You are on page 1of 8

Verbatim Daripada Sesi Kaunseling Individu

Hari : rabu

Tarikh : 18/11/2020

Tempoh masa :

Kaunselor : Hai, assalammualaikum. Kamu sudah makan?

Klien : Waalaikumsalam, dah cikgu.

Kaunselor : Alhamdulillah, baiklah. Sekarang ni cikgu akan memperkenalkan diri


cikgu

Dulu, nama cikgu ialah cikgu Mashitah. Kamu?

Klien : Nama saya Alya

Kaunselor : Okay, sekarang kita akan berada dalam sesi kaunseling individu yang

pertama untuk Alya. Betul?

Klien : Ya betul, cikgu.

Kaunselor : baiklah, cikgu akan terangkan apakah peraturan semasa sesi kaunseling.

Pertama, apa peranan Alya dan apa peranan cikgu? Cikgu berperanan

sebagai kaunselor di mana cikgu akan bnyak bertanya soalan kepada


Alya

dan Alya pula akan banyak menjawab soalan dan bercerita kepada cikgu

apa masalah yang Alya hadapi. Kedua, di dalam sesi kaunseling kita ada

kerahsiaan, di mana apa sahaja yang kita bincangkan dan perbualan kita

disini perlu dirahsiakan. Boleh?

Klien ; Boleh, cikgu

Kaunselor : Sebelum cikgu teruskan lagi sesi ini, cikgu minta kebenaran Alya yang
Cikgu akan membuat rakaman video sepanjang sesi ini dijalankan.
Boleh?

Klien : Boleh, cikgu.

Kaunselor : baiklah, pertama sekali cikgu mahu Alya kenalkan diri kepada cikgu.

Klien : Nama saya Nur Alya Safia binti Mohd Jais. Saya berumur 14 tahun dan

hobi saya ialah bermain badminton.

Kaunselor : boleh cikgu tahu, adik beradik Alya berapa dan Alya anak yang ke
berapa?

Klien : Adik beradik saya seramai 9 orang dan saya anak ke Sembilan.

Kaunselor : oooohhh, kamu anak bongsu.

Klien : Ya, cikgu.

Kaunselor : Baiklah, seterusnya boleh cikgu tahu, Alya tinggal di mana?

Klien : Saya tinggal di Kampung Delek, Klang.

Kaunselor : Haaa, okay. Apa nama bapa kamu dan ibu kamu serta pekerjaan ibubapa

Kamu?

Klien : Nama bapa saya Mohd Jais bin Karim bekerja sebagai Juru Teknik,

manakala nama ibu saya pula Siti Zubaidah binti Hashim. Ibu saya

merupakan suri rumah sepenuh masa.

Kaunselor : Haaa, baiklah. Cikgu teruskan dengan sesi kita. Boleh cikgu tahu apa

tujuan Alya datang ke bilik kaunseling pada hari ini?

Klien : Sebabnya, saya ada masalah dengan kawan-kawan saya.

Kaunselor : Boleh cikgu tahu, apa masalah yang kamu dengan kawan-kawan kamu?

Klien : Masalahnya, kami selalu bertengkar atas sebab-sebab yang melibatkan

tugasan berkumpulan diberi oleh cikgu kami.

Kaunselor : oohh. Begitu. Boleh cikgu tahu siapa kawan-kawan kamu.


Klien : Farah Adibah, Damia Adriana, Nurul Alieya dan Nur Qistina.

Kaunselor : ouhh… Mereka sekelas dengan kamu?

Klien : Ya, cikgu. Mereka sekelas dengan saya.

Kaunselor : oohh, begitu. Boleh, kamu teruskan.

Klien : Kawan-kawan saya ni jenis yang suka salahkan dan abaikan saya segala

apa yang saya katakana.

Kaunselor : haaa.. okay, boleh kamu teruskan.

Klien : Lagi-lagi, masa cikgu kami berikan tugasan berkumpulan. Mereka tidak

beri kerjasama dan biarkan saya buat seorang diri.

Kaunselor : Jadi maknanya Alya sakit hati dengan kawan-kawan alya kerana mereka

buat sedemikian?

Klien : Ya.

Kaunselor : ooohhh okay, boleh kamu teruskan.

Klien : Tapi bila saya diam mereka cakap saya sombong. Bila buat kerja

berkumpulan pula, mereka akan tunggu saya mulakan dulu, baru mereka

buat. Itupun bila saya tegur. Kalau nak harapkan mereka mulakan dulu

memang lambat.

Kaunselor : Biasanya bila Alya suruh atau tegur kawan-kawan Alya, apa reaksi yang

kawan-kawan Alya berikan?

Klien : Reaksi mereka tu macam marah, mereka akan buat muka tidak puas hati

tapi mereka tetap buat juga bila saya suruh. Cuma saya tidak pasti
mereka

` buat atau tidak.

Kaunselor : haa… maknanya Alya tidak yakin la bila mereka buat kerja.
Klien : Haah.

Kaunselor : Okay. Seterusnya, apakah tindakan Alya?

Klien : Tindakannya, saya yang akan memulakan kerja, saya cuba abaikan

perbuatan yang mereka lakukan dan suruh mereka buat kerja secara

bersama. Jadi sekarang, sekiranya cikgu memberi tugasan kumpulan

kepada kami, saya yang akan beritahu mereka dan suruh mereka buat.

Kaunselor : Adakah Alya selesa dengan berbuat demikian?

Klien : Sebenarnya…… Saya rasa agak kurang selesa dengan apa yang terjadi

antara kami. Tapi saya tak boleh taha napa yang mereka buat kat saya.

Kaunselor : ada sebab-sebab lain? Tadi Alya ada kata yang kamu tak selesa bila
kamu

buat sedemikian. Pernah tak Alya tanya kawan-kawan, kenapa mereka

buat begitu.

Klien : Pernah juga saya tanya. Tapi mereka tak endahkan apa yang saya

tanyakan tu. Saya sendiri tak tahu apa salah saya.

Kaunselor : oooo begitu. Sebenarnyakan, kita tak boleh nak ubah orang tapi kita
boleh

cuba pada diri kita sendiri. Alya rasa apa yang patut kamu buat, sebab
kita

memang tak boleh nak ubah mereka melainkan mereka sendiri yang nak

berubah. Alya faham apa yang cikgu cakap.

Klien : faham, cikgu.

Kaunselor : Sebab semuanya atas diri kita kan? Jadi apa yang patut kamu buat

sebenarnya.

Klien : Saya rasa saya perlu bersabar, perlu lebih memberi arahan kepada
mereka supaya mereka sedar akan tanggungjawab ketika membuat

tugasan secara berkumpulan.

Kaunselo : Boleh cikgu tahu, adakah mereka jenis yang tidak bertanggungjawab?

Sebab berdasarkan apa yang kamu katakana tadi, mereka perlu disuruh

untuk buat kerja. Boleh, Alya beritahu cikgu.

Klien : Nak kata tidak bertanggungjawab tu taka da, sebab ketika saya buat
kerja

tu, ada juga mereka cari maklumat-maklumat dan nota-nota mengenai

Tugasan yang diberi. Tapi….

Kaunselor : Tapi, apa ya? kamu boleh teruskan.

Klien : Tapi mereka selalu buat sambil lewa dan tak memberi tumpuan

sepenuhnya ketika lakukan tugasan serta abaikan saya. Jadinya,

saya ambil keputusan untuk tegur dan menyuruh mereka buat kerja

bersama.

Kaunselor : ooo… Begitu.

Klien : Jadi apa yang patut saya buat, cikgu?

Kaunselor : Okay sebenarnya, kita disini akan sama-sama cari jalan penyelesaian.

Tapi apa yang patut kamu lakukan dan apa yang tidak patut kamu

lakukan hanya kamu saja yang tahu. Saya berharap Alya mampu

mendapatkan jawapan bagi persoalan kamu sendiri.

Klien : Baik, cikgu.

Kaunselor : Baiklah, tadi mula-mula kamu ada kata yang kawan-kawan kamu tu
kurang

bertanggungjawab dan tidak berikan Kerjasama sehingga kamu tegur


dan
Memberi arahan baru mereka lakukan. Betul?

Klien : Ya, betul.

Kaunselor : Serta mereka menganggap kamu sebagai ketua kumpulan sedangkan

mereka ada tanggungjawab bersama dalam melakukan tugasan

tersebut.

Klien : Ya, betul cikgu.

Kaunselor : Adakah Alya rasa bertanggungjawab terhadap perkara ini ataupun

Kamu anggap perkara ini biasa saja?

Klien : Ianya adalah tanggungjawab bersama yang diberi kepada kami

sekumpulan, tapi disebabkan mereka buat sambil lewa dan tak beri

kerjasama. Jadinya saya rasa saya perlu bertanggungjawab.

Kaunselor : Baiklah, untuk jalankan tanggungjawab tersebut apa yang Alya rasa patut

lakukan?

Klien : Saya ada juga mesej mereka secara peribadi untuk mereka mencari

maklumat berkenaan tugasan yang diberi tapi mesej saya itu tidak

dilayan dan…..

Kaunselor : Dan? Okay takpa Alya boleh teruskan.

Klien : Setelah saya mesej berulang kali dan tidak dilayan akhirnya saya ambil

keputusan dengan memberitahu kepada cikgu kami.

Kaunselor : ooo… apa yang dikatakan pula oleh cikgu kamu setelah kamu beritahu.

Klien : Cikgu hanya cakap, “itu masalah kamu dengan ahli kumpulan kamu,
cikgu

hanya bagi tugasan sahaja dan cikgu tahu kerja yang cikgu beri tu siap.”

Kaunselor : Ada apa-apa lagi yang cikgu kamu katakana?


Klien : Ada. Dia cakap “ kamu sendiri yang kena cari jalan penyelesaian agar

kawan-kawan kamu dapat beri Kerjasama dalam tugasan yang diberi.

Kaunselor : ooo.. begitu, jadi setakat perbincangan sesi kita ni, kamu rasa dekat
mana

sebenarnya kamu nak capai penyelesaian? Setakat ini apa yang kamu
dah

dapat?

Klien : Saya rasa untuk masalah ini saya perlu lebih tegas.

Kaunselor : Boleh cikgu tahu tegas macam mana ya?

Klien : Macam kalau mengenai agih-agihkan tugasan tu biasanya, saya akan


beri

tempoh yang sepatutnya. Tapi……

Kaunselor : Tapi apa ya? Boleh Alya teruskan?

Klien : tapi sehingga hari terakhir penghantaran tugasan masih belum siap juga.

Jadinya, untuk tugasan akan datang saya takkan buat macam tu lagi dan

saya akan tetapkan Tarikh-tarikh agar kami dapat buat bersama-sama

untuk siapkan tugasan.

Kaunselor : Alya rasa itu perkara betul yang Alya patut buat?

Klien : Saya rasa, ya.

Kaunselor : Baiklah. (mengangguk)

Klien : Saya juga akan cuba untuk buat.

Kaunselor : Okay. Alya secara perlahan-lahan kamu dah dapat satau cara untuk

mengatasi masalah kamu. Mungkin Alya boleh cuba dahulu dan


sekiranya

tidak menjadi, kita akan sama-sama berbincang untuk memperoleh cara


yang baru. Seperti apa yang saya cakap pada awal sesi tadi, sesi kita ini

adalah rahsia. Hanya kita berdua sahaja yang tahu apa yang kita

bincangkan pada hari ini. Boleh?

Klien : Baik, boleh cikgu.

Kaunselor : Sebelum cikgu tangguhkan sesi, ada apa-apa yang Alya ingin beritahu

kepada saya?

Klien : errmmm…. Setakat ini tidak ada, cikgu,

Kaunselor : baiklah kalau begitu. Cikgu akan tangguhkan sesi kita pada hari ini dan

semoga kita bertemu pada sesi yang akan datang. Terima kasih kerana

sudi hadir dan sudi menceritakan masalah kamu.

Klien : Sama-sama. Terima kasih juga, cikgu.

You might also like