You are on page 1of 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2018


SEMESTER 2 TAHUN 2
TUGASAN 3: PELAPORAN PROJEK KESIHATAN (PBS)

Nama Pelajar : ROSIMAH AYU BINTI MOHD NOOR


NUR FARAH ASNANI BINTI MOHD AZAMI
Angka Giliran : 20183021340054
20183021340051
No. Kad Pengenalan : 980503-03-5368
980115-38-5376
Kumpulan /Unit : PISMPPJ1618
Kod Kursus : PKES3072
Nama Kursus : PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
Nama Pensyarah : EN ISMAIL BIN DIKOH
Tarikh Hantar : 16 MAC 2020
Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :1)
2)
Tarikh :

1
HASIL KERJA KURSUS: PELAPORAN PROJEK KESIHATAN

Laporan Ahli Jawatankuasa

Nur Farah Asnani Binti Mohd Azami telah dilantik sebagai pengerusi dalam program
kesihatan sekolah iaitu Bebas Denggi. Oleh itu, dalam melaksanakan tugas sebagai pengerusi
saya sentiasa memastikan arahan yang tepat dan jelas diberikan kepada ahli jawatankuasa
yang telah dibentuk bagi memastikan kelancaran program yang akan diadakan. Saya juga
bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, dan aktiviti yang dirancang bagi
memastikan program berjaya diisi dengan intipati yang padat dan berkesan kepada kumpulan
sasaran. .Saya juga beritndak sebagai orang tengah apabila terdapat cadangan atau usul
daripada pihak yang terlibat berkaitan penganjuran program kesihatan sekolah yang dirancang.
Di samping itu, menjadi tanggunjawab saya untuk memastikan hala tuju program ini dapat
memberi impak bagi jangka masa yang panjang kepada kumpulan sasaran.

Manakala Rosimah Ayu Binti Mohd Noor telah dilantik sebagai setiausaha bagi program
tersebut. Sebagai setiausaha, tugas saya ialah menguruskan segala urusan surat-menyurat
dan menyediakan kertas kerja. Selain itu, saya juga menyediakan segala maklumat yang
berkaitan dengan perjalanan program serta berhubung dengan penyelaras bagi mengenal pasti
perjalanan program.

Sebelum program

Dalam subjek PKES 3072 Program Kesihatan Sekolah, kami telah diminta untuk menganjurkan
satu program kesihatan di sekolah semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Untuk
PBS fasa 3 ini, saya dan ahli kumpulan saya telah memilih Sk Meranek, Kota Samarahan.
Selepas diberi penerangan aktiviti yang jelas dan terperinci oleh pensyarah subjek iaitu Encik
Ismail bin Dikoh. Tanpa melengahkan masa kami telah mengadakan sesi perbincangan bagi
menentukan ahli jawatankuasa bagi pelaksanaan program ini. Tujuan pemilihan ahli
jawatankuasa adalah penting bagi memudahkan pengagihan tugas dan seterusnya
melancarkan pelaksanaan program.

Sebagai setiausaha saya telah merangka kertas kerja program dan seterusnya
menyediakan surat permohonan untuk pelaksanaan Program Bebas Denggi di Sk Meranek.
Pada 20 Mac 2020, saya dan ahli kumpulan saya telah pergi ke Sk Meranek untuk menghantar
surat permohonan anjuran Program Bebas Denggi. Kertas kerja sangat penting bagi
memastikan suatu perancangan untuk pelaksanaan program serta menjadi garis panduan

2
dalam menguruskan program supaya berjalan lancar mengikut seperti yang telah dirancang.
Pada masa yang sama, kami telah mengadakan perbincangan dengan guru besar SK Meranek
iaitu Encik Muazz Bin Dollah bagi menentukan butiran-butiran yang telah kami bincangkan
selaras dengan tarikh pelaksanaan dan kumpulan sasaran program. Selepas mendapat
persetujuan dan kebenaran oleh guru besar untuk melaksanakan Program Bebas Denggi, kami
meneruskan perancangan kami iaitu membincangkan jenis-jenis program dan aktiviti yang
sesuai dilakukan sepanjang Program Bebas Denggi.

Di samping itu, kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi menentukan jenis-
jenis aktiviti yang boleh dilakukan semasa program Bebas Denggi. Setelah mengadakan
perbincangan, akhirnya kami telah bersetuju untuk mengadakan sesi ceramah denggi
berpandukan slide serta mengadakan gotong-royong. Ceramah ini disampaikan bertujuan
supaya murid-murid mempunyai pendedahan kepada gejala denggi. Aktiviti soal jawab
mengenai denggi dijalankan bagi menguji kefahaman murid-murid mengenai cara-cara menjaga
kebersihan persekitaran, mengenal pasti simptom-simptom mengenai demam denggi dan
langkah-langkah untuk mencegah denggi.

Seterusnya, kami telah berkerjasama untuk mencari bahan-bahan dan maklumat yang
berkaitan dengan bebas denggi bagi menghasikan slide yang mengandungi maklumat yang
benar dan tepat. Di sini adalah penting bahawa nilai kerjasama diamalkan kerana tanpa
kerjasama, maka tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Nilai kerjasama amat
diperlukan untuk mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutamanya untuk
memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ini
memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa sesuatu tugasan dapat diselesaikan
dengan begitu baik melalui kerjasama daripada semua pihak. Jelaslah amalan ini memberikan
satu suntikan baru tentang konsep kerjasama antara masyarakat.

Selain itu, kami juga sentiasa berhubung dengan pihak sekolah bagi mengenal pasti status
perkembangan program. Oleh itu, amalan berkomunikasi yang positif telah dijalin apabila
berkomunikasi dengan pihak sekolah. Tegasnya, fakta menunjukkan bahawa kemampuan
berkomunikasi merupakan unsur penting di antara berbagai unsur yang diperlukan bagi
mengatasi konflik-konfik yang diakibatkan oleh masalah perhubungan (James G. Bobbins,
Barbara S. Jones, 2006). Kami juga telah membuat pengumuman awal dan menampal tentatif
program di papan notis supaya warga sekolah mengetahui perjalanan Program Bebas Denggi.
Persiapan awal adalah penting dilakukan supaya program dapat dilaksanakan dengan lancer
dan segala kekurangan masih boleh diperbaiki semasa proses persiapan.

3
Semasa

Semasa program ini dijalankan kami sentiasa bekerjasama bagi memastikan tentatif
program yang telah dirancang berjaya dicapai dengan hasil yang memuaskan. Kami telah
membuat persediaan awal dengan menyediakan ruang untuk mengadakan ceramah kepada
warga SK Meranek dan berturutan dengan aktiviti yang telah dirancang iaitu gotong-royong di
kawasan yang telah dispesifikkan berisiko tinggi. Namun, terdapat sedikit masalah apabila
hujan sepanjang program tersebut berlangsung menyebabkan kawasan aktiviti ceramah tidak
dapat digunakan. Inisiatif lain telah digunakan dengan menggunakan bilik darjah sebagai
tempat untuk memberikan ceramah mengenai aedes dan demam denggi. Walaupun dengan
kepadatan di dalam kelas tersebut namun intipati ceramah berjaya disampaikan dan menerima
tindakbalas yang positif daripada warga SK Meranek semasa sesi soal jawab dijalankan.

Selepas hujan reda, kami menjalankan aktiviti gotong-royong seperti yang dirancang.
Keadaan selepas hujan turun telah menzahirkan lagi kawasan yang menjadi tempat pembiakan
nyamuk aedes seperti pasu bunga dan tayar di kawasan tanaman hiasan. Semasa gotong-
rooyng tersebut juga warga SK Meranek lebih memahami akan keadaan persekitaran yang
menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes. Aktivitti yang dirancang berjaya diselesaikan dan
kawasan yang dispesifikasikan berjaya dibersihkan sekali gus menghapuskan kawasan
pembiakan nyamuk aedes.

Selepas

Selepas program ini dilaksanakan, saya selaku pengerusi dan rakan saya selaku
setiausaha semakin memahami aspek yang perlu diambil kira apabila menganjurkan program
sebegini. Kami juga lebih peka akan proses yang perlu dititikberatkan sepanjang penganjuran
program ini iaitu dari aspek sebelum, semasa dan selepas. Setiap aspek ini perlu dititikberatkan
bagi memastikan keberkesanan program yang dirancang terhadap kumpulan sasaran yang
telah dipilih lebih berkulaiti dan memberi kesan jangka panjang yang optimum. Kerjasama yang
wujud antara saya dan rakan telah memupuk semangat bersatu padu dalam melaksanakan dan
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan sekali gus melancarkan program yang telah
dianjurkan.

4
Selepas program ini juga perubahan dapat dilihat daripada segi penjagaan kebersihan
di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Meranek. Murid-murid lebih peka dan memahami
kepentingan memastikan sampah sarap tidak dibuang di merata-rata tempat sebaliknya
dibuang di dalam tong sampah dan ditutup dengan kemas. Warga SK Meranek juga semakin
menitikberatkan keselamatan dan kebersihan di kawasan yang berisiko tinggi menjadi tempat
pembiakan nyamuk aedes. Contohnya, pihak sekolah sentiasa memastikan para pekerja
pembersihan membersihkan dan membuang air yang bertakung di pasu-pasu bunga dan tayar-
tayar yang menjadi perhiasan tanaman.

Pihak sekolah juga bercadang untuk mengadakan aktiviti gotong-royong secara berkala
bagi memastikan jentik-jentik sentiasa dapat dihapuskan dengan lebih awal sekali gus
menjamin kebersihan dan keselamatan di kawasan sekolah. Aspek 3K di sekolah juga semakin
ditekankan bagi memastikan murid-murid dapat mempratikkan amalan tersebut di rumah sekali
gus memupuk diri mereka untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

REFLEKSI PENGELOLAAN PROGRAM KESIHATAN

KEKUATAN

Dalam proses pelaksanaan Program Bebas Denggi ini, kekuatan yang jelas dilihat adalah sikap
kerjasama dari semua pihak. Semasa pelaksanaan Program Anti Denggi ini, pihak sekolah
telah memberi kerjasama pada tahap maksimum kepada kami bagi menjayakan program
kesihatan ini. Sememangnya kualiti orang yang menyediakan perkhidmatan akan
mempengaruhi mutu perkhidmatan yang diberi (Aryee, Walumbwa, Seidu et al., 2013).
Contohnya, pihak sekolah mencadangkan sasaran yang sesuai untuk kami melaksanakan
program tersebut. Selain itu, pihak sekolah juga sentiasa bersedia membantu kami bagi
melancarkan pelaksanaan program. Contohnya, pihak sekolah telah memberi bantuan dari segi
sumber tenaga manusia semasa kami sedang membuat kerja persiapan tempat. Di samping itu,
pihak sekolah juga membantu kami dari segi kewangan kerana telah membayarkan kos
perbelanjaan bagi menyediakan makanan kepada murid yang terlibat. Murid-murid yang terlibat
juga telah menunjukkan amalan kerjasama yang tinggi kerana telah membantu kami dalam
memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa sesi ceramah berlansung.

5
Melihat kepada kekuatan Program Kesihatan Bebas Denggi berkenaan dengan
perjalanan aktiviti tersebut, saya mendapati kekuatan yang terdapat ialah kawalan kelas yang
baik. Saya berpendapat sebegitu kerana strategi yang telah kami aturkan bagi aktiviti ceramah
mengenai denggi dan tayangan video adalah baik. slide yang ditayangkan adalah berkaitan
dengan cara pencegahan denggi serta simpton-simpton yang perlu diketahui demi menjamin
kesihatan tubuh badan yang optimum.

Kekuatan yang seterusnya ialah perjalanan program yang berjalan lancar. Hal ini
demikian kerana tegasnya kesemua aktiviti yang dijalankan mengikut tentatif program yang
telah kami rancang. Ini termasuk dengan masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
mencukupi dan tidak lari dari perancangan masa yang telah kami rancang. Persediaan tempat
juga membolehkan kami mengetahui di mana keberadaan murid-murid pada setiap tahun.

KELEMAHAN

Dari segi kelemahan pula, kami dapat mengesan dari segi pengawalan tingkahlaku
murid-murid apabila kami mengajukan soalan kepada mereka serta semasa sesi gotong-royong
berlangsung. Hal ini demikian kerana murid-murid berasa sangat teruja dan seronok
terutamanya apabila rakan-rakan yang lain mendapat ganjaran dalam sesi soaljawab dan
berebut-berebut untuk bergambar. Dalam kes ini, murid-murid akan berebut-berebut untuk
menjawab soalan yang dikemukan tanpa mendengar arahan yang diberikan oleh cikgu kerana
mereka mengetahui bahawa mereka akan mendapat ganjaran daripada guru walaupun
jawapan yang diberi adalah tidak tepat.

Setiap kekuatan pasti ada kelemahannya. Kelemahan dalam setiap aktiviti yang
dijalankan tidak terkecuali kerana setiap kelemahan akan menjadi titik ukur kepada setiap
manusia dalam memperbaikinya. Antara kelemahan yang didapati semasa menjalankan
program tersebut ialah sumber yang tidak mencukupi. Video yang ditayangkan mungkin terlalu
sedikit menyebabkan murid-murid menujukkan sikap jemu melihatnya kerana berulang berkali-
kali. Namun, murid dapat mengikuti rentak lagu di dalam video tersebut untuk dinyanyikan
bersama-sama.

Selain itu, kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah dari segi faktor persekitaran. Pada
sebelah petang seperti yang dirancangkan di kertas kerja tidak dapat dijalankan kerana cuaca
tidak mengizinkan iaitu hujan dengan lebat. Faktor cuaca ini memang tidak dapat dielakkan dan

6
ia memaksa kami menggunakan perancangan B iaitu menggunakan waktu kelas untuk
melaksanakan program tersebut. Dengan perancangan ini murid-murid kelihatan kurang
terkawal kerana sudah bertukar masa yang ditetapkan.

Tambahan pula, kelemahan dari segi peralatan. Masalah dari segi peralatan ini adalah
di mana sekolah tersebut akan memberi pinjam pada hari kejadian sahaja. Memandangkan
pada hari kejadian guruWalaupun pihak kami sudah maklumkan awal mengenai pengunaan
LCD untuk program anti denggi tetapi sekolah tersebut tidak membenarkan kerana dikuatiri alat
tersebut hilang. Jadi kami akur dengan arahan daripada pihak sekolah.

PENAMBAHBAIKAN

Antara penambahbaikan yang perlu dilakukan semasa penganjuran program kesihatan


yang akan datang ialah kami perlu bersedia dengan inisiatif yang lain apabila menghadapi
masalah untuk menayangkan slide yang telah disediakan. Kekurangan dalam tayangan slide ini
telah menyebabkan proses penyampaian maklumat menjadi kurang menarik dan pendengar
tidak mendapat gambaran yang jelas. Contoh inisiatif yang boleh digunakan ialah dengan
penyediaan kad bergambar bagi menunjukkan simptom-simptom dan kawasan pembiakan
nyamuk aedes. Kami juga boleh menggunakan kertas mahjong bagi menerangkan beberapa isi
dan maklumat mengenai aedes dan demam denggi.

Selain itu, kami juga mengalami kesuakaran untuk mengendalikan murid yang sentiasa
teruja melihat perkara yang baru. Suasana yang bising dan padat telah menjadikan kawasan
untuk menyampaikan ceramah menjadi tidak selesa dan menganggu fokus penonton untuk
memahami penerangan yang disampaikan. Sikap murid yang suka bertanya tetapi pada waktu
yang salah juga telah menyebabkan proses penyampaian maklumat terganggu dan kerap
terhenti secara tiba-tiba bagi menjawab soalan yang diajukan sehingga informasi yang
disampaikan kurang lengkap.

Di samping itu, kawasan yang padat adalah disebabkan kecuaian kami dalam
menyediakan tempat yang baru apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini seperti
hujan. Kami telah megambil inisiatif yang lain degan menggunakan kelas namun hal ini telah
menimbulkan ketidakselesaan kepada pendengar kerana persekitaran yang sempit dan tetutup.
Contoh inisiatif yang patut disediakan ialah kami perlu membuat tempahan dewan di sekolah

7
tersebut dengan lebih awal untuk digunakan ketika situasi kecemasan seperti yang telah
berlaku pada program yang dianjurkan oleh kami

Kesimpulannya keseluruhan program berjaya dijalankan dengan lancar. Setiap aktiviti


yang dirancang juga berjaya dilakukan dan diselesaikan mengikut tentatif program yang telah
disediakan. Impak yang positif juga berjaya dilihat dan dipamerkan oleh warga sekolah sekali
gus memastikan program yang dianjurkan berupaya melahirkan masyrakat yang sihat dan
berpengetahuan.

RUJUKAN

Aryee, S., Walumbwa, F. O., Seidu, E. Y. M., & Otaye, L. E. (2013). Developing and Leveraging

8
Bella, A. (2016, Septemper 20). Astra Bella Bebas Denggi. Kuala Lumpur.

Connel, D.B & Turner, R.R. (2005). Summary findings of the school health education evaluation.
Journal of School Health, 316-321.

Human Capital Resources to Promote Service Quality: Testing A Theory of Performance.


Journal of Management, 42(2), 480–499.

James G. Bobbins, Barbara S. Jones, 2006, Komunikasi yang efektif untuk pemimpin, pejabat
dan usahawan, Jakarta: CV pedoman ilmu jaya.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2017, Januari 20). Pertal Rasmi Kementerian Kesihatan
Malaysia. Retrieved Febuari 23, 2017, from Pemakanan seimbang:
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/6

9
LAMPIRAN
KERTAS KERJA
PROGRAM KESIHATAN
SEKOLAH

10
KERTAS KERJA

Program Gotong-Royong Bebas


Denggi
PERINGKAT SEKOLAH

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DENGGI


HARI : RABU
TARIKH : 4 MARCH 2020
TEMPAT : SK MERANEK

ANJURAN BERSAMA :

SEKOLAH KEBANGSAAN MERANEK DAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

11
KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif 3
3.0 Rasional 3-4
4.0 Tema 4
5.0 Sasaran program 4
6.0 Anjuran 4
7.0 Tarikh, Masa Dan Tempat 4
8.0 Jawatankuasa Induk Dan Pelaksaan Program 5
9.0 Butiran Pelasanaan 5
10.0 Carta Organisasi 5
11.0 Bidang Tugas 6
12.0 Memo 7
13.0 Anggaran Perbelanjaan 7
14.0 Penutup 7

12
1.0 PENGENALAN

Demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang masih menjadi satu masalah
kesihatan awam di Malaysia. Bilangan kes demam denggi yang dicatatkan masih
membimbangkan setiap tahun. Walaupun sejak tahun 1993, Rancangan Kawalan Penyakit
Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Program Bebas Aedes di
kemudahan-kemudahan kesihatan, namun analisa awal yang telah dijalankan mendapati punca
bilangan kes terus dicatatkan kerana sikap orang ramai dan penglibatan masyarakat masih
kurang memuaskan. Oleh yang demikian, kerjasama di wujudkan dengan Kementerian
Pendidikan untuk menjalankan langkah pencegahan lebih awal melalui kumpulan tertentu iaitu
pelajar sekolah. Rentetan itulah, Program Gotong-royong yang merangkumi aktiviti membersih
di sekitar kawasan sekolah akan diadakan. Program ini akan diajurkan adalah hasil kerjasama
bersepadu semua pihak untuk memastikan warga sekolah dan masyarakat setempat bebas
dan selamat daripada serangan nyamuk aedes.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran daripada
jangkitan
denggi.
2.2 Membentuk pelajar yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap persekitaran
mereka
dan bertindak dengan segera.
2.3 Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di dalam mencegah dan
dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah.
2.1 Untuk melibatkan semua golongan sekolah di dalam aktiviti pencegahan dan
pengawalan demam denggi.

3.0 RASIONAL

Program gotong-royong membersih kawasan di sekitar sekolah bertujuan untuk memberi


kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya denggi dan cara pencegahannya.

13
 Kajian kes menunjukkan bilangan kes demam denggi yang dicatatkan berlaku
dikalangan penuntut sekolah yang berumur 7 hingga 18 tahun.

 Terdapat banyak sekolah di seluruh negara. Kebanyakan sekolah-sekolah


 terletak di dalam kawasan bandar mempunyai masalah penyakit denggi.

 Bagi menyemai pengetahuan dan amaln baik di dalam kawalan denggi kepada
peringkat umur yang rendah supaya pengetahuan dan amalan tersebut dapat diteruskan
apabila mereka dewasa nanti. Di samping itu diharapkan penutut sekolah dapat menjadi
agen perubahan kepada bebas denggi di rumah seterusnya masyarakat umum.

 Kajian daripada negara-negara lain telah menunjukkan bahawa aktiviti kawalan denggi
yang ditumpukan kepada golongan kanak-kanak sekolah telah mencapai kejayaan.

4.0 TEMA
“1Malaysia Membanteras Denggi”

5.0 SASARAN PROGRAM

Semua murid dan guru tahap 2 serta semua pekerja kebersihan Sekolah Kebangsaan Meranek.

6.0 ANJURAN

SK Meranek dengan kerjasama pelajar pismppj1618 Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Abdul Razak.

7.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

TARIKH: 04 Mac 2020 (Rabu)

Masa : 2.30 – 4.30 Petang

Tempat : Kawasan sekitar Sk Meranek.

14
8.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

TEMPOH MASA PENJELASAN ATUR CARA PROGRAM


2.30 petang Berkumpul Di Tapak Perhimpunan.

2.35 petang Taklimat Gotong Royong Dan Pembahagian Lokasi

2.45 petang Gotong Royong Bermula


4.00 petang Berkemas/Membesihkan Alatan/Diri
4.15 petang Jamuan
4.30 petang Bersurau

9.0 CARTA ORGANISASI

AHLI JAWATANKUASA

Jawatan Nama

Penaung En Muazz Bin Dollah

Penasihat Pn marjanah bt dilah


Penyelaras
Pn Aliya Bin Ismail

Pengerusi Nur farah asnani bt mohd azami


Naib Pengerusi Zarina Bin Ahmad
Setiausaha Rosimah Ayu Binti Mohd Noor

Bendahari En Naim Bin Awang


AJK 1) Pn liza bt edrus
2) Cik zuhaidah bt Johari
3) En khairil annuar bin ramlan
4) Semua pekerja kebersihan sekolah

15
10.0 BIDANG TUGAS

Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas


1. Pengerusi 1) Memberi arahan yang jelas dan tepat kepada
jawatankuasa dalam melaksanakan tugas
atau aktiviti
2) Memantau setiap tugas atau ahli
jawatankuasa
3) Memberi bantuan kepada ahli jawatankuasa.
2. Naib Pengerusi 1) Membantu pengerusi dalam melicinkan
pelaksanaan aktiviti
2) Memangku tugas memberi arahan semasa
ketiadaanya pengerusi

2. Setiausaha 1) Membuat minit mesyuarat


2) Mengumpul semua maklumat untuk
didokumentasikan
3) Membuat kertas kerja
3. Bendahari 1) Memastikan wang yang diterima dan
dikeluarkan dicatat
2) Menyelaras perbelanjaan semua
jawatankuasa kecil

4. AJK 1) Memastikan murid berdisiplin dan menepati


masa sepanjang program berlangsung.
2) Memastikan semua murid menjalankan
aktiviti dan tugasan yang diberikan.
3) Mengumpulkan bahan penyertaan murid dan
menyerahkan kepada hakim penilai.

11.0 MEMO

(Rujuk Lampiran 4)

16
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARA Jumlah Catatan


BI Perkara Unit N HARGA
L (RM/unit)
1. Plastik sampah 20 RM 20 Sumbangan sekolah
2. Jamuan RM 100 Sumbangan sekolah

JUMLAH : RM 120

13.0 PENUTUP

Semoga program yang akan dijalankan ini akan dapat memberi kesedaran kepada para
pelajar tentang bahaya jangkitan denggi. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk melahirkan
insan yang sihat dan cergas serta dapat menimbulkan rasa tanggungjawab kepada diri,
keluarga, agama dan negara. Pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes adalah
tanggungjawab bersama.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ROSIMAH AYU BINTI MOHD NOOR) (NUR FARAH ASNANI BINTI MOHD AZAMI)
Setiausaha, Pengerusi,

17
IPG Kampus Tun Abdul Razak, IPG Kampus Tun Abdul Razak,

94300 Kota Samarahan 94300 Kota Samarahan

Disahkan oleh,

(Encik Muazz Bin Dollah)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Meranek,
Kota Samarahan, 94300,
Sarawak.

18

You might also like