You are on page 1of 24

KEBIMBANGAN SOSIAL DALAM KALANGAN

PELAJAR SEKOLAH :MENENGAH

DI SEKITARDAERAH

PERAK TENGAH.

NURUL 'AINBTMOHDDAUD

NO PEKERJA KOIOIO

PENYELIDIKAN INDIVIDU JANGKA PENDEK

KOD PENYELIDIKAN 03 -08- 02 -06

F AKUL TI SAINS KOGNITIF & PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


KANDUNGAN
Mukasurat

KANDUNGAN

ABSTRAK ii

ABSTRACT iii

SENARAI JADUAL IV

BABI PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang kajian 1

1.3 Pendekatan Teori 4 -5

1.3.1 Teori Kebimbangan Kognitif 4

1.3.2 Teori Perhubungan Perorangan 4 -5

1.4 Pemyataan masalah 5

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Persoalan Kajian 8

1.7 Hipotesis kajian 9

1.8 Definisi Pembolehubah kajian 9 -11

1.8.1 kebimbangan sosial

1.8.2 Pelajar
1.9 Kepentingan Kajian 11 -12

1.10 Batasan Kajian 12

BAB2 TINJAUAN LITERA TUR


2.1 Pengenalan 13

2.2 Kajian Literatur


2.2.1 Kajian dalam Negara 13 -15

2.2.2 Kajian Luar negara 16 -19

2.3 Rumusan 19
11

BAB3 METOD KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Reka bentuk Kajian 20

3.3 Tempat Kajian 21

3.4 Populasi dan sample kajian 21

3.5 Alat Kajian 21 -26

3.5.1 BahagianA
3.5.2 BahagianB
3.5.3 Kesahan dan kebolehpercayaan 27 -29

soal selidik

3.6 Prosedur kajian 29

3.7 Penganalisaan data statistik 30

3.8 Rumusan 30

BAB4 KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 31

4.2 Kajian rintis 31 -32

4.3 Analisis Deskriptif 33 -36

4.4 Ujian Hipotesis 37 -41

BABS PERBINCANGAN, IMPLlKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 42

5.2 Perbincangan 42 -46

5.3 Implikasi kajian dan cadangan 46 -49

5.4 Cadangan kajian lanjutan 49

5.5 Rumusan bab 49 -50


111

RUJUKAN 51- 53

LAMPlRAN

BORANG SOAL SELIDIK

SURAT EPRD

SURATPPD
SENARAI JADUAL

Jadual Mukasurat

Jadual 3.5.1 Subskala Kebimbangan Social Liebowitz 22


Social Anxiety Scale For Children And Adolescent
( LSAS-CA).

Jadual 3.5.2 Subskala Kebimbangan 23

laduaI3.5.3 Subskala Pengelakan 23

laduaI3.5.4 Subskala item kebimbangam interkasi sosial 24


dan kebimbangan persembahan menurut
Liebowitz Social Anxiety Scale For Children And Adolescent
(LSAS-CA).

laduaI3.5.5 Subskala item kebimbangan interaksi sosial dan 25


kebimbangan persembahan menurut
Liebowitz Social Anxiety Scale For Children And Adolescent
( LSAS-CA).

laduaI3.5.6 Skala aspek kebimbangan 26

laduaI3.5.7 Aspek pengelakan 26

laduaI3.5.8 Klasifikasi
pemarkatan Liebowitz Social Anxiety 26
Scale For Children And Adolescent
(LSAS -

CA).

Jadual 3.6.1 Kriteria Cronbach Alpha yang menjelaskan skala 29


keseluruhan dan subskala LSAS -

CA.

Jadual 4.2.1 Pekali


Kebolehpercayaan Instrumen 32
Kebimbangan Sosial.

ladual4.3.l Taburan kekerapan dan peratusan demografi 33


sampel.

laduaI4.3.2 Taburan kekerapan dan peratusanjawatan di sekolah. 34

laduaI4.3.3 Taburan kekerapan dan peratusan demografi keluarga responden. 35

laduaI4.3.4 Taburan peratusan Tahap Kebimbangan Sosial 36


menurut Liebowitz Social Anxiety
Scale For Children And Adolescent
(LSAS -

CA).

Jadual 4.4.1 Keputusan ujian-t bagi melihat kebimbangan sosial 37


dalam kelangan pelajar berdasarkanjantina.

Jadual 4.4.2 Keputusan ujian-t bagi dimensi kebimbangan sosial 38


berdasarkan j antina.

Jadual 4.4.3 Keputusan ujian-t bagi dimensi kebimbangan 38


berdasarkan j antina.

Jadual 4.4.4 Keputusan ujian-t bagi dimensi pengelakan 39


berdasarkan j antina

Jadual 4.4.5 Keputusan Pekali Korelasi Pearson hubungan di antara 40


kebimbangan dan pengelakan so sial dalam kalangan
pelajar.

Jadual 4.4.5 Keputusan ujian ANOVA bagi melihat kebimbangan 40


sosial berdasarkanjenis sekolah.
IV

ABSTRAK

Kajian ini bertnjuan untuk menganalisa kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar
sekolah menengah di daerah Perak Tengah, Subjek kajian ini terdiri daripada 303 orang

pelajar tingkatan empat di tiga jenis sekolah yang berbeza, Instrumen kajian yang

digunakan ialah Liebowitz Social Anxiety Seale For Children And Adolescent (
LSASCA). Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 12.0 dan

penganalisaan menggunakan kaedah statistic seperti t-test, t\NOVA dan Korelasi

Perason, Hasil kajian mendapati tahap kebimbangan so sial dalam kalangan pelajar adalah
pada tahap sederhana, Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam
subskala kebimbangan sosial dalam aspek jantina dan jenis sekolah manakala subskala

kebimbangan memmjnkkan perbeszaan yang signifikan berdasarkan jantina, Dapatan


kaiian juga mendapati terdapat hubungan di antara subskala kebimbangan dan subskala

pengelakan, Berdasarkan basil dapatan, beberapa implikasi dan cadangan telah

dibincangkan.
IV

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menganalisa kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar
sekolah menengah di daerah Perak Tengah. Subjek kajian ini terdiri daripada 303 orang

pelajar tingkatan empat di tiga jenis sekolah yang berbeza. Instrumen kajian yang

digunakan ialah Liebowitz Social Anxiety Scale For Children And Adolescent (
LSASCA). Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 12.0 dan

penganalisaan menggunakan kaedah statistic seperti t-test, ANOVA dan Korelasi

Perason. Hasil kajian mendapati tahap kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar adalah

pada tahap sederhana. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam

subskala kebimbangan sosial dalam aspek jantina dan jenis sekolah manakala subskala

kebimbangan menunjukkan perbeszaan yang signifikan berdasarkan jantina. Dapatan


kajian juga mendapati terdapat hubungan di antara subskala kebimbangan dan subskala

pengelakan. Berdasarkan hasil dapatan, beberapa implikasi dan cadangan telah

dibincangkan.
v

SOCIAL ANXIETY AMONG SECONDARY SCHOOL STUDENTS IN THE


AREA OF PERAK TENGAH

ABSTRACT

The purpose of this study is to analyze social anxiety among secondary school students in
the area of Perak Tengah. The subjects of this study were 303 of form four students from
three different schools in Perak Tengah. The instrument of this study was Liebowitz
Social Anxiety For Children And Adolescent (LSACA). Tha data was analyzed by using
statistical procedures such as t-test, One way ANOVA and Pearson Correlation method.
The finding of this study indicated that social anxiety among secondary school students
was in a moderate level. The results also indicated that there was a significant different in

social anxiety based on gender and types of school. The subscales of social anxiety which
consisted of anxiety and avoidance also indicated a significant different. These anxiety
and avoidance were also showed a significant correlation. In view of the findings, several
implications and recommendations were put forward.
DAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

oleh penyelidik. Dalam bab


Bab ini merupakan pengenalan tentang perkara yang dikaji

berkaitan dengan latar


as as kajian
ini, penyelidik membincangkan perkara-perkara

masalah, tujuan kajian, kesignifikanan


belakang kajian, pendekatan teori, pernyataan

kajian, definisi pembolehubah kajian dan hipotesis kajian.

1.2 Latar Belakang Kajian


dalam
Proses interaksi dengan kawan-kawan merupakan elemen penting di proses

emosi di kalangan pelajar. Kanak-kanak yang mempunyai


perkembangan sosial dan
2

hubungan yang mesra dengan rakan-rakan dapat bersaing secara sihat dan cemerlang di

dalam pelajaran manakala kanak-kanak yang mengelakkan diri atau mengasingkan

daripada rakan sebaya dilihat sebagai kekurangan peluang untuk melibatkan diri dalam

situasi yang akhirnya boleh membawa kepada pelbagai masalah apabila dewasa kelak.

Menurut Coplan, Rubin, Fox, Calkins and Stewards (1994), kanak-kanak yang

mengasingkan diri terbahagi kepada tiga bahagian iaitu 'solitary passive' yang suka

bermain seorang diri, solitary active iaitu kanak-kanak yang disingkirkan oleh rakan

sebaya disebabkan tingkah laku agresif dan 'reticent' iaitu kanak-kanak yang men gal ami

kebimbangan sosial iaitu takut untuk menjalinkan perhubungan dengan rakan sebaya.

Menurut Erik Erikson dalam Jas Laile Suzana (2002), di sepanjang hayat manusia,

setiap individu akan mengalami lapan tahap perkembangan. Setiap tahap tersebut

mempunyai krisis-krisis tertentu yang perlu diatasi oleh individu. Krisis-krisis tersebut

akan membentuk kebimbangan dalam putaran kehidupan manusia. Demikianlah juga

keadaan yang berlaku terhadap golongan remaja. Dalam proses mencari identiti diri,

akan tercetus beberapa perkara yang mendatangkan kebimbangan terutama dalam aspek

interaksi sosial.

Menurut Schlenker dan Leary (1982) dalam Wan Abdul Kader (1994),

kebimbangan sosial merupakan kebimbangan atau ketakutan dinilai secara negatif oleh

situasi so sial. Ianya bermula sejak daripada usia kanak-kanak dan boleh membawa

kepada imej dan konsep kendiri yang negatif kepada individu. Kajian yang dilakukan ke

atas kanak-kanak yang berumur 11 tahun mendapati kanak-kanak yang mengalami

kebimbangan sosial menunjukkan penghargaan kendiri yang rendah dan tekanan yang

tinggi berbanding rakan sebaya yang lain.


3

Kebimbangan sosial dikes an apabila seseorang sentiasa mengalami ketakutan

apabila berhadapan dengan situasi sosiaL Ciri-ciri kebimbangan sosial ditunjukkan

apabila individu mengalami kerisauan kepada penilaian negatif oleh individu lain. Ianya

merupakan kebimbangan akibat daripada ketakutan dinilai secara negatif oleh orang lain

dalam situasi sosial yang membawa kepada tekanan, kesedihan dan pengasingan kendiri.

Individu yang mengalami keadaan ini akan mengalami tekanan apabila berhadapan

dengan individu lain sekiranya mereka diusik, dikritik, dijadikan bahan tumpuan dan

dilihat oleh individu lain ketika melakukan sesuatu aktiviti ( Walsh, 2002).

Menurut Walsh (2002), kebimbangan sosial disebabkan oleh faktor genetik dan

biologi. Simptom kebimbangan bermula daripada zaman kanak-kanak dan mereka akan

menunjukkan sikap takut yang amat sangat terhadap orang asing yang berada di sekeliling

mereka. Kebimbangan bermula daripada reaksi fisiologi kepada sesuatu rangsangan yang

mengancam. Antara simptom yang ditunjukkan termasuklah ketegangan, jantung

berdenyut kencang, muka bertukar merah, mulut kering, menggeletar seluruh badan,

kesukaran menelan dan pelbagai simptom lain. Kebimbangan akan bertukar menjadi

masalah sekiranya ia menyebabkan individu tidak berdaya, selalu memikirkan perkara

yang tidak realistik serta gangguan kepada fungsi sosial.

Walaupun kebimbangan adalah perkara normal, kadangkala perasaan tersebut

dikehendaki kerana kebimbangan akan mendatangkan persaingan dan pengharapan serta

boleh dijadikan faktor pendorong untuk mencapai cita-cita. Walau bagaimanapun, jika

kebimbangan berada dalam keadaan tidak normal dan terkeluar daripada kawalan diri

sendiri maka wujudlah rasa takut kepada semua perkara atau sebaliknya tidak takut

kepada apa jua.


4

1.3 Pendekatan Teori

1.3.1 Teori Kebimbangan Kognitif

Menurut Albert Ellis (1975 dalam Wan Abdul Kader, 1994) yang mempelopori

pendekatan kognitif telah menekankan kepada peranan sistem kepercayaan yang tidak

rasional yang menyebabkan berlakunya kebimbangan. Selain daripada kepercayaan yang

tidak rasional, salah satu punca lain yang boleh menimbulkan kebimbangan adalah

ekspektasi terhadap diri yang terlalu tinggi.

Menurut Meichenbaum dan rakan-rakan (1971) dalam Wan Abdul Kadir (1994)

mengatakan bahawa manusia mengalami kebimbangan apabila mereka menilai diri secara

negatif di dalam satu-satu situasi. Kebimbangan tercetus apabila mereka memikirkan

yang mereka tidak berkeupayaan untuk melaksanakan sesuatu tugas.

1.3.2 Teori perhubungan Perorangan oleh Sullivan.

Teori ini adalah teori yang dikemukakan oleh Harry Stack Sullivan ( 1972) dalam Amir

Awang ( 1987) yang menolak anggapan tokoh psikologi Freud bahawa personaliti

seseorang dibentuk dalam lima tahun pertama. Personaliti menurut beliau terbentuk

melalui interaksi individu dengan orang lain di dalam masyarakat. Sullivan telah

mengutarakan beberapa konsep yang telah menjadi asas utama kepada teori ini.

Antaranya ialah:

a. Pentingnya Interaksi

Melalui interaksi sosial individu dengan individu lain di dalam masyarakat, ia akan

membentuk pola-pola tingkah laku tertentu yang menjadi struktur personaliti. Interaksi
5

tidak semestinya melalui tingkah laku nampak sahaja malahan interaksi boleh berlaku

dalam bentuk persepsi, ingatan, pemikiran dan perasaan.

b. Personifikasi

lanya merupakan gambaran yang dipunyai oleh individu tentang dirinya dan juga orang

lain. Gambaran ini merangkumi sikap, perasaan dan konsepsi yang terhasil melalui

pengalaman.

c. Dinamisme

Dinamisme merupakan suatu tingkah laku yang berkekalan dan berulang. Pola-pola

tingkah laku yang digunakan oleh individu di dalam interaksi dengan orang lain sehingga

ianya menjadi suatu kebiasaan kepada individu.

Menurut Sullivan, peringkat-peringkat daripada Iahir hingga dewasa perkembangan

personaliti adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial atau masyarakat di mana individu

itu wujud atau dibesarkan. Melalui interaksi dengan masyarakatlah personaliti seseorang

itu berkembang samada terdedah dengan unsur-unsur positif atau negatif ( Amir Awang,

1997).

1.4 Pernyataan Masalah

Pada zaman yang serba mencabar ini, manusia berlumba-lumba untuk mencapai tahap

kehidupan yang selesa. Bagi pelajar, mencapai kejayaan dan memperolehi kehidupan

sempuma serta selesa adalah matlamat mereka. Namun, di sepanjang perjalanan

kehidupan terdapat halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi sebelum mencapai

kejayaan.Tidak dapat dinafikan dalam proses interaksi pelajar dengan rakan sebaya dan

persekitaran mereka seringkali berhadapan dengan kebimbangan sosial.


6

Kebimbangan ini akan menganggu perkembangan individu untuk ke peringkat

seterusnya. Perasaan kebimbangan ini sedikit sebanyak akan menganggu kefungsian

pelajar dalam kehidupan dan persekolahan mereka. Jika pelajar mampu mengawal

perasaan kebimbangan mereka, proses kehidupan akan berjalan lancar dan positif. Namun

jika pelajar tidak dapat mengawal perasaan kebimbangan mereka, pelbagai masalah akan

timbul sama ada terhadap diri pelajar sendiri ataupun melibatkan pelanggaran disiplin dan

so sial.

Kebanyakan pelajar terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat berpunca daripada

perasaan kebimbangan yang tidak dapat dikawal. Perkara tersebut berlaku kerana pelajar

ingin lari daripada perasaan kebimbangan yang melanda diri mereka. Kadang kala

terdapat juga pelajar yang mengalami tekanan perasaan yang terlalu tinggi kerana gagal

dalam mengawal perasaan kebimbangan. Akibat yang lebih buruk berkemungkinan

pelajar tersebut akan mengalami kecelaruan psikologi yang boleh mempengaruhi

pencapaian dalam pembelajaran ( Kocovski dan Endler, 2000).

Kebimbangan sosial di kalangan pelajar sekolah terutamanya pelajar sekolah

rendah menyebabkan mereka tidak dapat bergaul dalam kelompok rakan sebaya mereka,

anti-sosial dan juga gagal dalam akademik mereka ( Spence, Donovan, & Brechman

Toussaint, 1999 dalam Walsh 2002). Jika perasaan kebimbangan sosial terlalu diikutkan,

akan terbentuk pula perasaan takut dan tidak selesa yang akan membataskan pergerakan

seseorang individu untuk berkembang. Individu akan menjauhi interaksi dan bertindak

mengasingkan diri seterusnya boleh membawa kesan yang lebih buruk dalam pencapaian

dan perkembangan diri pada masa hadapan (Mullins dan Duke, 2004). Individu yang

mengalami kebimbangan sosial adalah berisiko untuk mengalami tekanan, masalah


7

pemakanan, penyalahgunaan bahan seperti alkohol serta mengalami kecelaruan mental.

Individu ini mungkin tidak mempunyai ramai kawan, seringkali mengalami masalah

dalam komunikasi, dibuang daripada sekolah ataupun tidak diambil bekerja ( Kocovski

dan Endler, 2000).

Individu yang mengalami kebimbangan sosial akan cuba berusaha sedaya upaya

untuk memberikan impresi kepada orang lain dan seringkali tidak mempamerkan

keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri. Keadaan ini sekiranya dibiarkan akan

membawa kepada pengasingan kendiri dan pemulauan. Kebimbangan sosial ini

seterusnya akan mempengaruhi keseluruhan sistem kognitif, somatik, afektif dan tingkah

laku individu yang boleh membawa kepada ketidakfungsian individu dalam situasi sosial

( Clark dan Wells, 1995 dalam Hugh, 2002).

Justeru, kebimbangan sosial perlu diketahui dan dikenalpasti oleh guru-guru dan

kaunselor, maka pengkaji membuat keputusan untuk membuat kajian tentang tahap

kebimbangan so sial dalam kalangan pelajar sekolah supaya mereka terhindar daripada

aspek yang boleh membantutkan perkembangan personaliti mereka.

1.5 Objektif Kajian

1) Untuk mengenalpasti tahap kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar sekolah

menengah.

2) Untuk melihat perbezaan kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar berdasarkan

jantina.

3) Untuk mengenalpasti perbezaan subskala kebimbangan sosial dalam kalangan

pelaj ar berdasarkan j antina.


8

4) Untuk menganalisa perbezaan aspek kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar

berdasarkan jenis sekolah.

5) Untuk mengenalpasti hubungan kebimbangan so sial dengan pengelakan sosial

dalam kalangan pelajar.

1.6 Persoalan Kajian

1. Bagaimanakah tahap kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar sekolah

menengah?

2. Adakah terdapat perbezaan kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar

berdasarkan jantina?

3. Adakah terdapat perbezaan subskala kebimbangan so sial ( kebimbangan dan

pengelakan) dalam kalangan pelajar berdasarkanjantina?

4. Adakah terdapat perbezaan dalam subskala kebimbangan ( persembahan dan

situasi sosial) dalam kalangan pelaj ar berdasarkan j antina?

5. Adakah perbezaan yang signifikan dalam subskala pengelakan ( persembahan dan

situasi sosial dalam kalangan pelajar berdasarkanjantina?

6. Adakah terdapat hubungan di antara aspek kebimbangan dan pengelakan sosial

dalam kalangan pelajar?

7. Adakah terdapat perbezaan kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar

berdasarkanjenis sekolah?
9

1. 7 Hipotesis Kajian

1) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek kebimbangan sosial dalam

kalangan pelaj ar berdasarkan j antina.

2) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam subskala kebimbangan sosial (

kebimbangan dan pengelakan) dalam kalangan pelajar berdasarkanjantina.

3) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam subskala kebimbangan ( persembahan

dan situasi sosial) dalam kalangan pelajar berdasarkanjantina.

4) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam subskala pengelakan dalam kalangan

pelaj ar berdasarkan jantina.

5) Terdapat hubungan yang signifikan di antara aspek kebimbangan dan pengelakan

sosial dalam kalangan pelajar.

6) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kebimbangan sosial berdasarkan

jenis sekolah.

1.8 Definisi Pembolehubah kajian

1.8.1 Kebimbangan Sosial

Menurut definisi Persatuan Psikiatrik America, kebimbangan sosial ialah ketakutan

yang sentiasa timbul di dalam situasi so sial yang melibatkan persembahan di

hadapan kha 1 ayak dimana individu berhadapan dengan situasi bam yang

menyebabkan individu berandaian ianya mungkin dimalukan dihadapan orang lain (

Kashdan & Herbert, 2001). Ia juga didefinisikan sebagai tahap kebimbangan yang

tinggi terhadap interaksi sosial yang dicirikan oleh pengelakan situasi sosial
10

disebabkan ketakutan menerima penilaian negatif (Bandelow, Torrente, Wedekind,

Broocks, Hajak, Ruther, 2004).

Kebimbangan sosial menurut Storch, Warner, Cris,Klein (2005) dicirikan oleh

ketakutan melampau individu sekiranya dimalukan ketika persembahan di dalam

situasi sosial. Situasi tersebut melibatkan individu yang takut untuk menghadiri

majlis keraian, berjumpa dengan orang yang tidak dikenali, bercakap di mesyuarat

dan sebagainya.

Kebimbangan sosial juga didefinisikan sebagai kelemahan dalam fungsi

sosial. Individu yang mempunyai kebimbangan sosial yang berlebihan mempunyai

ketakutan melampau yang boleh menyebabkannya menjauhi daripada situasi

tersebut. Justeru kebimbangan sosial ini boleh melemahkan kehidupan individu

dalam situasi sosial serta membantutkan komunikasi interpersonal dalam kerjaya

(Kessler, 2003).

Menurut Warner et al, (2003), Summerfelt et al (2006) aspek-aspek

kebimbangan sosial dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kebimbangan

interaksi (social interaction) dan kebimbangan persembahan ( performance

anxiety). Secara rumusannya kebimbangan sosial melibatkan ketakutan melampau

individu dalam situasi sosial yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk pada

mas a hadapan.

Secara keseluruhannya, definisi operasional dalam konteks kajian ini ialah

meliputi aspek kebimbangan so sial yang dinyatakan dalam soal selidik Liebowitz

Social Anxiety for Children and Adolescent (LSAS) iaitu meliputi aspek
11

kebimbangan sosial yang dialami oleh pelajar. Kebimbangan sosial yang dinilai

berdasarkan aspek kebimbangan dan pengelakkan. Kebimbangan dan pengelakan

merangkumi aspek kebimbangan interaksi sosial ( social interaction anxiety) dan

kebimbangan persembahan Cperformance anxiety).

1.8.2 Pelajar

Menurut Ismail Ali ( 1989), pengertian pelajar dalam sistem pendidikan Malaysia

ada dinyatakan dalam Education Act, ( 1961) seperti berikut:


"

Pupil where used without qualification means a person of any age for

whom education or training is provided"

( Legal Research Board, 1987, p.6)

Dalam konteks kajian ini, definisi operasional bagi pelajar adalah golongan remaja

yang masih bersekolah di sekolah menengah di kawasan luar bandar iaitu di

kawasan Perak Tengah. Pelajar yang dipilih berada dalam tingkatan empat iaitu

dalam lingkungan usia 16 tahun.

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kebimbangan so sial dalam kalangan

pelajar sekolah menengah. Kajian ini dapat memberikan input yang berguna kepada

pelajar agar dapat menilai kekuatan dan kelemahan serta kemampuan mereka untuk

berinteraksi dengan orang lain. lni adalah kerana alam persekolahan dan alam

selepas persekolahan memerlukan interaksi yang lebih maju bagi membawa

individu ke puncak kejayaan.


12

Kajian ini juga diharap dapat membantu para kaunselor sekolah mengenalpasti

pelajar-pelajar yang sering mengalami kebimbangan. Seandainya kaunselor sekolah

menyedari masalah ini, kaunselor dapat mengambil tindakan melalui pendekatan

unit bimbingan dan kaunseling sekolah dan dapat menyalurkan intervensi

kaunseling yang bersesuaian.

Pengkaji berharap kajian yang dijalankan ini dapat memberi sumbangan

kepada guru -guru untuk memahami kebimbangan sosial yang dialami oleh pelajar

pelajar di sekolah. lni bagi membolehkan para pelajar tidak terus berasa tertekan

dengan kebimbangan yang dialami dan dapat mengikuti pembelajaran dan proses

interaksi dengan berkesan.Tindakan segera dapat dibuat oleh guru-guru yang

mengetahui wujudnya kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar mereka dengan

merujuk kepada kaunselor sekolah atau menggunakan pelbagai pendekatan yang

lebih menggalakkan interaksi antara pelajar di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Seterusnya kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada ibubapa

agar dapat memberikan didikan dan pendedahan yang sewajarnya supaya anak

anak mereka dapat menj alinkan perhubungan sosial yang sihat seterusnya dapat

melahirkan masyarakat yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

1.10 Batasan kajian

Kajian ini hanya dijalankan ditiga buah sekolah yang berlainanjenis di daerah Perak

Tengah. Oleh yang demikian, dapatan kajian tidak dapat digeneralisasikan kepada

semua sekolah.
13

BAB2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji

lain sarna ada dari dalarn dan luar negara berkaitan dengan kebimbangan so sial yang

dialami pelajar.

Kajian kebimbangan so sial

2.1 Kajian Dalam Negara

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas berhubung dengan

kebimbangan sosial di dalarn negara. Lee Boon Hock (2002) telah membuat kajian

tentang perasaan takut dalarn kalangan kanak-kanak sekolah. Kajian ini bertujuan untuk
14

melihat sarna ada terdapat perbezaan perasaan takut berdasarkan umur, jantina, kaum dan

tempat tinggal. Subjek kajian terdiri daripada 360 orang murid-murid sekolah yang

berumur tujuh hingga dua belas tahun. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang

signifikan antara umur, jantina ,


kaum dan temp at tinggal dimana kanak-kanak berumur

lebih tua ( sepuluh hingga dua belas tahun) lebih mengalarni perasaan takut berbanding

kanak-kanak berumur lebih muda ( tujuh hingga sembilan tahun). Kanak-kanak lelaki

lebih mengalarni perasaan takut berbanding kanak-kanak perempuan, kanak-kanak bandar

mengalarni perasaan takut berbanding kanak-kanak luar bandar dan akhir sekali kanak

kanak daripada bangsa Cina lebih mengalarni perasaan takut berbanding kanak-kanak

bangsa Melayu.

Lee Siew Khim (2001) pula mengkaji kebimbangan sosial dalarn kalangan

generasi barn iaitu pelajar UKM yang mempunyai pemikiran kritik, analitik dan matang.

Kajian ini mengkaji sarna ada kebimbangan tret, kebimbangan sosial dan kebimbangan

kerjaya masa depan dipengaruhi oleh jantina, kawasan tempat tinggal, tahun pengajian

dan fakulti. Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar tersebut dalarn tahap

kebimbangan yang sederhana. Kebimbangan tret pelajar lelaki adalah lebih rendah

daripada pelajar perempuan. Keputusan juga menunjukkan bahawa faktor temp at tinggal,

jenis aliran pengajian memainkan peranan penting dalarn mempengaruhi kebimbangan

kerjaya masa r1pan dalam kalangan pelajar. Faktor jantina tidak mempengaruhi

kebimbangan sosial dan kebimbangan kerjaya mas a depan.

Kajian Norrul Azlifah (2000) yang menjalankan kajian berbentuk eksperimen

ujian pra dan ujian pos satu kumpulan subjek bagi melihat kesan latihan kemahiran sosial

terhadap perubahan tingkah laku, pre stasi akademik dan konsep kendiri pelajar. Kajian
15

dijalankan di Sekolah Menengah di Kuala Lumpur. Sampel kajian ialah di antara

tingkatan 3 dan dipilih seramai 10 orang. Pemilihan sampel berdasarkan tahap akademik

yang rendah di dalam peperiksaan. Alat kajian yang digunakan ialah Modul Latihan

Kemahiran sosial yang menekankan kepada pendedahan kendiri diri, yang berkaitan

dengan rakan dan juga keluarga subjek. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan

di antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik. Justeru, dengan adanya latihan

kemahiran sosial dapat meningkatkan konsep kendiri pelajar seterusnya membantu

mengatasi kebimbangan sosial yang dialami.

Seterusnya Benny John ( 2006) telah mengkaji tentang kebimbangan terhadap

interaksi sosial. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kebimbangan dalam kalangan

pelajar berdasarkan jantina, tingkatan dan bang sa. Kajian ini melibatkan seramai 132

pelajar sekolah menengah di kalangan pelajar sekolah di bahagian Sarikei Sarawak.

Kajian ini menggunakan State Trait Anxiety Inventory ( STAI) dan ujian kebimbangan

terhadap interaksi sosial. Basil kajian mendapati kebimbangan terhadap interaksi sosial

berada pada tahap rendah. Basil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang

signifikan dalam kebimbangan sosial berdasarkan jantina, bangsa, tingkatan dan tempat

tinggal.

Kajian juga telah dijalankan oleh Mohd Noor (2006) mengenai fobia sosial dalam

kalangan mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif

dimana ia menggunakan sesi kaunseling dengan seorang klien yang mengalami fobia

sosial. Sesi kaunseling telah dijalankan di antara 6-7 sesi. Ianya diperkukuhkan lagi

dengan teknik-teknik dalam pendekatan tingkahlaku seperti desensitisasi bersistem, main

peranan dan latihan asertif dalam membantu klien fobia sosial. Basil kajian mendapati

You might also like