You are on page 1of 3

MANUAL PENGAJARAN KULIAH

BAB Kesedaran
2 Kepelbagaian
Sosiobudaya

Hasil Pembelajaran
1 Menganalisis kepelbagaian sosiobudaya.
2 Membuat perbandingan budaya daripada pelbagai aspek.
3 Menghuraikan ciri-ciri persamaan budaya dan amalan etnik/kaum di Malaysia.

RINGKASAN BAB

2.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan kepentingan kesedaran kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan semua
anggota masyarakat, umumnya dan para pelajar khususnya.

2.1 Bangsa
Pemahaman terhadap identiti bangsa adalah penting dalam proses mengukuh serta mengeratkan
hubungan etnik dalam kalangan pelbagai masyarakat.

Integrasi sosial ialah satu proses menyatupadukan pelbagai kelompok melalui satu identiti bersama
dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masyarakat.

Integrasi melibatkan asimilasi, iaitu proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti
kumpulannya akan diserap oleh kumpulan yang dominan dari segi kebudayaan dan sosial. Terdapat
dua jenis asimilasi, iaitu asimilasi budaya dan asimilasi struktur. Selain itu, integrasi melibatkan
akulturasi, iaitu satu proses yang berlaku perubahan dan pinjam-meminjam unsur kebudayaannya.
Integrasi juga mungkin melibatkan amalgamasi, iaitu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari
segi biologi.

2.2 Bahasa
Bahasa ialah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi
atau berhubungan, baik dari segi tulisan, lisan ataupun gerakan (bahasa isyarat) yang bertujuan
menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain. Bahasa terbahagi kepada fungsi
umum dan khusus serta mempunyai unsur-unsur perlambangan atau simbol.

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan untuk negara Malaysia. Bahasa
Melayu menjadi alat perpaduan bagi rakyat di negara ini. Mengikut Akta Pendidikan 1996, bahasa
Manual Pengajaran Kuliah
2

kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama di semua institut pendidikan dalam sistem pendidikan
kebangsaan kecuali Sekolah Jenis Kebangsaan.

2.3 Struktur Masyarakat atau Kelas Sosial


Struktur sosial merupakan susunan daripada unsur-unsur sosial yang asas dalam masyarakat, iaitu
kelompok, kelas sosial, nilai dan norma sosial serta lembaga sosial.

Terdapat dua cara untuk menganalisis struktur sosial, iaitu:


(a) Keturunan/kasta, tingkat sosial, kekayaan dan usia
(b) Suku bangsa, ras, golongan/kelompok, jenis keluarga, agama, dan seterusnya

Unsur penting dalam stratifikasi sosial ialah status. Status ialah kedudukan atau tempat seseorang
atau kelompok dalam struktur sosial masyarakat atau pola hubungan sosial tertentu. Kelas sosial
ialah golongan individu yang mengundang, memiliki cara hidup, hak istimewa dan prestij.

Ahli-ahli masyarakat boleh berpindah ruang geografi atau berpindah dari strata sosial ke strata sosial
yang lain atau dari satu golongan kepada golongan yang lain.

2.4 Adat Resam


Adat ialah kebiasaan, manakala resam ialah lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjungi oleh
kelompok masyarakat.

2.4.1 Adat Resam Masyarakat Melayu


Amalan tertentu dalam masyarakat Melayu telah disemai dengan tuntutan dan saranan agama.
Dalam masyarakat Melayu terdapat adat berkaitan dengan kelahiran.

2.4.2 Adat Resam Masyarakat Cina


Masyarakat Cina mempunyai adat resam yang unik dan berbeza mengikut kaum-kaum tertentu.

2.4.3 Adat Resam Masyarakat India


Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat
Melayu.

2.4.4 Adat Resam Masyarakat Iban


Bagi masyarakat Sarawak, adat resam merupakan satu warisan tradisi yang begitu dititikberatkan
dan telah sebati dengan kehidupan seharian mereka.

2.4.5 Adat Resam Masyarakat Kadazan


Penduduk Sabah terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus dan
lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum di sini.

2.4.6 Adat Resam Masyarakat Orang Asli


Orang Asli terdiri daripada tiga kumpulan terbesar, iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli (Melayu
Proto).

2.5 Jantina
Jenis jantina merupakan perbezaan berdasarkan biologi, sedangkan gender berdasarkan hubungan
sosial dan budaya.
Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya
3

2.6 Kepercayaan
Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.
Kepercayaan dalam konteks psikologi bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkait dengan sikap
berkedudukan−memihak (propositional attitude).

Kesimpulan
Kesedaran terhadap kepelbagaian sosiobudaya akan dapat mewujudkan satu masyarakat Malaysia
yang bersepakat dari segi pemikiran dan persefahaman demi menjadikan Malaysia sebuah negara
yang aman damai serta bersatu padu. Rakyat dapat hidup dalam satu masyarakat yang bermoral
tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan masing-masing.

You might also like