You are on page 1of 10

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

SARJANA MUDA PEMASARAN DIGITAL (KEPUJIAN)

LAPORAN ULASAN ARTIKEL

ISLAM AND MENTAL HEALTH

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL SYAZRINAH BINTI SAMOEN 2020827928

Laporan Ulasan Artikel Dihantar kepada Dr Mohamad Zaim Bin Isamail dalam
Memenuhi sebahagian Keperluan Untuk
CTU552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)
SEMESTER 1
SESI 2020/2021
ISI KANDUNGAN

Isi kandungan ………………………………………………………….1

Pengenalan……………………………………………………………. 2

Hasil Kajian……………………………………………………………. 3-8

Kesimpulan……………………………………………………………. 8

Bibliografi……………………………………………………………… 9

1
TAJUK ARTIKEL JURNAL: Islam and Mental Health
PENULIS: T.A. Baasher
TARIKH ARTIKEL DITERBIT: 2001
JUMLAH MUKA SURAT: EMHJ – Eastern Mediterranean Health Journal, 7 (3),
372-376
NOMBOR ISSN: 1020-3397

PENGENALAN
Artikel yang bertajuk ‘Islam and Mental Health’ oleh T.A. Baasher (2001) telah
diterbitkan pada laman web Institutional Repository for Information Sharing (IRIS)
merupakan satu artikel jurnal EMHJ – Eastern Mediterranean Health Journal dengan
nombor ISSN 1020-3397.

Artikel ini ditulis bertujuan untuk menerangkan masalah kesihatan mental dengan
ajaran islam. Artikel ini menerangkan cabaran-cabaran masalah kesihatan mental yang
semakin berleluasa dalam masyarakat di mana kebanyakan masyarakat mempunyai
masalah kesihatan mental yang tidak berkaitan dengan mencari keagamaan dalam
kehidupan. Penyelidik menyatakan bahawa masalah kesihatan mental yang semakin serius
ini telah meningkatkan kesedaran dalam memahami ciri-ciri kesihatan mental, keagamaan
psiko, dan kerohanian psiko dengan lebih sesuai dalam bidang kesihatan mental. Ini telah
meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memberi dorongan kepada elemen asas
manusia ini. Antara objekitf yang penyelidik hendak dan cuba untuk sampaikan adalah
peningkatan dan penumbuhan cabaran-cabaran kesihatan mental yang dihadapi oleh
masyarakat, dan menerangkan tentang usaha Islam dalam menangani masalah ini dengan
mengaitkannya dengan syarat-syarat agama.

HASIL KAJIAN

1. Challenge of Mental Health Problems (Cabaran dalam masalah kesihatan


mental)

Menurut penyelidik, masalah kesihatan mental ini merupakan satu masalah yang
besar dan didapati di setiap pelosok dunia. Tidak kira sama ada ianya negara yang sedang
membangun mahupun negara perindustrian, akan ada penduduk yang menghidapi atau
didiagnosis dengan gangguan mental atau neurological. Namun, bukan itu sahaja masalah
kesihatan mental yang terdapat di kalangan masyarakat, malah terdapat juga individu yang

2
bergantung dengan alkohol dan penyalahgunaan dadah dalam mengekalkan kewarasan
minda mereka. Dari pernyataan ini dapat dihujahkan bahawa mereka yang menghidap
penyakit mental ini melakukan pelbagai alternatif untuk mengalih perhatian mereka daripada
terkurung dalam fikiran mereka yang penuh dengan masalah. Mereka yang terseksa dengan
masalah ini cenderung untuk mengelakkan diri mereka daripada menghadapi masalah yang
ada kerana ianya akan membuat mereka lebih terbeban. Oleh itu, pernyataan pelidik dapat
menyokong bahawa perkara ini dapat diselesaikan dengan beberapa alternatif yang
berkaitan dengan ajaran agama Islam.

Dalam kajian artikel jurnal ini, penyelidik mengambil sedikit sumber daripada laporan
yang ditulis oleh Smith R. yang bertajuk ‘Alcohol: a new report, but still going backward.’ Di
dalam laporan tersebut, Smith menyatakan bahawa mesej kesedaran tentang bahayanya
alkohol ini tidak diambil berat atau peduli oleh pihak kerajaan mahupun rakyat awam
sedangkan kajian mendapati bahawa masalah-masalah yang boleh memudaratkan
kehidupan seseorang dan orang sekelilingnya adalah disebabkan terutamanya kerana
alkohol dan isu-isu ini semakin lama semakin meningkat. Smith menegaskan bahawa
perkara ini harus dipertimbangkan dengan lebih oleh pihak kerajaan dan juga rakyat awam.
Oleh kerana isu ini semakin serius, penyelidik telah meneruskan kajiannya untuk mencari
dan mendapatkan alternatif kaedah rawatan yang berkesan dalam membantu masalah
kesihatan mental yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat. Antara alternatif-
alternatif yang telah dinyatakan adalah pendekatan Teknik psikoanalisis terhad, kepada
pendekatan tingkah laku, kepada pendekatan humanistik, pendekatan transpersonal dan
banyak lagi pendekatan-pendekatan yang holistic. Untuk mengaitkan isi dengan tajuk artikel
ini, penyelidik menegaskan bahawa pencarian agama ditekankan lebih besar untuk asas
dan kerohanian hidup yang bermakna selain daripada faktor personal dan sosial.

2. The Islamic Quest (Pencarian Islam)

Dalam memahami perkara-perkara asas bagi manusia, antara perkara penting yang
harus diberi tumpuan lebih adalah untuk mengenali kelemahan dalaman diri, kualiti diri yang
berpotensi dan keperluan yang perlu ada untuk mengikut jalan yang betul. Ini merupakan
salah satu cara untuk mendapatkan keadaan minda yang sihat dan untuk dapat
menjalankan kehidupan yang bermakna.

Dalam proses untuk memahami dalaman diri sendiri yang betul dan merungkai
elemen-elemennya yang tersembunyi, perkara ini sepatutnya dapat membawa kita untuk
lebih mengenali Pencipta kita iaitu Tuhan yang maha suci, tegas penyelidik. Untuk memberi

3
bukti yang kukuh dalam keperluan untuk melihat dan mempercayai bahawa masalah ini
dapat diselesaikan melalui perspektif Islam dan kekuatan Iman, penyelidik menyertakan
potongan ayat daripada al-Quran iaitu ‘Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda
kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri
mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar…’
(41:53). Ayat ini menjelaskan bahawa segala yang wujud di muka bumi ini sudah
membuktikan kewujudan Tuhan dan kebenaran kitab al-Quran. Perkara ini telah membawa
kepada pendapat bahawa dengan menetapkan kepercayaan kepada kitab al-Quran dan
kuasa Tuhan, dapat membantu seseorang individu untuk berdiri teguh tanpa membiarkan
masalah kesihatan mental mengegarkan kehidupan mereka.

3. The Islamic directives (Arahan agama Islam)

Bagi topik ini, penyelidik menerangkan bahawa agama Islam sangat menekankan
integriti seseorang manusia, hak kepada pihak lain, dan kebijaksanaan dan akal. Perkara ini
dapat dibuktikan dalam kitab al-Quran yang berbunyi ‘Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai
Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan
berbahasalah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari
jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk’, (16:125). Ayat ini menyatakan bahawa kesedaran dalam kesihatan mental
haruslah disebarkan dengan cara yang baik kerana kita tidak akan memahami dan merasa
perasaan terseksa individu tersebut sedang mengalami. Hanya Tuhan sahaja tau apa siapa
yang menghadapi keseksaan dalam menghadapi kesihatan mental.

Dalam ayat al-Quran 33:72, ‘… (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia


adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak
patut dikerjakan’, ayat ini dijelaskan oleh penyelidik bahawa manusia mempunyai hak
mereka tersendiri untuk memilih dan membuat keputusan dalam memastikan kesejahteraan
sosial, memutuskan cara yang tersendiri untuk bertahan apabila berada dalam kesusahan
dan juga bagaimana mereka hendak mengatasi stress mereka yang kadang-kadang boleh
memudaratkan diri sendiri. ‘Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah
(Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya)…’ (33:72).
Potongan ayat tersebut menjelaskan dan menyokong pernyataan penyelidik dalam
menyatakan bahawa perkara-perkara ini merupakan kepercayaan dan amanah yang
diberikan kepada penduduk bumi.

4
Penyelidik telah menyatakan perkara ini daripada perspektif yang berbeza daripada
pernyataan sebelum ini di mana walaupun arahan agama Islam boleh membawa kita ke
jalan hidup yang lebih baik dan sihat, umat Islam juga diberi peringatan yang jelas untuk
sentiasa mengingati, menyedari dan memahami kelemahan diri sendiri di mana mereka
harus belajar untuk mengatasinya dengan ajaran Islam. Pernyataan ini dapat dikukuhkan
daripada sumber kitab al-Quran iaitu Surah 95, ayat 4 hingga 6.

Kajian yang telah dilakukan oleh Wadgy ME dalam artikelnya yang bertajuk ‘The
Holy Book interpreted’ telah disertakan oleh penyelidik di dalam artikel ini. Daripada sumber
kajian artikel Wadgy, beliau menyatakan bahawa al-Quran telah menerangkan kontras yang
tajam antara perkembangan fizikal yang luar biasa dan gangguan emosi dalaman mereka.
Dengan itu, penyelidik telah memberi konklusi terhadap pernyataan Wadgy bahawa
manusia memang telah ditakdirkan untuk menghadapi dan mempunyai kelemahan. Namun
manusia hendaklah berusaha untuk mengatasinya daripada membiarkan perkara tersebut
merosakkan diri mereka mahupun dalaman atau luaran.

4. Islam and mental health care (Islam dan penjagaan kesihatan mental)

Terdapat beberapa langkah dan cara yang dapat diimplementasikan dengan


memenuhi kriteria dan arahan agama Islam. Antara langkah yang dinyatakan oleh penyelidik
adalah Strategic approaches (Pendekatan strategik), Observation of a healthy code of
behaviour (Pemerhatian tingkah laku yang sihat), Exemplary model of alcohol prevention
(Contoh cara untuk menjauhkan diri daripada alkohol), Management of specific mental
health problems (Pengurusan kesihatan mental yang tertentu) dan yang terakhir Role of
Islamic institutions (Peranan institusi Islam).

4.1 Strategic approaches (Pendekatan strategik)

Kitab suci al-Quran banyak membahaskan tentang perkara-perkara yang berkaitan


dengan prinsip panduan dalam menjalani kehidupan yang sihat dan mempunyai kualiti hidup
yang baik. Berdasarkan langkah ini, penyelidik menyatakan bahawa salah satu strategi
Islam dalam membawa kesedaran dalam kesejahteraan mental adalah berdasarkan
pemerhatian daripada ketidaksempurnaan yang wujud dalam setiap manusia begitu juga
dengan kelemahan emosi. Oleh itu, dengan kaedah pembangunan sistematik dan enakmen
konstruktif dapat diimplementasikan untuk mengatasi masalah ini.

Penyelidik menghujahkan bahawa dengan mengerjakan perkara-perkara yang wajib


dilakukan sebagai umat Islam sebagai contoh solat lima waktu setiap hari, dapat membantu
dalam penyesuaian personaliti dan membawa kesedaran dalam kesihatan mental. Namun,

5
perkara ini boleh membawa kepada kritikan di mana masalah sebenar dalam masalah
kesihatan mental ini bukanlah keran seseorang itu kurang beribadah ataupun kurang
beriman kepada Tuhan. Namun, masalah sebenar terletak pada sikap manusia terhadap
satu sama lain.

Pada pendapat saya, seseorang individu mungin tidak pernah meninggalkan amalan
wajib dan sentiasa beriman kepada Tuhan, tetapi dia masih boleh menghdapi masalah
kesihatan mental yang serius. Ini berkemungkinan tinggi disebabkan kerana sikap manusia
lain yang buruk di mana mereka memikirkan bahawa mereka mempunya hak untuk
memperlekehkan perasaan individu yang menghadapi masalah tersebut. Hal ini akan
menyebabkan individu yang menghidap masalah tersebut untuk menganggap bahawa diri
mereka tidak bernilai dan perasaan mereka tidak sah dan bermakna. Kitab al-Quran juga
jelas menyatakan bahawa kita haruslah menolong orang lain dalam masalah ini dengan cara
yang lebih baik kerana Tuhan maha mengetahui bahawa mereka yang memperlekehkan
perkara ini adalah lebih teruk daripada mereka yang menghadapi masalah ini (16:125).

4.2 Observation of a healthy code of behaviour (Pemerhatian tingkah laku yang sihat)

Penyelidik menegaskan bahawa al-Quran merupakan kitab yang diturunkan sebagai


panduan dan sumber dalam memberi penerangan tentang kehidupan. Beliau juga
menyatakan bahawa al-Quran diturunkan bertujuan untuk menggalakkan manusia untuk
belajar daripada perkara-perkara yang berlaku pada masa lalu, dengan itu kita dapat
mengambil pelajaran dan berusaha untuk mencari jalan yang lebih baik dalam menjalani
kehidupan yang berkualiti dengan keadaan minda yang sihat. Daripada pernyataan ini,
penyelidik ingin menjelaskan bahawa al-Quran mengandungi banyak jawapan kepada
masalah-masalah yang kita hadapi pada masa sekarang. Peristiwa-peristiwa bersejarah
yang berlaku pada zaman dahulu boleh diambil sebagai pengajaran dan memberi
kesedaran bahawa zaman telah berubah dan kita sebagai manusia yang telah diberikan
amanah di dunia ini boleh mengubah dunia ini kepada lebih baik.

4.3 Exemplary model of alcohol prevention (Contoh cara untuk menjauhkan diri daripada
alkohol)

Dalam topik ini, penyelidik telah memberi beberapa langkah dalam membantu
manusia untuk menghindarkan diri daripada bahaya alkohol. Penyelidik menyertakan topik
ini kerana terdapat banyak individu yang menghadapi masalah kesihatan mental mengambil
alkohol sebagai jalan penyelesaian dan untuk melarikan diri daripada dunia reality.

Antara langkah-langkah yang dinyatakan oleh penyelidik merupakan langkah-


langkah yang pernah dilakukan pada awal Islam 14 abad yang lalu. Penyelidik tidak

6
menjauhkan pernyataan beliau daripada berkaitan dengan ajaran agama Islam. Terdapat 4
peringkat yang yang masih dianggap unik sebagai cara untuk mengawal dan mencegah
alkoholisme yang telah dilakukan 14 abad yang lalu. Dengan pertimbangan yang diberi
kepada keadaan psikososial yang berlaki dan pendekatan sistematik yang dilakukan secara
beransur-ansur melalui pujukan, mengikut kepada logik, memberi keyakinan agama,
memberi contoh melalui demonstrasi dan mobilisasi masyarakat di mana perkara ini sampai
ke tahap perang suci, telah dilakukan dengan berkesannya.

4.4 Management of specific mental health problems (Pengurusan dalam kesihatan mental
yang tertentu)

Berdasarkan kajian, penyelidik boleh membuktikan bahawa kebanyakan masalah-


masalah kesihatan mental telah ditangani secukupnya dengan doktrin Islamik. Namun, al-
Quran merupakan satu kitab keagamaan bukanlah kitab perubatan. Dalam perkara ini,
penyelidik telah menerangkan dengan lebih mendalam mengenai dua masalah kesihatan
mental yang tertentu iaitu membunuh diri dan pengurusan dalam mempunyai perasaan
bersalah terhadap perkara ataupun dosa yang telah atau hendak lakukan.

Al-Quran dengan tegasnya menyatakan bahawa seseorang itu tidak patut


membunuh dirinya sendiri kerana Tuhan telah memberi belas kasihan yang cukup kepada
mereka. Perintah Tuhan ini memainkan peranan yang penting dalam mencegah perbuatan
mencederakan diri dan membunuh diri di kalangan komuniti Islam. Dalam proses membuat
kajian ini, penyelidik menyatakan bahawa dia telah menyaksikan kuasa terhadap perintah
Tuhan ini dalam keajaibannya merawat sejumlah umat Islam yang menghadapi masalah
ingin membunuh diri. Penyelidik juga menyatakan bahawa kebanyakan mereka berhenti
daripada berfikiran untuk membunuh diri adalah disebabkan manusia menetapkan perasaan
takut terhadap balasan Tuhan kelak.

Penyelidik menyatakan bahawa menetapkan perasaan bersalah apabila hendak


melakukan perkara yang memudaratkan diri adalah salah satu latihan untuk meningkatkan
keimanan dan juga satu cara untuk membantu mereka untuk berhenti daripada mempunyai
pemikiran sedemikian langkah demi langkah.

Langkah-langkah tersebut dijelaskan dengan jelas oleh penyelidik. Langkah pertama


merupakan seseorang itu harus mengenal pasti dosa atau kesalahan yang telah dia
lakukan. Langkah kedua, seseorang itu haruslah memahami dan menerima untuk
menghadapi kesalahan yang telah dilakukan. Langkah ketiga, seseorang itu haruslah
berjanji dan bertegas kepada diri sendiri untuk tidak melakukan kesalahan dan dosa yang
sama lagi. Dan langkah terakhir ialah apabila seseorang ingin bertaubat, segala perbuatan

7
ini haruslah dilengkapi dengan melakukan amal ibadah yang beriman dan melakukan
perkara yang baik dan berguna dalam kehidupan.

4.5 Role of Islamic Institutions (Peranan Institusi Islam)

Dalam Islam, terdapat beberapa institusi islam yang memainkan peranan yang
sangat berguna dan berkesan dalam menyebarkan kesedaran tentang kesihatan mental dan
pencegahan psikososial yang merosakkan akhlak dalaman kita.

Hal ini telah memberi impak yang besar kepada Pendidikan kesihatan, pengetahuan
am, mobilisasi masyarakat dan pencegahan terhadap keburukan sosial seperti
penyalahgunaan dadah. Perkara ini dapat menggalakkan kerajaan bahawa tindakan awal
yang telah digunakan di beberapa negara dengan penglibatan komuniti dan pegawai-
pegawai agama dan institusi dapat menjanjikan perancangan masa depan yang baik.

Peranan institusi islam merupakan salah satu peranan yang berkesan dengan baik
kerana ianya boleh membawa kepada peningkatan kesedaran kesihatan mental kepada
setiap pelosok masyarakat jika majoriti pihak bersatu untuk menyuarakan isu ini.

5. Kesimpulan

Berdasarkan artikel ini, dapat disimpulkan bahawa Islam merupakan satu agama
yang prihatin terhadap penganut-penganutnya. Namun, ini juga dapat membuktikan bahawa
kekurangan iman dan kepercayaan kepada Tuhan bukanlah sebab utama kenapa manusia
menghidapi masalah kesihatan mental. Dunia ini penuh dengan perkara yang kejam dan
kebanyakan daripada kejam itu adalah daripada manusia sendiri.

Cadangan saya terhadap artikel ini adalah untuk menegaskan lebih kepada
menyatakan bahawa tidak mengapa untuk mempunyai masalah kesihatan mental. Artikel
sebegini haruslah sekurang-kurangnya menyatakan bagaimana untuk melawan perasaan
kegelisahan tersebut dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan Tuhan daripada
menyatakan untuk menetapkan perasaan bersalah terhadap diri sendiri kerana ini boleh
membawa kepada keadaan yang lebih teruk.

8
BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN

1. Baasher, T.A. (2001). Islam and mental health. EMHJ - Eastern Mediterranean Health
Journal, 7 (3), 372-376, 2001 https://apps.who.int/iris/handle/10665/119027

2. Smith R. Alcohol: a new report, but still going backward. British medical journal, 1986,
293(6553):971-2.

3. Wadgy ME. The Holy Book interpreted. Cairo, El-Shaal, 1970 (in Arabic).

You might also like