You are on page 1of 12

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Kaum yang terdapat di malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu , Cina , dan India. Selain daripada tiga kumpulan besar ini terdapat juga kaum kaum minoriti di Malaysia antaranya kaum Bumiputera, kaum sikh, kaum bidayuh dan sebagainya.

Setiap kaum di Malaysia mempunyai kebudayaan yang tersendiri.

Sifat

masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Pembelajaran dibilik darjah pula mendedahkan murid kepada pola hubungan pelbagai kaum. Pendedahan kepada pelbagai latar budaya ini memerlukan para pendidik mengetahu konsep budaya di Malaysia untuk membentu k 1Malaysia seperti yang disarankan oleh para pemimpin. Pendidikan di Malaysia dilihat sebagai satu saluran yang penting untuk menyampaikan ciri ciri masyarakat dan

kebudayaan ke dalam minda generasi muda. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititikberat kerana pelajar hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum , agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, maka pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Dengan adanya sistem pendidikan yang mengutamakan hubungan antara kaum, murid dapat menghormati agama dan budaya kaum kaum lain yang amat penting untuk membentuk perpaduan.

KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya , adat resam dan ciri ciri keistimewaan yang tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang aman dan damai. Kesudian rakyat Malaysia dalam berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dn kestabilan dalam asek politik , ekonomi dan sosial adalah sesuatu yang menakjubkan. Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkaan sebagai kemajuan fikiran, akal budi, berkelakuan dan sebagainya. Menurut kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat pula, kepelbagaian ialah berbagai bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atu kawasan yang sama. . Menurut Encik Edward B Taylor budaya bermaksud keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan , kepercayaan , seni , sikap , undang undang , adat resam dan kebolehan lain dan tingah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahi masyarakat. Ini merujuk kepada perkataan Bourdieu yang mebawa maksud satu prosses sosial yang membolehkan budaya dan struktur sosial saling berinteraksi. kepelbagaian budaya di Malaysia bermaksud sesudian sesuatu kaum, agama, bangsa atau ras untuk hidup di bawah sebumbung dengan bertolak ansur serta mengadaptasikan budaya atau adat resam sesuatu kaum dalam mewujudkan satu bangsa terbaru iaitu bangsa Malaysia. Dalam konteks pendidikan semasa, budaya disekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Sebagai pendidik adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Sekolah harus berusaha menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Pemupukan kesedaraan kebangsaan dan kenegaraan dalam kalangan murid berasakan cirri-ciri kerohanian, kemanusian, spiritual dan mental. Usaha ini adalah satu proses penyatuan penduduk berbilang etnik yang mempunyai budaya masing-masing dibawah satu identity nasional yang khusus tetapi dapat diterima oleh semua golongan etnik di Negara ini.

Konsep kepelbagaian budaya dapat dilihat dari segi enam element yang penting. Yang pertamanya ialah element bangsa. Menurut kamus pelajar (1993) , bangsa bermaksud kumpuan manusia yang sama adal usulnya serta serupa sifat sifatnya. Bangsa juga merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama , yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Dalam konteks negara Malaysia , orang Melayu , Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini. Kini , jika nama Malaysia dilaung di persada dunia maka secara automatiknya penduduk penduduk negara lain mempunyai tanggapan bahawa Malaysia adalah sesebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya. Ini yang dimaksudkan melalui konsep kepelbagaian budaya. Dalam bilik darjah pula , suasana campuran pelbagai budaya menyebabkan anak anak bangsa bergerak dalam satu identiti yang sama iaitu kami anak Malaysia ataupun 1 Malaysia. Suasana campuran pelbagai budaya ini menyebabkan anak anak muda zaman sekarang untuk menerima dan mengamalkan konsep kepelbagaian budaya. Mereka sanggup berkerja antara bangsa, kaum dan etnik yang bersama secara bersama. Kini di Malaysia , Menurut banci 2010 , terdapat 67.4 % etnik bumiputera , Cina(24.6 %) , India (7.3 %) dan lain lain (0.7 %) Di Malaysia bukan sahaja adanya Melayu , Cina dan India malahan jika kita beralih ke Sabah dan Sarawak terdapat pula beratusan peribumi Iban , Dayak , Melanau , Kadazan , Dusun , Bajau dan lain lain lagi. Jadual 1.0 menunjukkan banci bagi tahun 2010 di Sabah dan Sarawak

Banci 2010: Penduduk Sabah dan Sarawak Melayu Kadazandusun Bajau Murut Bumiputera lain Cina India Lain-lain Bukan warga JUMLAH 184,197 568,575 450,279 102,393 659,865 295,674 7,453 48,527 889,779 3,206,742

Jadual ini menunjukkan bahawa terdapat juga kepelbagaian budaya di sabah dan sarawak. Yang seterusnya ialah kepercayaan. Kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu, Kamus Dewan(1994).

Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turuntemurun. Dalam konteks di bilik darjah, murid dapat mengetahui dan memahami kepelbagaian kepercayaan masyarakat di negara kita seperti kepercayaan

masyarakat Melayu, Cina dan India. Murid juga perlu didedahkan kepada kepercayaan masyarakat lain supaya tidak timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Kita sebagai penduduk Malaysia hendaklah patut mengenali adat isitadat dan antang larang semua kaum. Contohnya, Masyarakat Melayu mengamalkan pantang larang menjahit pada waktu senja. Jika melakukannya dikatakan mata mereka akan buta. Sebenarnya adalah ia adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan. Larangan ini membawa kebaikan kepada anak supaya mereka tahu membezakan masa yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Pantang larang ini digunakan oleh semua masyarakat di Malaysia. Tidak dikira Melayu, Cina ataupun India. Selain itu, Masyarakat Cina turut percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat yang kekuatanya luar biasa. Beberapa semangat itu berada dan

hidup di dalam fenomena-fenomena

alam seperti langit, matahari, tanah, air,

tumbuh-tumbuhan, gunung serta fenomena-fenomena alam lainnya. Fenomena alam itu diklasifikasikan kepada yang dan yin. Yang merupakan prinsip dasar untuk laki-laki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya(siang), dan siang yang termasuk keaktifan. yin adalah suatu prinsip seperti wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap(malam), dan segala yang bersifat pasif. Masyarakat Cina percaya bahawa jade dapat memberi kekayaan dan keharmonian. Feng-shui dikatakan akan memberi tuah dalam kehidupan (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Kepercayaan dalam masyarakat India pula dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif. Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya dikatakan akan menerima nasib buruk atau kesan negatif (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Sebagai contohnya perbuatan bersiul pada waktu malam akan mengundang ular masuk ke dalam rumah. Bagi yang makan di tempat yang gelap pula, mereka ditakutkan dengan cerita bahawa makanan mereka akan dikongsi bersama oleh hantu, roh atau penunggu. Mereka juga percaya bahawa sekiranya pensel diasah pada kedua-dua belah, maka ibu dan bapa berkenaan akan sentiasa bergaduh. Kesemua kepercayaan ini sememangnya telah dikenali oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia. Penerapan serta sikap toleransi antara sesama kaum menyebabkan konsep kepelbagaian budaya di Malaysia menular dengan cepatnya. Satu lagi cara untuk kita memahami konsep kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia ialah dengan adanya bahasa. Bahasa merupakan satu sistem dalam keluarga

komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan sewenangnya wenangnya , tetapi mempunyai struktur. Bahasa merupakan alat menyalurkan idea (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Di Malaysia, kepelbagaian budaya ini diterapkan melalui bahasa. Boleh dikatakan sebahagian besar daripada orang india dan orang cina fasih bahasa melayu. Ini juga membantu dalam menularan kepelbagaian budaya dalam Malaysia.

Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat . adat juga adalah amalan yang piawai , iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam juga merupakan sesuatu perkara ynag diwarisi sejak turun temurun oleh ketiga tiga kaum utama di Malaysia. Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza. Terdapat pelbagai adat resam dari pelbagai kaum yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Kepelbagain adat resam di Malaysia merupakan salah satu aspek penwujudan konsep kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia kini. Kesimpulannya, kepelbagaian masyarakat ini memerlukan usaha berterusan untuk membentuk masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain. Proses integrasi melalui pendidikan adalah bertujuan menyatupasukan pelbagai kelompok masyarakat dengan menghilangkan perbezaan identity dari akar umbi lagi. Proses ini merujuk kepada penyatuan kelompok yang berbeza latar belakang dan menjadi satu entity yang terikat dengan norma dan nilai serta kepentingan bersama. Oleh kerana negara mempunyai kepelbagaian kelompok dan kaum, maka guru haruslah memberikan peluang pendidikan kepada semua murid tanpa mempunyai rasa pilih kasih. Setiap murid harus diterapkan dengan nilai dan budaya kaum lain supaya mereka dapat menerima semua aspek perbezaan yang terdapat dalam masyarakat.

KEPENTINGAN KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA KEPADA GURU

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita sememangnya memberi kesan kepada sistem pendidikan. Sistem pendidikan di Malaysia berhasrat memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid tanpa mengira latar belakang murid. Semua murid seharusnya menerima pendidikan dalam suasana pembelajaran yang mesra budaya. Guru yang sedar akan kepentingan sosio budaya secara automatiknya dan mengelakkan diri mereka daripada amalan diskriminasi dan seterusnya akan memberikan tumpuan yang sama kepada semua kelas murid. Guru juga akan sedar bahawa tugas beliau adalah untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan pengalaman dan keupayaan serta budaya murid. Oleh yang demikian, sebagai pendidik amat penting untuk kita ketahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikilum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini dapat membantu menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio budaya murid. Sikap guru amat penting terutamanya semasa mengendalikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran kepada murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai seorang guru adalah menjadi tanggungjawab untuk mengkaji dan memahami budaya setiap kaum etnik murid di dalam kelasnya untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memanfaatkan semua murid. Murid dalam sesebuah kelas terdiri daripada pelbagai etnik , taraf sosioekonomi, latar belakang keluarga, kawasan petempatan, budaya,adat resam dan bahasa yang berbeza. Oleh itu guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan memberikan perhatian terhadap murid. Setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza seharusnya ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama agar peluang untuk mereka berinteraksi dan saling memahami terbuka luas.

Menurut Rohan Meighan (1986) kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Murid juga terdiri daripada pelbagai kelas sosial seperti golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah. Sebagai guru, kelas sosial murid juga perlu diberi perhatian semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak harus diketepikan oleh guru tersebut. Semua murid sama ada dari kelas sosial atasan atau bawahan haruslah dilayan sama rata. Sekiranya, perbezaan kelas sosial dapat ditangani guru, suasana pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mesra budaya. Tiada murid yang berasa mereka dipinggirkan kerana keadaan diri. Kepelbagain sosio- budaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan. Kesedaran mengenai kepelbagaian sosio budaya kepada guru akan menyebabkan murid diberi layanan yang adil dan menyebabkan guru untuk menerima murid tersebut tanpa pra syarat. Mengenali latar belakang murid , taraf sosio ekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan, dan agama akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada indvidu murid (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1). Guru tidak seharusnya melayani murid sebagai satu kelompok individu , kelopok kelas sosial, atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikkan. Justeru, dengan mengenali butiran murid guru bolehlah memberikan layanan yang adil. Dari aspek kepercayaan pula guru harus memahami kepercayaan setiap agama murid yang ada di dalam kelas tersebut. Pengetahuan ini membolehkan guru peka dan tidak menyentuh atau mepertikaikan isu-isu kepercayaan yang diamalkan oleh murid mereka. Setiap nilai dan kepercayaan tersebut haruslah diterima seadanya. Semasa merancang aktiviti pembelajaran, guru harus beringat untuk merancang aktiviti yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka.

Jantina murid yang berbeza juga haruslah diberi perhatian oleh guru kerana ia juga akan memberikan kesan kepada aktiviti pembelajaran. Guru tidak harus

beranggapan

semua murid adalah

sama. Guru harus merancang aktiviti

pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid tanpa mengira jantina. Dalam masa yang sama, guru perlu memberi kesedaran kepada murid mengenai batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina ini. Bagi murid yang mengalami kecelaruan jantina, guru tidak harus mempersendakan mereka atau membiarkan murid lain mempersendakan murid tersebut. Guru haruslah membantu membentuk persepsi positif dalam kalangan murid tersebut agak tidak terus hidup dalam kecelaruan tersebut. Selain daripada itu, aspek bahasa juga harus diberi perhatian oleh seseorang guru semasa berhadapan dengan murid yang pelbagai latarnya. Penggunaan dialek diantara murid yang berlainan pastinya akan memberi sedikit impak kepada pembelajaran. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Justeru, guru harus sedar dan patut menggalakkan murid-murid menggunakan satu bahasa yang standard. Kesedaran ini akan memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru juga harus menggunakan strategi yang sesuai semasa aktiviti pembelajaran untuk merapatkan hubungan diantara murid yang mempunyai pelbagai dialek,bahasa kepercayaan, adat dan nilai. Satu strategi yang sesuai digunakan ialah pembelajaran kopertif. Melalui struktur pembelajaran koperatif , murid dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman , belajar bersama sama , saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Murid yang mempunyai pelbagai latar belakang , etnik , taraf sosial dan pencapaian dapat salimg belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran budaya mikro kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1) . Guru yang sedar kepentingan sosio budaya akan berusaha untuk mendapatkan maklumat peribadi murid dan tidak mengambil keputusan dengan hanya melihat luaran para murid. Dengan memperoleh maklumat peribadi murid guru itu akan

dapat merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil terhadap murid. Contohnya, sekiranya ada murid yang dari kawasan pinggir ataupun luar bandar, guru tidak sepatutnya mengharapkan murid tersebut untuk memiliki kemudahan yang sama seperti di kawasan bandar. Malah guru hendaklah patut memikirkan altenatif yang lain bagi murid murid tersebut bagi merasai kemudahan yang serupa. Guru yang memilki maklumat latar belakang keluarga murid akan dapat memahami tingah laku dan luahan perasaan murid yang dipengaruhi oleh persekitaran(Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1) . Contohnya, Murid murid yang kehilangan ibu bapa mereka, mungkin akan menunjukkan sifat kemurungan ataupun sifat mendiamkan diri di dalam kelas. Jika guru itu mengenali isu ini, sudah tentu guru itu akan boleh membantu murid tersebut mengatasi masalah yang dihadapinya. Satu kajian di Amerika menunjukkan , terdapat layanan dan jangkaan yang berbeza berdasarkan bangsa, jantina dan kelas sosial. (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: Ini menyebabkan terdapat guru yang memberikan respon yang berbeza kepada murid yang mewakili kelompok kecil, minoriti atau kelas sosial rendah. Tiada kesedaran sosio budaya akan menyebabkan guru bersifat etrosentrisme . Sekiranya guru itu bersifat etrosentrisme, maka guru itu akan mengamalkan diskriminasi. Sebagai contoh , kebanyakkan guru akan mengambil berat terhadap para murid yang pandai dan rajin dalam kelas. Ini kerana mereka mengkatogerikan murid tersebut sebagai murid dari keluarga yang berlatarkan sosio ekonomi serta sosio budaya yang tinggi. Manakala bagi murid yang ditempatkan di kelas terakhir dan diberi layanan ala kadar sahaja. Ini kerana guru tersebut beranggap bahawa latar murid yang rendah sosio ekonominya tidak akan ada niat untuk belajar. Lantaran itu, murid kelas akhir akan berasa tidak bermakna berada di sekolah. Seorang guru yang prihatin terhadap kepentingan kepelbagaian budaya akan sentiasa berwibawa dalam pemilihan bahan sumber. Menurut Noriati (2011), pemilihan bentuk sumber yang dapat diterima , tidak bias dan prejudis perlu

diutamakan. Contoh yang berkaitan dengan pengalaman harian murid akan meningkatkan motivasi murid. Ini secara automatik akan meningkatkan pembelajaran murid murid. Pembelajaran berkesan berlaku berdasarkan pengetahuan dan budaya seseorang murid. Contohnya, jika sebuah kelas mengandungi tiga jenis kaum utama maka isi yang disampaikan perlulah dikaitkan

dengan ketiga tiga etnik tersebut. Sekiranya, hanya satu kaum dominan di kelas dan jika selainnya terdiri daripada etnik minoriti, murid minoriti juga perlu diberikan perhatian ketika isi disampaikan. Guru guru akan menyelitkan nama nama watak , tempat makanan dan perayaaan etnik minoriti bersama kaum dominan dalam isi muridan mereka supaya murid murid minat dengan penyampaian mereka. Guru juga akan sentiasa mengelakkan unsur unsur negatif dan sensitif bagi mana mana etnik. Ekoran itu, guru juga akan sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat mengenai sesuatu etnik. Pemilihan sumber yang merangkumi penggunan bahasa dan istilah yang tidak sensitif juga perlu diberi perhatian. Seorang guru yang peka terhadap kesedaran kepelbagaian sosio- budaya dapat mengurus sesuatu kelas dengan berjayanya. Penerapan kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas akan dapat mewujudkan masyarakat yang majmuk. Guru dengan mengetahui kepentingan kesedaran kepelbagaian sosio- budaya memilih kaedah pengajaran yang sesuai bagi membantu murid murid dalam memahami kepelbagaian budaya (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1).

You might also like