You are on page 1of 8

Pembelajaran BM Berasaskan Projek (PBP)

Pembelajaran BM Berasaskan Projek

Pengenalan
Pembelajaran berasaskan projek (PBP) ialah pendekatan pembelajaran yang
sistematik mengajarkan sesuatu mata pelajaran dalam pelbagai dimensi yang kritikal untuk
mencipta kejayaan khususnya dalam bilik darjah abad ke-21 ini. Kaedah ini melibatkan
pelajar dalam penguasaan ilmu pengetahuan yang diperlukan dan kemahiran seharian melalui
kaedah yang diperluas, proses inkuiri berpusatkan pelajar yang dibentuk melalui soalan dan
teknik penyoalan yang autentik untuk mencapai hasil dan projek yang direka bentuk secara
teliti.
Mengapa PBP disarankan? Menurut Stephanie Bell, PBP disaran sebagai satu
pendekatan pembelajaran kerana
                     i.             Menjamin tanggungjawab pembelajaran, komitmen, belajar secara berdikari dan berdisiplin
PBP memungkinkan pembelajaran sosial yang memungkinkan pelajar menguasai dan
                    ii.            
mengamalkan kemahiran komunikasi abas ke-21, yang antaranya merangkumi kepetahan,
pembujukan dan kolaborasi.
PBP memungkinkan pembelajaran dibezakan (pelajar yang berbeza upaya diberikan projek
                  iii.            
yang berbeza tahap dan kesukaran penyelesaiannya) dan pilihan dalam konteks ini sangat
penting bagi para pelajar. Pembelajaran dibezakan atau differentiation dalam pelaksanaan
projek membolehkan pelajar membentuk minat masing-masing dan meneroka pembelajaran
yang lebih mendalam.
 PBP ialah pendekatan pembelajaran yang mengajarkan kandungan sukatan pelajaran dalam
                  iv.            
kurikulum melalui penyiapan projek.
Alat dan bahan teknologi khususnya teknologi komunikasi maklumat (TKM/ICT)
                    v.            
merangsang kreativiti dalam lingkaran kandungan kurikulum.

Ciri-ciri PBP BM
Antara ciri-ciri PBP Bahasa Melayu, ialah:
i.                    Berpusatkan kandungan kurikulum mata pelajaran
ii.                  Merentasi mata pelajaran
iii.                Terlaksana dalam jangka masa yang lebih panjang dan penggunaan masa yang luwes
iv.                Berpusatkan pelajar
v.                  Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
vi.                Bersepadu dari segi kandungan dan amalan
vii.              Penggunaan pelbagai bahan dan alat serta sumber
viii.            Merentasi kepelbagaian dan perbezaan upaya pelajar

Hasil pembelajaran BM yang dilakukan melalui PBP ialah:


                                 i.              Pemahaman yang lebih mendalam tentang topik yang dijadikan projek
Pembelajaran yang lebih rinci tentang data, maklumat, dan ilmu pengetahuan (DMI) yang
                                ii.            
berkaitan,
                              iii.              Pembelajaran pada aras yang lebih tinggi, dan
                              iv.             Meningkatkan motivasi untuk terus belajar

Kelebihan PBP BM
PBP BM mempunyai beberapa kelebihan, antaranya:
i.                    Menarik perhatian dan minat pelajatr terhadap sesuatu topik tertentu
ii.                  Memberi pelajar peluang menjana idea berkenaan dengan projek
iii.                Menggalakkan penyoalan
iv.                Merangsang rasa ingin tahu setiap anggota kumpulan projek
v.                  Sumbangan idea mereka dihargai dan diiktiraf
vi.                Memberi pelajar peluang bertanggungjawab memahamkan, melaksanakan dan menyiapkan
projek
vii.              Memberi peluang para pelajar saling menghormati (juga menghormati serta mengiktiraf
perbezaan upaya dan kebolehan antara sesama pelajar)
viii.            Memberi peluang pembelajaran melalui rakan sebaya
ix.                Memikul tanggungjawab secara bersama
x.                  Menanggung risiko secara bersama
xi.                Berpeluang menjadi pelajar berautonomi (autonomous learners)
xii.              Peluang pembentangan DMI tentang topik dan keupayaan pengucapan awam (dalam
pembentangan)
xiii.            Membuat kesimpulan dan refleksi
PBP BM dapat dimulakan dengan:
i.        Guru merancang projek yang hendak dilaksanakan: umpamanya pembelajaran tentang
perkataan. Guru perlu memulakan projek dengan membayangkan hasilnya kepada para
pelajarnya. Umpamanya guru boleh mengemukakan kenyataan seperti: setelah selesai
melaksanakan projek ini, seluruh aspek tatabahasa yang diperlukan untuk peperiksaan sudah
dikuasai. Guru akan menyenaraikan soalan untuk dijawab oleh pelajar. Antara topik yang
relevan termasuklah
a.       kelas kata dalam BM,
b.      kata nama
c.       kata kerja
d.      kata adjektif
e.       kata tugas
f.       kata pinjam dari bahasa Arab
g.      kata pinjam dari bahasa Cina
h.      kata pinjam dari bahasa Sanskrit
i.        kata pinjam dari bahasa Eropah
ii.      guru memberi taklimat projek kepada pelajar khususnya tentang bayangan kandungan
projek, dan sumber rujukan. Tentang sumber rujukan, guru boleh mencadangkan minimum 3
sumber iaitu:
a)      sumber hidup (tokoh, pakar: seperti ahli bahasa pakar bahasa, guru cemerlang BM),
b)      sumber ensiklopedia (seperti Kamus Dewan dan PRPM) dan buku teks (seperti Tatabahasa
Dewan atau apa-apa sahaja buku yang berkaitan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka),
c)      sumber rangkaian antarabangsa (internet) (namun guru perlu menetapkan syarat pernyataan
rujukan, kerana kebanyakan bahan bahan rangkaian antarabangsa ini tidak piawai.
iii.    Guru memberi rangka dan kandungan jangkaan projek. Rangka dan kandungan projek ini
hendaklah merujuk kepada kehendak dan keperluan kurikulum dan tahapnya terukur pada
tahap pembelajaran pelajar, iaitu sama ada UPSR, PT3 atau SPM
iv.    Guru memberi bayangan keilmuan semasa pelaksanaan projek. Rujukan silang kepada dan
dengan buku teks yang dibelalkan sebagai buku teks pinjaman hendaklah dilakukan secara
sepintas lalu agar pelajar melihat pelaksanaan projek bukan sebagai tugas tambahan atau
bebanan melainkan kaedah alternatif pembelajaran BM.
v.      Guru menerangkan isu-isu pembelajaran yang bakal dilalui. Antara isu pembelajaran yang
perlu dinyatakan dengan jelas ialah perbezaan objektif projek, perbezaan antara kumpulan,
konsep kolaboratif dan kooperatif, refleksi pembelajaran.
vi.    Guru menegaskan tindakan yang perlu dilakukan oleh setiap ahli kumpulan dalam proses
pelaksanaan projek.

RP PBP BM
Rancangan pelaksanaan PBP BM hendaklah disediakan mengikut piawai RPH yang
lazim diamalkan oleh semua guru di seluruh negara, tetapi hendaklah sentiasa sedar untuk
memasukkan elemen pembelajaran dalam bilik darjah abad ke-21, yang merangkumi:
i.        Objektif projek: objektif projek hendaklah menggunakan kata kerja yang berpusatkan
pelajar, umpamanya:
a.       projek ini membolehkan pelajar membincangkan…
b.      projek ini membolehkan pelajar menyenaraikan…
c.       projek ini membolehkan pelajar mengenal pasti…
d.      projek ini membolehkan pelajar menerangkan…
ii.      Kriteria kejayaan pencapaian objektif  hendaklah dinyatakan sebagai hasil pencapaian kata
kerja yang tertera pada objektif seperti: kejayaan pencapaian objektif projek ini adalah
apabila pelajar berjaya:
a.       membincangkan…
b.      menyenaraikan…
c.       mengenal pasti…
d.      menerangkan…
iii.    Jangka masa pelaksanaan projek: jika projek yang dilaksanakan berbentuk projek jangka
panjang, hendaklah dipenggal-penggal berdasarkan progres pelaksanaan atau berdasarkan
minggu atau bulan.

iv.                Pembelajaran dibezakan (differentiation): yang merangkumi:


a.       Perbezaan soalan (soalan yang diberikan kepada setiap kumpulan pelajar hendaklah berbeza-
beza mengikut keupayaan kognitif mereka)
b.      Perbezaan proses
c.       Perbezaan hasil dan jangkaan
d.      Perbezaan kriteria dan rubrik pengukuran dan penilaian
v.      Soalan-soalan pembelajaran: ada tiga kriteria atau jenis soalan pembelajaran, iaitu (a)
soalan pengukuran/ penilaian untuk pembelajaran (AfL: assessment for learning); (b) soalan
pengukuran / penilaian semasa pembelajaran (AaL: assessment as leraning) dan (c) soalan
tentang pembelajaran (AoL: assessment of learning)
vi.    Aktiviti: aktiviti ini hendaklah selaras dengan objektif projek yang dinyatakan lebih awal.
Kesemua aktiviti hendaklah berpusatkan pelajar. Antara ayat yang relevan ialah:
a.       Pelajar berbincang...
b.      Pelajar menyenaraikan…
c.       Pelajar mencari maklumat berkaitan dengan…
d.      Pelajar menghuraikan…
e.       Pelajar membuat rumusan.
f.       Pelajar membentangkan…
g.      Pelajar mempamerkan…
vii.  KBAT: RP hendaklah menunjukkan kemahiran berfikir linguistik atau menggunakan bahasa
Melayu secara beransur-ansur untuk berfikir pada aras tinggi
viii.            Ilmu bahasa yang dipelajari: perlu dinyatakan aspek bahasa yang dipelajari semasa
pelaksanaan projek sama ada tentang kata, morfologi kata, tanda baca, frasa dan ayat, atau
wacana.
ix.    Pembelajaran berpusatkan pelajar: kooperatif dan kolaboratif (perlu dinyatakan dalam
garis panduan pelaksanaan projek)
x.      Refleksi (yang merangkumi empat elemen): (a). pencapaian objektif dan kriteria kejayaan
pencapaian objektif; b. kekuatan, kelemahan dan perkara menarik tentang pembelajaran yang
dilakui oleh pelajar (maklumat dapat diperoleh melalui komen pelajar melalui amalan lot
parkir); (c) susulan kepada atau tindakan terhadap refleksi (b), dan (d) pernyataan tentang
kelas yang akan datang (jika diteruskan dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) atau
perancangan dalam projek yang akan datang.
xi.    Catatan: dalam ruangan catatan ini, sangat penting dinyatakan pemasyarakatan hasil projek
agar semua pelajar dapat saling memanfaatkan hasil projek pelajar yang lain. Perkara ini
dapat dilakukan melalui (a) pembentangan secara giliran di hadapan kelas; (b)
membentangan dari dan oleh kumpulan kepada kumpulan yang lain secara giliran, atau (c)
secara pameran dalam bentuk galeri. Namun, hasil pembelajaran hendaklah dipantau melalui
latihan atau jawapan soalan yang berkaitan dengan ilmu yang dipelajari pada tahap piawai
kurikulum, iaitu soalan-soalan berpiawai UPSR (di sekolah rendah), soalan berpiawai PT3
untuk projek pelajar di Tingkatan 1-3, dan soalan SPM bagi pelajar di peringkat menengah
atas.
PBP BM
Oleh sebab PBP ialah pendekatan alternatif kepada pembelajaran dan penguasaan
BM, maka PBP BM memungkinkan dua jenis projek, iaitu projek
i. berdasarkan linguistik tulen, dan projek
ii. berdasarkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi

i. Berdasarkan linguistik tulen


Projek berasaskan linguistik tulen dapat merangkumi bidang:
a)      Kata: kelas kata; kata nama; kata kerja; kata adjektif; kata tugas; kata daripada bahasa
serumpun; kata pinjaman dari bahasa Arab; kata pinjaman dari bahasa Eropah; kata pinjaman
dari bahasa Cina
b)      Semantik: makna leksikal, kolokial, sosio-linguistik, psikolinguistik, medan makna,
perubahan makna dan sebab-sebab perubahan makna
c)      Morfologi kata: kata ganda, kata majmuk, kata berimbuhan (awalan, akhiran apitan dan
sisipan) (imbuhan kata nama, imbuhan kata kerja, imbuhan kata adjektif)
d)     Sintaksis (frasa): frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama
e)      Sintaksis (ayat): ayat inti, ayat majmuk, susunan ayat
f)       Bunga bahasa: simpulan bahasa (simpulan bahasa berasaskan bahagian tubuh badan;
simpulan bahasa berasaskan unsur alam, darat/laut; peribahasa; pantun, dan lain-lain
g)      Singkatan dan akronim: lazimnya pelajar kurang ilmu tentang singkatan dan akronim yang
sudah piawai dalam BM.
h)      Pengaruh asing dalam BM (khususnya yang membawa kesalahan dari segi tatabahasa)

ii. Berdasarkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi


Projek berasaskan penggunaan BM Tinggi bermaksud projek kajian tertentu yang
menggunakan BM tanpa kesalahan dan secara sedar menggunakan ilmu bahasa yang
berkaitan dengan kata, morfologi kata, semantik dan sintaksis secara sedar. Contoh projek
seperti ini:
a)                   Kajian tokoh bahasa (atau sebarang tokoh tempatan)
b)                  Kajian budaya (seperti Baju Melayu)
c)                   Kajian mercu tanda tempatan
Kandungan projek hendaklah dipersetuju oleh guru dan menepati piawai yang
ditetapkan.
Projek berasaskan penggunaan BM Tinggi yang selanjutnya dapat dilakukan
berdasarkan rajah berikut:

Untuk melaksanakan projek ini para pelajar boleh memilih sebuah wacana seperti
sebuah artikel, sebuah esei, sebuah majalah atau sebuah akhbar, malah jika mereka mahu
memilih buku rujukan mata pelajaran tertentu pun boleh.
Daripada wacana itu, para pelajar boleh memilih untuk mengkaji satu, dua atau
kesemua aspek penggunaan bahasa yang dinyatakan. Bagaimanapun guru hendaklah
membimbing pelajar dengan rapi kerana projek ini berunsur pengauditan bahasa dan wacana.
Kerja pengauditan bahasa dan wacana memerlukan ilmu bahasa yang mantap dalam kalangan
pelakunya di samping kerana rinci dan perlu dilakukan dengan teliti.

Persediaan dan peranan guru


Guru BM hendaklah faham akan peranannya sebagai pemicu dan pembimbing
pelaksanaan projek ini. Antara yang penting termasuklah:
Guru bertindak sebagai pemudah cara. Oleh sebab pelajar diberi peluang belajar secara
                     i.            
berautonomi, maka guru tidak perlu mengajar. Dia perlu memudahcara pembelajaran dengan
merangka kandungan projek serta menyediakan infrastruktur projek.
Mengenal pasti alat-alat pemikiran yang relevan untuk memungkinkan pelajar membentuk
                    ii.            
dan mengemukakan soalan untuk memungut data, maklumat dan ilmu pengetahuan (DMI)
dalam proses pelaksanaan projek.
Menstrukturkan projek yang bermakna: sesuai dengan kandungan kurikulum, merentasi
                  iii.            
pelbagai jenis ilmu bahasa, dalam lingkar piawai yang dinilai dalam peperiksaan awam.
Bekerjasama dengan para pelajar untuk menjana soalan yang berupaya membantu pelajar
                  iv.            
memperoleh dan mengumpul DMI.
Memantau dan mengurus projek pelajar menurut proses yang sudah ditetapkan berdasarkan
                    v.            
manual prosedur kerja yang dipersetujui bersama.
                  vi.             Membimbing pelajar menetapkan matlamat diri dan kumpulan.
                 vii.             Membimbing pelajar menyiapkan laporan projek secara berstruktur.

Peranan guru tentu sekali mencakup:


i.                    Pra pelaksanaan projek
ii.                  Semasa pelaksanaan projek
iii.                Selepas pelaksanaan projek
Pemantauan. Jangan ada pelajar yang tidak terlibat kerana ketidakterlibatan pelajar
akan menafikan kemungkinan kooperatif dan kolaboratif.
Guru hendaklah sentiasa ingat, perujian dan peperiksaan yang dilalui oleh pelajar
mereka sama ada UPSR, PT3 dan SPM tidak bermakna bahawa sistem pendidikan kita
berorientasikan peperiksaan. Yang ghairah mengorientasi pelajar untuk tujuan peperiksaan
sehingga tampak ketara seolah-olah keseluruhan pendidikan itu adalah tentang peperiksaan
ialah guru sendiri.
Semua guru hendaklah maklum bahawa perujian dan peperiksaan ialah satu
mekanisme pengukuran tahap pemerolehan ilmu pelajar yang sudah melalui proses
pembelajaran. perujian dan peperiksaan bukan orientasi pendidikan negara. Perujian dan
peperiksaan cuma mengukur tahap dan upaya fikir pelajar setelah memperoleh ilmu yang
diajarkan oleh guru dan dipelajari oleh pelajar.
Guru juga hendaklah peka tentang penguasaan ilmu murid yang semestinya:
i.        Diperoleh: data, maklumat dan ilmu pengetahuan (DMI)  diperoleh melalui deria pandang,
dengar dan sentuh (dengan emosi), hidu dan rasa (lidah) namun untuk ilmu pengetahuan di
dalam bilik darjah, kebanyakannya diperoleh melalui deria visual dan dengar.
ii.      Dihantar ke sistem kognitif: DMI yang diperoleh oleh deria yang ‘menangkap’nya itu akan
menghantarnya ke sistem kognitif untuk difaham. Penghantaran DMI ini adalah dalam bentuk
isyarat kimia atau isyarat elektrik melalui neuron dalam sistem tubuh badan kita.
iii.    Difaham: DMI yang diterima tadi hendaklah difaham untuk dikuasai. Sistem kognitif akan
mengengah mana-mana DMI yang tidak difahamnya, sama seperti komputer yang auto
delete maklumat yang tidak disave atau disimpan.
iv.    Digunakan dan diamalkan: DMI yang diperoleh dan difaham itu hendaklah digunakan (dan
penggunaan inilah yang dimanifestasikan dalam projek yang dilaksanakan dan disiapkan oleh
pelajar)
v.      Distor: sistem kognitif akan mengimpan DMI yang difaham dan digunakan secara automatik
dalam bentuk ingatan, sama ada ingatan jangka panjang atau ingatan jangka pendek.
vi.    Diretrieve: DMI yang tersimpan dalam bentuk ingatan itu dapat pula diperoleh semula
melalui kaedah atau mekanisme retrieve DMI seperti mengingat-ingat, merenung-renung,
membayangkan atau mengimbas masa lalu.
vii.  Digunakan semula: DMI yang diperoleh semula daripada intatan (sama ada ingatan jangka
panjang atau ingatan jangka pendek) akan sentiasa dapat digunakan semula pada bila-bila
masa sahaja, umpamanya untuk menjawab soalan UPSR, PT3 atau SPM dan digunakan untuk
menghasilkan pelbagai jenis wacana.
viii.            Dikongsi: pengongsian DMI dalam konyeks ini hendaklah difaham sebagai menjawab
soalan ketika berkomunikasi, menyatakan pendapat dalam kaedah kolaboratif dan kooperatif
ketika menyiapkan projek, mencari DMI yang berkaitan dengan DMI yang dikuasai.

Peranan pelajar dalam pelaksanaan PBP BM


Oleh sebab projek ini ialah pembelajaran yang berpusatkan pelajar, maka sudah tentu
pelajar memainkan peranan yang sangat penting dalam prosesnya. Antara yang perlu diberi
perhatian dan ditegaskan oleh pemudah caranya termasuklah:
                     i.             Menentukan matlamat projek
                    ii.             Meneroka untuk memperoleh DMI
                  iii.             Bertanya untuk memperoleh DMI
Bekerjasama dengan mantap dengan rakan sebaya: merealisasikan pembelajaran kolaboratif
                  iv.            
dan koperatif dalam kemahiran komunikasi yang autentik
Bertanggungjawab terhadap diri sendiri, rakan sebaya dan guru demi hasil projek yang
                    v.            
mantap

Kebaikan PBP BM
Kajian menunjukkan bahawa PBP berupaya
                     i.             Meningkatkan motivasi pelajar
                    ii.             Menarik minat murid/pelajar untuk terlibat dalam pembelajaran
Lebih berkesan daripada kaedah pembelajaran tradisional yang berpusatkan guru dari segi
                  iii.            
hasil pembelajaran
                  iv.             Meningkatkan ingatan pelajar terhadap DMI yang diperoleh dalam jangka masa panjang
Meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dalam konteks pembelajaran masteri seperti
                    v.            
yang dituntut dalam hasil pembelajaran dan kemahiran abad ke-21
Sangat berkesan untuk para pelajar yang kurang minat akademik dengan pencapaian yang
                  vi.            
rendah

Penutup
PBP BM menyerlahkan beberapa kekuatan yang mewajarkannya diambil kira untuk
diamalkan dalam bilik darjah tanpa mengira tahap keupayaan. Hal ini dinyatakan demikian
kerana PBP berupaya merentasi semua budaya pembelajaran di dalam bilik darjah atau di
luar bilik darjah. Prosesnya jelas. Matlamatnya juga jelas. Kesemua tiga kemahiran utama
yang dituntut dalam pembelajaran abad ke-21 dapat direalisasikan dalam pelaksanaan PBP,
iaitu:
                                 i.             Kemahiran maklumat dan komunikasi
                                ii.             Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
                              iii.             Kemahiran interpersonal dan arah kendiri
Kemahiran maklumat direalisasikan kerana semua projek mengendali pelajar mencari,
mengumpul, menyusun, mengkategorikan dan memanfaatkan DMI. Kemahiran komunikasi
pula terlaksana dalam semua dimensi dari kemahiran mendengar dan mengikut arahan
hinggalah ke perbincangan dalam kumpulan dan kemudian menghasilkan laporan.
Pelaksanaan sesebuah projek dalam PBP memerlukan pelbagai alat pemikiran dan
pemetaan DNMI yang diperoleh dalam proses pelaksanaannya. Antara kemahiran berfikir
yang signifikan termasuklah ketika mencari maklumat untuk mempertimbangkan
SIABIDIBAM (iaitu siapa, apa, di mana, bagaimana, yang mana, bila, mengapa). Kemahiran
berfikir seterusnya akan memungkinkan pelajar menyelesaikan masalah kerana pelaksanaan
projek itu sendiri sebenarnya ialah menyelesaikan masalah.
Kemahiran interpersonal dan arah kendiri menjadi mantap kerana keseluruhan projek
menghendaki semua ahli dalam kumpulan berinteraksi dan berkomunikasi antara satu dengan
yang lain secara sedar dan aktif dengan setiap ahli dalam kumpulan projek mempunyai
matlamat dan tanggungjawab masing-masing.

You might also like