You are on page 1of 43

KESEDARAN KEPELBAGAIAN

SOSIO BUDAYA DI
MALAYSIA
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP 3073
SUB TOPIK
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya di
Malaysia
- Bangsa
- Bahasa
- Struktur Sosial
- Kepercayaan
- Adat resam
Kepentingan kesedaran kepelbagaian
sosiobudaya kepada guru di Malaysia
A. KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

DI MALAYSIA

PENGENALAN
 Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan
budaya mewujudkan kepelbagaian sosiobudaya.
 Kepelbagaian sosiobudaya ini wujud di dalam bilik
darjah yang mempunyai murid dari pelbagai latar
belakang.
 Pengetahuan tentang sosiobudaya yg pelbagai ini
penting untuk memudahkan pemahaman terhdap
budaya dan struktur masyarakat lain.
 Seterusnya, nilai hormat menghormati, toleransi
dan semangat bekerjasama lebih mudah dipupuk
ASPEK PENTING UNTUK MEMAHAMI
KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

KEPERCA
YAAN STRUKTUR
MASYARA
KAT

ADAT
RESAM

KESEDARAN
KEPELBAGAIA
N
SOSIOBUDAYA

BAHASA

BANGSA
BANGSA
Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa
merupakan sekumpulan orang yang mempunyai
ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang
sama

Menurut Kamus Pelajar (1993), bangsa ditakrifkan


sebagai kumpulan manusia yang sama asal
usulnya serta serupa sifatnya

Bangsa adalah sekumpulan manusia yang


bersatu pada satu wilayah dan memunyai
keterikatan dengan wilayah tersebut.
Dari sudut politik, bangsa adalah masyarakat
yang bentuknya diwujudkan oleh sejarah yang
memiliki unsur berikut :
1. Satu kesatuan bahasa ;
2. Satu kesatuan daerah ;
3. Satu kesatuan ekonomi ;
4. Satu Kesatuan hubungan ekonomi ;
5. Satu kesatuan jiwa yang terlukis dalam
kesatuan budaya
Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang
di anggap memiliki identiti bersama, yang bersatu
pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan
dengan wilayah tersebut
Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia
yang hidup bersama sejak dahulu dan telah
membentuk identiti Malaysia yang ada kini.
Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti
bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati,
setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian,
kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk
dalam kalangan murid untuk mencorakkan
suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik.
Bangsa berbeza daripada etnik yang bermaksud
kelompok manusia yang mempunyai budaya
yang berbeza merangkumi-:
cara berfikir
cara bertindak
Sistem politik
Kepercayaan
Agama
Bahasa
Adat resam
Ras pula merujuk pada satu kelompok manusia
yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri
fizikal.
Kelompok sosial yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-
biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna
mata, warna rambut dan sebagainya
Merujuk kepada satu kelompok manusia yang
menganggap diri atau dianggap oleh kelompok
lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka
berasaskan dasar perbezaan fizikal
Keadaan di Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang
kaum yang pernah menghadapi konflik etnik.
Hubungan antara etnik yang berbeza wujud
dalam suasana yang baik dan mampu memacu
perkembangan ekonomi negara.
Hubungan etnik mencerminkan darjah dan
sumber ketegangan sosial dalam sesebuah
masyarakat
Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan
perancangan sosial sesebuah negara
Penyerapan budaya berlaku melalui beberapa proses
 Asimilasi
- budaya masyarakat majoriti / dominan menyerap
budaya masyarakat minoriti / imigran
- tanpa membawa perubahan kepada kebudayaan
yang
menyerapnya.

 Amalgamasi
-proses percantuman dari segi biologi berlaku melalui
perkahwinan campur
-perkahwinan akan menghasilkan satu kelompok baru
yang seterusnya membentuk budaya baru dalam
masyarakat berkenaan
 Pluralisme
- proses mempertahankan kepelbagaian budaya
- ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok dikekalkan
- setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan
kelompok, justeru itu terus mengamalkan budaya
yang diwarisinya.
 Akomodasi
- setiap etnik menyedari nilai dan norma antara satu
sama lain.
- Mereka menghormati budaya etnik lain dan dalam
masa yg sama mempertahankan budaya mereka
sendiri.
Akulturasi

- Masyarakat menerima dan meminjam


unsur- unsur budaya golongan majoriti
tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal

- proses ini juga dikenali sebagai asimilasi


budaya
Struktur Masyarakat / Kelas Sosial
Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang
hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan
satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat
yang sama

Roucek dan Warren (1979) – masyarakat sebagai satu


kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan
tersusun dalam manjalankan aktiviti secara kolektif dan
merasakan bahawa mereka hidup bersama

De Fleur (1974) – masyarakat sebagai sebuah pola yang


sangat kompleks mengenai organisasi sosial, dimana ahli-
ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi
semua bidang tingkah laku sosial.
M. J. Herkovits :
Pengertian masyarakat adalah kelompok
individu yang diorganisasikan dan mengikuti suatu
cara hidup tertentu.

 J. L. Gillin dan J. P. Gillin :


Pengertian masyarakat adalah kelompok yang
tersebar dengan perasaan persatuan yang
sama

 Selo Soemardjan :
Pengertian masyarakat adalah orang-orang
yang hidup bersama dan menghasilkan
kebudayaan
Ciri – ciri Utama Masyarakat

 Hidup berkelompok
 Mempunyai budaya
 Sering mengalami perubahan
 Saling berinteraksi sama ada dalaman dan dengan
pihak luar
 Mempunyai pemimpin
 Mempunyai aturan sosial
Struktur masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam satu


masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan
masyarakat.

Contohnya, murid golongan bawahan dapat bergaul


dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa
mengira budaya dan masyarakat lain

Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat


mengelakkan rasa tinggi diri dan seterusnya menerima
rakan sebagai sebahagian daripada komuniti dalam
kehidupan mereka
Hubungan yang baik juga dapat memupuk nilai
persahabatan, nilai kerjasama dan nilai toleransi
dalam bilik darjah yang menjamin kesejahtaeraan
dan keharmonian murid.
Hubungan yang baik menunjukkan adanya nilai-nilai
penyayang dapat disemai dalam jiwa murid-murid.
Oleh itu, masalah tingkah laku yang tidak diingini
dapat dikurangkan dan dibendung dengan lebih
berkesan
Murid golongan bawahan dan golongan atasan
dapat bergaul tanpa mengira budaya dan
masyarakat lain
Secara langsung satu suasana pembelajaran yang
kondusif akan terbentuk
KEPERCAYAAN

Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya


terhadap sesuatu perkara.
Seseorang yang menaruh kepercayaan akan
berasa ‘pasti’ terhadap sesuatu perkara yang
berkenaan
Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah
bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan
dengan sikap berkedudukan memihak.
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan
pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara
Kepercayaan

akan membentuk nilai yang akan menjadi


amalan dalam kehidupan masyarakat.
Kamus Dewan (1994) - kepercayaan merupakan
keyakinan atau akuan mengenai kebenaran
berlakunya sesuatu
Kepercayaan adalah sesuatu yang dipercayai
dan diterima secara turun-temurun
KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU
Masyarakat Melayu banyak meninggalkan
pelbagai kepercayaan yang mana dalamnya
mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar
dan nasihat yang berguna
Bertujuan untuk mendidik tetapi disampaikan
secara halus supaya tidak menyinggung perasaan
mereka yang ditegur malah dapat
memperkayakan adat dalam masyarakat
Contohnya
Melarang anak duduk atas bantal
Tidak boleh menyanyi atau bersiul di dapur
KEPERCAYAAN MASYARAKAT CINA
Percaya kepada semangat yang kekuatannya
luar biasa – semangat yang berada di dalam
fenomena alam seperti langit, matahari, tanah
air, tumbuhan dan gunung
Fenomena ‘Yang’ dan ‘Ying’
‘Jade’ – memberi kekayaan dan keharmonian
Feng-shui – memberi tuah dalam kehidupan
KEPERCAYAAN MASYARAKAT CINA
Dewa-dewi
Unsur alam
Unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu

Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya


akan menerima nasib buruk atau kesan negatif
Nilai dan kepercayaan adalah saling berkaitan

Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang


kehidupan

Nilai merupakan prinsip-prinsip yang


menentukan apakah yang sesuai dan bermoral
dalam sesebuah masyarakat

Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi


norma masyarakat tersebut
BAHASA
Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang
menggunakan bunyi atau simbol dengan
pengertian yang tidak harus digunakan dengan
sewenang-wenangnya, tetapi mempunyai
struktur tertentu.
Cole (1998) – bahasa adalah satu set simbol-simbol
dan aturcara-aturcara yang disusun bersama
dengan kaedah yang bermakna sengan sistem
komunikasi kompleks
Bahasa adalah bersifat dinamik kerana
bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan
peredaran masa
Fungsi Bahasa Dalam Masyarakat

Menggambarkan suasana
Menyampaikan maklumat antara penutur
dengan pendengar
Supaya pendengar menyambut (percakapan)
Untuk menyatakan perasaan
Untuk mempertingkatkan prestasi dalam aspek
penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan,
perbahasan, syarahan dan pidato adalah
digalakkan sebagai galakan penggunaan bahasa.

Sekolah Wawasan (tiga aliran sekolah yang


berbeza) –
membolehkan murid-murid di SJKC menguasai
bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan
disamping membolehkan murid memahami
budaya, bahasa serta pemikiran rakannya
daripada kaum yang berlainan.
ADAT RESAM
Adat resam (juga dikenali sebagai tradisi) adalah undang-undang
atau hak yang tidak bertulis dalam sesebuah masyarakat dan
diamalkan secara turun-temuran sejak sekian lama dan diwarisi
oleh nenek moyang. Ia adalah sesuatu yang ramai orang
lakukan, dan telah dilakukan untuk jangka masa yang lama.

Sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu


yang telah diakui oleh masyarakat.

Kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat dan


turut mempunyai kesan (isbat) kepada pelaku samada positif
atau negatif.
Adat Resam Melayu

Biar Mati anak, jangan mati adat”.


Perumpamaan berikut jelas menunjukkan
bahawa masyarakat Melayu sangat
mementingkan adat.
Tatacara dan adat resam masyarakat Melayu
banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi
oleh budaya Hindu yang disesuaikan mengikut
unsur-unsur Islam
Adat resam Melayu yang masih diteruskan dan
diamalkan hingga hari ini….
 Melenggang perut
 Meminang & bertunang
 K ematian
 Bersunat
 Bercukur jambul
Adat Resam Masyarakat India
Antara adat resam India yang masih diteruskan dan diamalkan:
Sewaktu mengandung – Adat Valaikaappu
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika
kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga
sembilan bulan.
Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan
baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud
`kandungan ibu? dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'.
Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam
kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik


menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah
suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah
bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali.
Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita
hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke
dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.
Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang
tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih
pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan.
 Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang
tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita
hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali
sebagai mutugu niir (kulittal).
Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan
dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air
kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan.
Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias
seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan
dengan kalungan bunga oleh suaminya.
ADAT RESAM ORANG INDIA
Semasa bersalin – membisikkan nama Tuhan
seperti menuturkan Gayati Mantram – sejenis mantra yang
diamalkan semasa menjalankan aktiviti kehidupan bagi
menyembah dan menunjukkan keagungan Tuhan

MANTRA GAYATRI

OM BHUR BUWAH SWAH


TAT SAWITUR WARENYAM
BHARGO DEWASYA DHIMAHI
DHIYO YO NAH PRACODAYAT

(Ya Tuhan, Engkau penguasa alam nyata, alam ghaib, alam maha
ghaib)
(Engkaulah satu-satunya yang patut hamba sembah)
(Engkaulah tujuan hamba dalam semadhi)
(Terangilah jiwa hamba agar hamba berada dijalan yang lurus
menuju Engkau)
ADA T RESAM MASYARAKAT CINA
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau
pantang larang yang agak unik.
Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh
persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan
mereka banyak bergantung kepada nasib.
Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai
peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-
hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Adat resam dan pantang larang ini diamalkan
secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu
dalam masyarakat Cina,
Adat resam orang cina terdiri dari pelbagai kepercayaan
tentang alam serta etika dari ahli-ahli falsafah zaman
kuno serta agama Buddha. Oleh kerana itu, mereka
kelihatan menyembah pelbagai ciri alam dari pagi
hingga malam iaitu mengikut perubahan musim dan
pelbagai kuasa tertentu.
Tanpa kepercayaan khusus tentang tuhan maka
keluarga dan negara menjadi tumpuan pemujaan
mereka.
Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan
pemujaan. & ditandakan oleh sekeping papan
peringatan ( tablet) yang dicatatkan nama keturunannya.
Papan ini merupakan tumpuan penyembahan keluarga
dan diletakkan di ruang tamu rumahuntuk semua
keluarga. Setelah beberapa generasi papan ini disimpan
di rumah klen (huaykuan atau pun di rumah tokong.
Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan
merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan
dengan sebaik-baiknya.
Mengikut kepercayaan mereka,pasangan yang
berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak
sah.
Pada asasnya,adat resam perkahwinan mereka
merangkumi beberapa peringkat iaitu dari merisik,
bertunang dan majlis perkahwinan.
Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan
pantang larang diamalkan oleh wanita cina semasa
mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan
bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian buruk.
Sebagai contoh,wanita mengandung dilarang
melakukan kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri
bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.
Mereka juga terpaksa berpantang selama 40 hari
selepas melahirkan anak.
Seperti masyarakat melayu,mereka turut
mengadakan kenduri apabila bayi tersebut
mencapai umur sebulan.
Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur
rambut bayi kerana mereka menganggap rambut
bayi yang baru lahir adalah rambut sementara
Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam
yang berkaitan dengan soal-soal kematian.
Apabila berlaku kematian,mayat akan dibersihkan dan
dimandikan sebagai tanda penghormatan terakhir
kepada si mati.
Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang
diperbuat daripada kayu yang diukir menarik.Mereka
akan mengupah lebih ramai orang untuk menangisi si
mati.
Semasa mengiringi mayat,pelbagai jenis lagu
dimainkan.
Selepas upacara kematian,ahli keluarga menjalani
adat berkabung.
Pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa
hari sehingga hari perkabungan tamat.
KEPENTINGAN KESEDARAN KEPELBAGAIAN
SOSIOBUDAYA KEPADA GURU DI MALAYSIA
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya merupakan
aspek penting kepada para guru di Malaysia.
 Menambahkan pengetahuan guru tentang budaya
lain yang terdapat di Malaysia
 Membantu guru wujudkan suasana bilik darjah yang
kondusif
 Memudahkan guru untuk menyatukan murid
pelbagai kaum di dalam bilik darjah
 Dapat mengelakkan berlakunya pertengkaran atau
pergaduhan di dalam bilik darjah.
 Guru dapat mempelbagaikan kaedah dan aktiviti
pengajaran bagi memudahkan pemahaman murid
yang pelbagai kaum dan kecerdasan
 Mengelakkan guru dari menggunakan pertuturan
yang berbaur perkauman dan sensitiviti agama.

You might also like