You are on page 1of 12

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAKKANAK

1.0 PENGENALAN
Counseling is a principled relationship characterised by the application of one or
more psyclogical theories and recognised set of commucation skills, modified by
experience, intuition adn other interpersonal factors, to clients intimate concerns,
problem or aspirations. Its predominant ethos is one of faciliation rather than of
advise-giving or coercion. It may be of very brief or long duration, take place is an
organisational or private practice setting and may or may not overleap with practical
medical others matters of personal welfared. (Feltharn and Dryden : 1993) (dipetik
daripada Notebook on Ethics, Legal Issues adn Standards for Counseloors Glenn
Sheppard, Ed.D. CCC)
Menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974); kaunseling adalah kaunseling adalah
proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang memberi makna kepada diri
dan persekitaran dan mengahasilkan pembentukan atau penjelasan matlamat serta
nilai untuk tingkah laku masa depan. Myrick (1987) pula menyebut bahawa istilah
kaunseling

digunakan

oleh

individu

dalam

profesion

kaunseling

untuk

menggambarkan sejenis proses menolong yang khas. (Buku Pengantar Bimbingan


dan Kauseling, Mohamed Fadzil Che Di (2002:m/s12 ).
Kaunseling memberi fokus lebih kepada kesedaran kendiri, minat, sikap dan
matlamat individu serta tidak bergantung semata-mata kepada maklumat yang
umum atau perlakuan yang dilihat. Kauseling mempunyai asas falsafah dan
perhubungan interpersonal. Kaunseling dianggap sebagai satu usaha profesional
oleh orang yang dilatih dan diiktiraf sebagai profesional.
Menurut D.W. Lefever, bimbingan ialah satu proses pendidikan yang
berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu individu melalui daya
usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuannya supaya memperolehi
kesejahteraan dalam hidupnya serta berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak
masyarakat. McDaniel dan Shaftel (1957), pula berpendapat bahawa bimbingan
adalah suatu pola perkhidmatan yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan
dan kerjaya, inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan. (Buku
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling, Eh Ah Meng ( 1989 : m/s 4).

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAKKANAK

Oleh itu, bimbingan dan kaunseling seharusnya diadakan dan diwujudkan


untuk membantu pelajar menangani cabaran-cabaran baru yan dihadapi oleh
mereka. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan harian seseorang.

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAKKANAK

Tugasan 1

MENGHASILKAN SATU LAPORAN


ANALISIS SWOT (STRENGTHS,
WEAKNESSES, OPPORTUNITIES AND
THREATS) BERKAITAN KEUPAYAAN ANDA
UNTUK MEMBIMBING SATU KES MURID
BERMASALAH TINGKAH LAKU YANG ANDA
PILIH.

2.1 LAPORAN ANALISIS KES

Kes ini mengisahkan tentang masalah tingkah laku seorang murid X yang
selalu menggunakan perkataan kasar di bilik darjah. Murid ini mempunyai masalah

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAKKANAK

tingkah laku sejak dia berada tahun 2. Murid X merupakan seorang murid tahun 5
dan sederhana dari segi akademik. Selain itu, dia merupakan seorang pelajar yang
mempunyai masalah tingka laku di mana selalu diberi amaran oleh guru dan pihak
sekolah. Sharif selalu suka memponteng kelas dan suka berkeliaran di luar kelas.
Walaupun, ditegur beberapa kali oleh guru kelas dan guru displin, namun dia masih
tidak berubah. Murid ini juga kadang kala menjadi agresif jika ditegur oleh orang lain.
Selain itu, murid X juga selalu kelihatan tidak kemas dan bersih semasa berada di
sekolah.
Di samping itu, murid ini juga merupakan anak tunggal dan dijaga oleh
pembantu rumah. Ibu bapanya selalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dalam
keadaan ini, mereka telah membiarkan anaknya dan tidak dapat meluangkan masa
yang mencukupi bersama mereka. Keadaan in telah menyebabkan murid X bergaul
dengan rakan yang mempunyai masalah tingkah laku dan membuat kelakuan yang
tidak baik bagi menarik perhatian daripada guru.
Menurut buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku oleh Hazila
Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel menyatakan bahawa menangani masalah
disiplin merupakan tindakan ke atas masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh
murid. Hal ini kadangkala dilakukan tanpa memikirkan kesannya kepada murid atau
terhadap situasi pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Burden (2003 dalam
Abdullah Sani Yahya, 2007) disiplin dalam bilik darjah mencakupi iklim akademik di
bilik darjah dan amalan pengajaran yang berkesan kerana disiplin yang baik mampu
menyekat pelajar daripada melakukan kelakuan yang tidak wajar.
Oleh itu, guru perlu memainkan peranan bagi mengatasi masalah ini dengan
segera supaya dapat murid X dapat menguranngkan tingkah laku negatif
(menggunakan perkataan kasar) dan seterusnya membina konsep kendiri yang baik.

Tugasan 2

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAKKANAK

m Bilik Darjah berdasarkan analisis anda terhadap dakwaan seor


3.0 Esei Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan Dalam Menangani
Masalah Tingkah Laku Murid Dalam Bilik Darjah.

Sejak kebelakangan ini, masalah tingkah laku di kalangan pelajar menjadi


topik perbincangan di kalangan masyarakat umum yang mana tidak mengira

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAKKANAK

peringkat umur membincangkannya. Masalah ini boleh memyebabkan berlakunya


ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu serta
memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Umumnya, sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini,
kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Oleh itu, setiap orang guru perlu memainkan peranan utama
dalam membentuk peribadi tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah.
Kaunseling dan bimbingan merupakan salah satu cara yang efektif dan
berkesan dalam menangani masalah tingkah laku murid. Walaupun guru kaunseling
mempunyai tanggungjawab sepenuhnya dalam hal memberi kaunseling kepada
murid yang mempunyai masalah tingkah laku, seorang guru biasa juga mempunyai
tanggungjawab untuk bertindak sebagai guru kaunseling. Hal ini kerana guru
biasalah yang mengajar dan meluangkan kebanyakan masa dalam bilik darjah
bersama murid -muridnya. Maka guru biasa mempunyai peluang yang lebih luas
untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang personaliti, perasaan serta
kemahuan murid-muridnya.
Mengikut buku Pengatar Bimbingan dan Kauseling yang dituliskan Mohamed
Fadzil Che Din (2002 : m/s 56) teori Pemusatan Perorangan telah diperkenalkan
oleh Rogers (1980) yang dikenali sebagai ahli psikologi klinikal dan pendidikan.
Beliau telah menukarkan pandangan psioterapi dengan pembentukan kaunseling
pendekatan tidak terarah ciptaanya. Pada awalnya, beliau telah menamakan teori ini
sebagai pemusatan-klien (1951) dan kemudian dikenali sebagai kaunseling
pemusatan-perorangan. Dengan ini membuktikan bahawa pendekatan kauseling
pemusatan-perorangan telah berkembang daripada terapi tingkah laku yang
berasaskan pada teori pembelajaran klasik. Tujuan terapi tingkah laku ialah
membasmikan tingkah laku yang tidak betul dan membantu klien menguasai
kemahiran-kemahiran atau tingkah laku baru. Tetapi pendekatan ini bukan sahaja
bertumpu kepada membantu klien seperti terapi tingkah laku, ia juga dikenali
sebagai suatu cara atau kaedah dalam kehidupan (1980). Oleh itu, pendekatan teori
pemusatan perorangan dikatakan pendekatan yang sangat sesuai digunakan oleh
guru bagi menangani masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah.

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAKKANAK

Apabila saya sebagai guru berhadapan dengan

seorang murid yang

mengalami masalah tingkah laku. yang dikatakan saya memang tak boleh berubah.
Dah macam tu. Apa nak buat? dan mengemukakan soalan bagaimanakah anda
membimbingkan murid tersebut. Tindakan

saya bagi menangani masalah murid

tersebut ialah merujuk teori pemusatan perorangan kerana ia adalah teori yang
mengatakan kaedah membimbing seorang murid dengan terperinci.
Sepanjang

praktikum kedua saya di sekolah rendah X, saya telah

menghadapi sebuah kes murid bermasalah tingkah laku. Murid X tersebut


merupakan seorang murid tahun 5 . Sepanjang tempoh praktikum, saya dapat
memerhatikan murid tersebut mempunyai masalah tingkah laku kerana dia selalu
menggunakan perkataan kasar di bilik darjah walaupun semasa proses pengajaran
dan pembelajaran sedang dijalankan. Murid tersebut tidak menumpukan perhatian
pada pelajaran semasa guru mengajar dan selalu mengganggu murid-murid lain
dengan bercakap, memukul, dan mengambil barang murid-murid lain. Perbuatan
dia bukan sahaja menjadi penghalang untuk dia memahami pengajaran pada hari itu
tetapi menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah secara
keseluruhannya. Ibu bapanya kurang memberikan perhatian dan tidak memarahinya
walaupun dia menggunakan perkataan kasar. Lama-kelamaan, perkara ini menjadi
suatu kebiasaan kepada murid tersebut dan dia tidak takut walaupun guru berda
dalam kelas , dia tetap akan menggunanya.
Apabila bertanya kenapa kamu menggunakan perkataan kasar semasa bercakap
dan kenapa kamu tidak menubah sikap tersebut ? Jawapan murid saya memang tak
boleh berubah. Dah macam tu. Apa nak buat?
Apabila kita mengahadapi situasi ini sebagai guru biasa mengikut pendapat
Carl Rogers kita perlu percaya bahawa manusia adalah rasional, baik dan
bertanggungjawab (buku Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling, Eh Ah Meng
(2011:m/s 123). Walaupun, murid tersebut mempunyai sifat negatif tetapi kita tidak
boleh memandang negatif awalnya terhadap murid tersebut. Manusia memang
mempunyai sifat negatif akibat daripada penafian keperluan seperti kasih sayang,
keselamatan dan penerimaan. Seorang murid yang berhadapan dengan guru boleh
mengahayati perasaan guru apabila berkongsi masalah dia. Jika dia berasa guru

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAKKANAK

pandang negatif terhadap murid tersebut melalui memek muka dan gaya badan, dia
tidak akan berkongsi masalah tingkah laku dia dengan sepenuhnya. Murid tersebut
akan bertakut, guru akan berpandang rendah kepada murid tersebut. Oleh itu, guru
perlu berpandang positif kepada murid yang bermasalah tingkah laku tersebut bagi
membina perhubungan yang baik dengan murid tersebut terlebih dahulu.
Carl Rogers juga telah mengatakan bahawa beberapa teknik utama yang
perlu diikuti oleh kaunselor semasa membimbing seorang klien. Mengikut buku
Perkhidmatan Bimbingan & Kauseling yang dituliskan oleh Eh Ah Meng, Suppiah
Nachiappan dan Taquddin Abd Mukti (2011) teknik teori pemusatan perorangan ialah
mewujudkan suatu perhubungan empatik antara kaunselor dengan klien yang
membolehkannya memahami perasaan ketulenan, penerimaan, spontan dan
perasaaan. Mengikut pendapat Rogers kefahaman empatik merupakan aspek yang
diperkatakan dalam perhubungan terapeutik yang bermaksud pemahaman yang
mendalam. Bagi kita memahami seorang murid yang bermasalah tingkah laku
dengan mendalam Carl Rogers mengatakan guru perlu menunjukkan mimek muka
dan pergerakan badan yang membayangkan, kita mendengar dan memahami
perasaan yang diluahkan oleh murid X bagi meningkatkan kepercayaan pada
perhubungan tersebut. Guru boleh menggunakan metafora, anologi atau angguhkan
kepala atau perlahan-lahan mengusapkan kepalanya semasa murid berada dalam
keadaan yang benar-benar tertekan dan menderita perasaannya. Teknik-teknik ini
membantu kita memahami masalah murid X dengan mendalam dan dapat
mengetahui punca dan sebab dia menggunakan perkataan kasar. Tanpa mengetahui
punca sesuatu masalah kita tidak dapat mengatasi masalah tersebut.
Mengikut buku Pengantar Bimbingan dan Kauseling yang dituliskan
Mohamed Fadzil Che Din (2002 : m/s 56) Rogers mengatakan terapi memberi
peluang kepada seseorang individu untuk menyedari tentang peningkatan yang
selaras dengan dirinya yang sebenar dan menjadi lebih realistik yang Rogers
namakan sebagai diri yang ideal, atau diri yang diidamkan. Rogers mengatakan
bahawa manusia boleh mengenali diri sendirinya yang sebenar jika mereka berada
di kalangan orang yang tulen, berempati dan mereka yang menerima sesama sendiri
tanpa sebarang persoalan atau syarat untuk menerima mereka.

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAKKANAK

Kenyataan beliau membawa maksud, seseorang individu boleh memahami


bakat, kebolehan dan masalah diri sendiri jika bersekeliling dengan orang yang
memahami, mempercayai dan menerima kelebihan dan kekurangan tanpa sebarang
syarat.

Menerima tanpa syarat Rogers maksudkan di sini ialah bukan hanya

menerima sebahagian daripada perasaan dan pengalaman klien, dan menafikan


yang lain-lain. Sebaliknya, perhubungan yang dijalinkan sepatutnya dijelaskan
dengan rasa menerima, tanpa mengira apa perasaan yang ditunjukkan oleh klien. Di
sini, Rogers menekankan penerimaan dan kepercayaan sangat penting dalam
membina perhubungan sesuatu perhubungan.
Oleh itu, saya sebagai seorang guru akan menggunakan teknik Rogers
penerimaan tanpa syarat dalam kes ini, menjadikan

murid X tersebut berasa

selamat dan mempercayai perhubungan dan meneroka sedalam-dalamnya ke


dalam diri dia. Dia akan memberi tahu kenapa dia tidak boleh berubah dan apa
punca yang menjadikan dia tidak boleh berubah daripada sikap atau tingkah laku
tersebut kepada guru. Jika murid tersebut merasai perhubungan tersebut kurang
selamat dan kurang mempercayai, individu tersebut tidak akan berkongsi masalah
sepenuhnya dengan guru. Hal ini akan meyukarkan guru bagi meneroka masalah
murid sebenarnya dan objektif guru tidak akan tercapai.
Di samping itu, Carls Rogers telah mengemukakan menerima tanpa syarat
ini sebagai satu ciri yang perlu dimiliki oleh seorang kauselor dalam pendekatan teori
pemusatan perorangan. Ini adalah perkara yang asas bagi membina bangunan
perhubungan antara guru dengan murid X tersebut. Walaupun Rogers menegaskan
bahawa penerimaan tanpa syarat sepatutnya wujud sepanjang sesi kaunseling
dijalankan, dia mengaku bahawa ini adalah sesuatu yang ideal dan menyarankan
agar semua terapis perlulah terus berusaha untuk mencapai tahap ini bagi seorang
manusia.
Pada pandangan saya sebagai terapis, saya bukan cuba menunjukkan gambaran
perasaan , Saya cuba mempastikan bahawa pemahaman saya tentang dunia
dalaman klien adalah betul-sama ada saya melihatnya apabila dia mengalaminya
apda masa ini........ Adakah saya memahami hanya bahagian-bahagian tertentu
sahaja daripada pengalaman yang anda alami sekarang (Rogers, 1986, p379)

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAKKANAK

(dipetik daripada buku Penghantar Bimbingan dan Kauseling, Mohammad Fadzil


Che Din (2002:m/s60)
Beliau juga mengatakan bahawa tulen adalah satu ciri yang sangat tonggak
bagi membina sesuatu perhubungan yang baik. Di sini ketulenan dimaksudkan guru
penuh dengan keikhlasan dan kejujuran menerima murid dalam keadaan yang
kongruen di mana kaunselor begitu serasi dengan apa yang dirasai oleh klienya.
Oleh itu, sebagai guru saya bertulen seperti kain putih dalam perhubungan antara
murid X yang bermasalah tingkah laku tersebut. Jika tidak bertulen seperti dikatakan
oleh Rogers .murid X tersebut tidak akan memberitahu apa yang menyebabkan dia
ponteng sekolah. Tanpa mengetahui masalah murid tersebut dengan dalamnya, kita
tidak dapat mengambil tindakan selanjutnya bagi mengatasi masalah tersebut.
Berdasarkan Teori pemusatan perorangan ini tiga perkara yang dia atas, iaitu
ketulenan, penerimaan tanpa syarat dan perhubungan empatik adalah asas atau ciri
yang perlu dimiliki oleh seorang guru yang membimbing murid bermasalah tingkah
laku seperti murid X.
Rogers

berpendapat

bahawa

manusia

mempunyai

keinginan

untuk

actualizing dan boleh membentuk seseorang yang benar-benar sedar dan berfungsi
sebaiknya dalam sesuatu persekitaran. Ini membawa maksudanya, manusia boleh
mengadaptasikan sesuatu persekitaran dan boleh menyusuaikan dirinya dengan
persekitaran tersebut. Pertumbuhan dan perkembangan semulajadi seseorang
individu akan berhalang jika faktor yang lain mengambil tempat untuk kebaikan
individu tersebut. Dengan ini kita dapat tahui guru perlu membentuk celik akal murid
X melalui perhubungan empatik. Selain itu, guru perlu mengemukakan beberapa
soalan yang membukakan minda murid tersebut berfikir seperti Apakah faedah
bergaul dengan rakannya yang nakal itu, Apakah perasaan andan jika orang
memandang rendah kamu?. Soalan-soalan seperti ini menggalakkan murid tersebut
berfikir dan dapat memahami diri sendiri sebagai murid. Dia juga dapat menyedari
tanggungjawab dia sebagai murid di sekolah dan penggunaan kata kasar adalah
sesuatu amalan negatif yang boleh memberi kesan yang besar kepada diri sendiri.
Secara kesimpulannya, saya beryakin bahawan dengan menggunakan
teknik-teknik Teori Pemusatan Perorang dapat mengubah tingkah laku murid X

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAKKANAK

kepada arah yang positif. Dengan pemahaman teori ini, guru dapat mengenal pasti
punca seseorang murid mempunyai masalah tingkah laku. Guru adalah orang yang
penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan
bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang
tidak mementingkan kanak-kanak ini telah semakin bertambah. Oleh itu, guru
merupakan agen yang penting dalam membentuk tingkah laku murid ke arah
cemerlang.

(1598 patah perkataan )

RUJUKAN

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAKKANAK

Amla H.M Salleh.(1992). Asas - Asas Bimbingan.


Masadah (M) Sdn.Bhd: Kuala Lumpur.

Ee Ah Meng. (1989). Perkhimatan Bimbingan & Kaunseling.


Fajar Bakti Sdn.Bhd: Selangor Darul Ehsan.

Ee Ah Meng.(1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah.


Fajar Bakti Sdn.Bhd: Selangor Darul Ehsan.

Haliza Hamzah @ Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah Dan
Tingkah Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd: Selangor Darul Ehsan.

Mohamed Fadzil Che Din.(2005).Pengantar Bimbingan Dan Kaunseling.


McGraw Hill ( Malaysia) Sdn.Bhd: Kuala Lumpur.

Salhah Abdullah.(2005). Guru Sebagai Mentor .


PTS Professional Publishing Sdn.Bhd: Kuala Lumpur.

Rahil Mahyuddin.(2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan.


Karisma Production Sdn.Bhd: Selangor Darul Ehsan.

You might also like