You are on page 1of 6

ABSTRAK

Tujuan kajian kes ini dijalankan adalah untuk menganalisis sejarah penubuhan, kaedah dan
proses penubuhan, aktiviti yang diamalkan oleh ahli persatuan serta strategi untuk menjana
kewangan bagi Kelab Doktor Muda SK Muhibbahraya Tawau, Sabah. Pada 25 Mac yang
lalu, saya telah mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan menemu ramah guru besar,
guru penolong kanan kokurikulum serta guru-guru penasihat bagi Kelab Doktor Muda.
Kajian ini telah dilaksanakan dalam masa seminggu di sekolah tersebut. Kajian ini akan
menerangkan tentang masalah yang dialami oleh kelab tersebut iaitu masalah kehadiran
pelajar dalam aktiviti-aktiviti persatuan tersebut.

1.0 Pengenalan

Penubuhan persatuan dan kelab sebagai satu aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan
satu perkara yang wajib dilaksanakan. Beberapa jenis persatuan atau kelab harus
ditubuhkan di sekolah mengikut peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Melalui persatuan yang ditubuhkan, ketahanan dari aspek sosial,
fizikal, rohani, jasmani dan emosi pelajar serta ciri-ciri kepimpinan dapat diterapkan (Soon
Sang Mok, 2011). Persatuan juga ditubuhkan di sekolah untuk melatih pelajar membina
kemahiran komunikasi serta membentuk peribadi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari
segi akademik malah dari aspek peribadi secara holistik.

Tahir dan Othman (2010) dalam kajiannya menyatakan kokurikulum merupakan wadah
paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) secara
holistik terutamanya dalam konteks melahirkan murid yang seimbang. Dalam konteks ini,
pengurusan kewangan dilihat sebagai salah satu nadi penggerak bagi setiap organisasi atau
kelab menjalankan aktiviti. Steiss (2003) mendefinisikan pengurusan kewangan sebagai
satu perancangan menyeluruh yang meliputi pelbagai bentuk urusan seperti barangan,
perkhidmatan, aktiviti dan termasuk juga projek kecil mahupun projek mega. Bertitik tolak
daripada itu, pengurusan kewangan haruslah diurus dengan cekap dan bersistematik seperti
yang telah ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.
Kelab Doktor Muda telah dipilih bagi menjalankan kajian ini. Kelab Doktor Muda merupakan
sebuah kelab yang baru ditubuhkan pada tahun 2016. Penubuhan kelab ini adalah untuk
memperkasakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka
dapat meningkatkan taraf kesihatan diri dan rakan mereka. Kelab ini terdiri daripada 25
orang murid sebagai ahli kelab dan 4 orang guru penasihat kelab. Kelab ini telah
menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2017.

1
2.0 SEJARAH PENUBUHAN

Pelbagai kelab yang telah ditubuhkan di sekolah ini yang terdiri daripada kelab akademik
dan kelab bukan akademik. Saya telah memilih kelab bukan akademik sebagai kajian kes
saya iaitu Kelab Doktor Muda. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah
dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda. Penerimaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti
ko-kurikulum merupakan satu pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada
program ini, yang sememangnya telah terbukti membawa faedah dan kebaikan kepada
murid sekolah. Pada Disember 2007, sejumlah 826 buah sekolah telah melaksanakan
program Doktor Muda dengan penglibatan seramai 21,907 orang Doktor Muda. Kelab
Doktor Muda SK Muhibbahraya Tawau telah ditubuhkan pada 8 hari bulan Januari 2016 di
bawah unit ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Sook. Pihak sekolah SK Muhibbahraya
Tawau berhasrat untuk mewujudkan Kelab Doktor Muda atas kesedaran bahawa
membentuk tabiat kesihatan yang baik di peringkat kanak-kanak adalah lebih mudah
daripada menukar tabiat kesihatan yang buruk di peringkat dewasa.

3.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN PERSATUAN

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, proses dan kaedah penubuhan kelab ini ialah
melalui pelantikan setiausaha kokurikulum. Kemudian, satu kertas kerja telah disusulkan
sebagai permohonan untuk menubuhkan kelab tersebut di sekolah. Setelah kertas kerja
diluluskan, unit kokurikulum telah mengadakan mesyuarat agung untuk berbincang tentang
takwim tahunan di samping melantik ahli jawatankuasa baru bagi kelab tersebut. Antara isu
berbangkit yang dibincangkan ialah mengenai aktiviti yang dirancang, pendaftaran ahli,
yuran kelab dan pelantikan ahli jawatankuasa baru.

4.0 AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN

Pada 21 Februari 2018 yang lalu, Kelab Doktor Muda SK Muhibbahraya telah mengadakan
Kempen Tandas Bersih dengan kerjasama pihak sekolah yang melibatkan staf dan guru.
Aktiviti ini dijalankan berterusan dam sepanjang tahun. Objektif utama pelaksanaan kempen
ini ialah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mementingkan kebersihan dan kesihatan dan
menyebarkannya untuk seluruh warga sekolah. Kempen ini dijangkakan dapat memberi
kesedaran dalam kalangan pelajar agar sentiasa menjaga kebersihan tandas dan
mengubah tanggapan bahawa tandas bukanlah tempat yang menjijikkan. Ahli kelab sangat
berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh murid dan pihak guru
yang terlibat dalam menjayakan kempen ini.

2
5.0 STRATEGI MENJANA KEWANGAN

Kewangan merupakan elemen penting dalam menerajui persatuan yang aktif (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2010). Semakin banyak dana yang ada, semakin banyak aktiviti yang
menarik dapat dilaksanakan dengan mudah. Secara umumnya, strategi bagi mengumpul
dana untuk kelab ini adalah dengan mengadakan kutipan yuran dari para pelajar. Kaedah
menjana kewangan dengan mengadakan jualan, pertandingan atau persembahan tidak
dilanjurkan. Sumber kewangan hanya bergantung kepada peruntukan yang diberikan serta
kutipan duit dari para pelajar.

6.0 ISU-ISU BERBANGKIT

Masalah pengurusan pendidikan di Malaysia masih berlaku sehingga kini. Kenyataan ini
disokong oleh National Union of Teaching Profession (NUTP) melalui pembentangan
memorandum mengenai penambahbaikan sistem pengurusan pendidikan nasional serta
profesion guru. Sehubungan dengan itu, masalah utama yang dihadapi oleh Kelab Doktor
Muda adalah melibatkan kekangan wang untuk menjalankan aktiviti yang lebih menarik dan
mencabar. Sumber kewangan utama kelab ini adalah bergantung kepada peruntukan yang
diterima daripada pihak sekolah. Masalah kewangan ini telah menyekat Kelab Doktor Muda
untuk menjalankan aktiviti dengan lebih aktif. Kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan adalah
tidak menggunakan kos yang besar dan hanya menggunakan bahan sedia ada. Perkara ini
secara tidak langsung dapat meminimumkan penggunaan kos dan meningkatkan kreativiti
murid dalam penjanaan idea semasa melakukan aktiviti. Ahli-ahli kelab berusaha untuk
mencari sumber kewangan dari pelbagai sumber.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN ANALISIS SWOT

Untuk perancangan akan datang, pihak sekolah berharap dapat meneruskan program ini
dengan memantau keberkesanannya dari semasa ke semasa dan menggalakkan
penglibatan murid dalam mengumpulkan bahan kitar semula dengan cara membuat
pengumuman pada setiap minggu semasa perhimpunan pagi. Kemudian, menambahkan
lagi aktiviti dan program yang berkaitan tentang kesedaran kitar semula dan ia akan
dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti Kempen Tandas Bersih. Kemudian, kelab ini akan
berusaha untuk mencari sumber kewangan dengan mencari penaja yang sudi menyumbang
kepada kelab mereka.

Jadual di bawah menunjukkan satu analisis SWOT bagi Kelab Doktor Muda di SK
Muhibbahraya:

3
Strength  Guru pembimbing yang mencukupi.
(Kekuatan)  Hubungan dan kerjasama antara pihak pentadbir adalah
baik.
 Murid-murid menunjukkan kemahiran diri dalam bidang
kesihatan.

Weaknesses  Tempat yang terhad.


(Kelemahan)  Masa yang terbatas.
 Kekurangan guru pembimbing yang terlatih.
 Tiada bilik khas untuk menjalankan aktiviti kelab.
 Tiada peralatan untuk menjalankan aktiviti.

Opportunity  Sikap ibubapa yang positif.


(Peluang)  Sokongan yang kuat daripada PIBG.
 Jemputan tenaga pengajar dari Jabatan kesihatan.
 Pertukaran maklumat dengan sekolah yang terlibat dalam
Program Doktor Muda.
 Lawatan ke klinik kesihatan sebagai pendedahan kepada
murid.

Threat  Pertindihan aktiviti antara pihak sekolah dengan aktiviti


(Ancaman) anjuran Jabatan Kesihatan.
 Sindiran daripada rakan sebaya dan malu untuk
mempamerkan bakat.
 Sebilangan kecil ibubapa bersikap negatif dan kurang
memberi kerjasama kepada program ini.

Berdasarkan analisis tersebut, masalah dapat diatasi dengan mempelbagaikan aktiviti yang
menarik untuk kelab. Guru-guru haruslah lebih kreatif dalam merancang aktiviti persatuan
untuk menarik minat murid. Aktiviti luar seperti mengadakan lawatan ke Klinik-klinik
Kesihatan atau Hospital besar dapat memupuk minat pelajar untuk mengetahui lebih lanjut
mengenainya. Guru-guru juga perlu membuka ruang kerjasama diantara kelab dan PIBG
untuk membuka mata ibubapa tentang kepentingan kelab ini ditubuhkan.

4
8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Kelab Doktor Muda telah melaksanakan aktiviti yang sesuai dan
berkesan bagi penjanaan sumber kewangan. Kelab ini juga berjaya memupuk amalan gaya
hidup sihat dalam diri murid untuk dilakukan secara berterusan dalam kehidupan seharian
dan menjadi contoh kepada orang lain. Komitmen yang tinggi dan kerjasama yang
ditunjukkan oleh guru dan murid menjadi faktor utama kepada keberhasilan aktiviti
penjanaan sumber kewangan kelab. Maklumat yang dikumpul sepanjang pelaksanaan
kajian kes ini juga dapat dianalisis dengan lebih terperinci dalam analisis SWOT.

5
RUJUKAN

Ahmad Esa, Mohd Khir Mohd Nor, Nawawi Jusoh, Norashidah Abd Rahman, & Zalinah
Salehon. (2015). Citra Kokurikulum. (Penerbit UTHM, Ed.). Penerbit UTHM.

Alan W. Steiss. (2003). Strategic Management for Public and Nonprofit Organiizations. CRC
Press.

Coffman, N. W. (2012). An exploration of high school co-curricular activities. University of


Michigan.

James Ang Jit Eng. (2016). Pengurusan Aktiviti Luar Sekolah: Panduan Pengurusan Aktiviti
di Luar Sekolah. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mohd Tahir, L. & Othman, O. (2010). Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada

Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi.


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. Dicapai pada
Oktober 14, 2013 dari
http://eprints.utm.my/11595/1/KeperluanAktiviti_Kokurikulum. pdf.

Nooraini Othman, Wardatul Aishah Musa, & Mohd Nasrul Hakim. (2015). Kokurikulum Di
Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia : Satu Tinjauan Awal. Bahagian
Perkembangan Kurikulum KPM, (1956), 1 – 6.

Soon Sang Mok. (2011). Pengurusan Kokurikulum. Penerbitan Multimedia.

You might also like