You are on page 1of 17

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA DI DALAM SEBUAH

BILIK DARJAH TERHADAP GURU, MURID DAN SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN
Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti
Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina
dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak
selain orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik
mempunyai sosio-budaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.
Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding
negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan
keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan,
kepercayaan,

kesenian,

moral,

hukum,

adat

istiadat,

dan

kemampuan-

kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.


Merujuk kepada perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi
Suku Ketiga 2009, Malaysia terdiri daripada 17.64 juta orang kaum bumiputera dimana
14.50 juta orang adalah kaum Melayu manakala 3.15 juta orang adalah kaum
Bumiputera bukan Melayu seperti Kadazan, Dayak, Iban, Dusun dan lain-lain lagi.
Kaum Cina pula seramai 6.45 juta orang diikuti dengan kaum india seramai 1.95 juta
orang dan lain-lain kaum seramai 342 ribu orang.
Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan
kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat kita. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, kepelbagaian membawa erti berbagai-bagai jenis manakala sosio -budaya pula
ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya yang merangkumi cara
hidup, adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian sosio budaya
boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan
budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama. Islam turut mempunyai takrif
tersendiri mengenai sosio budaya ini. Sosio budaya menurut Islam ialah amalan yang

berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang lahir dari akidah dan
petunjuk Islam, bersangkutan dengan akhlak dan pergaulan masyarakat itu dalam
berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang pembangunan masyarakat
berkenaan menurut yang diredhai Allah SWT.
Bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara yang mempunyai
pelbagai kaum ini, pemerintah negara perlu bijak untuk menangani karenah serta
permintaan semua kaum bagi kepentingan kaum mereka. Perpaduan merupakan
elemen terpenting dalam usaha mengekalkan keharmonian negara, maka wujudlah
Rukun Negara. Rukun Negara adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengekalkan
perpaduan pelbagai kaum di Malaysia setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei
1963 yang mampu mengugat kemerdekaan negara pada masa itu.
Pada era yang makin mencabar ini, perpaduan turut menjadi isu yang hangat
setelah pemimpin-pemimpin kaum mula membangkitkan isu-isu sensitif dan mencabar
hak keistimewaan Kaum Bumiputera yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan
Malaysia. Oleh yang demikian, satu pendekatan perlu di ambil bagi mengelakkan
perpecahan kaum dan peristiwa berdarah berulang kembali. Perubahan pucuk
pimpinan negara pada tahun 2009 telah menjadikan perpaduan sebagai perkara utama
kepimpinan negara. Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak melancarkan1Malaysia
sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan kaum di Malaysia. Menurut beliau,
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yangseharusnya menjadi
amalan setiap rakyat Malaysia.
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia merupakan pelengkap kepada
pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi
menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi
bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain, 1Malaysia digagaskan sebagai
satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020
tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan

masyarakat. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang


kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat
kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam
satu negara.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996, muka surat 180, menyatakan budaya
dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan
fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari
ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja malahan ia juga merangkumi skop yang lebih
luas yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh
manusia sebagai anggota masyarakat.
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi
kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan
kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah khasnya. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah
memainkan peranan penting untuk menjayakan falsafah pendidikan negara.

2.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA KEPADA GURU, MURID DAN


SEKOLAH
Implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap pengurusan kelas. Kepelbagaian
sosio-budaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri kepada sesebuah
organisasi. Kepelbagaian sosio-budaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas
meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru, murid serta
sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan konsep
1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana, sekolah
merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai murni
dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep1Malaysia akan bermula di peringkat
sekolah.

2.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH


TERHADAP GURU
Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang
sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu
bersedia dengan kepelbagaian sosio-budaya murid yang datangnya daripada pelbagai
kelas sosial dan kaum. Roland Meighan (1986) berpendapat

kelas sosial

menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa


yang sama. Manakala menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku
bangsa ataupun jenis bangsa seseorang. Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi
menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan.
Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya
menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada
anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis
mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru,
ia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan
tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza.
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid,
tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja. Murid dari kaum dan jantina
berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang
untuk berinteraksi terbuka luas
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum
ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa
mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap
pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan
kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan
kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta
budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan

mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan


sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya
dan fahaman murid -murid. Lahir daripada latar belakang dan pengaruh persekitaran
yang berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu
perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama Islam dan murid beragama Buddha
pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh
hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala
pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan ulasan
yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia
mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan
meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri
murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang
sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai -nilai murni yang
dinyatakan dalam konsep 1Malaysia.
Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang
bersatu padu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid
daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan murid-murid
lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama dan
kepercayaan yang dianuti oleh murid -murid. Perancangan proses pengajaran dan
pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama, nilai dan kepercayaan
mereka.
Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang ini menyebabkan berlaku
pertembungan

dialek

yang

memberi

impak

kepada

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa


standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti
pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.
Hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan
menyebabkan hubungan antara guru dan murid menjadi renggang dan hilang minat

untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti


pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam
mengendalikan kelas rofes murid di mana akan wujud pergaulan bebas, tidak
berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini
suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai
dengan tahap pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid membina konsep
positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan
meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem motivasi
dan sebagainya.
Guru mesti membiasakan diri rofes awal kekelas dan mempunyai amalan
sentiasa menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah
dimaksimumkan dengan aktiviti yang meransang minda. Kata-kata motivasi dan penuh
senyuman, jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping teguran
berupa nasihat dan bukan leteran.
Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Langkahlangkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang
tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan
etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.
Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan
oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu
sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru
perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai
dan agama yang dianuti murid.
Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak
akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku

akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa


yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam
pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian
serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa
masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat
dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang
berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka terhadap segala
perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran
waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang terpaksa dijalankan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang
cemerlang. Antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami
bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan
jangka panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh
dicapai, realistik dan bijak dalam pengurusan masa.
Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan
keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan,
kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan
berkomunikasi. Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan
mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan
menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas.

2.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK TERHADAP


MURID
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan
bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik
darjah. Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid
mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan

persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio-budaya di dalam
kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup
mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakanrakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara
mereka bagi memudahkan proses pembelajaran. Hati dan jiwa mereka perlu
dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia.
Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang
lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam
pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkah laku
dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang
betul dan tepat. Ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa
pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu
membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain
Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek di dalam kelas seharusnya dikawal
bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang
betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan
salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut
membantu murid mencapai kematangan sosial. Murid perlu mengambil peluang
daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan
jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan
interaksi yang sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran
kepada murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama,
batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan
dengan tuntutan agama. Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat
sensitif. Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan.
Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan
supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak
harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling
percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa
mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri
murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan
dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran
memacu pembangunan negara.
Murid

digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi

sesama rakan. Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, murid mesti diingatkan
untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan
laras bahasa yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang
bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan
bahasamurid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu
murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.
Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang
berlainan jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam
interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid harus diberikan peranan
dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas
mereka. Ahli jawatankuasa keceriaan kelas perlu diujudkan disamping jawatan ketua
dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murud dapat merasakan diri mereka tidak
dipinggirkan di dalam kelas mereka.
Murid perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu
menggunakan komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman
selain kerap memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih
baik daripada sebelumnya. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria,
menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif
dan inovatif dan bermatlamat. Murid perlu membentuk budaya bilik darjah yang
dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama rakan
dan guru.

Murid perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap
disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berkhemah, yang dibaluti perasaan kasih
sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri kea
rah pembentukan modal insan yang berkualiti. Tindakan murid boleh dibuat jangkaan
oleh guru. Guru dapat kurangkan masalah disiplin melalui pendekatan bilik darjah yang
berkesan. Murid-murid yang menimbulkan punca permasalah harus dikenal pasti,
supaya murid lain tidak menjadi pak turut .
Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat
pada masanya. Guru dicadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran berlandaskan tahap pencapaian murid yang dimulakan dengan set
induksi yang menarik dan diikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran yang boleh menghilangkan
rasa bosan murid
Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio-budaya memerlukan sikap
percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang dirangka mestilah berupaya untuk
menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan
yang tinggi meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung perpaduan
antara kaum akan terjalin. Kepelbagaian sosio-budaya di dalam kelas turut merangsang
kewujudan masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku
seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah
laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu
peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat dibendung
dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.

2.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK TERHADAP


SEKOLAH
Kepelbagaian sosio-budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada
pelbagai bangsa seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Cina dan Tamil.
Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian
sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk

Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk
memupuk perpaduandalam kalangan murid tanpa mengira kaum.
Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan
negara. Pada peringkat sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat
menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama
Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Agama. Di peringkat
sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa
pengantar utamanya ialah Bahasa Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya
Bahasa Cina manakala SJKT menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil.
Di peringkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama penuh (SBP)
yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar
mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistemewaan
masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Pancaragam di
Sekolah Menengah Tun Fatimah dan pidato di Kolej Islam Kelang.
Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang
cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk
menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. Sekolah Teknik
menawarkan bidang bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga, pertanian,
ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala bidang teknik termasuklah
kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT
Dato Undang Hj Md Sharip ( ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri
Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah
Alam (ketukangan makanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan).
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan menyediakan
program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat,
kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran
dalam

pelbagai

bidang

ilmu

di

dalam

dan

di

luar

negara.

Antara

yang

membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah komitmen

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan


agama kepada murid-murid.
Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang
kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya.
Sekolah ini mempunyai seni bina yang bersejarah yang akan memperkayakan
khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambing kebanggaan negara kerana
kecemerlangannya. Sekolah ini melahirkan tokoh-tokoh negara dan korporat seperti
Victoria Institiut (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail
(Kelantan) dan Sekolah MenengahSt. John (Kuala Lumpur)
Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya
Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk
yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik
berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat
tahap dua dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan konsep
baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kundusif bagi murid-murid yang
berpotensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis,
Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun di Negeri Kedah.
Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid
bermasalah penglihatan, pendengaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif
rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang
berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketigatiga kategori pendidikan khas. Sekolah Menengah Teknik memberi peluang pendidikan
kepada murid bermasalah pendengaran dengan menawarkan kursusu-kursus anjuran
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
Sekolah Wawasan pula ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing

antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.
Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak dari
peringkat awal persekolahan lagi sedah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang
bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum
sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini
masih kanak-kanak yang boleh dibentuk.

3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian budaya
dalam masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk
interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan
memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini
membolehkan murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar kea rah
pencapaian prestasi budaya cemerlang.
Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada
pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek
kurikulum yang tersirat. Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid-murid supaya
mereka mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.
Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang
boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,
ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidikan layak dan
patut menjadi guru .
Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan
diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi
perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep
kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan
diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah

dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak


masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa
prejudis.
Konsep modal budaya merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi
keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Pierre Bourdieu
(1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu
adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap
pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka
daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.
Pembelajaran

secara

direktif

bermaksud,

murid-murid

belajar

melalui

penerangan tentang konsep / kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan
latihan yang dibuat dengan bimbingan guru.Contoh strategi-strategi pengajaran yang
boleh digunakan oleh guru ialah kuliah dan latih-tubi. Bagi elemen pembelajaran secara
mediatif pula, murid-murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai
kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang
boleh digunakan oleh guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti penakulan
dialektual, pemerolehan konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan
terbuka.
Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea
kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara
kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh
aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda,
pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar
mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah
pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh
menggunakan

kaedah

kontekstual

yang

mengaitkan

bahan

pengajaran

dan

pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan murid-

murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya


kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat.
Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada
realiti kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran
kontekstual

ialah

pembelajaran

pembelajaran aktiviti

eksperential,

pengalaman

hidup

sebenar,

dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini

mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi


pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia
mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka
lebih berdikari.
Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru
menggalakkan murid untuk belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan
penilaian sebenar, pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial guru
dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan dan penilaian
autentik melalui pengalaman praktikal.
Dalam

strategi

metakognitif,

murid-murid

memikirkan

tentang

proses

pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contohcontoh soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi
metakognitif ialah Apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh
mempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Murid-murid dapat
mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau
membuat journal refleksi. Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh
dipraktikkan oleh murid-murid
Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan oleh guru di luar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini,
peranan guru sebagai seorang fasilitator di mana dia akan cuba menyelesaikan semua
masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian
masalah dan murid mesti berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini.

Selepas menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan
laporan secara individu atau mengikut kumpulan.
Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil
bahagian dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa
depan adalah amat penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat
membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip dalam
kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merupakan ruang di mana kita
mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak atau melakukan sesuatu, terdapat bukan
hanya satu masa depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan
soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh
guru. Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh guru dalam kaedah ini ialah
seperti bagaimana keadaan lalu lintas pada satu hari nanti di Malaysia? Apakah
kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan? Apakah kesankesan daripada penebangan hutan? Guru boleh menanya soalan sama ada murid
pernah melihat hutan? Apakah yang akan berlaku pada haiwan-haiwan bila hutan
ditebang dan apakah akibat-akibatnya apabila tiada lagitumbuh an hijau di dunia?
Pendekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara
kumpulan dan berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat
berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam
pembelajaran koperatif ialah seperti guru sampaikan pelajaran baru, murid-murid
membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif, ujian dijalankan untuk
mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan. Peneguhan sosial
diberikan kepada kumpulan yang berprestasi cemerlang. Murid membentuk kumpulan
untuk membincangkan secara koperatif. Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti,
murid-murid melibatkan diri secara aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan
bertanggungjawab sesama ahli kumpulan, kemahiran dan interaksi sosial dapat
dipupuk dan murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini. Prosedur
pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah seperti guru mengajar satu
unit kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk

menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru membimbing


dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti bimbingan guru,
murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif pembelajaran
yang ditetapkan.
Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara
dua pihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang
berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang
akademik & ko-kurikulum. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat
ditingkatkan nilai sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin
dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif
mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan
semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

You might also like