You are on page 1of 13

1.

0 Pendahuluan

Kajian kes yang dilakukan Noran Fauziah (2008), sepanjang tahun 2002 sehingga 2008 seramai
5,800 murid diperiksa dalam operasi ponteng sekolah ops sayang yang dijalankan oleh polis di
seluruh negara. Seramai 4,900 orang atau 71 peratus murid lelaki dan 1,710 murid perempuan
terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan. Marzuki Yusoff (2009) pula
membincangkan satu lagi kes di mana seorang pelajar lelaki tingkatan empat Sekolah Menengah
Teknik Batu Pahat, Johor yang kehilangan buah pinggang kirinya setelah dibelasah sekumpulan
pelajar di asrama sekolahnya.

Terkini, laporan Utusan Malaysia (Mac,2017) melaporkan statistik kes buli mencecah 3000
kes yang melibatkan murid sekolah rendah dan menengah. Menerusi data diatas, jelas
menunjukkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat melahirkan insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek masih belum berjaya direalisasikan
sepenuhnya. Justeru, guru perlu memaksima peranannya bukan sahaja tugas mengajar tetapi juga
membantu dan membimbing murid bagi membentuk tingkahlaku yang diingini.

Di bawah konteks sekolah rendah, disiplin merupakan elemen penting untuk


diimplementasikan keatas murid-murid agar dapat membentuk tingkahlaku positif yang diingini
selaras dengan matlamat pendidikan. Hal ini demikian, menurut Mok (2011) menyatakan bahawa
murid-murid yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pelajaran
yang berkesan. Tidak dinafikan, dunia kini penuh dengan cabaran. Faktor kesibukan ibu bapa,
pengaruh rakan sebaya dan media massa telah mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap
tingkahlaku murid. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif bijak dengan
memperkenalkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bukan sahaja di sekolah menengah
malah pada peringkat sekolah rendah (Taquddin et al, 2011).

Walaupun begitu, ada sesetengah guru biasa yang melepaskan tanggungjawabnya sebagai
pendidik dan pembimbing dengan alasan ianya adalah tanggungjawab guru kaunseling sahaja.
Sikap negatif ini akan membantutkan keinginan untuk membentuk tingkahlaku positif dalam
kalangan murid seperti yang dibincangkan oleh Mohamad Khairi dan Asmawati (2010) dalam
kajiannya bahawa guru biasa juga bertanggungjawab terhadap aktiviti bimbingan kerana guru
merupakan faktor terpenting dalam mempengaruhi persepsi, kefahaman dan tingkahlaku murid.
Keadaan ini wujud kerana guru merupakan orang yang kerap berinteraksi dengan pelajar

1
Justeru, di dalam penulisan akademik ini, penulis akan menganalisis pengaplikasian etika
kaunselor, teori dan kemahiran kaunseling oleh guru biasa bagi membentuk tingkahlaku yang
diingini dalam kalangan murid sekolah. Perbincangan akan disokong dengan bukti yang kukuh
merangkumi aspek-aspek yang dikehendaki dalam tugasan yang diberikan. Disamping itu, penulis
juga akan menerangkan dengan terperinci bagaimana guru biasa mengaplikasikan etika kaunselor
dan membincangkan teori, kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik kaunseling bagi membantu
membentuk tingkahlaku positif dalam kalangan murid.

Bukan itu sahaja, penulis juga akan menjelaskan secara menyeluruh mengenai
keberkesanan setelah guru biasa mengaplikasikan etika, teori, dan kemahiran kaunseling dalam
membentuk tingkahlaku murid di sekolah. Setiap perbincangan akan disokong dengan contoh-
contoh situasi yang sesuai serta berasaskan sumber rujukan yang relevan dan terkini. Hal ini
kerana, sumber dan kualiti rujukan amat penting bagi meningkatkan keyakinan pembaca ( Penerbit
UKM, 2002)

2
2.0 Analisis konsep dan peranan guru biasa dalam pelaksanaan bimbingan dan kaunseling

Ali adalah seorang murid yang cerdik dan periang. sejak berpindah ke sekolah barunya di
Damansara lebih kurang 6 bulan lalu, tingkahlaku Ali berubah secara mendadak. Ali lebih suka
bersendirian dan mengelak diri dari bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya. Guru kelasnya, Puan
Farah mendapati keputusan ujian bulanan Ali semakin merosot jika dibandingkan dengan
keputusan di sekolah lamanya. Apakah masalah Ali?

Situasi diatas adalah salah satu contoh masalah yang sering dihadapi oleh murid disekolah.
Persoalannya, siapakah yang perlu menyelesaikan masalah Ali di atas? Guru biasa atau guru
kaunseling?. Kajian yang dilakukan oleh Abdul Said dan Katriani (2014) mendapati ramai orang
beranggapan bahawa tugas guru di sekolah hanya mengajar di dalam kelas namun tidak ramai
yang memahami peranan sebenar yang dimainkan oleh guru-guru di sekolah. Lebih menyedihkan,
dalam kalangan guru di sekolah , masih ada yang kurang jelas mengenai peranan guru biasa
dengan peranan guru Bimbingan dan Kaunseling (Arumugan, 2010).

Zulkifli (2001), menjelaskan pengajaran dan bimbingan adalah merupakan dua bidang
utama yang menjadi tanggungjawab setiap individu yang bergelar guru untuk melaksanakannya.
Memang tidak dinafikan bahawa tugas guru dalam bilik darjah adalah mengajar. Suradi Salim
(1996) mengulas mengajar dalam konteks yang luas adalah merangkumi usaha guru untuk
menyampaikan sebanyak mungkin maklumat dan tunjuk ajar meliputi usaha memenuhi keperluan
asas murid dalam bidang akademik sosial, sahsiah, disiplin, sukan dan kesihatan sama ada secara
lansung atau tidak. Walaupun begitu, guru biasa juga berhak dan bertanggungjawab untuk
membimbing murid dalam aspek yang diperlukan oleh mereka. Bimbingan yang dimaksudkan
penekanannya lebih berorientasikan kepada bimbingan berbentuk agama dan moral, psikososial,
kognitif, afektif, fizikal,vokasiaonal dan kerjaya kepada murid (Noraini, 2003).

Dalam kes Ali diatas, guru yang bertanggungjawab membimbing Ali dalam menyelesaikan
masalahnya adalah guru kelasnya sendiri iaitu Puan Farah. Hal ini kerana Mohamad Khairi dan
Asmawati (2010) dalam kajiannya menegaskan bahawa guru biasa juga bertanggungjawab
terhadap aktiviti bimbingan kerana guru merupakan faktor terpenting dalam mempengaruhi
persepsi, kefahaman dan tingkahlaku murid. Keadaan ini wujud kerana guru merupakan orang
yang kerap berinteraksi dengan murid. Justeru, guru biasa perlu memainkan peranannya sebagai
pendidik dan pembimbing serta mengaplikasikan etika, teori kemahiran dan teknik kaunseling bagi

3
membentuk tingkahlaku yang diingini. Namun, kolaborasi bersama guru kaunseling juga penting
agar profesion kauseling tidak menyeleweng dan berjalan dengan lancar.

2.1 Analisis definisi dan konsep Bimbingan dan Kaunseling

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007) istilah bimbingan
bermaksud perbuatan membimbing dan memberi tunjuk ajar. Manakala, perkataan kaunseling pula
membawa maksud proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang
dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan
nasihat. Maksud proses diatas telah dihuraikan oleh Ee Ah Meng (2003) menjelaskan bahawa
satu siri tindakan yang perlu dilakukan agar klien dapat mencapai kesedaran dan keselesaan untuk
menikmati kehidupan yang lebih produktif dan bermakna.

Walaupun begitu, konsep Bimbingan dan Kaunseling telah disalah ertikan oleh sesetengah
pihak yang mengganggap sebagai satu sesi digunakan untuk menganalisis dan mengkritik
kesalahan pelajar atau memaksa pelajar yang berkenaan supaya menurut cara penyelesaian yang
dicadangkan oleh kaunselor (Sapora Sipon, 2003). Hal ini telah dibantah oleh Ramlah Hamzah
dan Lily Mastura (2006) menegaskan bahawa kaunselor hanya perlu mendengar dan memahami
masalah yang dihadapi oleh kliennya dan membimbingnya memikir penyelesaian masalah dari
pelbagai sudut demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilih untuk
menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya, Bimbingan dan Kaunseling dapat memupuk kebolehan menyelesaikan


masalah diri sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan
penyesuaian diri serta dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk
mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan. Tambahan rumusan oleh Amla et. al (2003)
dan Zainal Abidin Ahmad (2005) menyimpulkan sebagai satu usaha menyediakan pengalaman
yang membantu pelajar memahami diri mereka.

4
3.0 Analisis pengaplikasian dan keberkesanan etika kaunselor, teori , kemahiran dan teknik
kaunseling

Sebelum pengaplikasian dilakukan, guru perlu mengenalpasti jenis-jenis masalah yang sering
dilakukan oleh murid. Menurut Choong Lean Keow (2007) menerangkan bahawa masalah-
masalah murid boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu masalah akademik dan
masalah sosial. Maka, penulis akan memfokuskan pengaplikasian etika kaunselor, teori, kemahiran
dan teknik kaunseling oleh guru biasa terhadap dua masalah utama ini. Keberkesanan dapat
dibuktikan dengan jelas apabila guru biasa mengaplikasi kemahiran atau teknik yang akan
mendatangkan kesan positif terhadap murid berdasarkan contoh situasi yang sesuai. Bukan itu
sahaja, perbincangan dan penghuraian akan disokong dengan bukti yang kukuh merangkumi
aspek-aspek yang menyeluruh.

3.1 Masalah Akademik

Setiap murid adalah berbeza dengan murid yang lain. Selari dengan kajian Ramlah Jantan dan
Mahani Razali (2002) yang telah membahagikan aspek-aspek perbezaan murid kepada sebelas
aspek yang berlainan iaitu fizikal, emosi, kecerdasan,sosial budaya, personaliti, bahasa ibunda,
kepercayaan agama, bangsa, etnik dan gaya kognitif.

Justeru, guru akan mendapati di dalam bilik darjah, ada murid yang boleh belajar dengan
cepat, ada pula murid yang hanya boleh memahami sesuatu konsep sahaja walaupun telah
diberikan intervensi pemulihan. Malah ada juga murid yang tidak boleh belajar dan menerima ilmu
yang diberikan. Hal ini akan menyebabkan murid ini bosan dan menggalakkan tingkah laku
disruptif berlaku seperti menggendangkan meja dengan jari dan bercakap atau bersiul ketika guru
sedang mengajar. Tingkahlaku negatif ini akan mengganggu pembelajaran murid tersebut dan
boleh menjejaskan perkembangan kognitifnya. Bukan itu sahaja, murid-murid lain juga akan sukar
menumpukan perhatian, mengganggu pembelajaran dan akan menimbulkan perasaan marah
terhadap tingkahlaku tersebut.

Maka, bermulalah tugas guru sebagai pembimbing dan penasihat dengan mengaplikasikan
kemahiran dan teknik kaunseling untuk membentuk tingkahlaku yang diingini. Dalam kes ini, guru
perlu menggunakan kemahiran membina hubungan rapport dengan murid. Guru perlu membina
hubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat dengan murid agar perbincangan

5
dapat dijalankan dengan lebih baik. Menurut Khadijah Rohani dan Nazariah (2007) menghuraikan
bahawa guru juga perlu mengingati bahawa setiap murid adalah unik dan mempunyai potensi untuk
bergerak kearah kebaikan.

Kemahiran membina hubungan tidak akan dapat diimplementasikan jika guru tidak
menerapkan konsep penerimaan positif tanpa syarat terhadap semua murid. Menurut
Shahabuddin et. al (2007) menegaskan bahawa guru seharusnya melayan murid seadanya dan
tidak menilai tingkah laku murid dengan tujuan untuk melabel atau menghukum murid. Guru perlu
memberi perhatian kepada murid tanpa batasan penilaian terhadap aspek pemikiran, perasaan,
tingkah laku murid sama ada baik atau buruk (Choong Lean Keow, 2009). Sebagai contoh, guru
melihat murid sugul dan bersendirian di kelas pada waktu rehat, maka guru perlu mendekati murid
tersebut. Kemahiran membina hubungan dapat dibina apabila guru mendekati dan prihatin
terhadap murid. Guru boleh menyapa murid dengan memperlihatkan ketulenan dan keikhlasan
ketika berkata. Misalnya, Apa khabar Adam, cikgu nampak Adam macam sedih saja. Ada apa-apa
yang boleh cikgu bantu?. Pertanyaan seperti ini akan menjadikan murid yakin bahawa guru
tersebut adalah seorang yang prihatin, boleh dipercayai untuk berkongsi masalah dan kompeten.

Apabila murid telah bersedia untuk berkongsi masalahnya, guru perlu bijak menggunakan
kemahiran melayan dan mendengar. Hal ini ditegaskan oleh Abdullah dan Ainon (2001)
menekankan bahawa kemahiran melayan dan mendengar merupakan aset asas atau langkah
pertama untuk menjadi pembimbing yang baik. Menurut Zainal (2008) meyatakan tingkah laku
memberi perhatian adalah memberi perhatian sepenuhnya secara pemikiran, perasaan dan tingkah
laku. Kesannya, murid akan bertambah yakin terhadap rasa ambil berat dan komitmen guru dalam
usahanya untuk menolong serta akan mendorong murid untuk bercerita lebih lanjut tentang
masalahnya. Sebagai contoh, guru boleh berkata dengan perasaan empati seperti cikgu faham
perasaan sedih kamu atau ketika murid sedang bercerita panjang, guru boleh memasukkan
kemahiran dorongan minima dengan berkata mm.. ohhh.. iyaa.. teruskan... Tingkah laku guru
sebegini akan dapat membuktikan kepada murid yang guru telah mendengar, memahami serta
menerima apa jua yang disampaikan kepadanya. Bukan itu sahaja,kajian oleh Amla Salleh et. al,
(2001) menyenaraikan antara keberkesanan penggunaan kemahiran melayan dan mendengar ini
adalah hubungan terapeutik akan terbina malah murid boleh melepaskan emosi tanpa had dengan
bercerita masalah yang dihadapinya.

6
Bukan itu sahaja, guru juga perlu cakna dan prihatin dengan perilaku personaliti murid yang
difokuskan. jika guru mendapati murid tersebut tidak memberi komitmen dan tidak mempunyai
keyakinan diri untuk bercerita malah guru sedar suasana teraputik tidak wujud sepanjang
permulaan proses kaunseling maka guru pelu bijak menukar strategi dengan melakukan
pendekatan kaunseling secara berkelompok. Hal ini kerana, Zuraidah (2000) menekankan bahawa
kelompok amat berguna dalam membantu murid mendapatkan tingkah laku yang baru.

Dalam sesi kaunseling kelompok, murid akan dapat membina rasa diterima dan dipunyai
malah dapat melepaskan perasaan negatif pada masa yang sama dapat mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan dalam dirinya. Hal ini kerana, murid tidak merasa keseorangan dan terasing.
Justeru, guru perlu mahir mengaplikasikan kemahiran kaunseling seperti prafasa iaitu guru
menyebut semula dengan tepat apa yang telah diperkatakan oleh murid. Kemahiran refleksi isi dan
refleksi emosi juga perlu dibezakan dan diaplikasikan oleh guru bagi menggambarkan isi perbualan
dan gambaran emosi murid bagi menunjukkan kefahaman dan sifat empati guru. Dalam kajian
Chua Lay (2015) mengulas tiga kemahiran ini yang kurang diamalkan oleh kaunselor menyebabkan
sesi kaunseling kurang berkesan.

Namun begitu, guru perlu sedar bahawa guru biasa juga terikat dengan prinsip dan etika
kaunseling. Etika kaunseling diertikan sebagai suatu sistem dan panduan yang menjadi dasar
kepada kaunselor (Choong Lean Keow, 2009). Hal ini bertujuan agar imej profesion kaunseling
dapat dipelihara dan sebarang penyelewengan yang mungkin berlaku antara klien dan kaunselor
dapat dielakkan. Antara etika yang dapat diaplikasikan oleh guru biasa dalam mengendalikan sesi
kaunseling adalah etika kerahsiaan seperti yang ditekankan oleh Ang James (2014) kaunselor perlu
menghormati hak individu dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling
melainkan maklumat yang membahayakan klien ataupun orang dipersekitarannya. Etika
kerahsiaan sangat penting untuk diaplikasikan oleh guru kerana kerahsiaan merupakan kunci
keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru dan proses kaunseling.

3.2 Masalah Sosial

Terdapat beberapa jenis masalah displin yang kerap berlaku di sekolah dan akan memberi
implikasi negatif sekiranya tidak dikawal dari peringkat awal lagi (Ang James, 2011). Di dalam
kelas, guru dapat mengesan antara ciri-ciri tingkahlaku murid yang menghadapi masalah sosial
apabila murid tersebut bersikap agresif, melawan cakap guru dan bermusuhan dengan rakan-

7
rakannya. Tiga jenis salah laku utama dalam kategori masalah sosial ialah gejala gengsterime,
gejala buli dan ponteng sekolah (Abdullah, 2005).

Gejala buli ditakrifkan sebagai perbuatan mendera ataupun mempermainkan murid,


menggertak serta menakutkan murid yang lain. Daripada kajian yang dilakukan oleh Junainor
Hassan et. al (2016) menyatakan bahawa bilik darjah merupakan tempat yang paling mudah
berlakunya buli. Dapatan ini amat membimbangkan kerana ia memberi gambaran yang bilik darjah
kini tidak selamat. Dalam kes buli ini, guru perlu segera bertindak sebagai pembimbing untuk
mengelakkan tingkah laku negatif berlaku. Kemahiran penyoalan perlu dikuasai oleh guru agar
tingkahlaku positif dapat dibentuk.

Hal ini demikian, pengaplikasian kemahiran menyoal akan dapat membantu guru untuk
mendapatkan maklumat awal mengenai masalah murid. Bukan itu sahaja, murid juga berpeluang
untuk berkongsi maklumat, bebas memberi jawapan serta bebas untuk meneroka perasaan, nilai
dan sikapnya sendiri (Mohd Ismail Othman, 2006). Sebagai contoh, guru bertanya kepada murid
yang terlibat dengan gejala buli dengan nada yang berhemah seperti Apakah perasaan anda jika
adik perempuan anda dibuli oleh rakan sekelasnya?. Soalan seperti ini sebenarnya akan
membuat murid tersebut berfikir akan tingkahlakunya dan akan mewujudkan perasaan sedih dan
menyesal dalam diri. Guru boleh berterusan mengajukan soalan yang membawa murid kearah
berkongsi cerita kepada guru seperti sejauh manakah buli ini dapat mendatangkan kebaikan
kepada anda? atau saya lihat anda termenung begitu lama sekali, adakah anda suka untuk
berkongsi apa yang sedang anda fikir dengan saya?.

Selari dengan teori terapi Rasional Emotif (RET) oleh Albert Ellis yang berorientasikan
kepada pendidikan semula dan menggantikan sistem kepercayaan klien yang salah. Abdul Kadir
(2008) menghuraikan semasa kecil, individu telah belajar banyak perkara yang salah dan tidak
masuk akal melalui proses saranan kendiri dan ulangan kendiri. Oleh itu, matlamat utama teori ini
ialah membetulkan pemikiran yang salah terhadap sesuatu yang lebih realistik dan berpijak dibumi
yang nyata. Di dalam kes buli ini, klien beranggapan tingkahlaku tersebut dapat menjadikannya
dihormati kerana ditakuti oleh murid yang lain serta dapat memperolehi apa yang diingini dengan
mudah dan cepat. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan segera dengan bantuan guru.
Justeru, guru perlu sedarkan murid tentang potensi yang ada dalam diri dan peluang-peluang yang
terbuka kepada mereka malah mereka tidak perlu lagi menjadi pembuli bagi memperoleh apa yang
diingini.

8
Selain itu, penggunaan teknik token ekonomi boleh diaplikasikan oleh guru bagi membantu
menangani kes buli. Rahil dan Habibah (2007) menjelaskan token ekonomi sebagai satu prosedur
yang teratur di mana token atau hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkahlaku yang
bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk benda seperti duit syiling, markah atau apa sahaja
benda yang boleh ditunaikan atau ditebus dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-
kemudahan tertentu (Choong Lean Keow, 2009).

Dalam kes buli ini, guru perlu melaksanakan teknik token ekonomi terhadap murid-murid
yang terlibat dalam kes buli bagi membentuk tingkahlaku yang positif. Sebagai contoh, guru
memberikan hadiah berupa duit RM10 kepada murid-murid yang konsisten hadir ke sekolah dan
menunjukkan nilai-nilai murni seperti sikap menolong guru, suka senyum dan menunjukkan sikap
sayang terhadap rakannya. Hal ini kerana ,duit adalah benda yang murid paling berminat dan suka
untuk mendapatkannya seperti dalam dapatan kajian Tang (2006) menyatakan duit adalah antara
penyebab buli berlaku dalam kalangan murid. Sudah pasti, pengaplikasian teknik ini akan dapat
membentuk tingkahlaku yang diingini seterusnya dapat mencegah dari gejala buli berleluasa dalam
kalangan murid. Hal ini disokong oleh Ang James (2014) juga menekankan bahawa pelaksanaan
teknik token ekonomi ini sudah dibuktikan berkesan dalam semua situasi termasuk gejala buli.

9
4.0 Rumusan

Secara keseluruhannya,setelah analisis dapat dirumuskan bahawa bimbingan dan kaunseling


merupakan satu proses untuk menolong murid memahami dirinya dan orang lain dengan
mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya
dengan berkesan (Tan Chee Yee, 2003). Pelbagai definisi bimbingan dan kauseling dari pelbagai
tokoh dan kajian telah dihuraikan oleh penulis secara terperinci malah isu salah tanggapan
masyarakat terhadap konsep bimbingan dan kaunseling juga telah diperjelaskan dengan liputan
yang menyeluruh.

Selain itu, peranan guru biasa dalam mengaplikasikan bimbingan dan kaunseling amat
penting bagi membentuk tingkahlaku yang positif selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Kekeliruan dalam memahami peranan guru biasa dan guru kaunseling telah dihuraikan
dengan merujuk contoh kes Ali yang menghadapi masalah untuk menyesuaikan dirinya di sekolah
baharu sehingga memberi kesan terhadap tingkahlaku dan prestasi pembelajarannya. Puan Farah
selaku guru kelasnya bertanggungjawab membantu Ali dengan cara mengaplikasikan Bimbingan
dan Kaunseling. Hal ini ditekankan dalam kajian Mohamad Khairi dan Asmawati (2010) guru
merupakan faktor terpenting dalam mempengaruhi persepsi, kefahaman dan tingkahlaku murid.
Keadaan ini wujud kerana guru merupakan orang yang kerap berinteraksi dengan murid.

Seterusnya, penulis menganalisis pengaplikasian dan keberkesanan etika kaunselor, teori,


kemahiran dan teknik kaunseling dalam kalangan guru biasa. Penghuraian berfokus kepada dua
masalah utama yang telah disenaraikan oleh Choong (2007) yang mengkelaskan bahawa jenis-
jenis masalah yang sering dihadapi oleh murid terbahagi kepada dua iaitu masalah akademik dan
masalah sosial. Justeru, dua masalah utama ini telah ditekankan dengan menghuraikan kemahiran-
kemahiran kaunseling yang boleh diaplikasikan. Antara kemahiran yang ditekankan adalah
kemahiran membina hubungan. kemahiran mendengar dan melayan serta kemahiran menyoal.
Setiap kemahiran yang difokuskan, penulis mendatangkan contoh yang sesuai dan relevan agar
penghuraian mudah difahami.

Bukan itu sahaja, teori juga ada disarankan untuk diaplikasi oleh guru seperti teori Rasional
Emotif (RET) yang memfokuskan kepada pembetulan persepsi dan kepercayaan yang salah dalam
diri murid. Melalui teori RET ini, guru perlu membetulkan persepsi yang salah agar dapat
membentuk tingkahlaku yang positif . Tambahan pula, etika Kaunseling juga memainkan peranan
penting yang menjadi dasar dan panduan kepada guru biasa ketika mengaplikasikan sesi

10
kaunseling bersama murid seperti etika kerahsiaan. Guru dilarang bercerita dengan orang lain
mengenai masalah murid yang menjalani sesi kaunseling melainkan masalah itu akan
mendatangkan bahaya terhadap dirinya atau orang-orang dipersekitarannya.

Keberkesanan setiap aspek yang diaplikasi oleh guru seperti etika kaunselor, teori,
kemahiran dan teknik kaunseling akan dapat dilihat apabila guru telah mengaplikasikan aspek-
aspek tersebut. Di dalam penulisan ini, setiap penghuraian aspek akan diikuti dengan
keberkesanannya. Menurut Abdul Rashid (2006), istilah keberkesanan merujuk kepada kesan
yang dapat dirasai setelah sesuatu tindakan diambil dan dilaksanakan.

Konklusinya, tanggungjawab pelaksanaan bimbingan dan kaunseling tidak terletak dibahu


guru bimbingan dan kauseling di sekolah sahaja namun tanggungjawab semua guru untuk
melaksanakannya. Bimbingan awal dari guru biasa terhadap murid-muridnya dapat mencegah
tingkahlaku negatif dari berterusan berlaku. Hal ini kerana proses bimbingan dan kaunseling
melibatkan empat unsur penting yang wujud dalam diri iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek yang
menggalakkan tingkahlaku positif dibentuk. Keberkesanan pengaplikasian etika kaunselor, teori,
kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik kaunseling adalah penentu kepada kejayaan bagi
membentuk tingkahlaku positif seterusnya dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan jayanya.

11
5.0 Rujukan

Abdul Kadir Ahmad. (2008). Kaunseling Kelompok Berstruktur: Pengurangan Kebimbangan Sosial.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdul Said Ambotang & Katriani Maijohn. (2014). Kajian Persepsi Guru Terhadap Agihan Tugas
dan Kepuasan Kerja. Jurnal Pemikir Pendidikan. Vol 5 : 19-33

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang: Pts Publication & Distributors
Sdn Bhd.
Abdullah Hassan dan Ainon Ahmad. (2001). Kemahiran Interpersonal untuk Guru. Kuala Lumpur:
PTS Publication and distributors Sdn. Bhd

Amla et. al., (2003). Kaunseling sekolah. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Amla Salleh et. al, (2001). Kemahiran respons lisan Kaunselor dalam sesi kaunseling. Jurnal
Pendidikan. 26 (4): 53-64

Ang James. (2011). Pengurusan Disiplin Murid. Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd

Ang James. (2014). Pengurusan Bilik Darjah . Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd

Arumugan Krishnan (2010). Persepsi Perlaksanaan Dan Kepuasan Komuniti Sekolah Terhadap
Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah, Perak, Malaysia. Tesis
Ijazah Master Sains. Universiti Putra Malaysia.

Bimbingan dan Kaunseling. (2008). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Chua Lay Nee. (2015). Penggunaan Modul Intervensi Bimbingan Kelompok untuk membentuk
konsep kendiri positif. Jurnal Pendidikan. 19 (1): 1-20

Choong Lean Keow. (2007). Kaunseling: Teori dan Praktis Pengetahuan dan Pengalaman
Pengamal. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Choong Lean Keow. (2009). Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng . (2003). Bimbingan dan Kaunseling untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3 & 4.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Jamaliah Mohammad. (2017, Mac 27). 3000 kes Buli di sekolah. Utusan Malaysia Online. Diakses
pada 4 Febuari 2017. Daripada http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/3-000-kes-buli-di-
sekolah-1.205607

Junainor Hassan et. al, (2016). Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar: Kajian Kes
di Kawasan Felda Utara Kedah-Perlis, Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia. 30 (1): 113-125

12
Khadijah Rohani dan Nazariah. (2007). Bimbingan dan Penasihatan, Falsafah, Kemahiran, Proses
dan Etika. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Marzuki bin Yusof. (2009). Masalah Disiplin Pelajar Satu Pendekatan Dan Penyelesaian.. Jurnal
Budaya.. 16(5): 8-9

Mohd Ismail Othman. (2006). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications
dan Distributors

Mohd Khairi Othman dan Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Mumi: Satu Sorotan. SEA Journal of
General Studies II . 15(1) : 118-127

Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku. Perak: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd

Noran Fauziah (2008). Fungsi Sekolah dalam Masyarakat. Dewan Masyarakat. Edisi
Penerbit UKM .(2002). Penulisan Rencana Ilmiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia

Noraini Ahmad. (2003). Konsep dan Amalan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors

Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias. (2007). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd

Ramlah Hamzah dan Lily Mastura. (2006). Bimbingan dan Kaunseling untuk Prasarjana Muda dan
KPLI. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2002). Psikologi Pendidikan: Pendektan Kontemaporari. Kuala
Lumpur: McGraw- Hill (Malaysia) Sdn. Bhd

Sapora Sipon. (2003). Pengenalan Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur: McGraw- Hill (Malaysia)
Sdn. Bhd

Shahabuddin et al. (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional

Suradi Salim (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributers
Sdn. Bhd.

Tang Chiew Ha (2006). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perlakuan Buli di Sekolah Menengah
Kebangsaan Skudai di Sekitar Skudai, Johor Bahru. Satu Kajian Kes. Jurnal Penyelidikan.
28 (2): 270-280

Taqiuddin et. al, (2011). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd

Zainal Abidin Ahmad (2005). Modul Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Penerbit OUM

Zainal Bujang .(2008). Guru Bestari, Pelajar Jauhari . Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication

Zulkifli Yusuf. (2001). Panduan Khidmat bimbingan (untuk guru dan bakal guru). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zuraidah Abdul Rahman (2000). Pengenalan Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur: IBS Sdn. Bhd.

13

You might also like