You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan
Berdasarkan cadangan penubuhan Persatuan Ruai Jaku pada tugasan 1, saya
dikehendaki menghasilkan laporan berpandukan analisis SWOT iaitu Strength,
Weakness, Opportunity dan Threat tentang analisis penubuhan persatuan dan juga
aktiviti penjanaan kewangan bagi persatuan yang telah dicadangkan.

2.0 SWOT Analisis Penubuhan Persatuan

Kekuatan S1 – Memartabatkan Bahasa Iban


(Strength) S2 - Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan dan diajar
kepada ahli persatuan
S3 – Galakan dan sokongan daripada pihak pentadbir sekolah
Kelemahan W1 - Kekurangan bahan Bahasa Iban di pasaran
(Weakness) W2 - Kekurangan guru yang berkelulusan Bahasa Iban di sekolah
W3 - Kekurangan bahan Bahasa Iban di sekolah
Peluang O1 - Memajukan Bahasa Iban ke peringkat yang lebih tinggi
(Opportunity O2 - Melahirkan lebih banyak insan yang berkemahiran dalam seni
) Iban
O3 – Tempoh yang mencukupi untuk melakukan aktiviti
O4 – Kerjasama dan sokongan dalam kalangan ahli dan pihak
sekolah untuk menjalankan aktiviti yang dirancang
Ancaman T1 – Kebenaran ibu bapa membenarkan anak menyertai persatuan
(Threat) T2 - Murid-murid berasa tidak berbaloi untuk berada di sekolah
lebih masa.
T3 – Ibu bapa kurang memotivasikan anak-anak ke arah
kecemerlangan akademik Bahasa Iban.

Berdasarkan kekuatan yang pertama bagi analisis pertubuhan pesatuan ialah


memartabatkan Bahasa Iban. Kekuatan ini terdapat pada tujuan persatuan ini
diadakan. Ia dapat membantu memartabatkan Bahasa Iban seperti bahasa-bahasa
yang lain lantas menjadikan Bahasa Iban sebagai bahasa perantaraan di Malaysia.
Begitu juga persatuan ini dapat memartabatkan Bahasa Iban dengan melahirkan
murid yang mampu menggunakan Bahasa Iban yang standard di peringkat sekolah.
Kekuatan yang kedua ialah terdapat pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan
dan diajar kepada ahli persatuan. Sebagai contoh pidato dalam Bahasa Iban, “leka
main” Bahasa Iban, seni kebudayaan seperti ngajat, bermain alat muzik Iban dan
sebagainya. Persatuan Ruai Jaku ini bukan sahaja tentang bahasa malahan seni

1
kebudayaan bangsa Iban juga didedahkan kepada ahli persatuan. Kekuatan yang
ketiga ialah galakan dan sokongan daripada pihak pentadbir sekolah. Cadangan
penubuhan Persatuan Ruai Jaku ini mendapat galakan dan sokongan pihak
pentadbir sekolah dan warga sekolah kerana kemahiran Bahasa Iban ini perlu
didedahkan kepada murid-murid sejak awal lagi.

Dari aspek kelemahan, yang pertama ialah kekurangan bahan Bahasa Iban
di pasaran seperti buku, majalah dan sebagainya. Hal ini kerana Bahasa Iban
merupakan bahasa yang belum maju dari segi penggunaan bahasa yang standard
dan kemajuan bahasanya. Bahasa Iban masih kekurangan tokoh-tokoh yang
menghasilkan kajian atau buku-buku yang sepatutnya bagi memajukan Bahasa Iban
seperi bahasa yang lain. Kelemahan yang kedua ialah kekurangan guru yang
berkelulusan Bahasa Iban di sekolah. Guru yang diminta untuk mengajar Bahasa
Iban di sekolah selalunya guru-guru yang berkemahiran dalam bidang yang lain
selain daripada Bahasa Iban dan ini menyebabkan guru-guru hanya mengajar murid
berdasarkan buku teks semata-mata dan juga bahasa yang bercampur-baur untuk
berkomunikasi. Kelemahan yang ketiga ialah kekurangan bahan Bahasa Iban di
sekolah. Hal ini kerana kekurangan bahan Bahasa Iban juga di pasaran.

Dari aspek peluang pula, peluang yang pertama ialah dapat memajukan
Bahasa Iban ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini dapat berlaku sekiranya
persatuan ini dapat dilaksanakan serta merta kerana persatuan inilah satu-satunya
persatuan Bahasa Iban di SK St Martin untuk melahirkan murid yang mampu
menggunakan Bahasa Iban yang standard di sekolah seterusnya memajukan
Bahasa Iban seperti bahasa yang lain. Peluang yang kedua ialah melahirkan lebih
banyak insan yang berkemahiran dalam seni Iban. Pada zaman ini hanya warga-
warga tua yang berbangsa Iban sahaja yang berkemahiran dalam seni Iban. Jadi,
seni Iban ini harus diwarisi oleh generasi muda zaman ini dan dari peringkat sekolah,
seni Iban ini boleh didedahkan. Peluang yang ketiga ialah tempoh yang mencukupi
untuk melakukan aktiviti. Terdapat banyak aktiviti yang dicadangkan dan semua
aktiviti tersebut boleh dilaksanakan dalam tempoh yang diperuntukkan. Begitu juga
dengan peluang keempat ialah kerjasama dan sokongan dalam kalangan ahli dan
pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti yang dirancang. Hal ini kerana aktiviti yang
dicadangkan memberi pengetahuan yang baru kepada ahli persatuan.

2
Bagi ancaman dalam analisis penubuhan persatuan, yang pertama ialah
kebenaran ibubapa membenarkan murid menyertai persatuan ini. Terdapat ibu bapa
murid yang tidak mahu anak mereka menyertai persatuan bahasa yang tidak
digunakan di seluruh dunia seperti Bahasa Iban ini yang digunakan di Sarawak
sahaja. Ancaman yang kedua ialah murid-murid berasa tidak berbaloi untuk berada
di sekolah lebih masa. Mereka lebih suka untuk balik ke rumah untuk bermain
permainan online ataupun melepak dengan rakan-rakan. Ancaman yang ketiga ialah
ibu bapa kurang memotivasikan anak-anak ke arah kecemerlangan akademik
Bahasa Iban. Hal ini kerana bahasa lain seperti Bahasa Inggeris sering digunakan
dan penting dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM dan seterusnya
untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

3.0 SWOT Aktiviti Penjanaan Kewangan

Kekuatan S1 - Sumbangan daripada Yang Berhormat


(Strength) S2 - Sumbangan Unit Kokurikulum
S3 - Sumbangan Panitia Bahasa Iban
S4 – Yuran bulanan guru dan pelajar
Kelemahan W1 – Persatuan memerlukan banyak dari segi kewangan
(Weakness) W2 – PIBG sekolah tidak mendapat sambutan
W3 – Keadaan kewangan sekolah dan peruntukan untuk Bahasa
Iban adalah lemah
Peluang O1 – Menghantar murid-murid mewakili sekolah
(Opportunity O2 - Mengadakan pertandingan di sekolah
) O3 - Simpanan untuk kegunaan masa depan
Ancaman T1 – Ibu bapa murid tidak mahu mengeluarkan atau menyumbang
(Threat) wang untuk anak mereka membayar yuran bulanan
T2 – Masyarakat menganggap aktiviti Bahasa Iban tidak penting
T3 – Tidak mendapat sambutan oleh murid sekolah

Berdasarkan SWOT aktiviti penjanaan kewangan bagi Persatuan Ruai Jaku,


kekuatan yang pertama ialah sumbangan daripada Yang Berhormat. Sumbangan ini
adalah hasil kerjasama pihak sekolah dengan Yang Berhormat kawasan Kota
Samarahan. Seterusnya sumbangan unit kokurikulum. Pihak sekolah sangat
menyokong aktiviti yang ingin dilaksanakan oleh Persatuan Ruai Jaku dan mereka
bersedia untuk memberi bantuan seperti bantuan kewangan untuk memastikan
aktiviti yang dicadangkan berjalan dengan lancar. Kekuatan yang ketiga ialah
sumbangan Panitia Bahasa Iban. Sumbangan ini dilakukan hasil yang dikumpulkan

3
antara guru-guru panitia Bahasa Iban untuk aktiviti yang ingin dijalankan. Kekuatan
yang keempat ialah yuran bulanan guru dan pelajar. Yuran bulanan yang dibayar
oleh guru dan murid digunakan untuk melaksanakan aktiviti dan perkara-perkara
yang memerlukan dari segi kewangan.

Kelemahan bagi aktiviti penjanaan kewangan yang pertama ialah persatuan


memerlukan banyak dari segi kewangan. Maksudnya disini ialah Persatuan Ruai
Jaku ini merupakan persatuan yang baru ditubuhkan, jadi persatuan ini memerlukan
banyak peruntukan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Menjadi satu
masalah jika peruntukan tidak mencukupi. Kelemahan yang kedua ialah PIBG
sekolah tidak mendapat sambutan. Sebagai contoh, ibu bapa murid tidak menyokong
PIBG dan tidak mahu terlibat dengan PIBG. Hal ini akan menyebabkan kewangan di
PIBG tidak dapat membantu persatuan untuk melaksanakan aktiviti yang
dicadangkan. Kelemahan yang ketiga ialah keadaan kewangan sekolah dan
peruntukan untuk Bahasa Iban adalah lemah. Hal ini boleh berlaku disebabkan oleh
ekonomi negara yang semakin merosot dan peruntukan untuk sekolah melakukan
aktiviti juga semakin kurang dan terhad lebih-lebih lagi peruntukan untuk persatuan
yang baru ditubuhkan.

Terdapat juga peluang bagi aktiviti penjanaan kewangan. Pertama ialah


dapat menghantar murid-murid untuk mewakili sekolah. Murid-murid yang
berkemahiran dalam pertandingan-pertandingan Bahasa Iban boleh dihantar
menyertai pertandingan seperti ini jika peruntukan mencukupi. Makanan,
pengangkutan dan sebagainya boleh disediakan oleh persatuan sekiranya aspek
kewangan persatuan stabil dan berkemampuan. Peluang yang kedua ialah dapat
mengadakan pertandingan di sekolah. Sebagai contoh, Persatuan Ruai Jaku
mengadakan pertandingan Pidato Bahasa Iban di sekolah dengan peruntukan yang
ada. Hadiah, makanan dan sebagainya boleh disediakan dengan peruntukan yang
terdapat pada persatuan selain daripada mengasah bakat murid. Peluang yang
ketiga ialah sebagai simpanan masa depan. Wang yang disimpan boleh digunakan
untuk aktiviti yang ingin dilaksanakan pada masa depan.

Begitu juga adanya ancaman dalam aktiviti penjanaan kewangan sesuatu


persatuan. Antaranya ialah ibu bapa murid tidak mahu mengeluarkan atau

4
menyumbang wang untuk anak mereka membayar yuran bulanan. Dengan ini murid-
murid akan gagal memenuhi syarat-syarat penyertaan dan keahlian persatuan.
Mungkin juga terdapat ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak menyertai apa-
apa aktiviti persatuan. Ancaman yang kedua ialah masyarakat menganggap Bahasa
Iban tidak penting. Hal ini akan menyebabkan Bahasa Iban tidak disokong dan tidak
diberi peluang untuk maju dan menjalankan aktiviti. Ancaman yang ketiga ialah tidak
mendapat sambutan oleh murid. Jika murid tidak mahu menyertai persatuan ini,
maka berkuranglah dari segi kewangan seperti yuran.

4.0 Penutup

Secara keseluruhan, Persatuan Ruai Jaku ini dapat memberi kesedaran serta
meningkatkan lagi tahap pengetahuan murid mahupun guru dalam Bahasa Iban. Hal
ini juga dapat memberi kesedaran kepada pihak sekolah bahawa pentingnya
memajukan Bahasa Iban dari peringkat sekolah. Terdapat kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman bagi analisis penubuhan persatuan dan juga aktiviti
penjanaan kewangan bagi persatuan yang telah dicadangkan Maklumat yang
dikumpul sepanjang pelaksanaan kajian kes ini dapat dianalisiskan dengan lebih
terperinci dalam analisis SWOT. Akhir sekali, diharapkan agar persatuan ini dapat
menjalankan aktiviti dengan jayanya.

You might also like