You are on page 1of 4

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN DAN

INOVASI
Kemahiran pembelajaran dan inovasi bukan lagi pilihan tetapi satu
keperluan pada abad ke-21.
Kemahiran dapat membantu agar murid bersedia untuk menghadapi
kehidupan yang semakin kompleks dan persekitaran kerja yang mencabar
dan mendesak.
Guru bukan hanya penyampaian ilmu tetapi boleh melaksanakan inovasi
serta memberikan fokus kepada idea-idea yang kreatif untuk memberikan
sumbangan kepada pengajaran mereka.
Situasi ‘mendesak’ dalam pembelajaran di sekolah yang memfokus
kepada kreativiti, pemikiran kritis, komunikasi dan kerjasama adalah
penting untuk persediaan murid pada masa depan.
Kemahiran belajar dan inovatif ialah gabungan kemahiran kogntif,
kemahiran kegunaan dan kemahiran teknikal.
kemahiran kogntif(keupayaan untuk berfikir secara
kreatif dan kritikal,tingkah laku kemahiran)
kemahiran kegunaan( kemahiran asas seperti
membaca,menulis)
kemahiran teknikal(teknik penyelidikan, pengurusan
projek/kejuteraan)

Menyedari bahawa kemahiran inovasi praktikal ialah jenis-jenis


kemahiran yang membolehkan mereka untuk menjadi inovatif
dalam apa-apa bidang.
KEPENTINGAN
Guru boleh membimbing murid untuk memperbaiki,menganalisis
dan menilai idea-idea bagi memaksimumkan daya usaha kreatif.
Murid berkeupayaan membangun,melaksana dan komunikasi
bersama idea-idea baharu kepada orang lain secara berkesan dan
terbuka serta responsif terhadap perspektif baharu pelbagai
dimensi secara kolaboratif.
Kemahiran belajar perlu komitmen positif yang mempamerkan ciri
ketulenan dan daya cipta dalam bekerja dan memahami had
keupayaan diri untuk menerima sekiranya menempuhi kegagalan
sebagai satu peluang untuk pelajar.
Satu proses jangka panjang dan akan menghadapi kitaran
kejayaan dan kesilapan yang boleh memantapkan daya usaha
dalam pembelajaran masa ini.

You might also like