You are on page 1of 3

Laporan Temubual Tentang Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

Dalam Proses Pendidikan Di Malaysia

Pada 28 MAC 2018 iaitu hari khamis yang lalu, saya telah menemu bual seorang guru
bahasa tamil iaitu Pn Vaanmathi yang mempunyai pengalaman mengajar selama 20 tahun
dan kini bekerja di SJK(T) Ladang Kajang selama 15 tahun. Saya telah menemu bual beliau
dengan kebenaran beliau terlebih dahulu untuk mengenai Implikasi Kepelbagaian
Sosiobudaya Dalam Proses Pendidikan Di Malaysia

Pada permulaannya, saya telah mengajukan soalan pertama saya iaitu ‘Apakah
pemahaman anda tentang kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia?” Beliau berkata bahawa
kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia
yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang
menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan
kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya yang
berbeza tetapi kita masih hidup sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu tanpa
menghiraukan perbezaan antara kita. Beliau juga berkata bahawa kepelbagaian Sosio-
Budaya ini boleh dikaji dalam beberapa aspek iaitu dari segi Jantina, Kepercayaan, Bangsa,
kelas sosial dan sebagainya. Bukan itu sahaja, dengan bangganya beliau berkata bahawa
25% daripada murid di sekolah tersebut adalah murid yang beragama Islam dan mereka
mampu mengadaptasi diri mereka dalam Sekolah Tamil sebegini.

Soalan kedua saya kepada Pn. Vaanmathi adalah apakah implikasi kepelbagaian
sosiobudaya dalam proses pendidikan di Malaysia? Beliau berkata ya dan berpendapat
bahawa perbezaan seseorang individu dari segi budaya akan mempengaruhi pemikiran,
perlakuan dan juga perasaan mereka secara tidak langsung. Murid memiliki gaya atau stail
komunikasi yang berbeza. Pemahaman dan penghayatan konsep ini dalam kalangan guru
dan murid terhadap perbezaan ini dapat mengelakkan masalah yang timbul semata-mata.
Oleh itu, guru dikehendaki menggunakan pendekatan yang berlainan bagi setiap pelajar
untuk mengukur keberkesanan pdpc. Masalah pengurusan pdpc akan timbul apabila murid
yang pelbagai tahap kognitif dimasukkan dalam satu kelas. Kepelbagaian latar belakang
murid dan persekitarannya menyukarkan pelaksanaan pdpc para guru kerana dalam sebuah
kelas itu terdapat pelajar yang lemah dan cemerlang. Oleh itu, guru haruslah menggunakan
pendekatan dan teknik pembelajaran yang sesuai supaya murid yang tidak berasa tersisih
apabila berada dalam kumpulan elit.
Selepas itu, saya beralih ke soalan yang ketiga iaitu apakah yang dimaksudkan dengan bilik
darjah yang kondusif? Terlebih dahulu, beliau telah memberitahu aspek afdal tentang
konsep bilik darjah kondusif iaitu faktor fizikal dan psikososial. Persekitaran pembelajaran
yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,mengambil bahagian dan
menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk
merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Beliau juga menyatakan
bahawa, sebagai seorang guru, kita perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta
berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Dalam persekitaran ini, murid berpeluang
menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai perasaan bertanggungjawab dan
kesepunyaan terhadap pembelajarannya. Setiap bilik darjah dilengkapi dengan kerusi dan
meja, papan hitam, kipas, rak-rak sudut pembelajaran juga bagi memenuhi segala keperluan
murid-murid semasa menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kemuadian beliau
menerangkan kepada saya tentang kemudahan khas disediakan di sekolah mereka seperti
kemudahan pengaksesan, pemasangan Smart TV yang telahpun memenuhi PAK 21.

Soalan keempat saya mengaju, apakah peranan seorang guru dalam menyediakan
persekitaran yang kondusif bagi murid-murid? Sebagai guru senior yang berpengalaman,
beliau telah pun memberitahu banyak tentang soalan ini Saya mendapati bahawa beliau
lebih menekankan faktor psikososial iaitu hubungan baik guru dan murid memainkan
peranan yang penting dalam mewujudkan persekitaran belajar yang kondusif. Beliau juga
memberitahu ketidakpuasan faktor psikososial dalam bilik darjah yang berpunca daripada
masalah disiplin murid nakal. Sebagai langkah penyelesaian dengan membahagikan murid-
murid kepada beberapa kumpulan iaitu menggabungkan murid baik dan murid nakal supaya
dapat mengimbangi faktor psikososial dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja, guru juga
melakukan pemerhatian dari semasa ke semasa terhadap murid nakal yang berkenaan.
Bukan itu sahaja, para guru haruslah membina hubungan yang erat dengan para murid.
Supaya dapat mengenali antara satu sama lain.

Sesi temubual selama 30 minit telah pun sampai ke hujungnya dengan ucapan
terima kasih sekali lagi kepada Pn. Vaanmathi yang sudi meluangkan masa dan berkongsi
pendapat dan ilmu beliau walaupun jadualnya padat.

Disediakan oleh, 29 MAC 2018

___________________

( SHALINI A/P PERGAS)

Guru Pelatih IPGKTI

You might also like