You are on page 1of 5

Konsep kepelbagaian budaya di Malaysia Menurut kamus Dewan (2005) , kepelbagaian ialah berbagai bagai jenis.

. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atu kawasan yang sama. Pada masa yang mengikut kamus Dewan (2005) budaya pula membawa maksud tamadun , peradaban , kemajuan fikiran dan akal budi. Menurut Encik Edward b.Taylor ( Primitive Culture ) budaya bermaksud kompleks yang merangkumi engetahuan , kepercayaan , seni , sikap , undang undang , adat resam dan kebolehan lain dan tingah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahi masyarakat. Selain itu, menurut Andreas Eppink pula, budaya ialah keseluruhan pengertian , nilai , norma , ilmu pengetahuan serta struktur struktur kemasyarakatan , keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri ciri khas sesebuah negara. Menurut pandangan saya, kepelbagaian budaya di Malaysia bermaksud sesudian sesuatu kaum, agama, bangsa atau ras untuk hidup di bawah sebumbung dengan bertolak ansur serta mengadaptasikan budaya atau adat resam sesuatu kaum dalam mewujudkan satu bangsa terbaru iaitu bangsa Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya , adat resam dan ciri ciri keistimewaan yang tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang aman dan damai. Kesudian rakyat Malaysia dalam berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dn kestabilan dalam asek politik , ekonomi dan sosial adalah sesuatu yang menakjubkan. Menurut Shamsul Amri Baharudin (2007) , budaya bersifat bukan kebendaan ialah kepercayaan , adat isti adat dan undan undang. Di Malaysia , budaya yang diamalkan ialah budaya bersifat bukan kebendaan. Ini jelas ditunjukkan oleh cara hidup masyarakat di negara kita. Masyarakat yang yakin

keada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam budaya tersebut. Cara hidup masyarakat Malaysia jelas menunjukkan sikap keterbukaan mereka dalam menerima sebarang budaya. Contohnya kaum melayu sanggup menerima budaya orang orang india dan cina. Suatu ketika dahulu , konsep pemberian ang pau hanya ber laku dikalangan orang orang cina ketika musim perayaan tetapi kini budaya ini telah diterima oleh orang

orang melayu dan india. Pada sama sekarang ketiga tiga kaum ini mengamalkan budaya pemberian ang pau ketika musim perayaan. Konsep kepelbagaian budaya dapat dilihat dari segi enam element yang penting. Yang pertamanya ialah element bangsa. Menurut kamus pelajar (1993) , bangsa bermaksud kumpuan manusia yang sama adal usulnya serta serupa sifat sifatnya. Bangsa juga merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama , yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Dalam konteks negara Malaysia , orang Melayu , Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini. Kini , jika nama Malaysia dilaung di persada dunia maka secara automatiknya penduduk penduduk negara lain mempunyai tanggapan bahawa Malaysia adalah sesebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya. Ini yang

dimaksudkan melalui konsep kepelbagaian budaya. Dalam bilik darjah pula , suasana campuran pelbagai budaya menyebabkan anak anak bangsa bergerak dalam satu identiti yang sama iaitu kami anak Malaysia ataupun 1 Malaysia. Suasana campuran pelbagai budaya ini menyebabakan anak anak muda zaman sekarang untuk menerima dan mengamalkan konsep kepelbagaian budaya. Mereka sanggup berkerja antara bangsa, kaum dan etnik yang bersama secara bersama. Kini di Malaysia , Menurut banci 2010 ( www.star.com.my ) , terdapat 67.4 % etnik bumiputera , Cina(24.6 %) , India (7.3 %) dan lain lain (0.7 %) . Di Malaysia bukan sahaja adanya Melayu , Cina dan India malahan jika kita beralih ke Sabah dan Sarawak terdapat pula beratusan peribumi Iban , Dayak , Melanau , Kadazan , Dusun , Bajau dan lain lain lagi. Jadual 1.0 menunjukkan banci bagi tahun 2010 di Sabah dan Sarawak Banci 2010: Penduduk Sabah dan Sarawak Melayu Kadazandusun Bajau Murut Bumiputera lain 184,197 568,575 450,279 102,393 659,865

Cina India Lain-lain Bukan warga JUMLAH

295,674 7,453 48,527 889,779 3,206,742

Jadual ini menunjukkan bahawa terdapat juga kepelbagaian budaya di sabah dan sarawak. (http://helenang.wordpress.com) Seterusnya ialah kepercayaan. Kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu, Kamus Dewan(1994).

Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turuntemurun. Dalam konteks di bilik darjah, murid dapat mengetahui dan memahami kepelbagaian kepercayaan masyarakat di negara kita seperti kepercayaan

masyarakat Melayu, Cina dan India. Murid juga perlu didedahkan kepada kepercayaan masyarakat lain supaya tidak timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas.Kita sebagai penduduk Malaysia hendaklah patut mengenali adat isitadat dan antang larang semua kaum. Contohnya, Masyarakat Melayu mengamalkan pantang larang menjahit pada waktu senja. Jika melakukannya dikatakan mata mereka akan buta. Sebenarnya adalah ia adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan. Larangan ini membawa kebaikan kepada anak supaya mereka tahu membezakan masa yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Pantang larang ini digunakan oleh semua masyarakat di Malaysia. Tidak dikira Melayu, Cina ataupun India. Selain itu, Masyarakat Cina turut percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat yang kekuatanya luar biasa. Beberapa semangat itu berada dan hidup di dalam fenomena-fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air,

tumbuh-tumbuhan, gunung serta fenomena-fenomena alam lainnya. Fenomena alam itu diklasifikasikan kepada yang dan yin. Yang merupakan prinsip dasar untuk laki-laki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya(siang), dan siang yang termasuk keaktifan. yin adalah suatu prinsip seperti wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap(malam), dan segala yang bersifat pasif. Masyarakat Cina percaya bahawa jade dapat memberi kekayaan dan keharmonian. Feng-shui dikatakan akan memberi

tuah dalam kehidupan (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Kepercayaan dalam masyarakat India pula dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif. Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya dikatakan akan menerima nasib buruk atau kesan negatif (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Sebagai contohnya perbuatan bersiul pada waktu malam akan mengundang ular masuk ke dalam rumah. Bagi yang makan di tempat yang gelap pula, mereka ditakutkan dengan cerita bahawa makanan mereka akan dikongsi bersama oleh hantu, roh atau penunggu. Mereka juga percaya bahawa sekiranya pensel diasah pada kedua-dua belah, maka ibu dan bapa berkenaan akan sentiasa bergaduh. Kesemua kepercayaan ini sememangnya telah dikenali oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia. Penerapan serta sikap toleransi antara sesama kaum menyebabkan konsep kepelbagaian budaya di Malaysia menular dengan cepatnya. Satu lagi cara untuk kita memahami konsep kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia ialah dengan adanya bahasa. Bahasa merupakan satu sistem dalam keluarga

komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan sewenangnya wenangnya , tetapi mempunyai struktur. Bahasa merupakan alat menyalurkan idea (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Di Malaysia, kepelbagaian budaya ini diterapkan melalui bahasa. Boleh dikatakan sebahagian besar daripada orang india dan orang cina fasih bahasa melayu. Ini juga membantu dalam menularan kepelbagaian budaya dalam Malaysia. Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat . adat juga adalah amalan yang piawai , iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam juga merupakan sesuatu perkara ynag diwarisi sejak turun temurun oleh ketiga tiga kaum utama di Malaysia. Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza. Terdapat pelbagai adat resam dari pelbagai kaum yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Kepelbagain adat resam di Malaysia merupakan

salah satu aspek penwujudan konsep kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia kini. Secara kesimpulannya, terdapat pelgai budaya dalam masyarakat majmuk kepelbagaian ini perlulah ditangani dengan baik . sekirannya ia ditangani dengan baik maka ia tidak akan menimbulkan jurang dikalangan murid dan juga masyarakat.

You might also like