You are on page 1of 34

LAMPIRAN A

Sikap Pelajar Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang Selangor

BAHAGIAN I 1.1 Pengenalan

: PENDAHULUAN

Bahagian ini akan membincangkan perkara asas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. kajian. 1.2 Latar Belakang Kajian Antara perkara-perkara yang akan dibincangkan termasuklah pernyataan masalah, persoalan kajian, tujuan kajian, kepentingan kajian, definisi operasional dan skop

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan kita pada tahun 1960an. Pada peringkat awal, perkhidmatan ini lebih menitikberatkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberikan perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan. Laporan Jawatakuasa Kabinet Mengkaji Pelaksaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolahsekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79."Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja." Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran dikalangan para pelajar sekolah. Disamping itu, masalah disiplin pelajar

juga menghantui para pendidik sejak kebelakangan ini. Jesteru itu, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan disekolah-sekolah dan juga diinstitusi pengajian bagi tujuan membantu para pelajar. Menurut Tolbert (1959) : Amla (2004), kaunseling merupakan satu proses hubungan bersemuka antara dua pihak iaitu kaunselor dan klien. Kaunselor adalah orang yang membantu klien membuat suatu keputusan yang berkesan dengan menggunakan sumber-sumber dan kemahiran yang tertentu. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan secara rasmi pada 14 Disember 1996 dengan melantik kaunselor sepenuh masa disekolah-sekolah. Oleh itu, kajian seumpama ini diharapkan mampu melihat sejauhmana khidmat kaunselor telah memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar. 1.3 Pernyataan Masalah

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (PBDK) telah dijalankan di sekolah lebih daripada 30 tahun. Sebelum tahun 1996, perlaksanaan permintaan ini telah dijalankan oleh kaunselor yang mempunyai kelayakkan yang berbeza-beza dari berkelulusan ijazah hinggalah ketahap perlantikan kaunselor di kalangan mereka yang mengikuti kursus jangka pendek sahaja. Oleh itu, perkhidmatan ini masih belum berkesan dan tidak begitu memuaskan kerana guru-guru yang dilantik tiada kemahiran dalam mengendalikannya (Suradi Salim,1994) Disamping itu, Suradi Salim (1992) melalui kajian mengenai masalah perlaksanaan PBDK di sekolah-sekolah menengah di Malaysia mendapati kebanyakkan kaunselor di sekolah menghadapi kekurangan masa atau tidak mempunyai masa yang sesuai untuk mengendalikan perkhidmatan ini. Masalah tersebut berpunca dari beban tugas yang terlalu banyak, tidak diberi keringanan dari beban tugas mengajar dan terlalu banyak tanggungjawab yang perlu mereka pikul. Kedua-dua faktor ini menyebabkan sambutan pelajar terhadap PBDK tidak menggalakkan. Pengkaji-pengkaji terdahulu telah mencadangkan supaya perkhidmatan ini dijalankan oleh seseorang yang terlatih dan sepenuh masa. Beberapa perjumpaan dan seminar

kaunseling telah dijalankan sebelum tercapainya matlamat ini. Siti Hawa (1996) telah menegaskan PBDK perlu dilaksanakan secara serius, proaktif dan berasingan dari tugas mengajar. Akhirnya pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan telah bersetuju untuk melantik mereka yang berkelayakkan sebagai kaunselor sepenuh masa di sekolah. Walaupun setelah 6 tahun kaunselor sepenuh masa dilantik di sekolah, namun sikap pelajar terhadap PBDK masih diragui. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk melihat kesedaran pelajar terhadap perkhidmatan ini. Disamping itu pengkaji juga ingin mengetahui adakah PBDK dapat dijalankan lebih berkesan dan memuaskan selepas perlantikkan kaunselor sepenuh masa yang tidak mengajar tetapi melibatkan diri sepenuhnya dalam menjalankan perkhidmatan ini. Sikap pelajar amat penting bagi proses kaunseling kerana dengan adanya kesedaran, pelajar lebih mengenali dan mengerti tentang pentingnya khidmat ini. Seandainya kesedaran ini tidak wujud, maka kemungkinan besar guru kaunseling tidak melibatkan secara aktif dalam mempromosikan khidmat ini ataupun sebaliknya. Hal ini sering dikeluh kesahkan oleh guru-guru, kakitangan pentadbir malah pengetua mereka sendiri. 1.4 Tujuan Kajian

Berdasarkan keadaan yang dinyatakan di atas, kajian ini cuba mencapai objektif-objektif berikut: 1. Mengenalpasti sikap pelajar-pelajar terhadap kaunselor di sekolah 2. Mengenalpasti sikap pelajar-pelajar terhadap khidmat kaunseling di sekolah berdasarkan jantina.

1.5

Persoalan Kajian 1. Apakah sikap pelajar terhadap kaunselor di sekolah

2. Adakah terdapat perbezaan sikap pelajar antara jantina terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling 1.6 Hipotesis Kajian perempuan

Ho 1 = Tidak ada perbezaan yang signifikan antara sikap pelajar lelaki dan terhadap khidmat kaunseling di sekolah. 1.7 Kerangka Konsep

Sikap Pelajar

Bimbingan dan Kaunseling

Jantina

1.8

Kepentingan Kajian

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan sokongan yang mempunyai tujuan untuk membantu pelajar-pelajar supaya lebih sedia menghadapi pengajaran dan pembelajaran dan menyesuaikan diri mereka dengan keadaan sekolah dan persekitaran yang kian maju. Oleh sebahagian itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah juga merupakan satu perkhidmatan yang penting dalam organisasi sekolah. Sikap pelajar terhadap bimbingan dan kaunseling akan menentukan arah kejayaan perkhidmatan ini. Maklumat dan dapatan yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor dalam membuat perancangan aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan di sekolah. Diharapkan dengan adanya kajian ini, ia dapat menjadi maklumat dan menimbulkan kesedaran kepada pihak yang bertanggungjawab dalam membaiki mutu PBDK. Selain dari itu juga, kajian ini sebagai maklumat tambahan bagi kaunselor pelatih memahami sikap pelajar sepanjang latihan praktikum pelatih.

1.9

Batasan Kajian

Penyelidik menghadapi pelbagai masalah dalam kajian yang dijalankan terutamanya ketika mentadbirkan borang soal selidik. Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden melibatkan para pelajar Tingkatan tiga, empat dan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko dan guru kaunseling yang terlibat sahaja. Batasan yang kedua wujud dalam kajian ini ialah kurangnya bahan dalam Bimbingan dan Kaunseling bersesuaian dengan iklim dan budaya masyarakat di Malaysia. Kesannya, kemungkinan penyelidik menghadapai sedikit kesulitan untuk membuat kajian ini. 1.10 DEFINISI OPERASIONAL

1.10.1 Sikap Mayer (1993) mengatakan sikap sebagai sesuatu yang disukai atau tidak disukai terhadap sesuatu atau seseorang, ia juga diperolehi melalui kepercayaan, perasaan dan niat untuk bertingkahlaku. Sikap juga dikatakan sebagai satu kecenderungan individu untuk bertindakbalas dengan kadar yang pasti iaitu menyokong atau tidak terhadap sesuatu perkara, objek, benda institusi, individu atau lain-lain aspek diskriminasi dalam kehidupan seharian individu.(Ajzen,1993). Jadi menurut Thurstone, sikap itu merupakan himpunan perasaan terhadap sesuatu ransangan. (Mowen,1990). Sikap yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pendapat, kepercayaan atau tanggapan pelajar terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Sikap ini menentukan sama ada pelajar-pelajar menerima atau menolak perkhidmatan yang ada.

1.10.2 Pelajar Dalam konteks kajian ini, pelajar adalah mereka yang berumur di antara 15,16,17 tahun dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang Selangor. Pelajar dalam

kajian ini merujuk kepada pelajar yang berada dalam tingkatan tiga, empat, lima dan terdiri daripada pelbagai bangsa. 1.10.3 Perkhidmatan Kamus Dewan (1992) mendefinisikan perkhidmatan sebagai perihal perkhidmatan dan bekerja untuk kebajikan. Menurut Omardi (1996) pula menyatakan perkhidmatan yang dicurahkan itu dapat memenuhi keperluan dan kepentingan orang ramai. Oleh itu boleh dikatakan bahawa perkhidmatna merupakan sumbangan yang berbentuk kepakaran dan kemahiran yang diberikan kepada masyarakat dan negara. 1.10.4 Bimbingan Terdapat banyak definisi yang telah dikemukakan oleh pengkaji atau ahli-ahli psikologi terhadap bimbingan. Shertzer dan Stone (1981) dalam Ee Ah Meng (1994) menegaskan bahawa bimbingan adalah suatu proses yang membantu individu-individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Implikasi definisi ialah individu-individu akan ditolong oleh pembimbing atau guru bimbingan untuk menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahankelemahan diri mereka. Dengan ini, mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka. kesejahteraan dalam hidupnya. Sementara itu, menurut Mohd Salleh (1993) bimbingan merupakan suatu kewajipan yang harus diberikan oleh para pendidik untuk mendidik, membimbing, menasihati dan merancang masa depan pelajar-pelajar ke arah kehidupan yang sihat dan positif. Justeru, dapatlah dirumuskan bahawa bimbingan merupakan satu proses pendidikan yang bersistematik dalam membantu seseorang mencapai kesejahteraan dalam hidupnya dan dapat menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat. 1.10.5 Kaunseling Melalui cara ini, individu akan dapat mengembangkan kemampuannya ke satu tahap yang maksimum serta mencapai

Kaunseling membawa maksud satu hubungan profesional di antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang klien. Jenis hubnugan ini biasanya merupakan hubungan bersemuka iaitu person to person. Namun begitu, kadang-kala ia mungkin melibatkan lebih daripada dua individu. Kaunseling bertujuan untuk membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka mengenai ruang hidup mereka, serta mempelajri untuk mencapai matlamat penentuan nasib sendiri. Burks dan Stefflre. (Sapora. 2002). Shertzer dan Stone dalam Amla (2004) pula menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pembelajaran yang seseorang itu belajar tentang dirinya serta tentang hubungan dalam dirinya lalu menentukan tingkah laku yang dapat memajukan perkembangan peribadinya. Konsep kaunseling dapat dirumuskan sebagai satu perhubungan dua hala seorang yang terlatih (kaunselor) dalam membantu seseorang yang terperangkap (klien) di dalam satu keadaan yang sukar atau tidak dapat diatasi. Ia juga merupakan satu proses membantu klien itu mengenal pasti dengan sendiri serta bertanggungjawab ke atas keputusan yang diambil (Mohd. Yunus 1992 dalam Ruhaya 2001). 1.10.6 Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling meliputi banyak perkara. Perkara-perkara tersebut telah disimpulkan oleh Koth (1973) dalam Flomina (2000) iaitu merancang programprogram bimbingan, mengadakan kaunseling, menjalankan pentafsiran da penilaian, sebagai koordinator, penempatan pekerjaan dan temuduga, membantu ibu bapa, perkhidmatan nasihat kepada guru dan pentadbiran serta dalam penyelidikan dan kajian. Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) telah menyatakan objektif am perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti berikut:

(1) Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar. (2) Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperi tingkah laku tidak berdisiplin, pengunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku sosial yang lain. (3) Memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuan meorientasikan semua pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka. 1.11 Rumusan

Sikap pelajar amat penting bagi proses kaunseling kerana dengan adanya kesedaran, pelajar lebih mengenali dan mengerti tentang pentingnya khidmat ini. Seandainya kesedaran ini tidak wujud, maka kemungkinan besar guru kaunseling tidak melibatkan secara aktif dalam mempromosikan khidmat ini ataupun sebaliknya. Bahagian ini telah melihat definisi konsep dan sikap pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berdasarkan persoalan kajian.

BAHAGIAN II

: TINJAUAN LITERATURE

2.1

Pengenalan

Pembangunan masa kini menjelang Wawasan 2020 memaksa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi secara optima. Perkhidmatan ini perlu dirancang rapi dan bersistematik agar dapat membantu kerajaan menangani masalah sosial di kalangan remaja yang ketara masa kini. Bagi tujuan membantu kerajaan menangani masalah ini, maka banyak kajian telah dijalankan oleh ahli-ahli pengkaji. Di dalam bahagian ini pengkaji akan meninjau kajiankajian lepas yang telah dijalankan berkaitan dengan tajuk ini. Pengkaji juga merumuskan hasil daripada kajian-kajian tersebut. Oleh kerana bidang ini bidang yang baru, persepsi masyarakat juga masih kabur tentang definisi sebenar Bimbingan dan Kaunseling sedangkan di negara barat kewujudan bidang ini banyak membantu masyarakat mereka menjalani kehidupan lebih harmoni dan tenteram. Banyak kajian yang telah dibuat mengenai tahap pencapaian Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Antaranya ialah kajian yang dibuat oleh Suradi Salim (1992). Dari segi etnik klien pula, pelajar Melayu menunjukkan peratusan yang jauh lebih tinggi (88.24%) berbanding etnik Cina (5.89%) dan etnik India (5.89%). Oleh kerana kaunselor pelatih adalah orang Melayu, maka klien Melayu lebih ramai datang untuk mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling berbanding bangsa lain. Klien Cina dan India enggan berjumpa kaunselor Melayu mungkin kerana beberapa isu budaya seperti perbezaan agama, cara hidup, budaya dan lain-lain. Menurut Wren dalam Amla (2004), kaunselor sekolah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara seperti membantu pelajar memahami kendiri, membuat keputusan dan membuat perancangan kerjaya. Disamping itu, kaunselor sekolah juga berperanan menjalinkan hubungan yang baik dengan kakitangan dan ibubapa dalam menangani masalah pelajar. Menurut Wren lagi, kaunselor juga berperanan mempelajari perubahan-perubahan tingkahlaku para pelajar serta melaksanakan program pengurusan tingkahlaku yang berterusan di dalam mengatasi masalah sosial pelajar.

10

2.2

Kajian-Kajian Yang Lepas

Dalam hal ini, penyelidik akan dengan hubungan serta peranan seorang kaunselor dalam membantu prestasi pelajar. Di bawah ini penyelidik akan melihat kajian yang berkaitan dengan sikap para pelajar. Kajian Leong Kwai Ying (1985) dan Osman Mohamad (1989) mendapati pelajarpelajar di tempat kajian adalah bersikap positif terhadap peranan yang dimainkan oleh PBDK. Kajian Manja Mohd. Ludin (1990) yang melaporkan bahawa 90% dari pelajar-pelajar dari dua buah sekolah di Perak menaruh sikap positif terhadap PBDK. Kajian ini juga menunjukkan tiada perbezaan sikap yang nyata diantara sikap pelajar lelaki dan perempuan terhadap perkhidmatan ini. Kajian Teo Siew Beng (1998) menunjukkan pelajar sekolah menengah mempunyai persepsi yang positif terhadap PBDK di sekolah. Begitu juga dengan kajian Azhari Abd.Rahman (1998) tentang persepsi pelajar terhadap PBDK di sekolah-sekolah menengah daerah Kota Setar, Kedah telah menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap fungsi, keupayaan dan keberkesanan PBDK adalah memuaskan. Symon dalam Amla (2004) menyatakan kajian beliau berkaitan dengan pandangan pelajar, guru dan pentadbir ini di beberapa buah sekolah menengah di Kuala Lumpur mendapati kebanyakkan mereka tidak menaruh keyakinan yang tinggi terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kajian yang dibuat oleh Mohd.Soder (1990) dalam Flomina (2000) tidak ada perbezaan sikap yang nyata diantara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap perkhidmatan ini. Ini merupakan hasil kajian pengkaji-pengkaji tempatan. Dalam kajian yang lepas didapati tahap sambutan pelajar terhadap perkhidmatan ini adalah berbezabeza di atara sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain. 2.3 Dapatan Kajian Yang Menunjukkan Sikap Positif Terhadap PBDK

11

Kajian Teo Siew Beng (1998) menunjukkan pelajar sekolah menengah mempunyai persepsi yang positif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Begitu juga dengan kajian Azhari (1998) tentang persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah menengah, Daerah Alor Setar, Kedah telah menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap fungsi, keupayaan dan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah memuaskan. Pelajar memberi persetujuan yang positif terhadap keselesaan dan kemudahan fizikal bilik bimbingan dan kaunseling, personaliti kaunselor sekolah, keupayaan kaunselor sekolah menyelesaikan masalah, bimbingan peningkatan akademik, kerjaya dan keyakinan pelajar terhadap perkhidmatan ini. Wan Mohd.Khair (1986) telah membuat kajian tentang persepsi pelajar pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Kota Bahru, Kelantan. Beliau mendapati bahawa wujud tanggapan positif di kalangan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah mereka. Kajian Manja Mohd.Ludin (1990) yang melaporkan bahawa 90% pelajar pelajar dan dua buah sekolah di Perak menaruh sikap positif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kajian mi juga menunjukkan tiada perbezaan sikap yang nyata di antara pelajar lelaki dan pcrcmpuan tcrhadap perkhidmatan ini. Di samping itu kajian Manja (1990) juga menunjukkan pelajar berpuas hati dengan keadaan bilik bimbingan dan kaunseling serta maklumat-maklumat yang dibekalkan oleh unit ini. Kajian Chua Lam Hong (1990) juga menunjukkan dapatan yang sama. Dalam kajiannya untuk meninjau sikap pelajar sekolah menengah di bandar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mendapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

2.4 Dapatan Kajian Yang Menunjukkan Sikap Negatif Terhadap PBDK

12

Zulmahari (1990) dalam kajiannya bertajuk Tanggapan Pelajar Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling di Sarawak mendapati pelajar-pelajar mengetahui dan memahami peranan guru bimbingan dan kaunseling. Pelajar juga menyedari dan mengakui bahawa program bimbingan dan kaunseling adalah penting dan berfaedah kepada mereka. Namun demikian jumlah pelajar yang berjumpa guru bimbmgan dan kaunseling apabila mereka menghadapi masalah peribadi tidak begitu ramai. Ini bermakna bahawa pelajar-pelajar tidak begitu senang untuk berjumpa guru bimbingan dan kaunseling walaupun faham mengenai faedah program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Suradi Salirn (1992) telah menjalankan satu kajian mengenai masalah pcrlaksanaan pcrkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sckolah-sekolah menengah di Malaysia yang melibatkan hampir kesemua sekolah menengah merumuskan dan segi sambutan pelajar terhadap perkhidmatan mi adalah tidak sepenuhnya. Sikap negatif pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah melambatkan perkembangan perkhidmatan ini. Bagi Mahali (1997) yang telah menjalankan praktikum kaunseling di Sekolah Menengah Tun Mamat, Johor pula mendapati sambutan pelajar di sekolah tersebut adalah di peningkat sederbana. Ini dapat dilihat daripada cara klien datang mcncmui kaunselor. Beliau menyatakan kebanyakan klien yang datang menemui kaunselor adalah dirujuk oleh pihakpihak tertentu. Peratusan klien yang datang secara sukarela lebih rendah berbanding klien yang dirujuk. Pendapat ini dikuatkan lagi dengan kajian M.Flomina (2000) di Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun, Melaka menyatakan bahawa sampel kajian bersikap negatif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

2.5 Kesimpulan Dari tinjauan kajian-kajian ini didapati sikap pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan ini bergantung kepada beberapa perkara antaranya adalah kefahaman dan pengetahuan pelajar

13

terhadap fungsi dan peranan bimbingan dan kaunseling dalam membantu mereka dengan keupayaaan kaunselor, kemudahan fizikal dan maklumat yang jelas tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

BAHAGIAN III

: METODOLOGI

3.1

Pengenalan

Dalam bahagian ini pengkaji akan mengemukakan langkah-langkah yang telah diambil dalam menjalankan kajian. Perkara-perkara yang akan dibincangkan ialah rekabentuk kajian, populasi kajian, alat kajian, tatacara memperolehan dan penganalisas data. 3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan tentang sikap pelajar-pelar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang. Kajian yang digunakan adalah reka bentuk tinjauan deskriptif.

3.3

Populasi Kajian

Populasi kajian ini ialah pelajar-pelajar Tingkatan tiga, empat, lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang. Sampel kajian seramai 90 orang pelajar telah dipilih secara rawak bertujuan, iaitu terdiri daripada 45 orang pelajar lelaki dan 45 orang pelajar perempuan.

3.4

ALAT KAJIAN

3.4.1 Instrumen Kajian

14

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Satu set borang soal selidik telah dibentuk untuk mendapat maklumat dan data yang diperlukan. Instrumen kajian ini terbahagi kepada dua bahagian. Pecahan-pecahan instrumen ini adalah seperti berikut: Bahagian A- Dalam bahagian ini soalan-soalan adalah berkaitan dengan maklumat peribadi responden. Bahagian B- Soalan-soalan dalam bahagian ini ingin mengetahui tentang sikap pelajar mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah dilaksanakan di sekolah tersebut. Sikap pelajar ini berdasarkan tentang pengetahuan responden tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dijalankan di sekolah. Instrumen kajian ini mengandungi 30 item. Penyelidik mengedarkan instrumen soal selidik kepada responden dan mengumpulkan semula instrumen tersebut dengan bantuan guru di sekolah tersebut. Masa diperuntukkan untuk menjawab soal selidik ini ialah selama 40 minit dan dikutip pada hari itu juga. Maklumat yang didapati akan dikumpulkan dan diproses untuk penganalisaan. 3.4.2 Kajian Rintis

Sebanyak sembilan puluh borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar. Tujuan borang soal selidik ini adalah untuk mendapat maklumbalas dari para pelajar mengenai kefahaman soal selidik yang dibentuk. Selain itu, tujuannya juga untuk menguji kebolehpercayaan responden terhadap soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik. Kebolehpercayaan ini diukur dengan nilai Alpha yang diperolehi daripada ujian Reliablity yang dibuat. Menurut Sekaran (1992), nilai Alpha yang baik sekali ialah 1.0, namun 0.7 atau lebih boleh diterima. Jadual di bawah menunjukkan nilai Alpha bagi setiap pembolehubah bebas dan bersandar yang diperolehi daripada ujian Reliablity yang dibuat. Jadual 3.1 Nilai Alpha bagi pembolehubah bebas dan bersandar.

15

Bilangan Borang Soal Selidik Item Mengenai Sikap 30

Bilangan item 30

Alpha 0.9332

Berdasarkan jadual yang dinyatakan di atas, didapati tahap Alpha 0.5 bagi soalansoalan yang dikemukakan. Ini menunjukkan kesemua soalan yang dikemukakan oleh penyelidik dapat difahami dengan mudah oleh responden. Jika merujuk kepada soalan yang dikemukakan kepada responden, didapati soalan tersebut berbentuk positif dan negatif. Soalan yang berbentuk demikian bertujuan untuk mengenalpasti keikhlasan responden ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Secara keseluruhannya, nilai Alpha bagi kefahaman responden tentang soalan yang dikemukakan ialah 0.9332. 3.5 Tatacara Penganalisaan Data

Data yang diperolehi daripada responden dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For Sosial Science (SPSS PC) Win Versi 11.0. Bagi item-item positif markah akan direkod seperti berikut: Jadual 3.2 Kategori jawapan Sangat setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju : Skor bagi jawapan item positif dan negatif. Item positif 5 4 3 2 1 Item negatif 1 2 3 4 5

Jadual 3.3

: Item-item positif dan negatif dalam soal selidik

Item - item positif

1, 2, 3, 4, 7, 8, 10, 11, 12, 13, 15, 16, 18, 19, 20, 22, 27, 29, 30

16

Item - item negatif 3.6

5, 6, 9, 14, 17, 21, 23, 24, 25, 26,28. Cara Pemarkatan Skor

Interpretasi skor dibuat dengan melihat skor maksimum dan minimum seperti rajah di bawah : 150 (skor tinggi) 110 70 30 (skor rendah) Skor maksimum yang diperolehi oleh seseorang responden adalah 150 manakala skor minimum adalah 30. Bagi melihat sama ada pelajar memberi sokongan tinggi, sederhana atau rendah terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah, pengiraan skor seperti berikut digunakan : Jadual 3.4 : Pengiraan skor dan kategori 111 hingga 150 71 hingga 110 30 hingga 70 Tinggi Sederhana Rendah

Data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik Inferensi ( ujian t ). Terdapat 30 item dalam soal selidik ini yang mana ia mengandungi item berbentuk positif dan negatif. Sebanyak 12 item berbentuk positif dan 8 item soalan berbentuk negatif.

17

Statistik Deskriptif Mnurut Sekaran (1992), statistik ini adalah statistik yang menyentuh tentang min dan sisihan piawai yang digunakan untuk menghuraikan data yang dikumpul. Selain daripada itu, penyelidik juga mengunakan Frequencies dan peratus bagi memerihalkan responden di dalam kajian ini. Statistik Inferensi Menurut Sekaran (1992), statistik ini bertujuan untuk mengetahui perhubungan satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Ia juga melihat kalau ada perbezaan dua pembolehubah tentang suatu perkara. Misalnya adakah pelajar lelaki dan pelajar perempuan berjumpa dengan kaunselor bagi membincangkan masalah yang sama. Analisis inferensi digunakan bagi melihat perkaitan wujud diantara dua jenis pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Dalam kajian ini, pembolehubah bersandar yang terlibat ialah sikap pelajar manakala pembolehubah bebas yang dimanipulasikan adalah faktor jantina. Dalam kajian ini, paras signifikan yang ditentukan pada aras 0.05 (95%) untuk menolak atau menerima hipotesis nul. Paras 0.05 atau 5% menunjukkan penyelidik mempunyai paras keyakinan 0.95 atau 95% semasa membuat hipotesis nul. Dengan kata lain, jika paras signifikan 0.05, kebarangkalian menerima hipotesis nul yang benar ialah 0.95. Aras kesignifikan 0.05 adalah juga yang biasanya digunakan bagi kajian tinjauan. (Kerlinger & Pendhazur 1973 : Wiersma. 2000)

3.7

Prosedur Kajian

Kajian dijalankan dengan mendapatkan kebenaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Pengkaji juga telah mendapatkan kebenaran dari pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang untuk memilih pelajar-pelajar

18

sekolah tersebut sebagai responden. Kajian ini juga dibantu oleh kaunselor sekolah dan kaunselor pelatih yang lain. Kajian ini dijalankan ketika pengkaji menjalani latihan praktikum kaunseling selama 14 minggu di sekolah tersebut. 3.8 Kesimpulan

Penyelidikkan ini dilakukan secara intensif oleh pengkaji ke atas satu unit kecil iaitu pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 dikalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko. Penyelidikkan ini adalah kajian kecil pengkaji sebagai maklumat tambahan bagi laporan praktikum kaunselor pelatih selama 14 minggu di sekolah.

BAHAGIAN IV 4.1 Pengenalan

: DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini mengemukakan keputusan-keputusan kajian berdasarkan kriteria yang ingin dilihat iaitu sikap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bahagian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengemukakan keputusan kajian berdasarkan statistik deskriptif dengan menggunakan peratusan manakala bahagian kedua pula mengemukakan keputusan kajian berdasarkan urutan hipotesis dengan menggunakan kaedah ujian t.

Dapatan Kajian Pembentangan dapatan kajian ini akan mengikut pada persoalan kajian dan hipotesis yang telah dinyatakan pada Bahagian I. Persoalan tersebut ialah :

19

1. Apakah sikap pelajar terhadap kaunselor di sekolah 2. Adakah terdapat perbezaan sikap pelajar antara jantina terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling 4.3 4.3.1 Analisis Data secara Deskriptif Profil Responden

Bahagian A soal selidik dikhususkan kepada biodata sampel yang mengandungi perkaraperkara seperti jantina, agama, umur, bangsa dan penggunaaan terhadap PBDK. Dalam kajian ini seramai 90 orang pelajar Tingkatan tiga, empat, lima telah menjadi responden yang dipilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang Selangor. Jadual 1 menunjukkan bahawa responden lelaki ialah seramai 45 orang atau 50%, manakala responden perempuan pula seramai 45 orang atau 50%. Jadual 1 : Profil Responden mengikut Jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah 45 45 Peratusan 50% 50%

Jadual 2 menunjukkan bahawa responden dari segi bangsa pula responden berbangsa melayu seramai 51 orang atau 56.7% manakala responden yang bukan berbangsa Melayu seramai 39 orang terdiri dari bangsa cina 31 orang dan india 8.9%. Jadual 2 : Profil Responden mengikut Bangsa Bangsa Melayu Jumlah 51 Peratusan 56.7%

20

Cina India

31 8

34.4% 8.9%

Jadual 3 pula menunjukkan bahawa subjek kajian juga terdiri daripada 30 orang pelajar setiap kelas tingkatan tiga, empat dan lima. Jadual 3 : Profil Responden mengikut Aliran Kelas Kelas Tingkatan Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Jumlah 30 30 30 Peratusan 33.3% 33.3% 33.3%

4.3.2

Penggunaan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Dari jadual 4 dibawah, didapati 42.2% atau 38 orang responden di sekolah yang dikaji tidak pernah menggunakan perkhidmatan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah tersebut. Sungguhpun demikian didapati 57.8% atau 52 orang responden pernah mendapat bantuan khidmat daripada unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Dengan kata lain, tahap penggunaan khidmat unit bimbingan dan kaunseling sekolah yang dikaji adalah memberansangkan. Ini mungkin disebabkan penerangan tentang peranan unit bimbingan dan kauseling di sekolah.

Jadual 4 : Penggunaan Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


td k ia

Pr h mt nKu s l r ek id aa a n e o

Tahap Pengunaan Ya Tidak

4. % 67

Jumlah 52 orang 38 orang

Peratusan 57.8% 42.2%

y a 5. % 33

21

4.3.3

Penggunaan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Kaunselor

Dari jadual 5 dibawah, didapati 46.7% atau 42 orang responden di sekolah yang dikaji tidak pernah menggunakan perkhidmatan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah tersebut. Sungguhpun demikian didapati 53.3% atau 48 orang responden pernah mendapat bantuan khidmat daripada unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Dengan kata lain, tahap penggunaan pelajar terhadap khidmat kaunselor sekolah yang dikaji adalah lebih dari separuh sampel yang dikaji. Ini mungkin disebabkan sikap atau peranan kaunselor sekolah yang mesra dan senang didampingi oleh pelajar-pelajar yang dikaji. Jadual 5 : Penggunaan Perkhidmatan Kaunselor Tahap Pengunaan Ya Tidak Jumlah 48 42
P rk id aa K u s lo e h mt n a n e r
tid k a 4 .7 6 %

Peratusan 53.3% 46.7%

y a 5 .3 3 %

22

4.3.4

Sikap Pelajar Berdasarkan Skor

Sikap pelajar sekolah ini terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dilihat berdasarkan sama ada pelajar memberi sokongan tinggi, sederhana atau rendah. Hal ini, pengkaji telah menetapkan markat tertentu untuk memudahkan penganalisisan iaitu : Skor 30 Skor 71 Skor 111 hingga hingga hingga 70 110 150 Rendah Sederhana Tinggi

Melalui jadual 6 , dapat dilihat bahawa daripada keseluruhan responden seramai 90 orang. Seramai 56 orang bersikap sokongan tinggi terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling manakala selebihnya seramai 32 orang responden atau 36.7 % daripada sampel kajian yang mendapat skor sederhana dan 2.2% sikap yang rendah terhadap sokongan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Jadual 6 : Perbezaan Sikap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Sikap Rendah Sederhana Tinggi Jumlah 2 36 52 Peratusan 2.2% 40% 57.8%

Sikap Pelajar

100 50 0 Jumlah
Rendah Sederhana Tinggi

23

4.4

Analisis Data

Bahagian ini menjelaskan sikap pelajar terhadap kaunselor di sekolah mereka. Hasil dapatannya adalah seperti di dalam jadual 1(a)

4.4.1

Apakah sikap pelajar terhadap kaunselor di sekolah Jadual 7 : Deskriptif item mengenzi kzunselor sekolah STS % TS % TP % S % SS %

Sikap Pelajar terhadap Kaunselor Sekolah

Saya percaya guru kaunselor akan dapat 1 membantu saya menyelesaikan masalah saya pada setiap masa

1 (1.1)

5 (5.6)

29 (32.2)

23 (25.6

32 (35.6)

Min=3.88 Kaunselor 2 mereka. Saya lebih suka berkongsi masalah 3 dengan rakan-rakan atau guru tingkatan daripada berjumpa dengan kaunselor Min=2.70 0 (0) 19 (21.1) sangat berfungsi dalam 0 (0 0 (0 16 (17.8) Min=4.03 34 (37.8) 28 (31.1) 9 (10.0) 55 (61.1) 19 (21.1)

membantu pelajar mengatasi kerumitan

24

Dalam pemerhatian saya, kaunselor tidak 4 pernah bersikap kasar terhadap pelajar pelajar.

2 (2.2)

11 (12.2)

5 (5.6) Min=4.12

28 (31.1)

44 (48.9)

Kaunselor mempunyai hubungan yang 5 baik dan sentiasa meluangkan masa untuk memberikan perkhidmatan pada pelajar. 6 Kaunselor sekolah adalah seorang yang peramah dan mudah diajak berunding. Guru kaunselor sentiasa sedia untuk 7 menolong sesiapa pun yang datang berjumpa dengannya. Guru kaunselor akan dapat memahami 8 dan membantu saya menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Kaunselor adalah orang yang boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia Guru kaunselor tidak seharusnya hanya 10 membantu mengatasi masalah akademik pelajar sahaja kerana pelajar juga menghadapi pelbagai masalah yang lain. Guru kaunselor adalah sentiasa bersifat 11 mesra dan bertimbang rasa.(warm and understanding)

0 (0)

5 (5.6)

20 (22.2) Min=3.76

51 (56.7)

14 (15.6)

3 (3.3) 3 (3.3)

22 57 (24.4) (63.3) Min=3.74 8 51 (8.9) Min=4.12 (56.7)

8 (8.9) 28 (31.1)

3 (3.3)

1 (1.1)

14 (15.6) Min=3.81

64 (71.1)

8 (8.9)

25 (27.8) Min=3.97

42 (46.7)

23 (25.6)

5 (5.6)

1 (1.1)

2 (2.2) Min=4.34

32 (35.6)

50 (55.6)

2 (2.2)

16 (17.8) Min=4.21

31 (34.4)

41 (45.6)

25

Saya 12

tidak

percaya

guru

kaunselor

29 (32.2)

37 (41.1)

16 (17.8) Min=3.92

4 (4.4)

4 (4.4)

mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk membantu menyelesaikan kesemua masalah pelajar Saya rasa guru kaunselor akan

13

menunjukkan minat yang ikhlas apabila membantu saya mengatasi masalah saya.

18 (20.0) Min=3.98

55 (61.1)

17 (18.9)

Jadual 7 menunjukkan pada item pertama kajian mendapati lebih daripada 60 peratus responden menjawab bersetuju dan sangat bersetuju bahawa kaunselor banyak membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah mereka. 2. Keadaan ini juga adalah sama dimana lebih dari 82 peratus bersetuju bahawa kaunselor sangat berfungsi dalam membantu pelajar mengatasi kerumitan mereka 3. Seramai 41 peratus lebih responden bersetuju dan sangat bersetuju bahawa suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan atau guru tingkatan daripada berjumpa dengan kaunselor manakala sebanyak 37.8 peratus mengatakan tidak pasti dan 21 peratus mengatakan tidak setuju. Hal ini lebih separuh dari sampel kajian lebih selesa berkongsi masalah dengan rakan berbanding berjumpa dengan kaunselor. Ini bermakna sebanyak 31 peratus dari responden lebih mengutamakan rakan-rakan atau guru tingkatan daripadapa berjumpa dengan kaunselor 4. Kajian ini juga mendapati bahawa pada item kaunselor tidak pernah bersikap kasar terhadap pelajar pelajar mendapati lebih dari 80 peratus mengatakan setuju dan sangat setuju. 5. Dapatan ini menunjukkan lebih dari 72 peratus iaitu majoriti dari responden sangat bersetuju dan bersetuju bahawa responden mengatakan Kaunselor mempunyai

26

hubungan yang baik dan sentiasa meluangkan masa untuk memberikan perkhidmatan pada pelajar. 6. Keadaan ini sama bahawa responden di kalangan pelajar menunjukkan peratusan di subskala setuju dan sangat bersetuju lebih dari 72 peratus mengatakan bahawa kaunselor di sekolah tersebut Kaunselor sekolah adalah seorang yang peramah dan mudah diajak berunding. 7. Pada item soalan mengatakan bahawa guru kaunselor sentiasa sedia untuk menolong sesiapa pun yang datang berjumpa dengannya mendapat 87.7 peratus pada subskala setuju dan sangat setuju. 8. Dapatan ini juga menunjukkan lebih dari 72 peratus iaitu majoriti dari responden sangat bersetuju dan bersetuju bahawa responden mengatakan guru kaunselor akan dapat memahami dan membantu saya menyelesaikan masalah yang saya hadapi. 9. Keadaan ini juga sama bahawa responden di kalangan pelajar menunjukkan peratusan di subskala setuju dan sangat bersetuju lebih dari 72 peratus mengatakan bahawa Kaunselor adalah orang yang boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia. Namun 27.7 peratus mengatakan tidak pasti. 10. Kajian ini juga mendapati bahawa pada item kaunselor tidak seharusnya hanya membantu mengatasi masalah akademik pelajar sahaja kerana pelajar juga menghadapi pelbagai masalah yang lain mendapati lebih dari 91 peratus mengatakan setuju dan sangat setuju. 11. 80 peratus responden bersetuju mengatakan bahawa Guru kaunselor adalah sentiasa bersifat mesra dan bertimbang rasa.(warm and understanding)

27

12. Pada item berbentuk negatif sebanyak 73.3 peratus mengatakan tidak setuju atau tidak mempercayai bahawa kaunselor mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk membantu menyelesaikan kesemua masalah pelajar 13. Manakala item soalan yang menunjukkan sikap pelajar terhadap kaunselor sekolah mengenai keikhlasan dan minat membantu pelajar menangani masalah mendapati lebih dari 70 responden dari 90 responden bersetuju dan sangat setuju terhadap item yang dikemukakan.

4.4.2 Adakah Terdapat Perbezaan Sikap Pelajar Antara Jantina Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Ho = Tidak terdapat perbezaan sikap pelajar berdasarkan jantina terhadap PB&K Jadual 2 menunjukkan keputusan Ujian t terhadap perbezaan antara min sikap pelajar lelaki dan min sikap pelajar perempuan, iaitu min sikap pelajar lelaki (107.7) dan min sikap pelajar perempuan (112.4). Nilai signifikan adalah 0.067 dan ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara jantina terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.( p = 0.067, p > 0.05). Jadi hipotesis nol diterima.

Jadual 8 : Sikap pelajar berdasarkan jantina

N Lelaki Perempuan 45 45

Min 107.7 112.4

S.P 12.36 11.53

Sig. (p)Nilai t 0.067 -1.851

28

4.5

Kesimpulan

Berdasarkan keputusan kajian yang telah dibincangkan di atas dapat diperhatikan bahawa pembolehubah jantina tidak mempengaruhi sikap pelajar dan kajian deskriptif memaparkan menunjukkan sikap positif para pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang.

BAHAGIAN V

: PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1

Ringkasan Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana sikap para pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di sekolah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan penyelidik telah memilih para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang, sebagai sampel kajian seramai 90 orang. Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah menggunakan borang soalselidik bagi mengumpul data. Borang ini telah diedarkan kepada responden di tempat kajian. Penyelidik telah menggunakan statistik deskriptif dan inferensi bagi tujuan penganalisisan data kajian.

5.2

Perbincangan Dapatan Kajian

Berdasarkan persoalan kajian yang pertama mengenai sikap pelajar terhadap kaunselor, statistik deskriptif telah memerihalkan sikap mereka terhadap kaunselor sekolah yang terlibat. Berdasarkan dapatan kajian, hasil menunjukkan sikap pelajar bersifat positif terhadap kaunselor mereka. Manakala didapati sikap para pelajar lelaki dan perempuan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap perkhidmatan kaunseling di sekolah. Ini

29

bermakna para responden tidak berbeza pendapat dan sikap antara lelaki dan perempuan terhadap kaunselor dan aktiviti kaunseling di sekolah mereka. Oleh kerana tiada kajian khusus mengenai perkaitan sikap antara kelas tingkatan, maka kajian sukar ditafsirkan. Namun, penulis berpendapat pada hasil kajian ini, kemungkinan guru kaunseling tersebut mengambil berat terhadap tingkatan 3 dengan peperiksaan PMR, tingkatan 4 dengan proses aliran kelas yang digemari dan tingkatan 5 dengan persediaan rapi peperiksaan SPM dan fokus kerjayanya. 5.3 Implikasi Kajian

Kajian seumpama ini sepatutnya dapat memberikan implikasi kepada bakal-bakal kaunselor agar dapat memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan berdasarkan sumber-sumber yang ada. Seseorang kaunselor itu perlu memberikan kerjasama dengan pihak-pihak lain seperti guru, ibubapa, pengetua dan masyarakat agar permasalahan yang timbul dapat diselesaikan bersama oleh pihak yang terlibat. Selain itu, pihak pengetua harus memandang profesion kaunselor sebagai profesion profesional serta mempunyai nilai dan etika yang perlu dipatuhi oleh setiap kaunselor. Kerjasama ini harus juga didukung oleh guru-guru agar memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling ini. Kementerian pendidikan pula perlu menyediakan kaunselor-kaunselor yang mempunyai kelayakkan dan kemahiran dalam bidang kaunseling serta diiktiraf oleh mana-mana universiti tempatan dan luar negara. 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Bagi penyelidik yang akan mengkaji dalam bidang ini, mereka perlu untuk melaksanakan beberapa perkara agar kajian-kajian mereka lebih tepat dapatan kajiannya, boleh digeneralisasikan dan bermutu tinggi. 1. Mengkaji khidmat kaunselor di sekolah berasrama penuh.

30

Oleh kerana pelajar yang bersekolah berasrama penuh jarang berjumpa dengan keluarga mereka, kebanyakkan masalah yang mereka hadapi akan dirujuk dengan kaunselor. Di sini kaunselor sekolah dapat memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan kerana kebanyakkan pelajar yang datang adalah atas kerelaan mereka sendiri. Namun masalah yang timbul ialah kaunselor yang bertugas di sekolah berasrama penuh sering menghadapi masalah burn-out. Menurut Skidmore(1995), masalah burn-out di kalangan pekerja sosial sering meningkat. Begitu juga dengan kaunselor, yang mana tugasnya sering berhubung dengan manusia dan permasalahannya. 2. Menggunakan sampel kajian yang lebih ramai Penyelidik yang akan datang perlu menggunakan sampel yang lebih ramai mengikut kaedah persampelan yang tepat. Ini bertujuan agar dapatan kajian dapat digeneralisasikan kepada kawasan-kawasan tertentu. Merujuk pada kajian ini, semakin ramai sampel maka semakin jelas untuk fenomena yang berlaku serta langkah penyelesaiannya juga lebih tepat. 3. Mempelbagaikan instrumen kajian. Selain menggunakan borang selidik, penyelidik juga oleh menggunakan instrumen kajian yang lain seperti temubual. Ini sangat penting kerana penyelidik dapat mengetahui keadaan sebenar yang dialami oleh seseorang responden kajian. Jawapan yang diberikan juga mungkin lebih ikhlas berbanding dengan penggunaan borang selidik. Menurut Chess dalam Norlin (1996), pemusatan kepada perspektif sistem sosial sangat penting kerana berdasarkan teori persekitaran, seseorang dapat memfokuskan kepada tingkahlaku sampel kajian. Dengan berdasarkan kajian ini, data yang diperolehi lebih tepat dan tidak bias. 5.5 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaunselor yang diperkenalkan di sekolah-sekolah sudah mampu memainkan peranan yang sewajarnya di

31

dalam membantu para pelajar menyelesaikan masalah mereka dan mengendalikan PB&K di sekolah, namun dalam dapatan kajian penyelidik tidak boleh digeneralisasikan. Mungkin juga terdapat guru kaunseling atau sekolah lain yang mana pelajarnya tidak menyedari tentang pentingnya khidmat ini malah ada juga yang tidak mengetahui wujudnya institusi kaunseling di sekolah mereka. Oleh yang demikian, harapan semua pihak perlu peka dengan masalah ini supaya satu susulan yang berkesan dapat diambil agar pelajar-pelajar sekolah dapat memanfaatkan potensi mereka dengan lebih baik. Namun bebanan ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab kaunselor semata-mata malah semua pengetua, guru, kakitangan dan pentadbiran sekolah harus bekerjasama dalam memanfaatkan institusi kaunseling dengan sebaiknya.

RUJUKAN

Alias Baba. 1999. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi. UKM Malaysia.

32

Aminah Hj.Hashim.1987. Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Amir Awang, 1988. Pengantar Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia. Amla Salleh, Zuria Mahmud, Salleh Amat. 2004. Kaunseling Sekolah. Fakulti Pendidikan UKM Azhari Abd.Rahman.1998. Persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Projek Sarjana Pengurusan. Universiti Utara Malaysia Ee Ah Meng, Pemantapan Proses Pendidikan.1996.Shah Alam.Fajar Bakti. Hassan Langgulung. 1983. Teori-teori Kesihatan Mental. Kajang. Pustaka Huda. Jackson. Sherri L. 2003. Research Methods and Statistics. USA Kamus Besar Bahasa Melayu. Utusan. 1995 Kuala Lumpur. Utusan Publications Distributor Sdn.Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia.1996. Perlantikkan Guru-Guru Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1996.Kementerian Pendidikan Malaysia. Lembaga Kaunselor Malaysia. 1999. Kod Etika Kaunselor. Surat Pekeling Ikhtisas. Lembaga Kaunselor Malaysia. 2003. Piawai dan Kelayakkan Latihan Kaunselor. Pekeling Jawatankuasa Teknikal dan Latihan. Lembaga Kaunselor Malaysia Leong Kwai Ying. 1985. Sikap pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.Satu Kajian Perbandingan. Latihan Ilmiah. UKM M.Flomina. 2000. Sikap Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun, Melaka. Latihan Ilmiah Sarjana Muda. Mahali Marwan. 1997. Model Pertumbuhan Dalam Bimbingan Dan Kaunseling. Laporan Praktikum Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Manja Mohd.Ludin.1990. Psikologi Sosial dan Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd.Makzan Musa.1997. Psikologi Sosial. Kuala Lumpur. Utusan Publications Distributor Sdn.Bhd.

33

Muhd.Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd.Tamin.1996. Pengantar Kaunseling. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Osman Mohamad. 1989. Sikap Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia Othman, Mohamed. Teori Kaunseling. 1997. Fakulti Pengajian Pendidikan UPMalaysia. Kuala Lumpur.Jalak Trade SDN.BHD Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan. 2002. Edisi Pertama. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Sapora Sipon & Wan Anor Sulaiman. 2002. Pengantar Kaunseling. Kuala Lumpur. Prentice Hall. Skidmore, R.A 1994. Introduction to Social Work. U.S.A. Allyn and Bacon Sufean Hussin. Pendidikan di Malaysia.Sejarah, Sistem dan Falsafah. 1993. Kuala Lumpur. Dewan Pustaka dan Bahasa Kementerian Pendidikan Malaysia Suradi Salim. 1992. Masalah perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah-sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal Perkama : 3&4. 100-118 Suradi Salim. 1994. Tahap Perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah di Malaysia. Jurnal PERKAMA (5) : 1 39 Tang Chee Yee. 1996. Bimbingan Dan Kaunseling Untuk Sekolah Rendah Dan Menengah.Kuala Lumpur.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Teo Siew Beng. 1998. Persepsi dan Ekspetasi Sikap Pelajar Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunselin di Sekolah Menengah. Satu Kajian Kes di Sekolah Menengah Seksyen 19, Shah Alam. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia Tolbert, E.L. 1959. Introduction To Counseling. New York : Mcgram Hill. Wan Mohd.Khair. 1986. Persepsi Pelajar-Pelajar Perempuan Sekolah Menengah Puteri, Kota Bharut Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Latihan Ilmiah. Universiti Putra Malaysia Ward Cates. Ter. Syaharom Abdullah 1990. Panduan Amali untuk Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Wiersma. 2000. Research Methods In Education : 7th Edition. University Of Toledo. Allyn and Bacon

34

Zulkarnain Zakaria. 2001. Analisis Data Menggunakan SPSS Windows. Skudai. UTM Malaysia.

You might also like