You are on page 1of 8

Takrif dan sejarah perkembangan tarannum Nahawand.

nahawand bermaksud sebuah tempat bernama Hamadan.


lagu nahawand berasal dari Iran (Parsi).ianya di ubah suai dan digubah semula oleh
para Qurra' di Mesir. lagu ini berirama sedih dan biasanya dibawakan selepas lagu
Hijaz atau Soba.
rujukan:
Mohd Ali B Abu Bakar,(1997),Seni Lagu al-Quran Di Malaysia,Kuala Lumpur:Darul
Fikir,m.s:51.
oleh:SHIKH MUHAMMAD NUR HASHIM B SHIKH HASSAN
takrif dan sejarah perkembangan tarannum Nahawand.
Dari sudut bahasa Nahawand adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah
Hamadan, Parsi.
Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu
jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah
tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri.
Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah
Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran.
Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika
dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang
perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina
atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin
Sina.
Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa
tarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas
daripada perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para
Qurra dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau
bagaimanapun identiti asal alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan.
rujukan:http://ilmquran.blogspot.com/2011/03/normal-0-false-false-false-en-us-zhcn.html
oleh:SHIKH MUHAMMAD NUR HASHIM B SHIKH HASSAN
Tarannum Hijaz ialah nama bagi suatu kawasan yang terletak di Negara arab Saudi.
Iaitu termasuk kota mekah dan kota madinah.
Pada istilah ilmu tarannum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan yang
dipopularkan oleh qari-qari hijaz mengikut budaya bangsanya yang hidup di
kawasan padang pasir tandus yang berbukit bukau dengan batu-batu pejalnya.
Sehingga kini tarannum hijaz tersebut telah pun diubahsuai oleh qari-qari Mesir
mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan lembahan nil yang begitu subur

menghijau.
Tarannum hijaz berlahjah masri adalah lebih lembut dan lebih menarik yang agak
lebih bersesuai dengan kelembutan lughah al-Quran
Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail(1998). Buku Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur. Darul
Fikir. m/s : 136.
Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu
cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh
Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
ditulis oleh Ustaz Muhammad Yusri bin Salleh,
di layari pada 23/04/2012. di. http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/tarannum-alquran-pada-satu-petang-saya.html
Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail.1998.Buku Qawaid Tarnnum. Kuala Lumpur. Darul
Fikir.
Peranan tarannum hijjaz adalah:
i.memberi semangat kepada persembahan bacaan
ii.memberi kepuasan kepada pembca dan pendengar
iii.memberi tenaga kepada tarannum yang akan dibaca
iv.membawa ketegasan terhadap mesej al-Quran
Jawapan kedua:
ditulis oleh Ustaz Muhammad Yusri bin Salleh,
di layari pada 23/04/2012. di. http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/tarannum-alquran-pada-satu-petang-saya.html
Peranan Tarannum Hijaz adalah :
i. Memberi semangat kepada persembahan.
ii. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
iii. Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
iv. Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
v. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
vi. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
Jawapan ke3
Dilayari pada 23/04/2012. Ditulis oleh Syadid Habibullah bin Samsudin. Di
http://syadidhabib.blogspot.com/2010/06/tarannum-hijaz.html
Peranan Tarannum Hijjaz adalah:
i.Memberi ketenangan pada sesuatu pesembahan

ii.Mendatangkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar


iii.Melahirkan kefasihan sebutan ayat-ayat al-Quran
iv.Melahirkan kemukjizatan al-Quran dalami aspek bacaan
Sifat Lagu Tarannum Hijaz
Antara sifat lagu tarannum Hijaz ialah :
i - Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan.
ii- Mempunyai ketegasan pendorong semangat.
iii-Mempunyi kelincahan menghidupkan
persembahan.
iv- Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana
tobaqot.
v- Mempunyai kesesuai dengan ayat yag
menunjukkan perintah, tegas atau marah.
Rujukan:
1. Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail. 1998. Buku
Qawaid Taannum. Kuala Lumpur. Darul Fikir.
M/S :136.
2. Mohamad Raffe Ghalil Abbas & Hafit Hidayah
Ajmain, Abdullah Jaudin. http://tahsinal-quran.blogspot.com/2011/04/jenis-jenistarannum.html. Dilayari pada 23 April 2012.
Sifat Lagu Tarannum Hijaz.
Antara sifat lagu tarannum Hijaz ialah :
i- Memiliki gerak lembut menyentuh perasaan.
ii - Alunan iramanya lembut mempesona.
iii - Sesuai digandingkan dengan tabaqat
sederhana.
iv - Sesuai dialunkan pada ayat-ayat doa,
rayuan, peringatan azab dan rintihan.
Rujukan :
1. Syadid Habibullah bin Samsudin.
http://syadidhabib.blogspot.com/2010/06
/tarannum-hijaz.html. Dilyari pada 23 April
2012.

Tiga peranan tarannum Nahawand ialah :


i)Melembutkan bacaan.
ii)Mendatangkan rasa khusyuk dan keinsafan.
iii)Menjadikan sebutan huruf lebih fasih.
Rujukan : Mohd Ali Bin Abu Bakar,(1997), Seni Lagu Al-Quran Di Malaysia, Kuala
Lumpur: Darul Fikir,m.s.: 52,53
Tiga peranan tarannum Nahawand ialah:
i) Mampu menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
ii) Dapat memberi penyesuaian kepada ayat yang menunjukkan gembira, memohon
dan bercerita.
iii) Dapat melahirkan kemukjizatan al-quran.
Rujukan: Nik Ja'far Bin Nik Ismail, (2007). Buku Qawaid Tarannum(cara
berlagu).Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn.Bhd. ms: 140
Tiga sifat tarannum nahawand ialah:
i) Mempunyai gerak ringan yang berkesan.
ii) Mempunyai kelembutan yang bersopan.
iii)Mempunyai kesederhanaan yang memikat jiwa.
rujukan:
Nik Ja'far bin Nik Ismail. (2007). Buku Qawaid Tarannum(cara berlagu).Kuala
Lumpur: Darul Fikir Sdn.Bhd. ms:139 & 140
Tiga sifat tarannum nahawand ialah:
i) Mempunyai gerak yang ringan
ii) Lemah lembut dan mengharukan
iii)Sesuai dengan tabaqah yang sederhana
rujukan:
Mohd Ali bin Abu bakar, (1997), Seni Lagu al-Quran di Malaysia, Kuala Lumpur:
Darul Fikir, ms: 52
Negeri asal tarannum Nahawand terletak di daerah Hamadan Parsi dan
dipeloporkan oleh qari di daerah Hamadan Parsi tersebut.
rujukan :
Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail,(1998),Buku Qawaid Taranum (cara berlagu), Kuala
Lumpur, Darul Fikir, m:s 139
Negeri asal lagu tarannum Nahawand berasal dari daerah Hamadan di Iran (Parsi).
Lagu ini dipelopori oleh para quarrak di daerah tersebut dan diubahsuai oleh para

quarrak Mesir.
rujukan :
Mohd Ali bin Abu Bakar. (1990). Seni Lagu Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur.
DarulFikir. m:s 51.
Taranum Sikah berasal dari negara Parsi. Ia telah diubahsuai dan diterima pakai
oleh pakar-pakar taranum Al-Quran dari negara Hijazi.
Kemudiannya, ia telah dipopularkan kepada seluruh qari qariah di segenap pelosok
dunia dengan mengikut lahjah Arab Hijazi bermula dari kurun ke -7 hingga 19
Masihi.
Kini, ia telah dipopularkan semula oleh qari-qari Masri mengikut budaya Masri yang
dikenali dengan Sikah Masri, yang mana bentuk dan alunannya lebih lembut dan
bersopan.
Rujukan : Hj. Nik Jaafar b. Nik Ismail. (2007). Qawaid Al-Taranum. Kuala Lumpur.
Darul Fikir. m.s :143
Tiga peranan tarannum Sikah:
i. Melembutkan persembahan.
ii. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
iii. Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Sumber rujukan :
http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2009/09/tarannum-sikah.html
Tiga peranan tarannum Sikah:
i. Melembutkan sesuatu bacaan.
ii. Memberi penyesuaian kepada ayat-ayat yang menunjukkan permohonan, pujukan
dan harapan.
iii. Mendatangkan rasa khusyuk dan keinsafan.
Sumber rujukan :
Mohd Ali bin Abu Bakar,(1990). Seni Lagu Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:
DarulFikir. m.s.: 67.
tiga sifat tarannum Sikah ialah :
1. Gerak lambat yang meyakinkan.
2. Bercirikan kesedihan dan rintihan.
3. Sesuai dengan ayat - ayat merayu, memohon,dan merintih.
rujukan :
Ensiklopediamuslim.blogspot.com. (2009). Taranum Sikah.

Tiga sifat Tarannum Sikah ialah :


1. Mempunyai gerak yang lembut.
2. Mempunyai sifat lemah lembut yang menawan hati.
3. Sesuai dengan tabaqat yang lebih tinggi.
rujukan :
Mohd Ali bin Abu Bakar. (1990). Seni Lagu Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur.
DarulFikir. m:s 67.
Tarannum Sikah berasal dari Parsi (Iran). Mereka yang mempelopori taranum ini
ialah qari - qari hijazi.
rujukan :
Ensiklopediamuslim.blogspot.com. (2009). Taranum Sikah.
Takrif dan Sejarah perkembangan tarannum Jiharkah:
Menurut sebahagian pendapat, lagu ini berasal dari benua Afrika. Sementara yang
lain pula mengatakan, bahawa lagu ini berasal dari sempadan Semenanjung Tanah
Arab dengan Iran dan Afganistan.
Jiharkah adalah lagu yang paling sedikit mempunyai alunan dan cabang, malahan
lagu ini bergantung kepada orang yang membawakannya, sama ada orang tersebut
ingin membawakannya dengna irama yang cepat atau lambat.
Rujukan:
Mohd Ali bin Abu Bakar. (1990). Seni Lagu Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur.
Darul Fikir. m/s 63
Takrif dan Sejarah Perkembangan tarannum Jiharkah:
Tarannum Jiharkah juga berasal dari negara Parsi ianya telah diterima pakai sebagai
tarannum Al-Quran oleh qari-qari negara Hijazi dengan diubahsuai mengikut zaouq
budayanya.
Sehingga sekarang ianya telah dipopularkan oleh para qari Mesir mengikut zaouq
budayanya yang agak lebih lembut dan lebih hebat, bersesuaian pula dengan
kelembutan dan kehebatan Al-Quran itu, walau bagaimanapun identiti asalnya masih
dikekalkan.
Rujukan:
Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Buku Qawaid At-Tarannum. Kuala Lumpur.
Darul Fikir. m/s 145
iga peranan tarannum jiharkah adalah :
1) Meredakan ketegangan di dalam sesuatu bacaan
2) Melembutkan sesuatu bacaan

3) Memberi penyesuaian kepada ayat-ayat yang menunjukkan kesedihan dan


kerinduan
Mohd Ali Bin Abu Bakar, (1997), Seni Lagu Al-Quran Di Malaysia, Kuala Lumpur :
Darul Fikir, M.S:64.
Tiga peranan tarannum Jiharkah ialah :
1) Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
2) Dapat mnimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat
Al-Quran.
3) Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
Tarannum JIharkah.
http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2009/01/tarannum-jiharkah.html
Diakses pada 23 April 2012.
3 Sifat Tarannum Jiharkah ialah:
1) Gerak ringan yang berkesan.
2) Kelembutan menusuk kalbu.
3) Harmoni.
Sifat Tarannum Jiharkah. http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2009/01/tarannumjiharkah.html
Diakses pada 11:53, 23 April 2012
Tiga sifat tarannum jiharkah adalah :
1) Mempunyai gerak ringan yang berkesan
2) Mempunyai kelembutan yang menusuk qalbu
3) Mempunyai unsur ketenangan dan keharmonian
Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail, (2007), Buku Qawaid Tarannum (Cara Berlagu), Kuala
Lumpur : Darul Fikir, M.S: 146.
Negeri asal tarannum Jiharkah ialah negara Parsi (Iran). Tarannum ini kemudian
digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi).
Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka.
Rujukan :
Muhammad Yusri. http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/tarannum-al-quran-padasatu-petang-saya.html
Dilayari pada 23/4/2012.
Bagi negeri asal lagu Jiharkah, terdapat dua pandapat yang disebutkan iaitu yang
pertama, ia berasal dari benua Afrika. Pendapat kedua, lagu ini berasal dari
sempadan Semenanjung Tanah Arab dengan Iran dan Afghanistan.

Mohd Ali bin Abu Bakar, (1990), Seni Lagu Al-Quran di Malaysia, Kuala Lumpur :
Darul Fikir, m.s : 63

You might also like