You are on page 1of 6

TUGASAN 1: PENULISAN ESEI

Cabaran Guru Bimbingan dan Kaunseling(GBK) dalam melaksanakan perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang mempunyai kepelbagaian latar
belakang budaya.

1.Cari artikel yang berkaitan dengan bimbingan, kaunseling, psikoterapi dan cabaran
GBK dalam melaksanakan cabaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap
murid pelbagai latar belakang budaya.

2.Anda dikehendaki memilih 1 artikel dengan cabaran GBK dalam melaksanakan


perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap murid pelbagai latar belakang
budaya.

3.Analisis secara kritis cabaran-cabaran yang dihadapi oleh GBK dalam


melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap murid pelbagai
latar belakang budaya.

4.Kemukakan cadangan penyelesaian cabaran secara relevan berasaskan teori


kaunseling dengan menggunakan sumber rujukan yang relevan dan pelbagai untuk
menyokong hujah anda.

1. Pengenalan

Di negara kita iaitu Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan etnik
seperti Melayu, China, India dan sebagainya. Kepelbagaian etnik dan kaum inilah membawa
kepada lahirnya pelbagai budaya yang berbeza yang menyebabkan terbentuknya sikap
seseorang itu berbeza kerana seseorang itu datang dari latar belakang budaya yang
berbeza-beza. Masalah akan timbul sekiranya individu yang berlainan budaya ini tidak
memahami dan menghormati budaya etnik yang lain. Oleh itu, kaunselor memainkan
peranan yang penting untuk memahami kaunseling pelbagai budaya tersebut agar isu-isu
yang wujud dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan harmoni.

Kamus Dewan (2005) menyatakan bahawa budaya adalah bermaksud kemajuan


fikiran, akal budi (caraberfikir) berkelakuan dan sebagainya. Manakala menurut Edward B.
Taylor, budaya adalah merupakan satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang- undang, adat resam dan lain-lain
kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

1
2. Cabaran GBK dalam melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
terhadap murid pelbagai latar belakang budaya.
2.1. Sikap Murid

Berdasarkan artikel ini,ia menyatakan bahawa wujud cabaran mengenai sikap murid
orang asli ketika menjalankan kaunseling terhadap mereka. Contohnya berdasarkan artikel
ini, ia menyatakan bahawa sikap murid Orang Asli adalah pemalu, tidak selesa dengan
bangsa lain, merendah diri dan perahsia. Menurut Bahiyah (2013),masyarakat Orang Asli
yang sensitif, merendah diri dan mudah merajuk menyebabkan mereka sukar berinteraksi
dengan dunia luar . Malah ada juga diantara murid Orang Asli ini yang enggan ke sekolah
dan tidak bergaul dengan orang lain. Nazariyah (2014) pula mendapati bahawa cabaran
utama guru adalah untuk mencari langkah yang berkesan bagi menyemai minat belajar dan
untuk datang ke sekolah dalam jiwa murid Orang Asli yang sukar dilaksanakan kerana sikap
mereka. Sikap murid-murid Orang Asli yang sambil lewa, enggan hadir ke sekolah, tidak
mahu bergaul dengan rakan sekelas dari kaum lain menyebabkan proses kaunseling
terjejas dan tidak dapat dijalankan. Hal ini menjejaskan seseorang guru bimbingan dan
kaunseling itu dalam proses bagi menjalankan kaunseling terhadap murid tersebut. Kajian
yang telah dijalankan oleh Haslinda (2015) juga menyokong isu ini dimana dia menjelaskan
bahawa murid-murid Orang Asli mempunyai rasa rendah diri dan malu untuk bergaul
dengan masyarakat luar.

2.2. Sikap Ibubapa Murid

Menurut artikel ini, cabaran yang turut dihadapi oleh guru bimbingan dan kaunseling
ialah ibu dan bapa murid Orang Asli. Hal ini kerana kurangnya kesedaran ibu bapa tentang
kepentingan pendidikan dan juga segelintir ibu bapa orang asli yang membiarkan saja anak-
anak mereka ponteng sekolah apatah lagi memantau pencapaian anak-anak kerana
meraka berpendapat bahawa ilmu adalah tidak penting dan menghantar anak-anak mereka
ke sekolah hanya membazirkan masa dan wang. Ini senada dengan pendapat Ahmad
Razak & Zalizan Jelas (2009) yang menyatakan bahawa tahap pendidikan ibubapa yang
rendah juga mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak Orang Asli. Malah, dalam
kajian Nettleton juga, Noor Hayati Bt Husin, seorang penyelia daripada KEMAS berkata,
“Kami dapati ibubapa di dalam masyarakat ini mempunyai hanya sedikit kemahiran
keibubapaan,”. Ini sependapat dengan kajian yang dijalankan oleh Johdi (2009) dimana
kurang kemahiran dalam ilmu keibubapaan di kalangan masyarakat orang asli dikenalpasti
sebagai faktor lain yang boleh membantutkan perkembangan minda anak-anak. Sedangkan,
ilmu keibubapaan adalah sangat penting untuk membantu perkembangan pendidikan anak-

2
anak. Selain itu terdapat juga para pelajar yang membantu kerja-kerja rumah seperti
menjaga adik ketika ibu bapa mereka bekerja menurut kajian Haslinda Tahir (2009) yang
menyebabbkan pelajar-pelajar orang asli ini tidak mendapat peluang untuk ke sekolah
seperti pelajar-pelajar lain.

2.3. Kepercayaan kepada guru bimbingan dan kaunseling yang berlainan


bangsa

Isu perbezaan budaya di antara guru bimbingan dan kaunseling dan murid Orang Asli juga
diakui berdasarkan artikel yang dikaji. Ia menjadi cabaran kepada GBK bagi menjalankan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Ini adalah kerana murid-murid orang asli lebih
selesa berada dalam kalangan dia sahaja dan kurang gemar bercampur dengan kaum lain
atau bangsa lain. Menurut Abdul Halim (2019), pelajar Orang Asli lebih selesa berada
dalam kelompok sendiri dan melakukan aktiviti hanya sesama mereka sahaja. Hall( 1981)
turut menyatakan bahawa masih terdapat individu yang gagal untuk mentafsir tingkah laku
individu lain berdasarkan budaya yang diamalkan mereka. Malah menurut kajian Wan Afizi
Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad dan Noraziah Ali (2014), seseorang guru itu perlu
diterima supaya segala program dan aktiviti yang hendak dilaksanakan akan mendapat
sambutan daripada komuniti Orang Asli dan Berjaya walaupu guru itu berlainan bangsa.

3
3. Langkah Penyelesaian Bagi Cabaran Yang Dihadapi Oleh GBK
3.1. Mengubah Sikap Murid Menggunakan Teori Tingkahlaku
Menurut Teori Tingkahlaku oleh Albert Bandura yang menekankan hasil hubungan
persekitaran dengan kognitif menjelaskan bahawa persekitaran sememangnya
mempengaruhi tingkah laku murid dan persekitaran yang kurang selesa tidak dapat
memberi ransangan yang baik kepada kognitif .Oleh kerana terdapat gangguan dalam
persekitaran murid-murid Orang Asli, ia menghalang mereka untuk menguasai literasi
antaranya kekurangan kemudahan pengangkutan dan ketidak selesaan ruang untuk
belajar .Mohamad Johdi Dan Abdul Razak(2009) menyatakan dalam kajiannya bahawa
keadaan yang tidak kondusif ini menyukarkan anak-anak orang asli ini untuk belajar .
Keadaan persekitaran ini akan menyebabkan kognitif murid-murid Orang Asli tidak dapat
diransang malahan menyukarkan sesuatu pembelajaran. Menurut Albert Bandura(1997),
kepercayaan individu terhadap diri sendiri mepengaruhi keberkesanan diri mereka sama ada
mereka akan menghasilkan semula tingkah laku yang diperhatikan.
Bagi masalah ini, seseorang GBK itu perlu memberi galakan kepada murid Orang Asli
untuk membuat perubahan dari sikap maladatif kepada sikap adaptif. Sikap maladaptif ialah
satu bentuk tingkah laku negatif yang membahayakan individu dan menjejaskan
kesejahteraan individu manakala sikap adaptif pula ialah tingkah laku penyesuaian
membolehkan individu menyesuaikan diri dengan cara yang positif kepada pelbagai situasi
dimana adaptif ini membenarkan seseorang individu itu dapat membangun dan
berkembang. Contoh sikap maladaptive ialah seperti yang dinyatakan di cabaran tadi
dimana sikap murid Orang Asli ialah pemalu, merendah diri dan sebagainya. Dimana
bertepatan dengan Pekeliling Perekayasan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
sekolah 2012 bertarikh 16 April 2012 menyatakan bahawa antara fokus GBK ini adalah
untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri karakter murid dari aspek sikap
penyayang , budi bahasa, konsep kendiri, kepemimpinan, komunikasi, kekemasan diri dan
ketepatan masa.

3.2. Mengubah Persepsi Ibubapa Orang Asli mengenai Pendidikan Menggunakan


Teori Kognitif
Menurut Teori Kognitif yang dipelopori ialah Albert Ellis yang memberi fokus kepada
aspek kognitif, penilaian,penganalisisan, emosi, tingkahlaku dan membuat penilaian. Teori
ini juga menitikberatkan soal nilai dan kepercayaan yang tidak rasional. Berdasarkan teori
kognitif ini,seseorang individu itu dilahirkan rasional tetapi dilahirkan di dalma dunai yang
tidak rasional dan mereka menjadi semakin tidak rasional apabila menerapkan idea-idea

4
yang tidak rasional ke dalam sisitem kepercayaan mereka. Mereka ini mempunyai
tanggapan atau kepercayaan yang salah sepertimana ibubapa Orang Asli ini memandang
enteng perihal pendidikan kerana mereka menganggap bahawa menghantar anak-anak
mereka ke sekolah hanya membazirkan masa dan wang kerana ia tidak menguntungkan
meraka apa-apa pun.
Menggunakan teori kognitif, GBK berperanan untuk membetulkan pemikiran tidak
rasional ibubapa Orang Asli mengenai pendidikan kepada pemikiran yang rasional supaya
mereka ini lebih sedar akan kepentingan pendidikan dalam diri anak-anak mereka. GBK
boleh menggunakan kaedah teori A-B-C-D-E dimana
A= Activating experience (peristiwa yang menggerakkan)
B= Belief system (sistem kepercayaan)
C= Consequence (akibat)
D= Dispute (mencabar kepercayaan yang tidak rasional)
E= Effect (kesan)
GBK ini haruslah menggantikan idea-idea yang tidak rasional ini dengan idea-idea
rasional contohnya dengan memberikan taklimat atau ceramah kepada ibu bapa Orang Asli
ini agar mereka sedar akan kepentingan pendidikan terhadap seseorang individu untuk
masa hadapannya dan akhirnya dapat mengubah pandangan mereka mengenai
pendidikan .

3.3. Membina kepercayaan kepada guru bimbingan dan kaunseling yang berlainan
bangsa dengan menggunakan Teori Humanistik

Teori Humanistik ini dipelopori oleh Carl Rogers pada tahun 1930. Teori ini mengatakan
bahawa manusia adalah rasionnal, baik dan bertanggungjawab. Dia boleh membuat
keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan kebolehan untuk berdikari.
Manusia mempunyai keupayaan untuk membina, bekerjasama, boleh dipercayai, realistik
dan sanggup bersosial.

Oleh itu, GBK berperanan untuk membina rapport supaya hubungan empati yang dibina
ini dapat mewujudkan suatu suasana terapeutik di mana klien iaitu murid Orang Asli ini
berasa diterima dan dihormati, selesa serta selamat. Bertepatan dengan pendekatan Carl
Rogers(1930) yang menyatakan antara Teknik Humanistik ialah agar perhubungan
kaunseling dipenuhi dengan kemesraan, kefahaman dan kepermisifan. Berdasarkan arikel
ini juga mengatakan bahawa apabila seseorang klien itu rasa bahawa dia dihormati , pada
ketika itulah dia baru berasa selesa untuk berkongsi dengan GBK tentang dirinya dan situasi
yang dihadapi olehnya. Malah, ia juga akan membina kepercayaan dan keyakinannya
terhadap seseorang kaunselor tersebut. Ini juga bertepatan dengan falsafah bimbingan dan

5
kaunseling dimana semua murid berpotensi untuk dikembangkan secara optimum melalui
pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

4. Rumusan

Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru


bimbingan dan kaunseling dalam menjalankan sesebuah sesi kaunseling dengan murid
Orang Asli, GBK perlu kreatif dan inovatif bagi mencari jalan penyelesaian bagi setiap
cabaran tersebut dengan mengaplikasikan teori-teori kaunseling yang telah dipelajari seperti
teori humanistic, tingkahlaku dan kognitif. Ini bertepatan dengan prinsip bimbingan dan
kaunseling dimana setiap klien berpeluang dan berhak menerima dan mendapatkan
perkhidmatan kaunseling tanpa mengira latar belakang dan sebagainya.

You might also like