You are on page 1of 7

1

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN……………………………………………………………………………….3

2.0 TEORI PEMBELAJARAN…………………………………………………………………...3

2.1 TEORI BEHAVIOURISME………………………………………………………………….3

2.2 TEORI KOGNITIVISME……………………………………………………………………..4

2.3 TEORI HUMANISME………………………………………………………………………..4

2.4 TEORI SOSIAL………………………………………………………………………………5

3.0 REFLEKSI…………………………………………………………………………………….6

RUJUKAN……………………………………………………………………………………………..7

2
1.0 PENGENALAN

Tingkah laku manusia tidak berlaku secara kebetulan tetapi digerakkan, didorong atau
dimotivasikan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran daripada diri seseorang manusia.
Dorongan tingkah laku manusia yang cemerlang banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman
seperti aspek kerohanian dan keagamaan serta faktor luaran iaitu persekitaran dan
komunikasi yang berkesan. Menurut Mariam dan Zanariah (2015), menyatakan bahawa
motivasi berpengaruh terhadap tingkahlaku seseorang manusia sama ada ianya wujud, kekal
atau diabaikan. Ia turut berupaya mendorong tindakan pilihan tingkahlaku yang perlu dibuat
oleh seseorang manusia.

Untuk melengkapkan Kerja Kursus EDUP2082 bagi subjek Psikologi Pendidikan,


penulis perlu memperincikan cara guru memotivasikan murid menerusi video pendek Haikal-
Malaysian Short Film melalui teori-teori pembelajaran dengan isu yang dihadapi.

2.0 TEORI PEMBELAJARAN

Melalui kerja kursus ini, penulis akan memperincikan cara guru memotivasikan murid
bernama Haikal menerusi video pendek melalui teori-teori pembelajaran antaranya adalah
Teori Behaviorisme, Teori Kognitivisme, Teori Humanisme dan Teori Sosial.

2.1 Teori Behaviourisme

Behaviourisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan


pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviourisme, proses-proses
penting yang mengawal tingkah laku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang
membangkitkan tingkah laku serta tingkah laku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan
ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Menurut Lefton (1985) menyatakan, Ini
bertepatan dengan definisi behaviourisme iaitu pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku
kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan.

Sebagai seorang guru, kita perlu memberi peluang kepada murid untuk meneroka atau
melakukan sebarang aktiviti yang mereka gemari. Menerusi video pendek ini, ketika Haikal
ingin bermain permainan “laga pemadam” bersama dengan rakan berbangsa Cina guru
meminta haikal supaya melukis sahaja. Sedangkan peranan seorang guru ketika itu perlu
menggalakkan haikal bermain bersama kawannya supaya dapat merapatkan jurang antara
Haikal dan kawan yang berbangsa Cina tersebut. Hal ini kerana guru merupakan agen

3
sosialisasi yang penting dalam menyatupadukan murid pelbagai kaum, seterusnya
membentuk kesedaran generasi muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang
warganegara. Dalam video ini, apabila guru bertindak sebagai agen sosialisasi dan
menyatukan semua murid dalam kelas, maka Haikal akan lebih bermotivasi untuk belajar di
dalam kelas yang berbeza agama dan kaum. Dengan itu, tidak akan wujud sebarang
pengasingan terhadap Haikal.

2.2 Teori Kognitivisme

Teori seterusnya adalah teori kognitivisme iaitu proses pemikiran, teori ini merupakan proses
mental dalaman yang membolehkan manusia memperoleh pengetahuan, mengesan,
menyimpan, mencapai dan mengingat semula pengetahuan yang tersimpan untuk digunakan
semula. Menurut Ridzuan (2013), teori pembelajaran kognitivisme melibatkan proses mental
yang mempunyai kesan terhadap tingkah laku manusia. Proses tersebut berlaku dalam otak
untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran berfikir. Proses tersebut berfokus
kepada fenomena seperti kesediaan, persepsi, pengawalan motor, perhatian, ingatan,
pembelajaran dan penaakulan.

Menurut Jeromi Bruner, teori ini beranggapan bahawa seorang pendidik perlu
memberi kesempatan kepada pelajar untuk menemukan konsep kendiri. Menerusi video ini
didapati bahawa guru meminta Haikal menentukan bangsanya adalah Melayu. Sedangkan
ketika itu Haikal masih keliru ingin memilih bangsanya kerana ibunya berbangsa Cina dan
bapanya berbangsa Melayu. Tugas seorang guru perlu membantu muridnya membuat dan
menentukan keputusan rasional. Hal ini kerana guru perlu memberi peluang kepada murid
untuk membuat pertimbangan, mengenal pasti baik dan buruk sesuatu tindakan tersebut.
Contoh kedua, Haikal suka makan Mee Hakka. Namun dia tidak ingin lagi makan mee tersebut
kerana diejek oleh rakannya. Tugas seorang guru perlu untuk menjelaskan kepada murid lain
berkenaan dengan perbezaan dalam budaya yang ada seperti makanan tradisi. Guru perlu
bijak memotivasikan murid seperti menggalakkan Haikal untuk makan makanan
kegemarannya dan lebih memberi fokus kepada perkara lain seperti adab - adab ketika makan
yang boleh disamakan dengan kaum lain.

2.3 Teori Humanisme

Abraham Maslow dan Carl Rogers merupakan dua orang pakar dalam Teori Humanisme.
Teori ini mementingkan kesediaan moral dan potensi murid. Di samping itu, Teori ini juga
memfokuskan kepada perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan individu,

4
keunikan diri sendiri bagi seseorang individu dan juga kepentingan kemanusiaan terhadap
individu. Menurut Budi Agus (2019), menyatakan pandangannya bahawa dalam Teori
Humanisme, beberapa andaian telah dibuat. Antara andaian yang telah dibuat ialah manusia
mempunyai keperluan dan keperluan asas. Sekiranya keperluan dan keperluan asas dipenuhi
sepenuhnya maka secara langsung individu dapat memotivasikan individu sendiri ke
peringkat yang lebih tinggi iaitu mencapai tahap kesempurnaan diri. Hal ini kerana jika
keperluan psikologi tidak dipenuhi oleh individu maka jiwa seseorang tersebut akan terganggu
dan tidak tenteram.

Guru perlu sentiasa peka dengan perbezaan setiap murid. Murid terdiri daripada
latarbelakang yang berbeza seperti perbezaan sosiobudaya, agama, dan kelas sosial. Guru
harus bijak mengendalikan setiap perbezaan ini supaya dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang interaktif dan kondusif. Dalam video ini, didapati bahawa guru kurang peka
terhadap perbezaan sosiobudaya muridnya. Sebagai contoh, sewaktu Haikal mengisi borang
tentang kaum, guru menyuruh Haikal memilih kaum melayu sedangkan Haikal sendiri masih
keliru dengan pilihan kaum tersebut. Contoh yang kedua pula, guru tidak berusaha untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang melibatkan bangsa atau agama yang berbeza di
dalam satu kumpulan. Aktiviti berkumpulan seperti ini sebenarnya dapat merapatkan
hubungan pelajar dari agama dan kaum yang berbeza, Guru perlu menggalakkan pelajar di
dalam kelas bergaul dengan Haikal tanpa mengira sosiobudaya dan sosioagama dan dengan
ini sedikit sebanyak dapat memotivasikan Haikal untuk terus bersemangat datang ke sekolah.

2.4 Teori Sosial

Teori pembelajaran sosial didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan
memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah
laku. Ini bererti persekitaran dan juga orang-orang yang signifikan akan mempengaruhi
tingkah laku. Menurut Azizi & Mohd Sofie (2010) di dalam artikelnya berjudul Teori-Teori
Tingkah Laku Berisiko menyatakan bahawa seseorang individu akan memerhatikan sesuatu
tingkah laku daripada orang lain yang signifikan dengannya dan menyimpan maklumat yang
diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut.
Justeru itu, tingkah laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan
keluarga, rakan sebaya, media massa dan konsep kendiri individu.

Guru sebagai pemudahcara, atau role model dan perlu memberi peluang kepada
murid untuk mengembang dan menonjolkan bakat dengan pengetahuan yang sedia ada.
Guru perlu menunjukkan sikap dan peranan yang baik dalam memotivasikan Haikal kerana

5
apa yang disampaikan dan ditunjukkan oleh guru akan menjadi ikutan murid. Dalam video
ini, Haikal mula menunjukkan rasa rendah diri disebabkan dia disisihkan oleh rakan-rakannya
yang berbangsa Cina dan Melayu. Haikal tidak ingin makan makanan kegemarannya,
seterusnya Haikal mula terdesak ingin belajar bahasa cina dengan ibunya. Maka sebagai
seorang guru perlu bertindak sebagai role model sesuai dengan kompetensi yang ada pada
seorang guru supaya Haikal berani untuk berkongsi perasaannya apabila disisih oleh kawan-
kawannya. Guru perlu menunjukkan sifat kasih sayang dan mengambil berat terhadap situasi
yang dialami oleh Haikal. Hal ini kerana jika guru mengambil berat terhadap diri Haikal maka
ini dapat meningkatkan jati diri dan motivasi untuk dirinya supaya dapat memahami dan
menerima dirinya seadanya. Selain itu, guru perlu menunjukkan contoh yang baik kepada
Haikal dan murid yang lain seperti tidak menunjukkan sikap rasis mahupun berat sebelah
terhadap mana mana kaum. Contoh, guru perlu sentiasa menunjukkan sikap yang positif dan
menghormati budaya dan kaum lain dan sikap ini akan menjadi ikutan dan contoh kepada
Haikal dan murid yang lain.

3.0 Refleksi

Sebagai refleksi mengenai video pendek ini, saya sedar bahawasanya sebagai seorang guru
banyak perkara yang saya perlu mahir untuk mengenai isu murid yang mempunyai pelbagai
ragam dan latar belakang yang berbeza. Sebagai guru perlu menjadi suri teladan untuk
penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan murid. Seiring dengan pemodenan,
perkembangan moral dan intelek murid juga semakin mencabar. Dalam tempoh ini, sekolah
menjadi institusi penting untuk penghayatan nilai dan pemupukan perpaduan. Guru bukan
saja harus berperanan sebagai teladan kepada murid dalam apa juga tindakan dan tingkah
laku mereka, malah turut bersama memikul hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
menghasilkan murid yang dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh melalui
pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta aspek pembangunan sahsiah murid.

6
RUJUKAN

Budi Agus Sumantis & Nurul Ahmad. (2019). Teori Belajar Humanistik dan Implikasinya
Terhadap Pembelajaran Pendidikan Agama Islam. Dlm. Jurnal Pendidikan Dasar, Vol
3(2), hlm. 3-4.

Lefton, Leston A. (1985). Psychology. US: Allyn And Bacon, Inc. hlm. 260-265.

Mariam Abd Majid & Zanariah Dimon. (2015). Peranan Motivasi Terhadap Pembentukan
Tingkahlaku Manusia. Dlm. Mualaf di Negeri Selangor Darul Ehsan: Kajian tentang
kepuasan Diri Dalam Kehidupan Islam. Hlm, 16. Selangor: Kolej Universiti Islam
Antarabangsa.

Ridzuan Hussin. (2013). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme Dalam Pendidikan


Seni Visual (PSV). Dlm. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, Vol 1, hlm. 60.

Yahaya, Azizi & Mohd Sofie. (2010). Teori-Teori Tingkah Laku Berisiko. hlm. 1-7. Sekudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

* 1243 Patah Perkataan.

You might also like