You are on page 1of 7

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 1
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 1
4.0 PERSATUAN 1
5.0 OBJEKTIF PERSATUAN 2
6.0 AKTIVITI YANG DILAKSANA 2
7.0 ANALISIS SWOT 3
8.0 KESIMPULAN 4
RUJUKAN 5
LAMPIRAN 6

0
LAPORAN KAJIAN KES AKTIVITI PENJANAAN KEWANGAN KELAB ALAM SEKITAR
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN WARISAN PUTERI
1.0 Pengenalan

Kelab didefinisikan sebagai sejenis kumpulan atau persatuan yang berasaskan suatu
aktiviti utama yang tertentu dan dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai minat,
kegemaran, kerjaya atau latar belakang yang sama. (Oxford Dictionary:Second Edition)
Kelab wujud pada peringkat sekolah, peringkat masyarakat, peringkat kebangsaan dan
sebagainya. Setiap kelab perlu menyediakan satu perancangan yang teliti bagi
menjalankan aktiviti. Hal ini bermaksud kelab pasti memerlukan wang. Dengan ini,
pengumpulan dana amat penting untuk memastikan perancangan aktiviti dapat berjalan
dengan lancar.

2.0 Latar Belakang Kajian

Berdasarkan kajian yang telah saya laksanakan semasa Pengalaman Berasaskan


Sekolah (PBS) pada 12 Oktober 2020 hingga 16 Oktober 2020 di Sekolah Kebangsaan
Taman Warisan Puteri, berbagai-bagai jenis kelab dan persatuan telah ditubuhkan di
sekolah ini antaranya Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kelab
Alam Sekitar, Kelab Sains dan lain-lain. Saya telah memilih Kelab Alam Sekitar bagi
melaksanakan kajian kes yang berkaitan dengan sejarah penubuhan, tujuan kelab, serta
aktiviti penjanaan kewangan untuk segala aktiviti yang dijalankan oleh kelab tersebut.

3.0 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan berpandukan beberapa objektif seperti berikut;

i. Mengenalpasti sejarah penubuhan Kelab Alam Sekitar di SK Taman Warisan


Puteri
ii. Mengenalpasti matlamat dan objektif utama Kelab Alam Sekitar
iii. Mengetahui bagaimana aktiviti penjanaan kewangan kelab ini

4.0 Persatuan

Berbagai-bagai kelab telah ditubuhkan di sekolah ini yang terdiri daripada kelab akedemik
dan kelab bukan akedemik. Saya telah memilih kelab bukan akedemik iaitu Kelab Alam
Sekitar sebagai kajian kes saya. Kelab Alam Sekitar di SK Taman Warisan Puteri adalah
sebuah kelab yang ditubuhkan pada 13 Febuari 2015, di bawah unit kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Taman Warisan Puteri. Pihak sekolah ini berhasrat untuk menubuhkan Kelab

1
Alam Sekitar atas kesedaran bahawa kurangnya kesedaran murid-murid dalam
memelihara alam sekitar yang kini semakin dalam keadaan parah.

Lebih-lebih lagi terdapat banyak sampah di buang merata-rata di kawasan


sekolah yang akan menjejaskan kesihatan dan sekaligus menganggu proses pengajaran
dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah telah melakukan perbincangan
untuk menjaga kebersihan di sekitar kawasan sekolah dan akan menubuhkan serta
merasmikan Kelab Alam Sekitar demi memastikan usaha memelihara alam sekitar
berterusan.

5.0 Objektif Persatuan

Obektif Kelab Alam Sekitar adalah seperti berikut;

i. Meningkatkan tahap kesedaran murid-murid mengenai kepentingan pemeliharaan


dan pemuliharaan alam sekitar
ii. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan murid-murid yang
mempraktikkan amalan hidup lestari
iii. Meminimakan pembuangan sampah merata-rata di kawasan sekolah
iv. Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid

6.0 Aktiviti yang dilaksana

Sepanjang penubuhan kelab ini sejak tahun 2015, pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam
usaha memelihara alam sekitar di SK Taman Warisan Puteri. Antara aktiviti tersebut
termasuklah aktiviti gotong royong dengan kerjasama pihak sekolah yang melibatkan staf
dan guru. Selain itu, mereka turut menjalankan projek satu murid satu pokok dengan
melibatkan ibu bapa bagi membantu mereka dalam menyediakan satu pokok kepada
anak-anak. Tujuan projek ini adalah untuk mengadakan pengalaman untuk murid-murid
dalam memulihara alam sekitar. Pihak sekolah turut menjalankan aktiviti taman angkat
pada akhir tahun 2017 kerana persekitaran sekolah mempunyai kawasan yang sesuai
untuk dimanfaatkan bagi tujuan penanaman dan penternakan.

Dalam pada itu, aktiviti melukis poster tentang melindungi alam sekitar dan jangan
membuang sampah merata-rata juga dijalankan. Poster yang terpilih akan ditampal di
pada papan notis untuk memberi kesedaran kepada para murid membuang sampah di
tong sampah dan menjaga kebersihan sekitar kawasan sekolah.

2
7.0 Analisis SWOT

Analisis SWOT adalah satu proses mengenal pasti faktor luaran dan faktor dalaman yang
mempengaruhi sesuatu tindakan atau perlaksanaan suatu strategi yang akan dilakukan
oleh sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat, visi dan misi organisasi. (Rangkuti
Freddy, 1989)

Kekuatan

Kekuatan yang boleh dilihat dalam penjanaan kewangan untuk kegunaan kelab ialah
kebanyakan aktiviti yang dijalankan menggunakan sumber kewangan yang sangat
minima. Contohnya seperti aktiviti gotong royong, melukis poster bertemakan alam
sekitar, taman angkat dan lain-lain. Selain itu, sumber kewangan didapati daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Oleh itu, ini adalah kekuatan utama mereka dalam
menguruskan kewangan persatuan kerana sekolah ini terletak di bandar. Jadi,
kebanyakan ibu bapa bekerja dan berpendapatan sederhana dan tinggi.

Kelemahan

Kelemahan yang dikenalpasti bagi menguruskan penjanaan kewangan bagi kelab ini
adalah tiada kolaborasi dengan organisasi besar seperti World Wide Fund For Nature
(WWF-Malaysia) dibuat sebagai satu usaha mendapatkan sumber penjanaan kewangan
kelab bagi menjalankan aktiviti kelab. Seterusnya, guru kurang mencari info terkini
mengenai pihak-pihak NGO yang menawarkan bantuan kewangan untuk aktiviti berkaitan
alam sekitar.

Peluang

Peluang bagi kelab ini dalam penjanaan kewangan ialah mereka boleh mengadakan
aktiviti penjualan produk mesra alam seperti “metal straw” dan produk kitar semula seperti
produk kraftangan daripada suratkhabar lama. Hal ini demikian kerana produk-produk ini
telah popular dalam kalangan masyarakat. Selain itu, sumber kewangan sedia ada yang
diberikan oleh pihak sekolah untuk kegunaan kelab ini digunakan dengan kadar yang
optimum. Di samping itu, murid-murid berminat dengan setiap aktiviti yang dijalankan oleh
kelab dan mempunyai sifat kepimpinan yang baik. Sokongan daripada pihak sekolah dan
ibu bapa dalam pelbagai bentuk seperti kewangan, tenaga dan sebagainya juga adalah
peluang bagi kelab ini menjana kewangan.

3
Ancaman

Terdapat banyak ancaman yang diterima dalam penjanaan kewangan. Antaranya, jadual
pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid yang padat memberikan ancaman buat ahli
kelab untuk melaksanakan aktiviti penjanaan kewangan secara konsisten. Seterusnya,
sebarang aktiviti kelab tidak boleh menganggu waktu PdP. Hal ini demikian kerana untuk
mengelakkan menjejaskan pembelajaran murid.

Cadangan penambahbaikan

Antara penambahbaikan yang boleh dicadangkan kepada Kelab Alam Sekitar SK Taman
Warisan Puteri ialah permohonan untuk menjalankan kolaborasi dengan pihak luar yang
berkaitan boleh dilaksanakan pada masa depan sebagai salah satu usaha mendapatkan
sumber penjanaan kewangan kelab ini. Guru hendaklah lebih peka kepada peluang bagi
menjalankan aktiviti kelab dengan lebih efektif dan pelbagai tetapi menggunakan dana
yang minimum. Dalam pada itu, peluang menyertai aktiviti di bawah kelab perlu
diperluaskan lagi yang mana tidak tertumpu kepada aktiviti di dalam sekolah sebaliknya
menyertai aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana NGO luar.

8.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Kelab Alam Sekitar dapat memberi kesedaran serta meningkatkan lagi
tahap kesedaran murid mahupun guru tentang penjagaan alam sekitar. Kelab ini juga
dapat memberi kesedaran kepada pihak sekolah untuk menjaga kebersihan sekolah.
Akhir sekali, saya berharap agar kelab ini dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih
bermakna lagi.

4
Rujukan
Atmadjaja (2018). Laporan Kajian Kes Kelab Taman Kitar Semula Sekolah Kebangsaan
Kedai Buloh 2.
Jabatan Alam Sekitar (2012). Garis Panduan Perlaksanaan dan Penilaian: Sekolah Lestari :
Anugerah Alam Sekitar. Selangor : Gempita Maju SDN BHD.
Luk Teck Bing (2017). Kajian Kes Persatuan.
https://www.scribd.com/document/345207676/Kajian-Kes-Persatuan
Rangkuti Freddy (1998). Analisis Swot Teknik Membedah Kasus Bisnis. Jakarta : Gramedia
Pustaka Utama.
Rayeend (2018). Analisis Swot Kajian Kes: Penjanaan Sumber Kewangan Kelab Kitar
Semula . https://www.scribd.com/document/376226198/analisis-swot-docx
Oxford University Press (1989). Oxford Dictionary:Second Edition. United Kingdom: Oxford
University Press
World Wildlife Fund-Malaysia (TT). We are a Malaysian organisation affiliated with WWF
(World Wide Fund for Nature), the international conservation organisation.
https://www.wwf.org.my/about_wwf/who_we_are/

5
Lampiran

You might also like