You are on page 1of 13

NAMA JABATAN / UNIT: PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS


(INDIVIDU)

SEMESTER 2/ 2020

Nama : CHIA NEAN ERN

Angka Giliran : 2019212350005

Nombor Kad Pengenalan : 000413-01-0048

Kumpulan/Unit : PISMP TESL JUN 2019 (A)

Kod dan Nama Kursus : MPU 3052 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Nama Pensyarah : EN. MOHD YUSRI BIN YUSOFF

Tarikh Hantar : 27 MAC 2020

Tarikh Diterima :
(Diisi Oleh Pensyarah)

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
fahami.

Tandatangan Pelajar : Jumlah markah:

Tarikh :

Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja
kursus pelajar.
1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan, tamadun memberi definisi kebudayaan, peradaban, dan


kemajuan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010). Ketamadunan Malaysia dibina
berasaskan kepelbagaian budaya dan keunikan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan dataran pertembungan
tamadun utama timur dan barat disebabkan kedudukan geografinya (Rafiza, 2013). Oleh
itu, pendatang asing yang berasal dari negara yang berbeza turut melawat ke Malaysia
dengan sebab mencari rezeki, melalui perkahwinan dan sebagainya. Hal ini telah
menjadikan Malaysia berkembang sebagai negara yang terdiri daripada berbagai-bagai
kaum dan bangsa. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, terdapat
isu-isu yang timbul disebabkan perselisihan faham antara kaum. Sebagai tamsilan,
kejadian 13 Mei yang berlaku disebabkan oleh rusuhan kaum (Beh, 2007). Namun
demikian, masyarakat Malaysia berjaya mengatasi masalah perkauman dengan usaha
segenap lapisan masyarakat yang rela menerima dan menghormati cara kehidupan
kaum lain serta bertolak ansur antara satu sama lain dengan tidak mengkritikan budaya
yang berbeza.

Sebenarnya, kehidupan masyarakat Malaysia banyak dipengaruhi oleh tamadun-


tamadun luar seperti tamadun Melayu, Cina dan India khususnya dari segi sosiobudaya,
ekonomi dan pendidikan (Zahir, 2015). Pengaruh tersebut juga dipercayai dapat
melahirkan masyarakat yang bertoleransi serta saling memahami dan menghormati adat
budaya perlbagai kaum.

2.0 Perbandingan antara Tamadun Melayu, Cina dan India


2.1 Perbandingan dari segi sosiobudaya

Sosiobudaya membawa maksud hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara


hidup, adat istiadat dan lain-lain (Kamus Bahasa Melayu, 2017). Dari segi sosiobudaya,
tamadun Melayu membawa pengaruh kepada pembentukan ketamadunan Malaysia dengan
memperkenalkan agama Islam dan adat istiadatnya. Sepanjang waktu perkembangan,
tamadun Melayu semakin erat dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu (Afifah, 2003).
Hubungan antara Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Sejak agama Islam
diperkenalkan ke tanah Melayu, agama tersebut telah dianggap sebagai identiti sosial orang
Melayu. Oleh itu, Islam bukan sahaja menjadi unsur dalam takrifan Melayu malah juga
menjadi agama persekutuan Selain itu, cara hidup masyarakat Melayu juga berpandukan
kepada agama Islam yang telah ditetapkan dalam kitab. Tamsilnya, penganut Islam akan
mengazankan bayi lelaki dan mengqamatkan bayi perempuan bagi meniupkan roh dan
semangat Islam kepada bayi (Nadiah & Law, 2008). Tegasnya, kedatangan Islam dipercayai
merupakan pengaruh kepada pembentukan Malaysia yang paling utama dari segi
sosiobudaya.

Tamadun China juga mempengaruhi pembentukan ketamadunan Malaysia dari segi


sosiobudaya iaitu dari sudut adat mereka yang mementingkan keharmonian dan moral.
Masyarakat Cina mementingkan hubungan yang harmoni dengan alam sekitar serta
masyarakat yang lain. Menurut Suffian Mansor (2003), dalam hal kehidupan seharian
masyarakat Cina, mereka harus mempunyai moral yang tinggi. Mereka disarankan supaya
mempunyai peribadi yang baik. Konsep ini sebenarnya diasalkan daripada konsep utama
masyarakat Cina iaitu Confucianism. Ahli falsafah Confucius sangat mementingkan
peraturan tingkah laku dan pertuturan yang telah ditetapkan dan yang betul. Hari ini di
Malaysia, beliau disembahkan sebagai dewa minor di tokong (Tan, 2011). Hal ini telah
membawa pengaruh kepada pembentukan masyarakat yang menjaga keharmonian dan
hubungan silaturahim antara pelbagai kaum.

Di samping itu, pengaruh tamadun India pula boleh dikatakan menyerap masuk
dalam keseluruhan adat istiadat Melayu. Seperti tamadun yang lain, tamadun India juga
mengamalkan sosiobudaya berasaskan agamanya iaitu agama Hindu. Antara contoh
pengaruh Hindu yang paling ketara dalam adat resam masyarakat Malaysia ialah pengaruh
dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan (Afifah,
2003). Amalan-amalan seperti wanita yang hamil membawa pisau bagi melindunginya
daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orang
Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang jahat (Amran, 1995). Lantaran itu,
interaksi secara langsung tamadun India dengan tamadun-tamadun di Tanah Melayu
banyak meninggalkan kesan dan pengaruh dari segi sosiobudaya.

2.2 Perbandingan dari segi ekonomi

Dari segi ekonomi, masyarakat Melayu pada zaman dahulu mengamalkan sifat sara
hidup yang mudah iaitu berasaskan penanaman padi dan aktiviti perikanan (Iwana, 2016).
Mereka menjalankan aktiviti pertukaran barang bagi mendapatkan sumber makanan yang
lengkap. Pada zaman tersebut, matlamat utama kegiatan ekonomi adalah dapat
meneruskan kehidupan mereka dengan sumber makanan dan barangan seharian yang
secukupnya. Oleh itu, mereka tidak mementingkan keuntungan sendiri atau kebaikan
sendiri, malah mereka tolong-menolong antara satu sama lain dengan bertukar barangan
antara satu sama lain. Amalan riba dan penipuan juga dilarang menurut ajaran agama
Islam. Oleh itu, tamadun Melayu memberi perkembangan pesat kepada ekonomi Malaysia
pada zaman dahulu.
Tamadun Cina dan tamadun India pula mempunyai pengaruh yang sama terhadap
perbentukan Malaysia dari segi ekonomi. Kebanyakan masyarakat Cina dan India datang ke
Tanah Melayu sebagai pedagang dan buruh asing. Masyarakat Cina telah mempunyai
hubungan perdagangan dan diplomatik dengan raja-raja Tanah Melayu dan hal ini telah
membawa kepada penghijrahan bangsa Cina (Noor, 2010). Seperti tamadun Cina,
masyarakat India juga menjalinkan hubungan perdagangan dengan Tanah Melayu
disebabkan kekayaannya dalam sumber rempah-ratus dan bahan lain yang diperlukan oleh
bumi Melayu. Hubungan tersebut telah mengakibatkan masyarakat Cina dan India menetap
di Malaysia dan mencari pekerjaan bagi meneruskan kehidupan. Hal ini telah membawa
kepada perkembangan ekonomi kerana pertukaran sumber antara negara telah digiatkan.
Pada zaman sekarang, Malaysia masih mengekalkan hubungan diplomatik yang erat
dengan negara China dan India yang menjamin kemajuan negara kita sepanjang masa.

2.3 Perbandingan dari segi pendidikan

Pada zaman dahulu, tujuan utama pendidikan adalah untuk pembinaan sifat-sifat
mulia seseorang melalui proses pengajaran ilmu. Dengan kesedaran tentang perkara
tersebut, dimensi untuk diberi penekanan penting sama ada dalam konsep tamadun Melayu,
tamadun Cina dan tamadun India. Semua tamadun memberi penekanan terhadap bidang
Pendidikan, namun begitu bidang yang difokuskan serta tahap penekannya berbeza antara
satu sama yang lain.

Sistem pendidikan tamadun Melayu adalah berlandaskan kepada pelajaran agama


Islam, iaitu menjadikan kitab suci Al-Quran sebagai panduan dan rujukan utama (Iwana,
2016). Di Malaysia, mereka telah menjadikan surau dan masjid sebagai tempat untuk
menuntut ilmu dengan mengkaji ayat-ayat kitab Al-Quran. Dengan menetapkan tempat atau
institut pembelajaran, telah dibuktikan bahawa tamadun Melayu mementingkan proses
penimbaan ilmu pengetahuan baru dari aspek pendidikan.

Bagi tamadun Cina pula, salah satu budaya tradisi yang membawa kebaikan
daripada dulu sehingga sekarang ialah sikap mementingkan ilmu atau pendidikan. Hal ini
demikian kerana menurut ajaran Confucius, pendidikan adalah satu-satunya jalan bagi
meningkatkan kualiti moral manusia (Afifah, 2003). Oleh itu, masyarakat Cina memahami
dan mengikuti ajaran moralnya dan hal ini telah menyebabkan mereka dipandang sebagai
suatu bangsa yang rajin, kuat bekerja, taat kepada orang dan sifat-sifat terpuji yang lain, dan
ini telah membawa pengaruh kepada pembentukan negara Malaysia yang sejahtera.

Peningkatan dalam bidang pendidikan tamadun India bermula pada Zaman Vedik.
Lantaran itu, mereka sangat mementingkan ajaran agama dan Hindu adalah terasnya.
Walaupun ajaran agama juga bertujuan untuk pembentukan peribadi seseorang individu,
cara transformasi dilakukan amat berbeza. Ajaran Hindu berpendapat bahawa transformasi
sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (Afifah, 2003). Tamsilnya, seseorang
yang berpendidikan tersebut akan menyedari tentang kesalahan sendiri dan berusaha untuk
membaikinya.

Tegasnya, pendidikan merupakan aspek penting dalam setiap tamadun dan


penyebaran serta pencarian ilmu pengetahuan merupakan tugas manusia yang dipandang
mulia oleh setiap tamadun.

3.0 Pengaruh tamadun lain melahirkan masyarakat Malaysia yang bertoleransi

Negara Malaysia pada hari ini masih berkekal aman dan sejahtera dengan ketiga-
tiga tamadun masih mengekalkan budaya masing-masing walaupun hidup dalam
persekitaran yang sama. Namun begitu, hal ini tidak mempengaruhi hubungan silaturahim
antara rakyat dan sebaliknya, masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum bertolak
ansur dan saling memahami adat budaya. Sebagai tamsilnya, tradisi kunjung-mengunjung
ke rumah terbuka diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim tanpa mengira kaum
dan agama.

Tambahan pula, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan kerana statistic
menunjukkan jurang perbezaan yang ketara dalam pendapatan, ketidakseimbangan yang
serius dalam sector pekerjaan dan pemilikan saham antara kaum pada tahun 1970 (Afifah,
2003). Bagi mengusahakan rancangan ini, kehidupan masyarakat luar bandar telah
dimodenkan, pertumbuhan dalam aktiviti perbandaran juga diseimbangkan. DEB secara
umumnya merupakan kerangka pembangunan negara Malaysia yang bermatlamat untuk
mengurangkan jurang pertelingkahan antara kaum. Oleh itu, pada hari ini, kita dapat melihat
tidak mengira bangsa Melayu, Cina mahupun India, turut mengambil bahagian dalam
pelbagai sektor. Tiada lagi penetapan bangsa tertentu terhadap sektor-sektor tertentu
(Iwana, 2016). Seperkara lagi, masyarakat juga menghormati sistem ekonomi pelbagai
kaum. Sebagai contoh, setiap orang sentiasa mengamalkan akhlak yang positif semasa
menjalankan kegiatan ekonomi dan tidak membuat penipuan, amalan riba dan bentuk-
bentuk penyelewengan seperti yang ditegah dalam ajaran Islam.

Di samping itu, dasar pendidikan kebangsaan juga digubal bagi menyeimbangkan


perbezaan ajaran ketiga-tiga tamadun. Dasar tersebut mengambil kira aspek masyarakat
majmuk yang telah berinteraksi sekian lama secara harmoni. Strategi yang telah dirancang
termasuklah mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua
jenis sekolah, menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi
pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dan sebagainya.
Dengan ini, perpaduan dan keharmonian turut dicapai dengan mengambil kira perbezaan
antara tamadun yang berbeza dalam sistem pendidikan.

4.0 Kesimpulan

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengaruh tamadun utama Asia iaitu tamadun
Melayu, Cina dan India yang terdapat di Malaysia yang terlibat dalam pembentukan
ketamadunan Malaysia mempunyai banyak persamaan dan perbezaan dari pelbagai aspek
seperti sosiobudaya, ekonomi dan pendidikan yang telah dibincangkan. Tamadun yang
berlainan mempunyai cara hidup, kepercayaan dan konsep tersendiri disebabkan tempat
asal dan kepercayaan yang berbeza. Walaubagaimanapun, pembentukan ketamadunan
Malaysia telah membuktikan bahawa perbezaan tersebut tidak akan mempengaruhi
perkembangan negara dan sebaliknya telah melahirkan masyarakat Malaysia yang
bertoleransi dan saling memahami adat budaya pelbagai kaum dengan penggubalan dasar
yang adil dan saksama. Lantaran itu, segenap lapisan masyarakat Malaysia disarankan
supaya mengekalkan kesejahteraan tersebut dengan mengamalkan nilai bertolak ansur dan
hormat-menghormati supaya dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham yang tidak
diinginkan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bagi mempertahankan kemajuan negara,
semua pihak diseru supaya menerima perbezaan pelbagai kaum dan menghargai keunikan
bangsa-bangsa masing-masing.
Sumber Rujukan:

Afifah Abu Yazid. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Petaling Jaya: Pearson.

Amran Kasimim. (1995). Agama dan perubahan sosial di kalangan penduduk asli di
Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Beh, L. Y. (2007). Mendedahkan punca sebenar rusuhan 13 Mei. Retrieved from:


https://www.malaysiakini.com/news/67120

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Iwana, I. Z. (2016). Perbandingan tamadun di Malaysia.

Kamus Bahasa Melayu. (2017). Sosiobudaya. Retrieved from:


http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sosiobudaya

Nadiah Abdul Rahman & Law, P. N. H. (2008). Tamadun Islam dan Asia edisi keempat.
Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Noor, M. M. (2010). Hubungan Melayu dan Cina di Malaysia masa kini: Buta dengan
perubahan reality sosial negara. Jurnal Demokrasi, 9(2).

Rafiza Diy. (2013). Tamadun China dalam pemantapan tamadun Malaysia dan dunia.
Retrieved from: https://www.slideshare.net/diyraz/kump-6-tajuk-7

Suffian Mansor. (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan, C. B. (2011). Agama Cina di Malaysia: Satu pandangan umum. Jurnal Terjemahan
Alam
dan Tamadun Melayu 2(2), 96-122.

Zahir Zainuddin. (2015). Pengaruh tamadun luar dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Retrieved from: http://zahirzainudin.blogspot.com/2015/03/pengaruh-tamadun-luar-
dalam-
kehidupan.html
Lampiran:

You might also like