You are on page 1of 2

KEPENTINGAN PROGRAM PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

DI SEKOLAH.

Kesihatan adalah disasarkan kepada tiga kelompok masyarakat iaitu:-

• Individu

• Keluarga

• Komuniti

Kerjasama di antara masyarakat (individu,keluarga dan komuniti) dan sekolahmenggalakkan


penglibatan masyarakat dan sekolah dalam semua aktivitikesihatan melalui PIBG, JKKK,
Persatuan-persatuan, Jabatan-jabatan Kerajaan

dan Bukan Kerajaan. Kerjasama tersebut membolehkan beberapa tindakan yang berfaedah
seperti berikut:

(a) Pemeliharaan Persekitaran

• Kawalan pembiakan vektor

• Pembuangan sampah dan saliran air limbah yang sempurna

• Kawasan yang cantik, bersih, selesa dan selamat

(b) Struktur Fizikal

• Lokasi yang sesuai

• Bangunan yang selamat

• Pengudaraan yang sempurna

• Pencahayaan yang cukup

• Kemudahan bilik darjah dan asrama yang mencukupi, peralatan yang


• sesuai, menyediakan bilik rawatan yang sesuai

(c) Kerjasama di antara Masyarakat dan Sekolah

Kerjasama di antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-


aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. Ianya merupakan satu proses dua hala
di mana kedua dua sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk
mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanakkanak. Dalam konteks
ini sekolah perlu memikirkan apakah sumbangannya terhadap masyarakat dan begitulah
sebaliknya, iaitu apakah yang masyarakat boleh sumbangkan kepada sekolah. Kerjasama
meliputi:

• Penyediaan tandas yang mencukupi untuk murid-murid dan kakitangan

• Kemudahan bekalan air yang selamat dan mencukupi

• Keadaan kantin yang bersih dan selamat di samping pengendalian makanan yang
sempurna

Enam teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satupendekatan
bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan
sekolah sihat adalah seperti berikut:-

• Polisi Kesihatan Sekolah

• Persekitaran Fizikal Sekolah

• Persekitaran Sosial Sekolah

• Penglibatan Komuniti

• Kemahiran Kesihatan Diri

• (vi)Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

You might also like