You are on page 1of 6

Eliani Binti Uyen Tutorial Minggu 2

1.Buat satu perbandingan antara Teori SIstem Ekologi Bronfenbrenner dan


Teori Perkembangan Sosiobudaya Lev Vygotsky.

Pembentangan dalam bentuk pengurusan grafik.

Teori Ekologi Bronfenbrenner. (1979,1989)

Beliau menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara


alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut kajian, perkembangan
kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri
kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Menurut beliau, persekitaran
perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu:

Mikrosistem : persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai


interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu
bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru.

Mesosistem : perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu


mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yag lain.
Misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di
sekolah. Contoh: rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran.

Eksosistem : pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid


secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut
memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-
kanak tersebut. Contoh: sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan
dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah
secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak
tersebut.

Makrosistem : perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan


amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina
dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.

Kronosistem : perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-


kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika
dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih
gemar bermain di persekitaran rumah
Teori Proksimiti Vygotsky

Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) walaupun Vygotsky


bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif berlaku secara
berperingkat-peringkat, beliau juga berpendapat bahawa interaksi sosial
kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan kognitif mereka. Ini
menunjukkan tanpa interaksi yang meluas kanak-kanak tidak dapat
memperkembangkan lagi pemikiran kognitif mereka. Mereka mungkin akan
hanya mengetahui tentang perkara asas sahaja tetapi tidak dapat
mengaitkan pengetahuan asas tersebut dengan penerimaan baru. Dalam
sudut lain, bolehlah dikatakan bahawa keinsafan dan kesedaran serta
kefahaman individu terhasil daripada pergaulan sosial dan tingkah laku
sosial mereka.

Dalam teori beliau, Vygotsky menyatakan bahawa bahasa tutur dan


pengaruh orang lain dalam dunia sosial kanak-kanak merupakan pengaruh
penting dalam perkembangan kognitif mereka. Kanak-kanak akan mula
berinteraksi dengan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum mereka bergaul
dengan masyarakat. Ibu bapa adalah orang pertama yang akan memberi
mereka maklumat bahasa pertuturan dan cara berinteraksi. Oleh yang
demikian ibu bapa perlu sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak sejak
awal lagi supaya perkembangan mereka dapat dijana dari awal. Kita biasa
mendengar bahawa pakar perubatan juga menggalakkan para ibu
mengandung untuk mula berbual-bual dengan bayi di dalam kandungan
mereka kerana ia merangsang otak dan perkembangan mereka.

Vygotsky menyatakan orang dewasa dan rakan sebaya menyalurkan


‘mental tools’ (dan bahasa) kepada kanak-kanak atau pelajar semasa
interaksi. Sumbangan yang utama teori ini ialah konsep zone of proximal
development dan scaffolding. Scaffolding pula ialah bantuan sementara
orang dewasa kepada pelajar untuk membuat sesuatu yang lebih sukar.
Saat dan ketika dimana bantuan itu diberikan adalah dipanggil zon
perkembangan proksimal (zone of proximal development).
2.Bincangkan peranan guru untuk memupuk perkembangan sosiobudaya
dalam bilik darjah.

Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar.


Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan
kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah,
guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-
murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, ia perlu tahu
bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan
tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza.

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas


dengan penuh dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak harus
membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum
mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus
ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk
berinteraksi terbuka luas.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid.


Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka
dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran
ditunjukkan. Guru Hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya
dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan
murid menjadi renggang dan hilang minat untuk meneruskan
pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti
pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus
bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud
pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya
dan masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih
menyeronokkan.
Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang
sesuai dengan tahap pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid
membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi
masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang
lemah melalui penganjuran kem motivasi dan sebagainya.

Guru mesti membiasakan diri rofes awal kekelas dan mempunyai


amalan sentiasa menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian
murid. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti
yang meransang minda.Kata-kata motivasi dan penuh senyuman,
jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping teguran
berupa nasihat dan bukan leteran.

Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid.


Pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan
oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti
pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik
dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.

Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang


diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus
diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang
berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan
agama yang dianuti murid.

Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru.


Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek
bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada
pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada
penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa
yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik
darjah.

Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam


pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi
pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi
menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran
dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih
sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti
mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka terhadap
segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya
tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang
terpaksa dijalankan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai


pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus ialah
mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja
atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang. Kerja yang
dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapainya, boleh dicapai,
realistic dan bijak dalam pengurusan masa.

Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi


meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan
diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran
berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, guru juga
harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir. Kemahiran
mengaplikasi peralatan yang terkini seperti computer, kecekapan
menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan
yang jelas.

You might also like