You are on page 1of 9

Setiap Individu yang wujud di muka bumi ini mempunyai sifat, sikap , gaya dan personaliti

tersendiri.Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu itu yang


berbeza daripada seorang manusia dengan manusia yang lain. Mengikut Abdul Majid Mohd.
Isa dan Rahil Mahyuddin (1997), personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona iaitu
topeng yang dipakai oleh pelakon pentas.Mereka menjelaskan bahawa personaliti ialah
perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia.Bagaimana
manusia menggambarkan pemikiran, emosi dan perasaan mereka adalah perkara yang
menjadi kajian ahli psikologi personaliti.
Personaliti ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh individu pelajar, seperti sikap, pendirian,
nilai, minat dan motivasi.Ujian Personaliti ialah ujian yang digunakan untuk mengukur
personaliti pelajar seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi.Ciri-ciri ini diukur
melalui alat-alat psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator atau indeks.Terdapat tiga
alat yang dapat digunakan guru untuk mengukur personaliti pelajar:

Inventori laporan kendiri ( apa yang pelajar kata tentang dirinya).


Inventori sosiometrik (apa yang pelajar lain/orang lain kata tentang seseorang

pelajar).
Teknik pemerhatian ( apa yang dibuat oleh pelajar dalam situasi tertentu)

Inventori laporan kendiri dan inventori sosiometrik ini boleh ditadbirkan sama ada secara
lisan atau secara bertulis menggunakan borang soal selidik atau senarai semak.Contoh senarai
semak ialah senarai semak berkaitan dengan masalah yang dihadapi pelajar.
Senarai ini memberikan segala masalah yang mungkin dihadapi pelajar, misalnya, yang
menyebabkan dia tidak selesa belajar.Ini mungkin meliputi masalah kewangan, keluarga atau
kesihatan.Jawapan seseorang pelajar itu mungkin dapat memberikan punca kepada tingkah
laku dan personaliti pelajar itu berubah.Selain inventori-inventori ini, terdapat juga ujian
personaliti yang dibina melalui hasil penyelidikan atau berdasarkan teori-teori tertentu seperti:
Keirsey Temperament Test (KTT) dan Edwards Preference Schedule( EPPS ).

LATAR
BELAKANG
SEKOLAH

KATEGORI MURID.

Murid-murid yang dipilih adalah terdiri daripada murid-murid dari kelas tahun 6 Bestari
( berumur 12 tahun ).Mereka ini merupakan murid-murid cemerlang dan berpotensi untuk
mendapat 5A dalam Peperiksaan UPSR 2013 yang akan datang nanti..Saya memilih 10
orang murid yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Mereka
ini terdiri daripada latar belakang keluarga yang berbezaPemilihan tersebut adalah
berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan terhadap murid-murid di kelas 6 Bestari.
Alhamdulillah, murid-murid yang terpilih telah memberikan kerjasama dan komitmen yang
cukup baik sepanjang menjawan Ujian Inventori Personaliti Warna tersebut.
Bersama-sama ini saya sertakan senarai nama murid lelaki dan perempuan yang samasama membantu saya dalam menyiapkan tugasan kajian berkaitan Ujian Inventori Warna .

SENARAI NAMA
MURID LELAKI
1.
2.
3.
4.
5.

Mohamad Fathul Qayyum Bin Mohd. Said.


Muhammad Abid Danish Bin Ariffin
Emier Rafiqie Bin Mohd. Azham
Mohd. Aiman Zulikhwan Bin Zulkifli
Muhammad Nur Aliif Bin Mohd. Zin.

SENARAI NAMA
MURID PEREMPUAN
1.
2.
3.
4.
5.

Nur Amiera Binti Mohamad Azmi


Siti Hafizah Binti Abdul Majid
Nurul Ashiqin Quratulain Binti Ismail Azmi
Aimi Fasehah Binti Mohd. Shafie
Ayu Hani Uzma Binti Mohd. Razali

RASIONAL DALAM PEMILIHAN UJIAN PERSONALITI


WARNA.
TEORI PERSONALITI WARNA

Mengikut Falt (1999) sejarah penggunaan teori personaliti warna dimulakan oleh Don
Lowry melalui kad-kad aktiviti True Colors.Don Lowry adalah seorang usahawan dan anak
murid kepada David Kiersey.David Kiersey adalah ahli terapi yang telah memperkenalkan
jenis personaliti iaitu Apollonian, Dionysian, Promethean dan Epimethean (Hauck 1998).Don
Lowry telah menggunakan model personaliti yang diperkenalkan oleh Keirsey untuk
dijadikan asas bagi mencipta True Colors.True Colors yang dibuat oleh Lowry ini adalah
merupakan sejenis kad-kad permainan yang berasaskan personaliti yang melibatkan 4 jenis
warna iaitu EMAS, JINGGA, BIRU dan HIJAU.
Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori yang mengandungi 100 item yang
mempunyai format jawapan YA atau TIDAK.Respons individu (murid-murid) kepada
item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri
personaliti individu.Inventori Personaliti Warna atau juga dikenali sebagai IPW mempunyai 4
skala iaitu skala emas, hijau, biru dan jingga. Inventori Personaliti Warna adalah satu alat
ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti
berasaskan personaliti warbna emas, biru, hijau dan jingga.
Warna EMAS melambangkan seseorang yang mengikut peraturan &
bertanggungjawab
Warna HIJAU melambangkan sesorang yang mementingkan intuisi pemikiran &
mempunyai perasaan ingin tahu tang tinggi
Warna BIRU melambangkan seseorang yang mementing intuisi perasaan &
sukakan keharmonian.
Warna JINGGA melambangkan seseorang yang gemarkan pengalaman & suka
mengembara.
Item-item yang terdapat di dalam Inventori Personaliti Warna ini, mudah
difahami oleh murid-murid terutamanya di kalangan murid sekolah
rendah.Begitu juga , murid-murid hanya perlu menjawab YA atau Tidak
bagi mengukur atau mengenal personaliti murid-murid tersebut.

STRATEGI DALAM MELAKSANAKAN INVENTORI


PERSONALITI WARNA.

1. Dalam merancang dan mengendalikan satu kajian , terutamanya yang melibatkan


murid-murid khasnya murid-murid di sekolah rendah , bukanlah satu tugas yang
mudah.Persediaan , ketelitian dan pemudahcara harus di rancang dengan teliti, agar
program atau kajian yang dirancang itu dapat dilakukan atau dijalankan dengan
tersusun dan lancar.
2. Apabila saya mendapat tugasan untuk membuat kajian kerja kursus berkaitan
Inventori Personaliti, saya mula mencari bahan-bahan di dalam internet berkaitan jenisjenis Inventori Personaliti.Setelah saya membuat beberapa kajian , saya mengambil
keputusan untuk memilih Inventori Personaliti Warna untuk tugasan tersebut.Saya
dapati item-item soalan yang terdapat di dalam Inventori Personaliti Warna , agak
mudah difahami oleh murid-murid terutamanya murid-murid di sekolah rendah.
3. Alhamdulillah, rakan bimbingan saya di Sekolah Kebangsaan Jalan Tajung,
Sijangkang, Kuala Langat telah memberikan saya satu contoh set borang Ujian
Inventori Warna kepada saya.Terima kasih.Setelah itu, saya mula membuat pemilihan
murid-murid yang akan menjadi klien saya dalam memgisi borang Ujian Inventori
Personaliti Warna ini.Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk memilih di kalangan
murid Tahun 6 Bestari (kelas cemerlang) seramai 10 orang iaitu terdiri daripada 5
murid lelaki dan 5 murid perempuan.
4. Apabila tiba waktu dan tikanya, saya memanggil murid-murid tersebut untuk
menjawab soalan-soalan tersebut di Bilik APD (Bilik Tayang) untuk keselesaan
muurid-murid tersebut, memandangkan Bilik APD dilengkapi dengan penghawa dingin
dan jauh daripada keriiuhan suara guru mengajar di dalam kelas.Dengan itu, saya
dengan penuh harapan agar, murid-murid tersebut dapat menjawab dengan selesa dan
tenang.
5. Alhamdulillah, setelah diberi penerangan dan tunjukajar bagaimana cara untuk
menjawab dan mengisi borang Inventori Personaliti Warna tersebut, murid-murid
seramai 10 orang itu cepat memahami kehendak soalan-soalan tersebut.
6. Setelah selesai menjawab, saya telah berjumpa seorang demi seorang untuk
menerangkan keputusan personaliti murid-murid tersebut dan mereka bersetuju dengan
keputusan warna yang diperolehi oleh mereka.

KEPUTUSAN INVENTORI PERSONALITI WARNA


Setelah klien mengisi dan menjawab borang Ujian Inventori Personaliti warna tersebut ,
dengan itu saya dapati mereka ini adalah terdiri daripada klien pelapis yang bakal menjadi
pemimpin di masa hadapan.Bersama-sama ini saya serta keputusan Ujian Inventori Personaliti
Warna klien tersebut.

SENARAI KEPUTUSAN
1.
2.
3.
4.
5.

Mohamad Fathul Qayyum Bin Mohd. Said. - JINGGA


Muhammad Abid Danish Bin Ariffin - JINGGA
Emier Rafiqie Bin Mohd. Azham - HIJAU
Mohd. Aiman Zulikhwan Bin Zulkifli - EMAS
Muhammad Nur Aliif Bin Mohd. Zin. EMAS

Kesimpulan daripada keputusan Inventori Personaliti Warna, saya dapati murid-murid


ini :-

Warna Jingga 4 orang. ( murid yang suka mengembara ( adventure )


Warna Emas 4 orang ( murid yang bertanggungjawab)
Warna Hijau 2 orang ( murid yang mempunyai perasaan ingin tahu )
Warna Biru 1 orang ( murid yang suka keharmonian mesra )

IMPLIKASI KE ATAS MURID DAN PENTADBIRAN.


Apabila keputusan telah diperolehi, saya telah berbincang dan menerangkan tentang warna
personaliti yang telah diperolehi oleh murid-murid tersebut.Saya dapati murid-murid ini
mengakui akan kebenaran keputusan tentang personaliti warna mereka.Sememangnya
keputusan tersebut menepati ciri-ciri dan sifat-sifat yang mereka miliki di dalam diri
mereka.Mereka amat teruja dan menyatakan bahawa itulah sebenarnya diri mereka.
Sememangnya murid-murid tersebut adalah murid-murid yang cemerlang.Sesungguhnya,
saya selaku Guru Bimbingan menyatakan kepada murid-murid tersebut bahawa keputusan ini
bukannya satu ramalan atau rekaan semata-mata.Tetapi ianya adalah salah satu usaha , dalam
membimbing murid-murid untuk mengenali diri mereka sendiri dan juga agar guru-guru dapat
memahami personaliti dan karektar murid-murid yang diajar.
Di samping itu juga, saya telah mengedarkan borang Inventori Personaliti Warna tersebut
kepada semua guru di sekolah saya, sebagai satu kajian dalam memahami dan mengenali
personaliti guru-guru di sekolah saya.Saya dapati semua guru telah memberikan kerjasama
dan respon yang cukup baik.Sememangnya saya dapati , bahawa guru-guru cukup teruja
untuk mengisi borang Inventori Personaliti Warna tersebut dan ingin mengetahui warna
personaliti diri mereka.Namun begitu, guru-guru mengharapkan agar Guru Bimbingan dapat
memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan apa jua ilmu yang berkaitan tentang diri
murid-murid dan di harapkan agar ianya dapat memberikan kebaikan bersama dalam
kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah murid-murid di sekolah.

CADANGAN DAN PENUTUP.

Kesimpulan dari kajian dan pemerhatian saya , saya dapati Inventori Personaliti Warna ini ,
merupakan salah satui cara dalam kita sebagai seorang guru untuk memahami personaliti
murid-murid di sekolah.Sesungguhnya murid-murid ini mempunyai pelbagai personaliti dan
juga persekitaran yang berbeza.
Oleh yang demikian, ujian personaliti ini merupakan salah satu bentuk pengukuran yang
menggambarkan penggunaan persampelan tingkahlaku bagi membuat keputusan berhubung
individu tertentu.Ia juga merupakan satu instrumen yang bertujuan mengukur pelbagai
karektor yang berkait dengan tingkah laku manusia terutamanya tingkah laku interpersonal
terutamanya di kalangan murid-murid sekolah.Oleh itu ujian ini menyatakan, bahawa individu
mempunyai pelbagai karektor tertentu dan akan menjawab soalan tertentu secara berbeza
daripada individu yang kurang menunjukkan karektor tersebut.

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DICIPTAKAN OLEH ALLAH DENGAN


KEADAAN YANG BERBEZA.................

PENGHARGAAN
Salam hormat dan penuh takzim.

Dengan rasa penuh kesyukuran , dan dengan izin dan petunjuk dari
Allah SWT, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan kajian Inventori
Personali Warna yang telah diberikan oleh Puan Dr. Khamsiah Bin Ismail
dengan jayanya.Dengan penuh keazaman dan keyakinan saya laksanakn
tugasan ini dengan penuh kegigihan.
Bukan satu perkara yang mudah untuk memberikan serta
melaksanakan satu tugasan kajian yang melibatkan di kalangan
pelajar.Banyak rintangan yang perlu saya lalui dan perlu saya tempuhi
untuk melakukan tugasan kajian tersebut.Dengan bebanan tugas
sebagai seorang guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di
sekolah dan juga setiausaha Unit Induk Hal Ehwal Murid banyak tugasan
yang perlu saya selesaikan memandangkan Jemaah Nazir Sekolah akan
mengadakan lawatan pemantauan ke sekolah saya yang berkaitan
tentang Unit Hal Ehwal Murid.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan
sejawatan saya iaitu Puan Khariati Binti Mohd. Akhiyar ( Guru
Bimbingan 1 ), rakan-rakan guru di sekolah saya dan khasnya kepada
murid-murid yang terlibat dalam menyelesaikan tugasan kajian
Inventori Personaliti Warna dan juga khasnya kepada pensyarah saya
iaitu Puan Dr. Khamsiah yang telah memberikan beberapa maklumat
penting dan juga sering memberikan dorongan dan keyakinan kepada
saya dan juga rakan-rakan sekelas yang lain dalam membimbing kami
agar menjadi seorang kaunselor yang sebenarnya suatu hari nanti.
Semoga tugasan kajian ini dapat memberikan kami ilmu yang cukup
bermanfaat, tatkala kami bergelar kaunselor kelak.INSYA-ALLAH.

SEMOGA USAHA INI DIBERKATI OLEH Allah SWT.


AMIN............AMIN. YA.RABBAL ALAMIN.

You might also like