You are on page 1of 11

Program j-QAF Pendidikan Khas

Bahagian Pendidikan Khas


Kementerian Pendidikan Malaysi
Program j-QAF Pendidikan Khas

1. PENDAHULUAN
Buku panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai Modul Pengajaran Dan
Pembelajaran Kaedah Iqra’ yang akan dilaksanakan di Program j-QAF di Pendidikan Khas.

2. TAKRIF
Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Kaedah Iqra’ ini dimulakan dengan menggunakan
buku Iqra’ 1-6 di peringkat sekolah rendah dan menumpukan kepada penguasaan
kemahiran membaca ayat-ayat al-Quran kepada murid yang boleh menguasai kemahiran
membaca.

3. OBJEKTIF
1. Murid dapat mengenal dan membunyikan huruf-huruf berbaris dalam al-Quran.
2. Murid dapat mengenal tanda-tanda bacaan yang terdapat dalam ayat al-Quran.
3. Murid dapat membaca ayat-ayat pendek berpandukan buku Iqra’.
4. Murid dapat menguasai bacaan ayat-ayat al-Quran.

4. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Pendidikan Khas yang beragama Islam sekolah rendah yang boleh
menguasai bacaan di Program Pendidikan Khas Integrasi dan Sekolah Pendidikan Khas.

5. STRATEGI PELAKSANAAN
5.1 Tempoh Pelaksanaan
Murid Pendidikan Khas akan mengikuti aktiviti Modul Pengajaran dan Pembelajaran
Kaedah Iqra’ sepanjang tempoh mereka belajar di sekolah rendah.

5.2 Pemilihan Murid ( Guru Pelatih )

5.2.1 Pemilihan murid adalah berdasarkan kepada pemilihan


murid yang boleh mengikuti Program j-QAF daripada setiap kelas. Nisbah
untuk satu kelas adalah antara 1–6 orang murid.
Program j-QAF Pendidikan Khas

5.2.2 Setiap sekolah yang terpilih bagi melaksanakan program ini disarankan
membuka sekurang-kurang 3 kelas. Manakala Guru j-QAF di Pendidikan
Khas diberi masa mengajar sebanyak 18 hingga 24 waktu seminggu selama
tempoh guru tersebut menjalani latihan.

5.3 Pemilihan Murid ( Guru j-QAF Terlatih )


5.3.1 semua murid Islam di sekolah rendah yang mengikuti Program Pendidikan
Khas Integrasi dan Sekolah Pendidikan Khas. Nisbah untuk satu kelas
adalah antara 1–6 orang murid

5.4 Peruntukan waktu


Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berfokus kepada Buku Iqra’ 1 hingga 6 dengan
peruntukan masa tiga kali seminggu ( 2 bacaan 1 Tasmik ).

5.5 Proses Pengajaran dan Pembelajaran


5.5.1 Semua murid membaca berdasarkan kepada Buku Iqra’.
5.5.2 Setiap murid membaca buku Iqra’ mengikut kaedah talaqi dan musyafahah.
5.5.3 Proses talaqi dan musyafahah di dalam kelas dikendalikan oleh Guru
Pendidikan Islam (GPI) dan seorang guru j-QAF Pendidikan Khas. Sekiranya
GPI terlibat semasa proses P&P di kelas yang lain hanya seorang Guru j-
QAF Pendidikan Khas yang terlibat.
5.5.4 Merekod bacaan setiap murid di dalam Buku Rekod Bacaan Iqra’.
Bimbingan ini berlaku secara langsung 1:1dengan target minima 7 minit
masa bacaan untuk setiap murid. Ia boleh dilaksanakan dalam waktu P&P
atau diluar waktu P&P. ( TASMIK )
5.5.5 Panduan proses P&P boleh dirujuk daripada contoh Modul Pengajaran dan
Pembelajaran Kaedah Iqra’.
5.5.6 Murid yang tidak menguasai bacaan Iqra’ hendaklah diulang sehingga dapat
menguasai bacaan tersebut dan tidak perlu berpindah ke muka surat / buku
seterusnya. Murid boleh berpindah muka surat apabila melepasi sekurang-
kurangnya penilaian tahap 4 ( sila rujuk lampiran 1 )
Program j-QAF Pendidikan Khas

5.5.7 Agihan bacaan yang dilampirkan adalah cadangan di mana murid yang
dapat menguasai kemahiran membaca Iqra’ boleh meneruskan kepada buku
Iqra’ seterusnya tanpa terikat dengan bilangan urutan buku Iqra’
5.5.8 Sekiranya murid sudah menguasai bacaan Buku Iqra’ 1 – 6 dengan baik,
Guru j-QAF Pendidikan Khas boleh melaksanakan Majlis Khatam Iqra
dengan merujuk kepada Modul Khatam al-Quran aliran perdana sepertimana
yang telah dibekalkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Islam (BPI). Murid-
murid yang telah khatam Buku Iqra’, mereka boleh dilantik sebagai MURID
TURUS dan meneruskan bacaan Al-Quran.
3
6. AGIHAN TUGAS

6.1 Ketua Sektor Program Pendidikan Khas, Penolong Pengarah


Bahagian Pendidikan Khas, Ketua Unit Pendidikan Khas JPN, Pegawai j-QAF JPN,
Penyelia Pendidikan Khas PPD dan Pentadbir sekolah bertanggungjawab
memastikan program j-QAF berjalan seperti yang dijadualkan.

6.2 Guru Besar bertanggungjawab:


6.2.1 Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan j-QAF di Pendidikan
Khas.
6.2.2 Memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
6.2.3 Memantau pelaksanaan program.
6.2.4 Mengesahkan laporan Rekod Pencapaian Keseluruhan Bacaan Iqra’
Murid yang dibuat oleh guru dan dihantar ke JPN dan BPKhas dua kali
setahun ( Mei & Oktober )

6.3 Guru Penolong Kanan/Penyelaras Pendidikan Khasbertanggungjawab:


6.3.1 Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
6.3.2 Mengadakan mesyuarat dan perbincangan pelaksanaan program j-QAF.
6.3.3 Bekerjasama dengan guru j-QAF Pendidikan Khas menyediakan keperluan
program j-QAF.
Program j-QAF Pendidikan Khas

6.3.4 Menyemak dan mengesahkan laporan bacaan murid sebelum dihantar


kepada Guru Besar .

6.4 Guru Pendidikan Islam bertanggungjawab;


6.4.1 Membimbing guru j-QAF Pendidikan Khas dalam melaksanakan p&p.
6.4.2 Menyelaraskan P&P Iqra’ dalam bilik darjah.
6.4.3 Memastikan setiap murid dapat mengikuti P&P Iqra’ dengan baik dan kondusif.
6.4.4 Bersama guru j-QAF Pendidikan Khas membuat pengesahan bacaan setiap
murid seminggu sekali dalam buku rekod Bacaan Iqra’. ( Lampiran1 )

6.5 Guru j-QAF Pendidikan Khas bertanggungjawab;


6.5.1 Melaksanakan tugas sepertimana yang diarahkan pada perkara 5.2.
6.5.2 Membuat ringkasan mengajar di dalam Buku Rekod Pengajaran Harian
6.5.3 Bersama guru Pendidikan Islam / Guru Pembimbing membahagikan murid-
murid kepada kelompok mengikut tahap penguasaan bacaan murid.
6.5.4 Membantu dan membimbing murid secara individu.
6.5.5 Merekod pencapaian bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan mengikut
kelompok masing-masing. ( LAMPIRAN I & 2 )
6.5.6 Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam buku rekod
mengajar.
6.5.7 Memastikan murid dapat menguasai kemahiran Iqra’ dengan cara talaqi
musyafahah.

7. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Model ini menekankan penguasaan bacaan melalui kaedah talaqi dan musyafahah.
Kaedah ini dilaksanakan melalui proses berikut :
7.1 Murid mendengar bacaan contoh daripada guru.
7.2 Murid membaca dengan bimbingan guru PI, guru j-QAF.
7.3 Guru PI, guru j-QAF Pendidikan Khas mengajar dan membetulkan bacaan murid.
7.4 Guru PI, guru j-QAF Pendidikan Khas mengesahkan bacaan murid dengan
memberikan pujian atau pengayaan.
Program j-QAF Pendidikan Khas

8. PENILAIAN

Penilaian ringkas perlu dilakukan secara harian dan mingguan kepada murid bagi
mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai dan mengingati bacaan yang
direkodkan oleh Guru PI dan Guru j-QAF di Pendidikan Khas. Penilaian secara
menyeluruh hendaklah dilakukan di akhir tahun bagi menentukan tahap pencapaian
bacaan Iqra’ setiap individu. Guru boleh memilih mana-mana buku Iqra’ untuk menilai
murid. Penilaian ini hendaklah berdasarkan kepada kemampuan membaca dengan lancar
buku Iqra’ 1 hingga 6. Guru perlu mengambil kira keupayaan murid berdasarkan tahap
penguasaan mereka. Keupayaan murid Pendidikan Khas tidak sama diantara satu sama
lain.

6
Program j-QAF Pendidikan Khas

CADANGAN JADUAL WAKTU KELAS


PELAKSANAAN MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH IQRA’

Hari / Masa 8.00-8.30 8.30 – 9.00 9.00 – 9.30 11.00 -11.30 11.30-12.00

Isnin PdP al-Quran

Selasa

Rabu

Khamis Tasmik

Jumaat

7
Program j-QAF Pendidikan Khas

Lampiran 1

REKOD HARIAN BACAAN IQRA’ MURID

NAMA MURID : ___________________________________________

KELAS : ___________________________________________

Panduan : 1- Sangat lemah 2- Lemah 3-Sederhana 4- Baik 5-


Sangat baik

BUKU MUKA TAHAP PENILAIAN


BIL TARIKH MINGGU CATATAN
IQRA’ SURAT 1 2 3 4 5

Tandatangan : ……………………………………..

Guru Pembimbing : ………………………………………


Program j-QAF Pendidikan Khas

Lampiran 2

REKOD MINGGUAN BACAAN IQRA’ MURID

Kelas : ______________________

Panduan : 1- Sangat lemah 2- Lemah 3-Sederhana 4- Baik 5-


Sangat baik

BUKU MUKA TAHAP PENILAIAN


BIL NAMA MURID MINGGU CATATAN
IQRA’ SURAT 1 2 3 4 5

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

T/Tangan : ……………………………… T/Tangan : ………………………………

Guru Pembimbing :…………………… Penyelaras : ………………………………


Program j-QAF Pendidikan Khas

Lampiran 3
REKOD PENCAPAIAN KESELURUHAN
BACAAN IQRA’ MURID

Panduan : 1- Sangat lemah 2- Lemah 3-Sederhana 4- Baik 5-


Sangat baik

BUKU MUKA TAHAP PENCAPAIAN


BIL NAMA MURID KELAS CATATAN
IQRA’ SURAT 1 2 3 4 5

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………………….. …………………………………………..
( ) ( )
Guru Pembimbing Penyelaras Pendidikan Khas

Disahkan Oleh:

……………………………………….
( )
Guru Besar
Program j-QAF Pendidikan Khas

Panduan Penilaian Bulanan Bacaan Iqra’

1. Sangat Lemah

i. Tidak dapat menyebut langsung


ii. Tidak dapat mengenal bunyi huruf langsung.

2. Lemah

i. Dapat menyebut satu-satu bunyi huruf dengan bantuan guru sahaja.


ii. Dapat membunyikan huruf dengan bimbingan guru sahaja

3. Sederhana

i. Dapat membunyikan kalimah dengan bimbingan guru


ii. Dapat membaca dengan teragak-agak.

4. Baik

i. Dapat menyebut dan membaca kalimah dan potongan ayat dengan betul.
ii. Dapat membaca kalimah dengan betul.
iii. Guru hanya memberi sedikit bimbingan.

5. Sangat Baik

i. Dapat membaca dengan betul dan lancar.

You might also like