You are on page 1of 8

DAFTAR KANDUNGAN

Bahagian Prelim

Kandungan 1

Penghargaan 2

Bahagian isi

1.0 Pengenalan 3`

2.0 Bahan bantu belajar dalam pengajaran Seni Bahasa 3-4

3.0 Bahan bantu belajar dalam pengajaran Tatabahasa 4-5

4.0 Kepentingan bahan bantu belajar kepada guru 5

5.0 Kepentingan bahan bantu belajar kepada murid 6

6.0 Rumusan 6

Bahagian Akhir

7.0 Bibliografi 7

1
PENGHARGAAN

Pertama sekali bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana telah melimpahkan pelbagai
nikmat dan kurniaan-Nya kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan lancar dan
jayanya.

Saya juga merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada pensyarah saya Cik
Hayati Binti Mat Yusof kerana telah banyak berkongsi maklumat dan memberikan tunjuk ajar
kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan ayah saya yang
telah banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan
ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang saya kasihi 
iaitu Muhammad Shahrol Bin Harun, Muhammad Aiman Azizi Bin Azhar , Khoo Yu Ting ,
Low Jie Ying serta rakan-rakan yang lain yang telah banyak berkongsi maklumat dan
memberikan sokongan moral sepanjang saya melaksanakan tugasan ini.

2
1.0 PENGENALAN

Menurut Brown J.W (1983) bahan bantu belajar ialah segala kelengkapan yang digunakan
oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik
darjah. Malah, bahan bantu belajar juga tidak hanya kepada buku teks tetapi melibatkan
segala benda yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, definisi bahan bantu belajar menurut Thomas, R. Muraay, Swartout yang
disokong oleh Sherwin G (1963) menyatakan bahawa bahan bantu belajar yang mempunyai
komunikatif tinggi mampu membantu murid memperoleh pengalaman belajar yang
berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya
penghargaan. Jadi jelaslah bahawa bahan bantu belajar merupakan bahan yang penting
untuk guru membuat persediaan supaya sesi pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih
berkesan dan menarik minat murid.

2.0 BAHAN BANTU BELAJAR DALAM PENGAJARAN SENI BAHASA

Antara bahan bantu belajar yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran seni bahasa
ialah bahan multimedia. Bahan multimedia merupakan bahan bantu belajar yang
menggunakan video atau teks. Pernyataan ini disokong oleh Noriati A. Rashid et al. (2012)
menyatakan bahawa bahan multimedia ialah bahan yang mengintegrasikan pelbagai jenis
media pengajaran seperti video, audio, grafik, animasi dan teks. Pada pembelajaran abad
ke 21, penggunaan bahan multimedia dan juga Teknologi Maklumat dan Komunikasi
menjadi bahan bantu belajar yang penting untuk menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 -
2025), penggunaan bahan multimedia dan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi menjadi bahan yang penting untuk mengembangkan kreativiti dalam kalangan
murid.

Antara pengajaran yang boleh digunakan dalam Seni Bahasa ialah melalui standard
pembelajaran 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi mesej
dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur, guru boleh menggunakan
bahan bantu belajar dengan menggunakan bahan multimedia seperti video dalam aplikasi
‘’YouTube’’. Melalui penayangan video dalam aplikasi ‘’Youtube’’, guru dapat menayangkan
video animasi tentang penjagaan kebersihan diri melalui tema kebersihan dan kesihatan diri.
Melalui tayangan video penjagaan kebersihan diri yang disertai dengan audio, lagu dan teks
dapat menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan dalam kalangan

3
murid. Jadi jelaslah bahawa penggunaan bahan multimedia seperti tayangan video pada
aplikasi ‘’youtube’’ dapat menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan mengelakkan murid
berasa bosan ketika belajar.

2.1 BAHAN MULTIMEDIA IAITU TAYANGAN ‘’YOUTUBE’’

TENTANG KEPENTINGAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI

3.0 BAHAN BANTU BELAJAR DALAM PENGAJARAN TATABAHASA

Bahan bantu belajar yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa pula ialah bahan maujud. Menurut Mok Soon Sang (2009) menyatakan bahawa
bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan
dipegang oleh murid. Penggunaan bahan maujud dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman murid dan memberi pengalaman kepada
murid untuk memahami konsep dan topik yang hendak diajar oleh guru.

Malah, penggunaan bahan maujud ini juga disokong oleh Wong Kiet Wah et al.
(2013) yang menyatakan bahawa murid pada peringkat sekolah rendah membina konsep
berdasarkan peristiwa dan objek konkrit. Ini bermakna agar sukar murid sekolah rendah
untuk memahami konsep secara abstrak. Antara pengajaran seni bahasa yang boleh
dilaksanakan ialah melalui standard pembelajaran 5.1.1 Memahami dan menggunakan
kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks. Melalui standard
pembelajaran ini, guru boleh menggunakan bahan maujud seperti peralatan penjagaan
kebersihan diri yang sebenar. Antaranya berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan tuala mandi
untuk mengajar murid mengenai kata nama am tentang tema kebersihan dan kesihatan diri.
Guru boleh menggunakan bahan maujud seperti peralatan penjagaan kebersihan diri untuk

4
murid - murid lebih memahami konsep dan contoh kata nama am. Malah, penggunaan
bahan maujud seperti peralatan kebersihan diri yang sebenar dapat menarik minat murid
untuk belajar. Murid juga dapat membezakan bentuk dan jenis peralatan kebersihan diri
yang digunakan. Pernyataan bahan maujud yang dapat menarik minat murid ini juga
disokong oleh pendapat Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) yang menyatakan
bahawa bahan bersifat konkrit dapat menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran.

3.1 CONTOH BAHAN MAUJUD PERALATAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI

UBAT GIGI UBAT GIGI SABUN MANDI

TUALA MANDI

4.0 KEPENTINGAN BAHAN BANTU BELAJAR KEPADA GURU

Antara kepentingan bahan bantu belajar kepada guru ialah memudahkan dan
mempelbagaikan cara pengajaran guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui
penggunaan bahan bantu belajar seperti penggunaan bahan maujud dan bahan multimedia,
guru dapat mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran yang dapat menarik minat
murid. Murid akan didedahkan dengan video, teks serta bahan maujud yang menjadikan
murid lebih memahami konsep topik yang akan diajar.

5
Selain itu, kepentingan bahan bantu belajar kepada guru juga ialah menjadikan
pengajaran guru lebih berkesan dan menarik. Guru dapat menjadikan suasana
pembelajaran lebih menarik dan berkesan dalam pengajaran topik yang ingin disampaikan
oleh guru. Sebagai contoh, jika guru ingin menggunakan bahan multimedia tentang tema
kebersihan dan kesihatan diri, guru boleh menayangkan video mengenai penjagaan
kebersihan dan kesihatan diri yang diselangi dengan gambar, audio dan teks yang menarik.

5.0 KEPENTINGAN BAHAN BANTU BELAJAR KEPADA MURID

Antara kepentingan bahan bantu belajar kepada murid pula ialah dapat menarik minat murid
dan menjadikan sesi pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar
dapat mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan kepada murid. Melalui
penggunaan bahan multimedia yang menggabungkan penggunaan video, audio, dan teks
dapat menarik minat dan menjadikan murid lebih memahami mengenai topik yang diajar.
Malah, menurut Norma (2004) yang disokong oleh Noor Azlan dan Nurdalina (2010)
menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu belajar dapat menarik minat dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Antara kepentingan bahan bantu belajar kepada murid juga ialah dapat memperkaya
dan menambah pengalaman murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui
penggunaan bahan maujud, murid dapat menyentuh dan merasa sendiri bahan maujud
yang disediakan oleh guru. Pernyataan ini disokong oleh Norma (2004) Penggunaan bahan
bantu belajar dapat memberi peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan melalui
penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria sentuh dan deria pendengaran.
Penggunaan bahan maujud seperti buah-buahan, murid dapat merasai sendiri bentuk dan
rasa buah tersebut dengan lebih jelas berbanding hanya ditayangkan dalam gambar.

6.0 RUMUSAN

Secara konklusinya, melalui tugasan kerja kursus Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan
Tatabahasa Bahasa Melayu (BMMB3093) ini saya dapat menghasilkan dan menghuraikan
kepentingan bahan bantu belajar dalam pengajaran aspek seni bahasa dan tatabahasa di
sekolah rendah. Jelaslah, penggunaan bahan bantu belajar mempunyai pelbagai
kepentingan untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan
menarik sama ada pada guru dan murid itu sendiri selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang menggalakkan penggunaan bahan bantu belajar
dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran.

6
BIBLIOGRAFI

Abdul Fatah Hassan. (2007). Mengenai falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abd. Rahim, A.R (1995). Perkembangan profesionalisma keguruan dalam konteks sekolah.
Paper presented at the National Seminar on Teacher Education, UTM, Johor,
Malaysia at 18-19 December 1995.

Evelyn J. Soweell. (2005). Curriculum: An Integrative Introduction:3 Edition. New Jersey.


Merill Prentice Hall.

Hutchinson, G.E .(1993). Prospective teachers’ perspective on teaching physical education:


An interview study on the recruitment phase of teacher socialisation. Journal of
Teaching in Physical Education 12: 344-354.

Kamaruddin Hj. Hussin. (1990). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Longman

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Kurikulum standard sekolah rendah bahasa


Malaysia sekolah kebangsaan Tahap 1. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988). Falsafah pendidikan kebangsaan. Kuala Lumpur:


Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan.

Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan kanak – kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia.

Noriati A. Rashid. (2012). Siri pendidikan guru: Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Safiah Karim. (2015). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safiah Karim. (1988). Linguistik transformasi generatif: Suatu Penerapan pada Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar.

Siti Hajar. (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

7
Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wong Kiet Wah et al. (2013). Perkembangan kanak – kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd

You might also like