You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah
dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahmaklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasilpentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor.
Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta
mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Manakala menurut Mokhtar Ismail (2010),
pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat
tertentu. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan pemulihan berkait rapat dengan
maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Nilai Apha iaitu nilai
kebolehpercayaan merupakan ciri utama keputusan pentaksiran. Kebolehpercayaan
merupakan ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur pembolehubah atau gagasan.
Ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur sesuatu ujian dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi dan sebaliknya. Manakala, nilai P iaitu nilai kesukaran ini
bertujuan untuk menunjukkan bahawa item ataupun soalan sama ada soalan tersebut terlalu
sukar, pada tahap sederhana danterlalu mudah bagi murid. Seterusnya, nilai Rpbis iaitu nilai
diskriminasi (D) pula dilakukan bagi membezakan calon-calon daripada kumpulan pada aras
tinggi dan kumpulan pada aras rendah. Daripada hasil pengiraan yang telah dilakukan untuk
mendapatkan nilaiindeks diskriminasi ini, kesesuaian item untuk digunakan dan dapat
dikategorikan kepada item yang amat sesuai diterima, harus diubahsuaiataupun dibuang terus.

2.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu
konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras
kesukaran (rujuk lampiran). Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan
yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak
mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang
mempunyai kesahan dan keutuhan. Secara umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk
membina dua set item ujian iaitu item aras rendah ( menguji pengetahuan, kefahaman dan
aplikasi) dan item beraras tinggi (menguji analisis, sintesis dan penilaian).
3.0 ANALISIS DATA

Saya telah menggunakan aplikasi ITEMAN 4.0 bagi menganalisis soalan Ujian Mac 2020 di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mak Mandin berdasarkan tajuk Negara Malaysia dengan
standard kandungan iaitu 10.1 pembentukan Malaysia, 10.2 Negeri-negeri di Malaysia dan
10.3 rukun negera dalam tahun 6 di kelas 6 Agathiyar. Berdasarkan jadual 2 di atas, kertas
soalan yang saya telah digubalkan yang mengandungi 15 soalan ialah mudah dijawabkan. Hal
ini kerana, nilai mean P iaitu nilai kesukarannya ialah 0.713. Berdasarkan indeks kesukaran
dari 0.61 hingga 0.80 ialah mudah. Manakala, nilai mean Rpbis iaitu nilai diskriminasi ialah
0.284. Berdasarkan indeks diskriminasi dari 0.20 hingga 0.29 ialah ‘marginal’ dan soalannya
perlu dibaiki. Oleh itu, kertas soalan ini perlu dibaiki dengan memenuhkan kriteria mean P
dan mean Rpbis yang sesuai.

Berdasarkan jadual 3 di atas, nilai Alpha iaitu nilai kebolehpercayaan ialah 0.667.
Mengikut indeks nilai Alpha dari 0.60 < r ≤ 0.80 => ialah tinggi. Skor ini mengandungi
analisis data sebanyak 30 murid dan 15 soalan bagi Ujian bulan Mac.
Berdasarkan gambar rajah 1 dan jadual 5, dalam kelas 6 Agathiyar seorang murid
dapat 4 markah, seorang murid dapat 7 markah dan seorang murid dapat 15 markah.
Manakala, dua murid dapat 6 markah, dua murid dapat 8 markah, dua murid dapat 10
markah dan dua murid lagi dapat 13 markah. Selain itu, tiga murid dapat 9 markah dan tiga
murid lagi dapat 14 markah. Seramai empat murid dapat 11 markah dan sembilan murid
dapat 12 markah. Keseluruhannya, tiga puluh murid telah menjawab kertas soalan Ujian Mac
2020 ini.
Berdasarkan gambar rajah 2 dan jadual 6, skor nilai kesukaran telah dicatatkan ialah antara
0.3 hingga 1.0. Sebanyak 1 soalan telah mencatatkan skor 0.3 hingga 0.4 iaitu soalan 5
sebanyak 0.333.


Selain itu, sebanyak 1 soalan telah mencatatkan skor 0.4 hingga 0.5 iaitu soalan 1 sebanyak
0.467.

Seterusnya, sebanyak 4 soalan telah mencatatkan skor 0.6 hingga 0.7 iaitu soalan 2, 4 dan 13
sebanyak 0.667. Manakala, soalan 8 sebanyak 0.600.
Seterusnya, sebanyak 4 soalan telah mencatatkan skor 0.7 hingga 0.8 iaitu soalan 7, 9, 11 dan
12 sebanyak 0.733.
Seterusnya, sebanyak 4 soalan telah mencatatkan skor 0.9 hingga 1.0 iaitu soalan 3 dan 10
sebanyak 0.900. Manakala soalan 6 sebanyak 0.967 dan soalan 15 sebanyak 0.933.
Berdasarkan gambar rajah 3 dan jadual 7, kekerapan skor 0.0 hingga 0.1 telah
dicatatkan ialah sebanyak 2. Soalan yang mencatat skor ini ialah soalan 5 sebanyak 0.038 dan
soalan 12 sebanyak 0.052 (rujuk lampiran). Seterusnya, skor 0.1 hingga 0.2 telah
mencatatkan kekerapan sebanyak 5. Soalan yang mencatatkan skor ini ialah soalan 1
sebanyak 0.185, soalan 4 sebanyak 0.154, soalan 10 sebanyak 0.106, soalan 13 sebanyak
0.183 dan soalan 15 sebanyak 0.134 (rujuk lampiran). Manakala, kekerapan skor 0.2 hingga
0.3 telah dicatatkan ialah sebanyak 2. Soalan yang mencatat skor ini ialah soalan 3 sebanyak
0.288 dan soalan 9 sebanyak 0.208 (rujuk lampiran). Selain itu, skor 0.4 hingga 0.5 telah
mencatatkan kekerapan sebanyak 3. Soalan yang mencatat skor ini ialah soalan 2 sebanyak
0.467, soalan 6 sebanyak 0.428 dan soalan 8 sebanyak 0.414 (rujuk lampiran). Kekerapan
skor 0.5 hingga 0.6 telah dicatatkan ialah sebanyak 3. Soalan yang mencatatkan skor ini ialah
soalan 7 dan 11 sebanyak 0.547 dan soalan 14 sebanyak 0.501 (rujuk lampiran).

Berdasarkan jadual 4, terdapat 2 soalan yang saya perlu mengubahsuai untuk menyediakan
satu set kertas soalan yang efektif dan sesuai bagi setiap murid-murid iaitu soalan 5 dan 12.
Item 5 ataupun soalan 5 perlu diubahsuai. Jadual dan graf tersebut adalah data bagi
soalan 5. Nilai P iaitu nilai kesukaran soalan 5 ialah 0.333 iaitu dalam tahap sukar. Nilai
Rpbis iaitu nilai diskriminasi ialah 0.038 iaitu lemah. Soalan tersebut tidak boleh diterima
atau perlu disemak semula. Nilai Alpha iaitu nilai kebolehkepercayaan ialah 0.687 iaitu
tinggi. Jawapan tepat bagai soalan tersebut ialah pilihan C. Sebanyak 10 murid-murid telah
memilih jawapan yang betul dengan nilai Rpbisnya 0.038 iaitu lemah dan perlu disemak
semula ataupun diubah suai. Manakala, seramai 2 murid-murid memilih pilihan A dengan
nilai Rpbisnya -0.092 iaitu lemah, seramai 8 murid-murid telah memilih pilihan B dengam
nilai Rpbisnya -0.118 iaitu lemah dan bagi pilihan D telah dipilih oleh seramai 10 murid-
murid dengan nilai Rpbisnya 0.122 iaitu tahap lemah juga. Walaupun seramai 10 murid-
murid menjawab soalan ini dengan betul, namun 17 murid-murid gagal menjawab soalan
tersebut. Hal ini demikian kerana, pilihan jawapan yang diberi adalah hampir sama dan susah
memilih jawapan yang betul.
Item 12 ataupun soalan 12 perlu diubahsuai. Jadual dan graf tersebut adalah data bagi
soalan 12. Nilai P iaitu nilai kesukaran soalan 12 ialah 0.733 iaitu dalam tahap mudah. Nilai
Rpbis iaitu nilai diskriminasi ialah 0.052 iaitu lemah. Soalan tersebut tidak boleh diterima
atau perlu disemak semula. Nilai Alpha iaitu nilai kebolehkepercayaan ialah 0.683 iaitu
tinggi. Jawapan tepat bagai soalan tersebut ialah pilihan D. Sebanyak 22 murid-murid telah
memilih jawapan yang betul dengan nilai Rpbisnya 0.052 iaitu lemah dan perlu disemak
semula ataupun diubah suai. Manakala, seramai 6 murid-murid memilih pilihan A dengan
nilai Rpbisnya 0.273 iaitu marginal yang perlu dibaiki, seramai 1 murid telah memilih pilihan
B dengam nilai Rpbisnya -0.442 iaitu lemah dan bagi pilihan C telah dipilih oleh seramai 1
murid dengan nilai Rpbisnya -0.294 iaitu tahap lemah juga. Walaupun seramai 22 murid-
murid menjawab soalan ini dengan betul, namun 8 murid-murid gagal menjawab soalan
tersebut. Hal ini demikian kerana, pilihan jawapan yang diberi adalah hampir sama dan
mengelirukan murid-murid. Sebagai cadangan penambaikan, saya akan membaikikan pilihan
jawapan yang diberi kepada soalan tersebut.

4.0 Penutup

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian.
Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan
menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah
penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting. JSU yang lengkap dibina dengan baik akan
sangat membantu penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan
penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih
terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sebarangan.
JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi
sampel sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan
aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina solan yang
berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan
meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu
ujian dengan ujian yang lain.

RUJUKAN
Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Janjong Malim: Quantum Books
Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mokhtar Ismail (1995). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan
Pustaka.
LAMPIRAN

NAMA : …………………………………………… Tahun: 6 …………………………..


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL MAK MANDIN

UJIAN BULANAN MAC 2020


SEJARAH
TAHUN 6

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Jawab semua soalan

2. Jawab dengan membaca dahulu arahan yang diberi

3. Tulis dengan menggunakan pensil pada ruangan yang disediakan

4. Jika hendak menukar jawapan, padamkan jawapan kemudian, tulis jawapan yang baru

5. Murid dilarang meniru jawapan murid di sebelah

SOALAN OBJEKTIF
Jawab semua soalan.

 Tunku Abdul
Tokoh-tokoh yang terlibat
Rahman
dalam pembentukan
 Lee Kuan Yew
Malaysia
 X

1. Apakah X?

A. Tun H.S.Lee

B. Tun Tan Cheng Lock

C. Tun V.T Sambanthan

D. Tun Muhammad Fuad Stephens

2. Apakah maksud lambang bulan sabit pada bendera tersebut ?

A. Pemerintahan Diraja
B. Kedaulatan negeri Terengganu
C. Perpaduan masyarakat berbilang kaum
D. Agama rasmi negeri ialah agama Islam
3. I Bersopan santun
II Utamakan keselamatan
III Amalan gaya hidup sihat
IV Menghormati undang-undang

Apakah perkara yang diberi penekanan dalam Rukun Negara ?


A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

4. Apakah tujuan Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)?

A. Memberi penerangan tentang pembentukan Malaysia


B. Meninjau pendapat penduduk
C. Menjamin Keselamatan negara
D. Mengadakan referendum

 Pekan
 Klang
x  Seri Menanti
5. Apakah X
A. Bandar Diraja
B. Bandar Bersejarah
C. Bandar Pentadbiran
D. Bandar Pengetahuan

6. Apakah negeri yang mewakili jata negeri di atas?


A. Johor
B. Melaka
C. Kelantan
D. Terengganu

7. Yang manakah benar tentang Rukun Negara?


I Mempunyai 5 Prinsip
II Prinsip keempat ialah kedaulatan undang-undang
III diisytiharkan pada tahun 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong
IV Matlamat utama ialah untuk mengeratkan perpaduan dan perhubungan antara
masyarakat berbilang kaum

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

8. Berikut ialah langkah-langkah kea rah Pembentukan Malaysia. Bagaimanakah susunan


kronologi yang betul ?
I Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
II Perjanjian Malaysia ditandatangani pada Julai 1963
III Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
IV Gagasan Persekutuan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman

A. I, II, III dan IV


B. I, IV, II dan III
C. IV, III, I dan II
D. IV, II, III dan I

9. Apakah ancaman yang membawa kepada pembentukan Persekutuan Malaysia?

A Lanun
B Komunis
C Musuh luar
D Kuasa Barat
10. Semua yang berikut merupakan sebab-sebab pembentukan Malaysia kecuali

A memajukan sosioekonomi
B Menjamin keselamatan negara
C Mencapai keseimbangan kaum
D Untuk meneruskan penjajahan British di rantau Asia Tenggara

11. Apakah negeri yang tidak terlibat dalam pembentukan Malaysia?


A. Pahang
B. Singapura
C. Filipina
D. Pulau Pinang

 Lagu Negeri- Duli yang Maha Mulia


12.

Negeri manakah yang mempunyai lagu tersebut?

A Johor

B Kelantan

C Terengganu

D Selangor

13. Manakah antara kenyataan berikut adalah benar.?

A. Nama negeri Sabah di ambil daripada nama sebatang sungai.

B. Nama Perlis berasal daripada nama ‘ikan bilis’.

C. Nama Negeri Sembilan adalah bersempena dengan sembilan negeri kecil yang
disatukan.

D. Negeri Pulau Pinang mendapat nama daripada pedagang-pedagang dari negara China.

14. Sebab-sebab Rukun Negara Diperkenalkan adalah seperti berikut KECUALI ?

A. Perselisihan dan perbalahan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969


B. Bagi mengawal kegiatan komunis dan kemasukan warga asing.

C. Ketidakseimbangan sosioekonomi telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam


masyarakat.

D. Dasar pemerintahan semasa British menyebabkan berlaku pengasingan tempat tinggal


dan pekerjaan.

15. Manakah antara berikut merupakan salah satu prinsip Rukun Negara?

A. Kesetiaan kepada negeri kelahiran

B. Kepercayaan kepada Tuhan

C. Menghormati ibu bapa

D. Menolong orang yang memerlukan pertolongan

Senarai Nama Murid Kelas 6 AGATHIYAR

BIL NAMA MARKAH PERATUS


(%)
1 GUNAREKHA A/P RAMAN 12 80%
2 SARANAMUTHAN A/L SARGUNAN 9 60%
3 PUNITHA A/P MANIAM 13 87%
4 SANJEEV A/L SARAVANAN 12 80%
5 RAJASEKHAR A/L SHANGKAR 12 80%
6 SANGKARI A/P RAJOO 9 60%
7 JEEVAN A/L SUBRA 12 80%
8 THEVENDRAN A/L MAGANDRAN 4 27%
9 KANTHASAMY A/L NAGASAMY 6 40%
10 NISHA A/P ASOKAN 8 53%
11 SANMUGAM A/L PAVITHRAN 10 67%
12 NANCY MARY A/P JOHN 12 80%
13 RAVINRAJ A/L SUBRA 11 73%
14 MAGESH A/L RAJU 11 73%
15 RAJAN A/L RAMAN 13 87%
16 MARVIN A/L MURASOO 14 95%
17 THENNAVAN A/L SATHYA 11 73%
18 SURYA A/L SIVAKUMAR 14 95%
19 KUMARAN A/L SUGUMARAN 6 40%
20 SUMITHRA A/P AMARAN 12 80%
21 AMUTHAN A/L NAGALINGAM 8 53%
22 THARSHMILAA A/P RAMOO 10 67%
23 JANANI A/L RAM 14 95%
24 KARTHIK A/L MURUGAN 12 80%
25 PUNNIYAN A/L BIGIL 7 47%
26 SRIRAM A/L SAIRAM 15 100%
27 SUREKHA A/P PANDITHAN 9 60%
28 THARANI A/P KASEENATHAN 12 80%
29 AISWARYA A/P RAJESH 12 80%
30 MONISHA A/P MICHAEL 11 73%

JSU

You might also like