Tidak terdapat perbezaan signifikan min skor sikap merokok antara tingkah laku
murid yang merokok dengan murid yang tidak merokok.

H03: Tidak terdapat hubungan signifikan antara tingkah laku merokok ibu dengan
tingkah laku merokok pada mahasiswa.

H04: Tidak terdapat hubungan signifikan antara tingkah laku merokok bapa dengan
tingkah laku merokok pada murid.

H05: Tidak terdapat hubungan signifikan antara tingkah laku merokok saudara
kandung dengan tingkah laku merokok pada murid.

H06: Tidak terdapat hubungan signifikan antara tingkah laku merokok rakan-rakan
dengan tingkah laku merokok pada murid.

H07: Tidak terdapat hubungan signifikan antara tingkah laku merokok guruguru dengan
tingkah laku merokok pada murid.
16

1.8 KERANGKA TEORI

Kajian ini penting sebagai usaha yang akan digunakan untuk mencegah mahasiswa
daripada tingkah laku merokok melalui Model PRECEDE-PROCEED. Model yang
dikembangkan merupakan sebagai andaian daripada tingkah laku kesihatan yang
bersifat kompleks dan multidimensi, terdiri daripada 9 fasa (Gielen & McDonald, 1997).
Green (1980) telah mengembangkan suatu model pendekatan yang dapat digunakan
untuk membuat perencanaan dan nilai kesihatan yang dikenal sebagai kerangka
PRECEDE. Predisposing, Reinforcing, and Enabling Causes in Educational and
Evaluation atau PRECEDE memberikan urutan langkah yang menolong perancang
untuk mengenal masalah mulai daripada keperluan pendidikan sampai pengembangan
program. PRECEDE digunakan pada fasa diagnosis masalah, penetapan keutamaan
masalah dan tujuan program.

Namun demikian, Green dan Kreuter (1991) menyempurnakan kerangka


tersebut menjadi Model PRECEDE-PROCEED. Policy, Regulatory, Organizational
Construct in Educational and Environmental Development atau PROCEED digunakan
untuk menetapkan sasaran dan kriteria kebijakan, serta implementasi dan nilai. Model
PRECEDE-PROCEED harus dilakukan secara bersama-sama dalam proses
perancangan, pelaksanaan, dan penilaian sesuatu program.

Kerangka kajian ini berfokus kepada pendidikan dan organisasi. Dalam kerangka
kajian ini Model PRECEDE-PROCEED merupakan langkah-langkah yang dirancang
untuk membantu pengkaji untuk melihat pencapaian kualiti hidup mahasiswa yang
ditandai menurunnya tabiat merokok dalam kalangan mahasiswa UNISZA melalui
pengukuran daripada faktor yang meliputi pengetahuan dan sikap, faktor penguat yang
meliputi tingkah laku daripada ibu dan bapa, saudara-saudara, dan rakan-rakan serta
guru. Analisis tabiat merokok dalam kalangan mahasiswa UNISZA, diharapkan pengkaji
dapat merancang program yang tepat dan usaha-usaha untuk mengubah tabiat
merokok dalam kalangan mahasiswa tersebut.
17

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian adalah merupakan kesan daripada tercapainya tujuan kajian yang
dijalankan, sehingga pernyataan masalah dalam kajian dapat terjawab secara tepat
(Sugiyono, 1999). Kajian ini dijangka dapat memberi sumbangan kepada semua murid
sebagai usaha untuk menghindarkan diri mereka daripada tingkah laku merokok dalam
golongan remaja khususnya mahasiswa, dan negara Malaysia pada umumnya. Secara
terperinci, kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:

1. Hasil kajian ini diharapkan boleh menambah maklumat kepada seluruh mahasiswa
UNISZA sebagai akibat bahaya merokok dan agar menjauhkan diri daripada tingkah
laku merokok.

2. Kajian ini boleh memberikan sumbangan pelbagai berbentuk pemahaman daripada


mahasiswa UNISZA mengenai tingkah laku merokok dan usaha untuk menjauhkan diri
daripada kebiasaan merokok.

3. Kajian ini juga boleh menambah sumbangan daripada segi ilmu pengetahuan
berbentuk kajian rintis yang boleh dirujuk bagi sesiapa sahaja yang memerlukan, baik di
Malaysia mahupun di negara-negara lain berkenaan tingkah laku merokok dalam
kalangan mahasiswa UNISZA terutamanya berkaitan penggunaan bentuk-bentuk
pengukuran seperti pengetahuan, sikap, persepsi terhadap tingkah laku ibu, bapa,
saudara mara, rakan-rakan dan pekerja yang merokok yang memberi pengaruh
terhadap tingkah laku merokok dalam kalangan mahasiswa.

4.Tambahan pula kajian ini diharapkan dapat memberi sedikit sumbangan bagi
kerajaan untuk melakukan intervensi pada masa akan datang. Diharapkan intervensi
kerajaan ini dapat mengajak remaja mahupun mahasiswa di seluruh IPTA atau IPTS
untuk berhenti merokok. Kemudian mahasiswa yang telah memiliki tingkah laku
merokok dapat mengajak mahasiswa yang tidak merokok untuk tidak sekalipun pernah
mencuba merokok, dimana difahamkan kepada murid bahawa merokok dapat
mengganggu kesihatan murid itu sendiri dan orang lain disekitarnya.
18

1.10 DEFINISI OPERASIONAL

Definisi operasional daripada suatu kajian berguna untuk membantu pengkaji


menjelaskan karakteristik daripada objek yang abstrak menjadi elemen-elemen.

Definisi istilah dan operasional dalam kajian ini adalah:

1. Tingkah laku merokok - adalah pandangan atau reaksi yang disertai dengan
kecenderungan mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin perihal perkara-perkara
yang berhubung kait dengan rokok.

2. Faktor Pradispos (predisposing factor) yakni faktor-faktor yang mempermudah atau


menggambarkan terjadinya tingkah laku seseorang, antara lain pengetahuan, dan
sikap.

a. Pengetahuan adalah pemahaman mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin


tentang perihal perkara-perkara yang berhubung kait dengan rokok, seperti apa rokok,
kandungan kimia rokok, jenis rokok, risiko dan bahaya kesihatan daripada rokok.

3. Rokok - Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada daripada


kertas mahupun daripada berbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm
dengan diameter 10mm berbeza mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu
hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada
hujung yang lain.
19

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN

Pendahuluan Perbincangan dalam bab ini menjelaskan beberapa teori yang merupakan
andaian berhubungan dengan secara sesuatu perkara tingkah laku terjadi dan juga
merupakan idea cara sesuatu berfungsi (Tiun, 1995). Adapun teori yang digunakan
dalam kajian ini akan dibincangkan, disamping menyorot beberapa kajian lepas
berkaitan dengan tingkah laku merokok dalam kalangan remaja. Variabel-variabel
kajian juga dihuraikan merangkumi tingkah laku remaja, faktor pradispos iaitu meliputi
pengetahuan dan sikap, faktor pemungkin (enabling) mengenai persepsi daripada
remaja mengenai ketersediaan fasiliti daripada Usaha Kesihatan Sekolah (UKS), dan
faktor penguat (reinforcing) yang meliputi tingkah laku ibu, bapa, saudara, rakan-rakan
dan guru yang dapat mempengaruhi tingkah laku merokok daripada remaja.

2.1 TEORI-TEORI BERKAITAN

a. Teori Kognitif Sosial (Bandura, 1989) Bandura terkenal dengan teori belajar
sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimen Bandura yang sangat
terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru tingkah
laku agresif daripada orang dewasa dipersekitarannya. Bandura memandang
tingkah laku manusia bukan semata-mata refleks automatik atas stimulus,
melainkan juga sebagai akibat reaksi yang timbul sebagai hasil interaksi antara
lingkungan dengan skema kognitif manusia itu sendiri. Menurut aliran kognitif,
setiap murid dilahirkan dengan bakat dan kemampuan mentalnya sendiri. Faktor
bawaan ini memungkinkan murid untuk menentukan, merespons atau tidak
terhadap stimulus, sehingga belajar tidak bersifat automatik seperti robot.

Pendekatan teori sosial terhadap proses perkembangan sosial dan moral murid
ditekankan pada perlunya pelaziman (conditioning) dan peniruan (imitation ).
20

a) Pelaziman (Conditioning) ialahprosedur belajar dalam mengembangkan


tingkah laku sosial dan moral. Secara dasarnya prosedur ini adalah sama
dengan prosedur belajar dalam mengembangkan tingkah laku-tingkah laku
lainnya, yakni dengan reward (ganjaran / memberi hadiah atau mengganjar) dan
punishment (hukuman / memberi hukuman) untuk sentiasa berfikir dan
memutuskan tingkah laku sosial mana yang perlu diikuti.

b) Peniruan (Imitation). Dalam hal ini, orang tua dan guru memainkan peranan
penting sebagai seorang model atau tokoh yang dijadikan contoh bertingkah laku
sosial dan moral bagi murid. Proses peniruan ini telah pula dikaji (Ramlah Jantan
& Mahani Razali, 2004) terhadap kanak-kanak dimana kanak-kanak mencontohi
perkara yang mereka lihat seperti menonton video, maka kanak-kanak akan
meniru aksi-aksi yang ditayangkan dalam video, demikian juga kanak-kanak
melihat rakannya melukis bunga sama ada timbul keinginan kanak-kanak
mencontohi rakannya untuk melukis bunga 21 juga. Semakin piawai dan
berwibawa seorang model, semakin tinggi pula kualiti imitasi tingkah laku sosial
dan moral murid tersebut.
Menurut Bandura (1977), proses mengamati dan meniru tingkah laku,
sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar. Bandura (1977)
menyatakan bahawa:

‘ Learning would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people


had to rely solely on the effects of their own action to inform them what to do.
Fortunately, most human behaviour is learned observationally through modelling:
from observing others one forms an idea of how new behaviour is performed,
and on later occasion this coded information serves as a guide for action.’
Pembelajaran akan menjadi bertambah sukar, apatah lagi berbahaya,
jika sesesorang terpaksa bergantung semata-mata kepada kesan tindakan
mereka sendiri untuk memberitahu mereka perkara yang perlu dilakukan.
Mujurlah, kebanyakan tingkah laku manusia dipelajari secara pemerhatian
melalui pemodelan: dengan memerhatikan orang lain, seseorang dapat
21

membentuk idea cara tingkah laku baru dilakukan, dan kemudiannya maklumat
berkod ini berfungsi sebagai panduan untuk tindakan. Bandura (1977)
menjelaskan tingkah laku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang
berkesinambungan antara kognitif, tingkah laku dan pengaruh lingkungan.
Keadaan lingkungan persekitaran individu sangat berpengaruh pada pola belajar
sosial ini. Sebagai contoh, seseorang yang hidup dan lingkungannya dibesarkan
dalam persekitaran judi, maka dia cenderung menyenangi judi, atau setidaknya
menganggap bahawa judi itu tidak salah. Teori pembelajaran kognitif sosial
Bandura menyatakan bahawa terdapat empat peringkat yang terlibat dalam
pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning):

1. Perhatian (Attention) Pemerhati tidak boleh belajar melainkan mereka


memberi perhatian kepada perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Proses
ini dipengaruhi oleh ciri-ciri model, seperti berapa banyak orang suka atau
mengenal pasti dengan model (adanya kejelasan, keterlibatan perasaan,
tingkat kerumitan, kelaziman, nilai fungsi), dan juga ciri-ciri pemerhati, seperti
jangkaan pemerhati atau tahap rangsangan emosi (kemampuan indera,
minat, persepsi, penguatan sebelumnya. Peringkat ini merupakan asas
kepada suatu proses pengamatan. Tidak adanya perhatian yang terpusat,
sukar bagi individu untuk melakukan pengamatan dan pembelajaran secara
intensif. Berkembangnya perhatian individu terhadap suatu objek berkaitan
erat dengan daya ingatnya. Remaja tertarik dan menaruh perhatian terhadap
tingkah laku model tertentu, kerana model tersebut dipandangnya sebagai
seseorang yang hebat, unggul, berkuasa, anggun, dan berwibawa. Selain itu,
perhatian berkembangan dengan adanya kesungguhan dan minat peribadi
pemerhati. Untuk menarik perhatian para murid, guru dapat mengekspresikan
suara dengan intonasi khas ketika mempersembahkan bahan pengajaran
atau bergaya dengan mimik tersendiri ketika menyajikan contoh tingkah laku
tertentu. Semakin erat hubungannya antara kesungguhan dan minat dengan
perhatian, semakin kuat daya tariknya terhadap perhatian 23 tersebut, dan
demikian pula sebaliknya. Awalnya, kita tidak dapat meniru seseorang model
22

kecuali kita memberikan perhatian yang cukup kepada model tersebut.


Model-model sering kali menarik perhatian kita kerana mereka berbeza, atau
kerana mereka memiliki pemikat berupa keberhasilan, amalan kekuasaan
atau kualiti kemenangan lainnya (Bandura, 1971). Perhatian juga dipengaruhi
oleh karakter psikologis pengamatnya – seperti kesungguhan dan minat
mereka – meski sedikit saja yang dapat diketahui tentang variabelvariabel
yang sedemikian (Bandura, 1977).

2. Pengekalan/Memori (Retention/Memory), Pemerhati bukan sahaja perlu


mengenali tingkah laku yang diperhatikan tetapi juga mengekalkan ingatan
pada kemudian hari. Proses ini bergantung kepada keupayaan pemerhati
mengekod atau menstrukturkan maklumat dalam bentuk yang mudah diingati
atau melakukan semula aksi model secara mental atau fizikal. Hal ini
mencakupi pengekodan simbolik, pengorganisasian fikiran, pengulangan
simbol, dan pengulangan motorik. Setelah peringkat pemerhatian, seorang
individu akan memperlihatkan tingkah laku yang sama dengan model
tersebut. Hal ini bererti individu mengingat dan menyimpan stimulus yang
diterimanya dalam bentuk simbol-simbol. Menurut Bandura (1977), bentuk-
bentuk simbol tersebut tidak hanya diperoleh melalui pengamatan visual,
tetapi juga secara verbal. Bagi kanak-kanak yang secara lisan terhad,
keupayaan untuk meniru terhad kepada keupayaan untuk melaksanakan
pensimbolan melalui pemerhatian visual. Mengingat tindakan-tindakan dalam
bentuk simbolik daripada kacamata hubungan stimulus yang serempak
(stimulus contiguity), iaitu perkaitan antara stimuli yang muncul bersama-
sama (Bandura, 1971).

3. Reproduksi motorik (Reproduction), merangkumi kemampuan fizikal,


kemampuan meniru, dan ketepatan umpan balik. Tahap terakhir dalam
proses terjadinya peristiwa atau tingkah laku belajar adalah tahap
penerimaan dorongan yang berfungsi sebagai penguatkuasaan
(reinforcement),tempat tersimpannya segala maklumat dalam memori para
23

murid. Bandura (1977), membezakan antara perolehan (acquisition) dan


prestasi (performance) respons-respons baru. Pelaksanaan respons
dipengaruhi juga oleh ‘pengukuhan yang mewakili’ (vicarious reinforcement),
iaituhasil yang berkaitan dengan tindakan si model. Jika si anak melihat
temannya dipuji kerana bersumpah serapah, dia akan mengimitasinya
dengan baik. Namun, jika si model dihukum kerana bersumpah serapah, dia
tidak akan mahu menirunya (Bandura, 1977).
Pada peringkat ini, guru dianjurkan untuk memberi pujian, hadiah, atau nilai
tertentu kepada para murid yang berusaha dengan memuaskan. Sementara
itu, kepada murid yang belum menunjukkan kerja yang memuaskan perlu
diyakinkan akan erti penting penguasaan bahan atau tingkah laku yang
dipersembahkan oleh model (guru) bagi kehidupan murid. Bandura (1986)
menyebut teorinya sebagai teori sosial-kognitif. Istilah umum teori sosial-
kognitif (social-cognitive theory) mengacu pada semua pendekatan
pembelajaran sosial yang moden (Barone, Maddux, & Snyder, 1997). Mereka
memiliki kesamaan dalam penekanan akan pentingnya kepercayaan,
persepsi, dan pemerhatian tingkah laku orang lain dalam menentukan
perkara yang kita pelajari dan cara kita bertindak.
24

BAB 3

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah kaedah kuantitatif yang berbentuk deskriptif iaitu
menganalisis data menggunakan kaedah statistik asas kekerapan dan peratusan untuk
menerangkan jumlah kekerapan setiap ciri pembolehubah, Mohd Najib(2003).
Walaubagaimanapun, dalam kajian ini penyelidik mengunakan statistik asas peratusan.
Data-data mengenai persoalan kajian diperolehi melalui kaedah soalselidik. Kaedah ini
digunakan kerana ianya sesuai digunakan bagi mengetahui sikap seseorang (Mohd
Najib, 1999).

3.1 TEKNIK MENGUMPUL DATA

Kajian ini djalankan dalam kalangan mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin
dari pelbagai bidang. Populasi kajian ini hanya melibatkan mahasiswa yang merokok.
Oleh kerana saiz kuantiti adalah kecil, maka sebilangan mahasiswa yang merokok
merupakan responden dalam kajian ini.

Menurut Najib (1999) penentuan bilangan sampel dalam sesuatu kajian adalah
penting supaya sampel tersebut dapat mewakili populasi yang dikaji. Beliau juga
menyarankan lebih banyak nilai peratusan sampel daripada populasi adalah lebih baik
kerana sampel yang dipilih berkemungkinan besar mempunyai ciri-ciri populasi. Dalam
kajian ini, sampel yang diambil adalah 100% mewakili populasi iaitu seramai 50 orang
sampel terlibat dalam kajian ini.

Teknik pengumpulan data dalam kegiatan penelitian memiliki tujuan


mengungkap fakta mengenai variable yang diteliti (Azwar,2003).Dalam suatu kegiatan
penilitian,kaedah pengumpulan data adalah cara untuk memperoleh data
(Arikunto,2002).

Metode yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah Teknik pengumpulan data
melalui kaedah boring soal selidik yang diedarkan kepada mahasiswa disekitar UNISZA
dan skala motivasi merokok.Skala memiliki ciri-ciri pengukuran terhadap performansi
25

tipikal yaitu performansi yang menjadi keistimewaan tipikal seseorang dan cenderung
dimunculkan secara sedar atau tidak sedar dalam bentuk tindak balas terhadap situasi-
situasi tertentu yang dihadapi (Cronbach dalam Azwar,2003).

3.2 INSTRUMENTASI

Instrumen kajian merupakan alat ukur yang digunakan dalam menentukan data serta
maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi atau sebaliknya. Maklumat berkaitan
instrumen kajian adalah merupakan perkara yang amat mustahak dalam merancang
sesuatu kajian bagi tujuan mengumpul data yang akan diperolehi (Cresswell, 2008).
Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Set soal
selidik yang digunakan dalam kajian ini akan dapat memberikan gambaran mengenai
pandangan mahasiswa tentang kegiatan merokok. Soal selidik ini digunakan untuk
menjawab persoalan kajian tentang tahap kefahaman mahasiswa tentang keburukan
merokok dan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang factor utama kegiatan
merokok.

Melalui soal selidik yang dijalankan, responden hanya perlu menandakan


jawapan berdasarkan kepada nilai Skala Likert yang telah ditentukan untuk setiap
jawapan item dalam soal selidik. Nilai Skala Likert tersebut adalah seperti berikut:

1 – Tidak pernah

2 – Pernah

3.3 KAJIAN RINTIS

Pengkaji akan terlebih dahulu membuat kajian rintis untuk menguji kesesuaian soal
selidik yang telah disediakan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan item
soal selidik tersebut. Kajian rintis juga dapat memberi panduan kepada pengkaji untuk
memperbaiki dan menambahbaik item soal selidik yang akan digunakan bagi kajian
sebenar nanti. Kajian rintis merupakan kajian secara kecil-kecilan yang dilaksanakan
sebelum kajian sebenar dilakukan (Chua, 2006). Kesahan sesuatu instrumen merujuk
26

kepada sejauh manakah sesuatu instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur
(Creswell, 2010).

Sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika


darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Mohd Majid,
1990). Manakala Chua (2006) mengatakan bahawa kesahan merujuk kepada
keupayaan suatu pengukuran yang dilakukan untuk mengukur nilai sebenar konsep
dalam hipotesis. Kesahan dikatakan tinggi jika instrumen yang dibina benar-benar
mengukur konsep yang dinyatakan dalam hipotesis. Kesahan konstruk sesuatu soal
selidik pula boleh diukur dengan menggunakan nilai korelasi antara skor setiap item
dengan jumlah skor berkenaan.

Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan analisis korelasi Pearson antara
skor setiap item dengan jumlah skor mengikut konstruk yang berkenaan.
Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan
ketekalan dalaman item soal selidik (Creswell, 2010). Ujian Cronbach’s Alpha
digunakan untuk menentukan ketekalan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik.
Menurut Sekaran (2000), Cronbach’s Alpha adalah nilai angka kebolehpercayaan yang
mana jika nilai tersebut menghampiri nilai 1 bermakna kebolehpercayaan item soal
selidik tersebut adalah tinggi dan baik. Kebolehpercayaan item soal selidik tersebut
adalah rendah jika nilai Cronbach’s Alpha dibawah 0.6. Nilai Cronbach’s Alpha yang
boleh diterima untuk kebolehpercayaan instrumen soal selidik adalah 0.7 hingga 0.8.
Manakala nilai yang terbaik adalah melebihi 0.8. Responden bagi kajian rintis adalah
terdiri daripada 50 orang mahasiswa manakala 5 daripadanya adalah respoden
perempuan.

3.4 REKA BENTUK KAJIAN


27

Pengkaji lampau berbeza pandangan mengenai reka bentuk kajian. Menurut Bryman
(2008), reka bentuk kajian adalah kerangka yang diguna oleh sesebuah kajian bagi
mengutip dan menganalisis data. Bagi Robson (2011) pula, reka bentuk kajian
berfungsi untuk menukar persoalan kajian kepada projek yang melibatkan komponen
tujuan, teori, persoalan kajian, metod dan strategi persampelan. Sementara itu,
Creswell (2009) berpandangan, reka bentuk kajian adalah rancangan atau cadangan
bagi menjalankan kajian yang melibatkan interaksi antara falsafah kajian, strategi
penyelidikan dan metod kajian. Reka bentuk kuantitatif sesuai bagi kajian deskriptif
manakala kajian yang bertujuan membuat penjelasan, reka bentuk eksperimen adalah
sesuai diguna (Robson 2011).

Justeru reka bentuk kajian yang akan dijalankan ini menggunakan pendekatan
reka bentuk kuantitatif melalui boring soal selidik. Kajian ini merupakan kajian soal
selidik yang bertujuan untuk mengumpul data daripada satu set populasi. Sebagaimana
yang dinyatakan oleh beberapa sarjana barat (Barbie 2001; Gay 1996; Mitchell & Jolley
2004; Neuman 2003) yang mengatakan bahawa, soal selidik adalah kaedah termudah
dan berkesan dalam memperoleh data piawai daripada saiz sampel kajian yang besar
dan menyeluruh. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dengan
melakukan soal-selidik kepada mahasiswa di sekitar UNISZA yang dipilih secara rawak.

3.5 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan untuk meninjau kaitan institusi keluarga dan
pengaruh rakan terhadap tingkah laku pelajar lelaki. Tiga aspek utama telah digariskan
untuk mendapat gambaran sebenar pengaruh rakan. Tiga aspek yang dikaji ialah
kumpulan rakan yang menjadi pilihan, aspek pengaruh rakan dan keluarga terhadap
perubahan tingkah laku. Dari aspek kumpulan rakan yang menjadi pilihan, kajian
menunjukkan bilangan pelajar lelaki mempunyai ramai kawan di universiti. Manakala
bilangan rakan karib separuh daripada responden mempunyai rakan karib yang
melebihi 10 orang. Ini menjelaskan pelajar lelaki suka berkawan di kampus dan memiliki
rakan akrab dalam bilangan yang tinggi.
28

Mahasiswa lelaki gemar memilih rakan sejantina kerana mudah berbicara dan
topik perbualan adalahsering kali sama. Mereka merasakan rakan adalah penting di
sekolah kerana boleh membantumereka jika tercicir daripada sesuatu mata pelajaran.
Oleh kerana responden adalah murid lelaki, kebanyakan rakan rapat mereka adalah
daripada jantina yang sama. Alasan mereka kerana jantina yang sama memudahkan
mereka melaksanakan aktiviti yang sama.

Kesemua responden baik di lelaki atau perempuan, rakan rapat dipilih bukanlah
berdasarkan bangsa mereka, hobi atau taraf sosio yang sama. Melalui hasil soal selidik
didapati 8 responden mempunyai hobi berbeza dengan rakan rapat mereka. Ini
membuktikan aktiviti mereka tidak terbatas dengan kecenderungan yang sama semata-
mata

Dapatan kajian juga menunjukkan mahasiswa lelaki sering berjumpa dengan


rakan di sekolah adalah sangat tinggi dan lebih berbicara mengenai aktiviti luar bilik
kuliah seperti permainan dalam talian sebagai contoh PUBG, Free Fire,Mobile Legend
dan sebagainya. Sebilangan besar mahasiswa juga gemar melakukan aktiviti melepak
dan merokok walaupun ada segelintir menerima ajakan dan desakan dari rakan-rakan
lain. Kajian menunjukkan sebilangan besar respondan lebih suka meluangkan masa di
bilik asrama atau di rumah sewa pada waktu lapang kerana lebih selesa dan seronok.
Namun begitu, ada di antara mereka mengambil peluang untuk pulang kerumah
masing-masing bagi mahasiswa yang tinggal berdekatan kampus untuk meluangkan
masa bersama keluarga. Oleh itu, jelaslah kajian ini menunjukkan institusi keluarga
amat penting bagi mereka untuk didampingi dalam setiap sudut.

Dapatan kajian seterusnya menunjukkan semua respondan berbincang dengan


rakan sebelummelakukan sesuatu tetapi sebilangan besar menafikan tingkah laku
dipengaruhi oleh rakan.Respondan gemar berbincang dengan rakan untuk mendapat
pandangan dan nasihat namunkeputusan adalah atas kehendak sendiri. Respondan
dapat menilai nasihat rakan yang memberiimpak positif dan negatif terhadapnya.

Kajian juga menunjukkan respondan lebih percaya ahli keluarga berbanding


dengan rakan walaupun pergaulan rakan adalah sangat akrab. Respondan memberi
gambaran pengaruh rakankurang memberi kesan terhadap tingkah laku mereka kerana
29

konsep kekeluarga masih kuat dinaluri mereka. Ini seiring dengan dapatan kajian Amla
Salleh, Zahara Aziz, Zuria Mahmud &Abd. Aziz Mahyuddin (2010) mendapati tahap
asuhan bapa mempunyai impak ke atas perkembangan konsep kendiri anak-anak.
Konsep kekeluargaan yang diterap dalam sanubari remaja dapat mengatasi desakan
dan pengaruh rakan sebaya di sekolah mahupun kampus.

Dalam semua aspek,kajian ini merumuskan bahawa rakan tidak


mempengaruhi tingkah laku murid walaupun mempunyai hubungan rapat dan masih
lebih bergantung terhadap keluarga apabila berdepan dengan sebarang
masalah.Walaupun kesemua responden bersetuju rakan rapat adalah perlu dalam
kehidupan, namunkeluarga tetap memainkan peranan utama dalam menentukan
keputusan berhubung tingkah lakumereka. Ini dibuktikan dengan semua responden
memberikan jawapan yang sama apabila ditanya, tentang tempat rujukan sekiranya
menghadapi masalah.

Dapatan soal selidik menunjukkan rakan sangat penting dalam kehidupan


seseorang remaja,namun tidak semestinya rakan mereka itu menentukan hala tuju
serta keputusan berhubungtingkah laku yang diambil mereka. Responden mendapati
rakan memberikan keseronokan, menghilangkan rasa bosan dan menjadi tempat untuk
mengadu. Mereka juga tidak menafikan rakan boleh mempengaruhi dan mengubah
tingkah laku seseorang. Kesemua mereka mempunyai pandangan yang sama iaitu
rakan penting dalam kehidupan namun semua keputusan berhubungtingkah laku
bukanlah ditentukan oleh rakan, namun diri mereka sendiri.

Beberapa responden sangat yakin membuat keputusan untuk melakukan apa-


apa tindakantanpa memaklumkan kepada rakan mereka. Lebih ramai responden yang
kurang yakin membuatkeputusan berhubung tingkah laku tanpa memaklumkan kepada
keluarga mereka, Walau bagaimanapun, mereka tetap mengutamakan keluarga untuk
mendapatkan keputusan akhir.

Kajian Khaidzir dan Khairil (2005) tentang keperibadian dan tingkah laku kriminal
dalam kalangan remaja daripada perspektif psikologi perkembangan dapat memberi
maklumat untuk kerajaan memainkan peranannya sebagai pemerintah, ibu bapa yang
membesarkan anaknya, guru-guru yang berada di sekolah dan ulama-ulama yang
30

bertanggungjawab secara langsung bagi memberikan nilai-nilai keagamaan kepada


masyarakat dan khususnya remaja. Ini disebabkan bagi beliau, terdapat hal yang tidak
lagi mudah diperoleh dalam masyarakat hari iniiaitu keteladanan yang dapat dicontoh
secara nyata. Kebanyakannya di antara manusia hanyalah pandai memberi nasihat
tetapi tidak mampu untuk menjadi teladan. Oleh itu, secara keseluruhannya pelajar
lelaki tidak memilih rakan untuk berkawan berdasarkan jantina, aktiviti hobi, bangsa
atau status sosio ekonomi.

3.6 KESIMPULAN

Dapatan kajian ini menunjukkan pengaruh rakan terhadap tingkah laku terhadap pelajar
lelaki adalah negatif di mana semua respondan tidak mengubah tingkah lakunya akibat
desakan dan ajakan rakan. Mungkin disebabkan oleh responden adalah dalam
lingkungan awal remajayang masih begitu kuat ikatan dan kebergantungan kepada
keluarga. Nilai kanak-kanak dalam diri mereka lebih menebal. Penyelidik mendapati
respondan memberi gambaran pengaruh rakan kurang memberi kesan terhadap
perubahan tingkah laku mereka kerana konsep kekeluargaanmasih kuat di naluri
mereka. Ini seiring dengan dapatan kajian Amla Salleh, Zahara Aziz, ZuriaMahmud &
Abd. Aziz Mahyuddin (2010) mendapati, tahap asuhan bapa mempunyai impak keatas
perkembangan konsep kendiri anak-anak. Konsep kekeluargaan yang diterapkan dalam
sanubari remaja dapat mengatasi desakan dan pengaruh rakan di sekolah. Kajian ini
merumuskan bahawa institusi keluarga mempunyai pengaruh lebih tinggi berbanding
dengan rakan dalam mempengaruhi tingkah laku pelajar walaupun mempunyai
hubungan rapat dengan rakan.

Pada masa sekarang, kebendaan menjadi kayu ukur kejayaan individu, nilai
keagamaan danmoral diketepikan, keluarga berpecah-belah dan anak-anak dibiar
tanpa haluan mengharungikehidupan mancabar. Pengaruh keluarga, persekitaran,
rakan sebaya, sekolah, masyarakat,kemajuan material dan sebagainya lagi dikatakan
akan menekan jiwa seseorang remaja (Khalim,2007). Remaja mungkin masih mentah,
berjiwa muda dan tidak tahu bagaimana cara untuk mengurus masa dengan
bermanfaat, lebih-lebih lagi untuk sedar kesan jangka panjang untuk setiap tindakan
31

mereka. Maka didikan daripada masyarakat yang ditonton akan melekat danmenjadi
teladan pengajaran yang diikuti tanpa disedari.Dapatan kajian Sarnonet. al.(2012) hasil
kajian Barbara (2006) menunjukkan bahawa,remaja cenderung melakukan seks apabila
kurang pengawasan selepas waktu sekolah.

Tingkahlaku seksual berisiko dikatakan kurang berlaku apabila terdapat


pemantauan ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa berperanan penting membimbing dan
memantau remaja dengan cara yang berbeza daripada zaman kanak-kanak. Remaja
memerlukan sokongan terhadap perubahan fizikal, emosi dan seksual mereka yang
mudah berubah. Dalam mengurangkan tingkah laku berisiko, komunikasi adalah
penting. Ibu bapa perlu bersedia untuk membincangkan topik berkaitankesihatan seks
dan reproduktif daripada membiarkan remaja mencari dan memahami sendiri
pengetahuan tersebut. Ibu bapa juga perlu bersedia mengundur diri sedikit apabila tidak
diperlukan kerana fitrah remaja memerlukan privasi dan kebebasan.

Pada saat kemunculan rokok, para ulama berselisih pendapat mengenai hukumnya.
Ada yang mengatakan haram, ada yang berpendapat makruh, bahkan ada yang
mengatakan harus. Namun pendapat yang tepat, hukum rokok adalah haram. Di antara
alasan yang menguatkan pendapat ini:

Kita dilarang membinasakan diri kita sendiri dan mencelakakan orang lain.

Allah Ta’ala berfirman,

َ ‫َواَل َت ْق ُتلُوا َأ ْنفُ َس ُك ْم ِإنَّ هَّللا َ َك‬


‫ان ِب ُك ْم َرحِيمًا‬

“Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang
kepadamu” (QS. An Nisaa’: 29).

Dalam ayat lain, Allah Ta’ala berfirman,

‫َواَل ُت ْلقُوا ِبَأ ْيدِي ُك ْم ِإلَى ال َّت ْهلُ َك ِة‬

“Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan“. (QS. Al


Baqarah: 195).

Begitu pula dalam hadits disebutkan bahwa jangan sampai menyakiti orang lain.
Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
32

‫رار‬
َ ِ‫ض َر َر وال ض‬
َ ‫ال‬

“Tidak boleh memulai memberi dampak buruk (mudhorot) pada orang lain, begitu pula
membalasnya.” (HR. Ibnu Majah no. 2340, Ad Daruquthni 3/77, Al Baihaqi 6/69, Al
Hakim 2/66. Kata Syaikh Al Albani hadits ini shahih). Dalam hadits ini dengan jelas
terlarang memberi mudhorot pada orang lain dan rokok termasuk dalam larangan ini.

RUJUKAN

Dr. Muhammad fauzi bin yusuf, 2015, Al- Quran Al-Karim. Kuala Lumpur.
33

Yahaya Mahamood, Fatimah Yusooff, Nor Ba’yah Abdul Kadir & Azaman Ahmad
(2005).Tingkah laku delinkuen dan hubungannya dengan kemurungan, sokongan sosial
dankesejahteraan di kalangan remaja perempuan di pusat pemulihan di bawah
kelolaan JabatanKebajikan Masyarakat Malaysia.Jurnal Psikologi dan Pembangunan
Manusia, 21:3-24

Nasrudin Subhi, Radhiah Abu Bakar, Norazura Ahmad, Suzana Mohd Hoesni, Fauziah
Ibrahim& Mohd Suhaimi Mohamod. 2012. Hubungan seksual remaja: antara cinta dan
nafsu. Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1):015-025.

Rokiah Ismail. 2004. Sub-budaya muzik rock bawah tanah di kalangan remaja bandar.
Akademika 64:97 -131

Sarnon, N., Mohamad, M. S, Fauziah, I, Alavi, K., Nen, S., Hoesni, S.M, Zaizul, R. &
WanAzreena, J. 2012. Hamil luar nikah: memahami remaja sebagai asas intervensi
keluarga.Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1):121-130.

Jamal Safri Saibon, Faridah Karim & Zuria Mahmud. 2010. Sifat maskulin dan tingkah
laku membuli. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1):77-82

Jamaluddin Md. Jahi, Muhammad Rizal Razman & Azahan Awang. 2010. Perubahan
habitatmanusia dan persekitaran serta pengurusannya.Sari- International Journal of
The Malay World and Civilisation.

Hasmirizal Lubis (2004) Faktor mempengaruhi tingkah laku merokok dalam kalangan
murid sekolah menengah umum di medan,Indonesia.Universiti Sains Malaysia.

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. (2011).( Media Penyiaran:
Implikasinya dalamPembentukan Akhlak Penuntut-penuntut Melayu di Sekolah
Menengah Kebangsaan di Malaysia. Akademika 81(3):3-8
34

Amir Hasan Dawi.( 2009) Sekolah dan masyarakat.Prospecta Printers and Bhd. Kuala
Lumpur.hlmn. 28-35.

Azizi Hj. Yahaya, Amir Hamzah Abdul & Sharifudin Ismail.( 2010) Budaya Lepak Di
KalanganRemaja: Implikasi Kepada Pembentukan Institusi Keluarga Melayu.Budaya
Lepak Di Kalangan Remaja Di: Implikasi Kepada Pembentukan Institusi Keluarga
Melayu, 1-9

Azlina Mohd Kosnin & Suzila Mustapha. (2010) Kaitan antara faktor-faktor
kekeluargaan dengan tingkah laku delikuensi pelajar. Skudai, Universiti Teknologi
Malaysia. http://eprints.utm.my/10787/1/Kaitan_Antara_Faktor.pdf.

https://rumaysho.com/3067-bagi-yang-berbau-rokok-janganlah-dekati-masjid-kami.html
35

BORANG SOAL SELIDIK


MAHASISWA UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
ARAHAN

Soalan-soalan ini adalah berkaitan perilaku golongan remaja seperti anda terhadap produk-produk
tembakau dan pengalaman merokok yang mungkin pernah anda alami.

Sila baca setiap soalan dengan teliti dan jawab dengan jujur.

Jawapan anda akan dirahsiakan dan sulit, (TERMASUKLAH DARIPADA AHLI KELUARGA ANDA.)

Untuk membantu kami memastikan bahawa jawapan anda adalah sulit dan rahsia, pastikan anda
tidak menulis nama anda pada mana-mana mukasurat.

Untuk setiap soalan, bulatkan jawapan anda.


Contohnya: 1 Tidak 2 Ya

TARIKH: ______/______/_______

FAKULTI: _____________________________________
36

BIL SOALAN

1 Pernahkah anda menghisap rokok, walaupun beberapa sedutan sahaja?

1 - Tidak
2 - Ya

2 Pilih satu sahaja.


Berapa batang rokok yang pernah anda hisap sepanjang hidup anda?

1 - Tidak pernah
2 - Hanya beberapa sedutan sahaja, tidak pernah habis sebatang rokok
3 - 1 – 10
4 - 11 - 100
5 - Lebih daripada 100

3 Pilih satu sahaja.


Berapakah umur anda semasa anda pertama kali MENGHISAP HABIS SEBATANG ROKOK?

1- Saya tidak pernah menghisap habis sebatang rokok ATAU


2- Nyatakan umur: __________

4 Dalam tempoh 30 HARI YANG LEPAS, berapa kerap anda NAMPAK amaran kesihatan pada
kotak rokok?

1- Tidak pernah
2- Jarang-jarang
3- Kadang-kadang
4- Kerap
5- Sangat kerap

5 Pilih satu sahaja.


Sejauh manakah amaran kesihatan menyebabkan anda berfikir tentang risiko kesihatan
(bahaya terhadap kesihatan) akibat merokok?
1- Tidak terfikir langsung
2- Kurang berfikir
3- Banyak berfikir
4- Saya tidak pernah melihat sebarang label amaran
6 Adakah anda berpendapat bahawa amaran kesihatan pada kotak rokok adalah:

1- Tidak boleh dipercayai


37

2- Kurang boleh dipercayai


3- Sangat boleh dipercayai
4- Saya tidak pernah melihat sebarang label amaran
7 Adakah anda berpendapat bahawa amaran kesihatan pada kotak rokok tidak
menggalakkan individu sebaya anda untuk merokok:

1- Tidak sama sekali


2- Sedikit
3- Sangat
4- Saya tidak pernah melihat sebarang label amaran
8 Dalam 6 bulan yang lepas, berapa kerapkah anda melihat mesej ANTI-MEROKOK di media
(cth., televisyen, radio, papan iklan, poster, akhbar, majalah, pada sisi bas)?

1- Tidak pernah sama sekali


2- Sekali sekala
3- Kerap
4- Sangat kerap
9 Dalam tempoh 6 bulan yang lepas, pernahkah anda terpandang atau terdengar
pengiklanan atau maklumat mengenai bahaya merokok ataupun menggalakkan berhenti
merokok di tempat-tempat seperti di bawah?
Tandakan √ pada garis yang disediakan
Tidak Ya
a. di televisyen ………… …………
b. di radio ………… ………...
c. di poster ………… …........
d. di papan iklan ………… …………
e. di dalam suratkhabar atau majalah ………… …………
f. di panggung wayang sebelum atau selepas tayangan filem. ………… …………
g. di dalam disko/pusat karaoke atau tempat hiburan yang lain ………… …………
h. pada kotak rokok ………… …………
i. pada sisi bas ………… …………

10 Pilih satu sahaja.Apakah slogan utama yang digunakan dalam kempen anti-merokok di
Malaysia?

1- Merokok membahayakan kesihatan


2- Tak Nak Merokok -- Say No To Smoking
3- Setiap sedutan membawa padah
4- Merokok itu haram
5- Anda bijak jika tidak merokok 6 Tidak pasti/ tidak tahu
38

TERIMA KASIH, ANDA TELAH SELESAI MENJAWAB SOALAN.


Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama anda.
Sila semak bahawa anda telah menjawab semua soalan yang dikemukakan.
Sila masukkan soal selidik ini ke dalam sampul surat yang disediakan, dan
serahkan kepada penyelidik.
Untuk makluman, semua jawapan anda akan dirahsiakan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila bertanya kepada penyelidik.

TAMAT

You might also like