You are on page 1of 10

222.....

<PROGRAM >

BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC MANAGEMENT) WITH HONOURS

<SEMESTER / TAHUN >

Semester 2 / 2019

<KOD KURSUS>

MPU3112

<TAJUK KURSUS>

HUBUNGAN ETNIK
SEPTEMBER SEMESTER 2019
NO. MATRIKULASI : 750508025800001

NO. KAD PENGENALAN : 750508025800

NO. TELEFON : +6019-5280409

E-MEL : zatil75@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA(OUM)

CAWANGAN ALOR SETAR/PERLIS


1.0 PENGENALAN

Integrasi adalah membawa maksud kepada dua gabungan atau beberapa jenis unsur contohnya
seperti beberapa perkauman serta ( unsur, bahagian dan lain-lain yang menjadi sebuah kesatuan
yang teguh serta terdapat beberapa jenis usaha yang dapat dilakukan bagi mewujudkan suatu
kaum ke arah proses kemasyarakat yang beridentitikan Malaysia. Selain itu, melalui carian
PRPM @ DBP Malaysia serta pusat Rujukan Persuratan Melayu ianya turut menjelaskan
bahawa masyarakat majmuk adalah merupakan sebuah masyarakat yang mempunyai
kepelbagaian etnik (kaum) yang hidup dalam sebuah negara, tetapi telah dipisahkan oleh ciri-
ciri ekonomi seperti tempat tinggal, sosial serta budaya. Oleh itu, Di Malaysia terdapat pelbagai
etnik dan berbagai jenis bahasa yang mereka gunakan., Seterusnya,Malaysia memerlukan sebuah
kekuatan serta perpaduan yang boleh membina integrasi yang tinggi untuk menjadikannya aman
serta harmoni. Menurut konsep serta Amalan di Malaysia, Bab 6 ( Mohd Sohaimi Esa , Dayu
Sansalu, Yusten Karulus dan Budi Anto Mohd Tamring ). Konsep integrasi adalah merupakan
perkaitan antara kaum, perpaduan, semangat nasionalisme yang cinta akan negara telah
diterapkan sekian lama oleh pemimpin-pemimpin terdahulu sehingga masa kini ianya masih
dilaung-laungkan. Di samping itu, Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Tungku Abdul
Rahman telah pun dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V. T. Sambanthan yang telah
berjuang untuk mencapai ke arah kemerdekaan serta bagi membebaskan Tanah Melayu daripada
penjajahan British bagi membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.Oleh itu,
melalui Parti Perikatan pada tahun 1957 Setelah mencapainya kemerdekaan Tungku Abdul
Rahman sekali lagi telah berjuang bagi menyatu padukan seluruh rakyat di Semenanjung Tanah
Melayu malahan juga rakyat di Singapura, Brunei, Sabah serta Sarawak. Melalui cara itu Beliau
telah berjaya menyatukan wilayah-wilayah tersebut di bawah satu gagasan penubuhan Malaysia
kecuali Brunei, serta telah bersetuju dan bersepakat antara sama lain dalam membangun serta
membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Dalam pada itu,melalui sebulat suara Tungku
Abdul Rahman telah pun dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Sehubungan itu, selepas tamatnya era kepimpinan beliau Tungku Abdul Rahman telah pun
digantikan oleh Tun Abdul Razak. Sementara itu Beliau telah pun mengambil alih dasar
pemerintahan negara Malaysia dengan cara memberikan inspirasi dalam Rukun Negara serta
Dasar Ekonomi yang Baru. (DEB) ini ditubuhkan adalah bertujuan bagi menyatupadukan rakyat
yang berbilang kaum di negara ini.Tambahan pula,dalam integrasi juga terdapat beberapa proses
iaitu antaranya ialah dari segi proses Amalgamasi yang merupakan satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Selain itu,proses
yang kedua ialah proses Asimilasi ialah merupakan proses percantuman dan penyatuan antara
kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama.Seterusnya, ialah proses Akulturasi iaitu merupakan proses  satu proses
penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan
lain yang berbeza. Akhir sekali ialah proses Akomodasi yang merupakan proses yang
menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan
etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. 
2.0 Pemerhatian dan penjelasan bentuk aktiviti dan program yang dapat
memupuk integrasi kaum dalam masyarakat.

Melalui tugasan yang dijalankan oleh saya iaitu MPU 3112 (Hubungan Etnik) saya akan
menjelaskan mengenai program yang dapat memupuk integrasi kaum dalam masyarakat Di
dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia pada hari ini, perpapaduan antara etnik itu
adalah amat penting yang akan dapat dilihat melalui penglibatan masyarakat dalam pelbagai
aktiviti sosial serta aktiviti kemasyarakatan yang telah dianjurkan oleh kerajaan, Ini adalah
merupakan hal yang sangat penting kerana ianya bagi memastikan segala perancangan bagi
memupuk perpaduan dapat dilaksanakan dengan baik.Selain itu, terdapat beberapa aktiviti serta
program yang dianjurkan serta boleh disertai oleh setiap anggota masyarakat bagi memastikan
keharmonian sesama masyarakat dapat dijalinkan dengan lebih erat. Seterusnya, semua aktiviti
yang dianjurkan juga mestilah menggambarkan unsur yang berbentuk kesepaduan yang dapat
menwujudkan kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam pada itu,Terdapat aktiviti
yang boleh dijalankan contohnya seperti gotong-royong, sambutan perayaan, aktiviti sukan serta
permainan pada sambutan bulan kemerdekaan.

Walau bagaimanapun,Integrasi dan perpaduan dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat


yang berbilang kaum ialah dengan mengadakan pelbagai aktiviti bergotong royong yang dapat
dilakukan setiap sebulan sekali. Sementara itu, melaui aktiviti bergotong-royong ia juga adalah
merupakan salah satu saluran yang terpenting serta dapat memberikan peluang kepada
masyarakat di sesuatu kawasan perumahan dan juga perkampungan untuk saling berjumpa
serta mengenali antara satu sama lain.Sehubungan itu,aktiviti ini juga boleh disertai oleh semua
lapisan masyarakat yang tidak mengenal peringkat umur .Sebagai contoh, ialah aktiviti gotong-
royong yang dapat dilakukan bersama antaranya ialah dengan membersihkan kawasan
perumahan, taman permainan, surau,masjid, balai raya, tanah perkuburan dan sebagainya lagi
Dalam pada itu,integrasi kaum di Malaysia juga boleh dipupuk menerusi sambutan perayaan
kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama seperti mengadakan majlis rumah terbuka bagi
memastikan perayaan utama ini dapat disambut oleh seluruh masyarakat yang berbilang kaum
yang kaum etniknya adalah terdiri daripada pelbagai kaum contohnya seperti, kaum india,cina
dan siam.Tambahan pula, setiap kaum ini juga,masing-masing mempuyai sambutan perayaan
yang berbeza contohnya india ialah sambutan Depavaali manakala cina pula sambutan tahun
baru cina dan akhir sekali siam adalah sambutan hari wesak.

Oleh itu,melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum ianya juga dapat melahirkan
perasaan saling hormat-menghormati antara satu sama lain terhadap adat dan kepercayaan kaum
lain. Sementara itu, majlis rumah terbuka itu juga akan disambut serta diraikan oleh masyarakat
yang berbilang kaum sambil dapat menikmati bermacam-macam-macam jenis juadah yang
disediakan bersama-sama. Pada waktu yang sama,aktiviti sukan dan permainan juga,perlulah
melibatkan masyarakat daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia terutamanya dalam sukan
bola sepak, serta hoki.Berdasarkan keseluruhannya bukti ini jelas menunjukkan bahawa
kesepaduan sosial adalah amat penting. Jelaslah di sini,ketiga-tiga pasukan tersebut diwakili
daripada pelbagai etnik di Malaysia. Seterusnya Pasukan bola sepak negara ini juga yang lebih
dikenali dengan Harimau Malaya mereka berusaha sedaya upaya bagi mengharumkan nama
negara di peringkat rantau benua dan juga antarabangsa. Pada tanggal 31 Ogos 1957 tarikh ini
adalah merupakan tarikh keramat kemerdekaan bagi negara kita. Selain itu,Pada setiap tahun
pelbagai kaum akan bersama-sama dalam meraikan serta menyertai upacara sambutan hari
kemerdekaan ini .Melalui sambutan kemerdekaan ini,ianya telah memberi peluang dan
membuka satu lagi jalan dalam kalangan masyarakat dalam usaha bagi memupuk integrasi kaum
di Malaysia.
3.0 IMPAK/KESAN YANG BERINTEGRASI KEPADA KAUM YANG DIJALANKAN
DALAM KALANGAN MASYARAKAT.

Terdapat beberapa jenis cara-cara yang dapat dilakukan bagi mengukuhkan lagi perhubungan
sesama kaum ini ialah dengan melakukan aktiviti contohnya seperti bergotong-royong,
mengadakan rumah terbuka, menganjurkan aktiviti sukan serta mengadakan sambutan bulan
kemerdekaan. Sekiranya aktiviti-aktiviti seperti ini diadakan ianya dapat meningkatkan lagi
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat bagi mencapai tahap integrasi kaum yang lebih
bersepadu. Justeru itu, melalui cara ini ianya akan mendatangkan impak yang lebih berkesan
dalam mencapai persefahaman,perpaduan serta tolenransi dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Oleh yang demikian, aktiviti bergotong-royong ini adalah merupakan satu contoh
yang terbaik serta mudah bagi menggambarkan wujudnya sikap kesepaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia. Jadi kesan daripada aktiviti bergotong-royong ini ianya dapat membentuk dan
dapat memupuk semangat bekerjasama dan menerapkan nilai-nilai murni bagi membersihkan
serta memperindahkan lagi kawasan-kawasan persekitaran di tempat kediaman masing-masing
seperti slogan yang mengambarkan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Di sini,sememangnya melalui
aktiviti gotong-royong ini ianya dapat meringankan beban serta dapat membantu bagi
mempermudahkan lagi kerja yang sukar dilakukan, Bak kata pepatah, “Yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing”. Dalam pada itu, majlis rumah terbuka ialah merupakan satu lagi
contoh yang dapat mengambarkan realiti kesepaduan sosial yang wujud dalam kalangan rakyat
Malaysia. Kesan yang dapat dirasai menerusi amalan kunjung-mengunjung ianya dapat
mempereratkan lagi hubungan silaturahim di antara jiran dan rakan-rakan daripada pelbagai
bangsa dan kaum yang berbeza
.Sehubungan itu,Sikap seperti inilah yang perlu dipraktikkan bagi membolehkan perbandingan
antara rakyat Malaysia dan rakyat negara lain dapat dibezakan.

Justeru itu, apa yang lebih penting ialah amalan rumah terbuka di negara kita kini sudah jelas
mengambarkan identiti Malaysia di antarabangsa. Ini telah menunjukkan sekirannya jika
masyarakat luar berbincang antara satu sama lain yang membahaskan tradisi rumah terbuka di
Malaysia pasti ianya menjadi sebutan sebagai salah sebuah negara yang telah lama
mengamalkannya dari dulu hingga masa kini.Secara umumnya,antara aktiviti sukan serta
permainan ini ia adalah merupakan salah satu perkara yang perlu diselesaikan ialah dengan
menghuraikan monopoli sukan dan permainan yang telah dipelopori oleh sesuatu kaum sahaja
misalnya seperti bola keranjang dan juga sepak takraw. Kita mengharapkan semoga suatu masa
nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, boleh diwakili oleh pelbagai kaum di Malaysia
dan bukan hanya dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dengan adanya penglibatan semua kaum
dalam aktiviti sukan ianya dapat meningkatkan lagi mutu permainan bagi mewakili pasukan
kebangsaan di peringkat antarabangsa.Implikasi ini juga akan dapat dilihat ialah dengan cara
memupuk semangat cintakan negara. Melalui usaha ini sudah semestinya ianya akan dapat
mengharumkan nama negara dan juga sekali gus dapat meningkatkan imej negara di peringkat
antarabangsa. berbilang bangsa yang turut hadir bagi menghayati dengan lebih mendalam lagi
tema Hari Kebangsaan seperti “Sehati Sejiwa” dan diharapkan ianya dapat melahirkan semangat
cintakan negara, kesepaduan, kesefahaman, kekitaan serta juga kemanusiaan seluruh rakyat di
negara ini. Akhir sekali semua kaum di Malaysia mestilah memahami bahawa kemerdekaan
yang dicapai pada hari ini mestilah dijaga dengan sebaik mungkin.
4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG INDIVIDU/PERTUBUHAN
SYARIKAT TIDAK AKTIF DALAM PROGRAM YANG BERCORAKAN INTEGRASI
KAUM.

Di antara Faktor yang boleh menjadi penghalang kepada individu atau pertubuhan syarikat tidak
aktif dalam program yang bercorakan integrasi kaum ialah dari segi kefahaman Politik yang
berbeza mengikut kaum contohnya seperti ,menurut pandangan Ira Meilita, (2009), penubuhan
parti-parti politik yang berlandaskan kaum contohnya seperti ,UMNO ,PAS untuk orang-orang
Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina serta MIC untuk orang India ianya telah
membantu bagi memantapkan lagi semangat dan sikap perkauman yang tinggi sesama
kaum.Selain itu, terdapat segelintir parti yang telah bergabung walaupun berlainan bangsa,
tetapi oleh kerana sikap mereka lebih mementingkan perkauman kaum sendiri dan teguh kepada
prinsip serta integrasi kaum mereka.Seterusnya untuk kaum Cina dan India pula ianya
melibatkan keadaan yang berlaku di negara asal mereka lebih penting berbanding dengan
situasi politik di Malaysia. Di sini telah terwujudnya sebuah parti-parti politik yang mana ianya
bersandarkan pelbagai kaum yang menjadikannya suatu pengaruh perkauman yang kuat serta
dapat berleluasa dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan pendidikan.Tambahan pula, dalam
membina sebuah integrasi perkauman yang teguh ianya perlulah dilakukan bersama-sama tanpa
mengira kaum ataupun agama. Justeru itu, matlamat serta perjuangan tersebut akan dapat dicapai
bagi menjaga keamanan negara supay negara akan sentiasa berada dalam keadaan yang aman
dan makmur.Di samping itu juga,amalan budaya yang berbeza akan menyebabkan masyarakat
akan kurangnya pendedahan terhadap adat-adat dan kebudayaan etnik kaum lain yang akan
menjadi penghalang dalam membina hubungan etnik antara di antara kaum.
Seterusnya,kebudayaan juga meliputi dari segi agama, kepercayaan, bahasa, adat resam serta
cara hidup yang boleh mempengaruhi sikap dan nilai setiap kaum.Sehubungan itu, Perbezaan di
antara kebudayaan juga akan menyebabkan timbulnya prasangka yang tidak diingini,
perkauman dan etnosentrisme yang ianya merujuk kepada perkara utama yang dapat
menyumbang kepada masalah perpaduan di negara kita. Sebagai contohnya, agama lain tidak
boleh menerima agama Islam seperti ibadat yang dilakukan oleh umat islam iaitu berpuasa
selama sebulan di bulan Ramadhan. Sementara itu, individu yang menahan diri daripada makan
dan minum selama beberapa jam adalah sesuatu amalan yang kurang baik. Hal yang demikian
Ini berlaku kerana, mereka tidak dapat menerima amalan dan kepercayaan kaum lain yang
berbeza pendapat dengan cara hidup mereka. Perbezaan ini telah menyebabkan setiap kaum di
negara ini sulit untuk menerima perubahan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan kerana pada
pemikiran mereka ianya merupakan unsur pengorbanan dan mereka terpaksa menerima unsur
kaum lain serta perlu mengorbankan unsur kaum sendiri.Tambahan pula,sifat mementingkan diri
sendiri dan kurangnya kesedaran terhadap tanggunggjawab Persaingan hidup di dunia moden
kini kian memberi cabaran kepada kaum. Dalam pada itu,tuntutan keperluan hidup yang
semakin mendesak, serta yang dapat meningkat kos sara hidup serta keperluan hidup yang lebih
selesa dan dapat menjadikan warganegara kita pada hari ini bagi memperlihatkan amalan
individualisme yang tinggi dalam diri mereka masing-masing.Oleh itu, tanggungjawab sosial
seperti menghormati jiran, memberikan khidmat bantuan kepada orang yang memerlukan dan
kesediaan memberikan khidmat kepada masyarakat dan negara secara sukarela kini makin pudar.
Sehubungan dengan itu,amalan serta kepercayaan dapat menghilangkan rasa kepekaan bagi
mengeratkan lagu hubungan di antara satu sama lain terutamanya jiran tetangga serta masyarakat
yang berada disekelilingnya. Oleh itu mereka yang kurang menyertai aktiviti program serta
aktiviti berteraskan integrasi di antara kaum mereka akan lebih bersikap tertutup terutamanya
dalam aktiviti yang berunsurkan kekeluargaan. Di samping itu, terdapat juga segelintir
masyarakat yang langsung tidak bertegur sapa lebih-lebih lagi bagi mengenali jiran tetangganya
secara lebih dekat. Selain itu,penempatan lokasi yang berasingan juga dapat seperti tinggalan
zaman penjajahan turut akan memberi impak serta dapat menjadi faktor penghalang kepada
ketidakaktifan individu contohnya seperti pertubuhan yang tidak aktif dalam melibatkan diri
program aktiviti yang berteraskan integrasi antara kaum. Hal ini demikian kerana, telah
berlakunya pengasingan tempat tinggal di mana zaman penjajah contohnya seperti, majoriti
orang Cina yang kebanyakanya telah mendiami kawasan bandar serta kampung-
kampung.Seterusnya, orang India pula kebanyakannya mereka bekerja di kawasan estet-estet
getah.Disebabkan hal ini, ianya telah menyukarkan mereka bagi bercampur gaul serta melibatkan
diri dalam aktiviti program berunsurkan integrasi antara kaum yang telah diadakan diluar
kawasan tempat tinggal mereka.Dalam pada itu, masalah perhubungan, halangan komunikasi
serta pengamalan budaya yang berbeza bagi setiap kaum juga dapat menimbulkan rasa kekok
bagi bercampur-gaul antara kaum yang lain terutamanya orang melayu yang beragama islam.
Akhir sekali,untuk memperolehi sambutan serta sokongan oleh semua golongan kaum bangsa,
dan semua kalangan masyarakat dalam program serta aktiviti yang dianjurkan seperti ini patut
dianjurkan di kawasan atau lokasi awam serta berkecuali supaya ianya dapat menggalakkan
penyertaan bagi semua kaum secara aktif dalam setiap program serta aktiviti yang telah
dirancang dan dilaksanakan.
TASK 2
REFLEKTIF JURNAL HUBUNGAN ETNIK

Malaysia adalah merupakan salah sebuah negara yang mana ianya terdiri daripada pelbagai
bilangan etnik kaum.Dari pandangan dunia luar serta rakyat Malaysia hubungan antara etnik-
etnik adalah baik, serta sejahtera dan rakyat di Malaysia juga akan berasa bangga dengan
keunikan hubungan diantara kaum etnik.Selain itu, persoalan ini telah dikemukakan dalam
kabinet Malaysia bagi mencari jalan untuk menyusutkan perbalahan diantara hubungan etnik
serta membahaskan di parlimen Malaysia,dan juga kementerian pengajian tinggi Malaysia telah
membuat keputusan bagi mengubah stuktur subjek MPU bagi seluruh universiti tidak kira awam
mahupun swasta. Setiap subjek seperti pengajian Malaysia, pendidikan moral serta pendidikan
islam telah ditukarkan ke subjek tamadun islam(TITAS) serta subjek Hubungan Etnik. Melalui
pertukaran ini ianya merupakan satu cara bagi menyatu padukan serta memperbaiki hubungan
etnik-etnik yang semakin rengang.Melalui objektif matapelajaran ini adalah bagi meningkatkan
kefahaman pelajar-pelajar berkaitan konsep kesepaduan sosial, konsep asas hubungan etnik,
pluraliti serta masyarakat pluralistik. Di samping itu,Pelajar akan didedahkan dengan konsep
pembangunan politik, ekonomi serta perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Dengan penambahan subjek ini sebagai mata pelajaran yang wajib, pelajar-pelajar dapat
mengenal isu semasa yang dicetuskan serta memahami hubungan etnik secara terbuka hati.
Kesedaran mahasiswa terhadap subjek hubungan etnik dapat memupuk persefahaman budaya,
sosial serta adat melalui perbezaan antara kaum.Kepentingan subjek hubungan etnik dapat
menerapkan kesepaduan rakyat yang terdiri daripada masyarakat multietnik.Melalui kursus
hubungan etnik ini ianya akan dapat menambahkan kefahaman kepada pelajar sesungguhnya
perpaduan serta hubungan etnik yang harmoni ialah amat penting dalam menjamin kemakmuran
serta kesejahteraan sesebuah negara dan berusaha membuang prasangka yang berada dalam hati
kita serta cuba menerima budaya kaum lain dengan hati yang terbuka. Melalui cara inilah negara
kita dapat melahirkan masyarakat yang hidup dalam keadaan makmur,harmoni serta bersatu pada
bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang. pembelajaran kursus hubungan etnik ini juga
dapat mendedahkan betapa pentingnya perpaduan dan juga kestabilan hubungan antara etnik
untuk menjamin kedamaian sesebuah negara tersebut.Hal ini akan wujudnya setelah adanya
semangat patriotik yang tinggi dikalangan warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum,
agama serta budaya.Sehubungan itu, subjek hubungan etnik ini merupakan faktor utama bagi
menyedarkan pelajar mengenai pendapat mereka terhadap persoalan ini. Oleh itu,objektif subjek
ini ialah dapat memupuk kesedaran pelajar terhadap perpaduan etnik dan dapat mengetahui
tentang isu-isu serta konflik perkauman yang sering berlaku sejak kebelakangan ini . Justeru
itu,subjek ini telah banyak membawa pesanan yang positif kepada pelajar supaya mereka tidak
lalai dan fokus berusaha dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan
perpaduan serta kemakmuran negara itu dalam keadaan stabil dan saling memahami dalam
kalangan warganegara kita yang terdiri dari pelbagai ras dan etnik.Seterusnya, objektif
matapelajaran hubungan etnik akan membantu seseorang individu itu berfikiran secara lebih
terbuka, positif serta rasional.Jika seseorang individu itu telah mempelajari mata pelajaran
hubungan etnik ini, individu itu lebih menghormati kaum lain disebabkan matapelajaran tersebut
ialah bertujuan melahirkan masyarakat yang bersifat pluralistik. Masyarakat pluralistik
bermaksud masyarakat yang saling menghormati agama serta adat istiadat kaum lain dan tidak
berpandangan rendah sesama kaum. Apabila melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan
perkauman berlaku, individu tersebut perlu berfikir secara rasional supaya tidak menimbulkan
perkara-perkara yang sensitif. Melalui perbincangan ini serta penjelasan yang dikemukakan
semasa menghadiri kursus ini pelajar lebih berfikiran terbuka, positif serta rasional semasa
menghadapi isu-isu berkaitan perkauman dalam membuat keputusan yang pintar supaya isu
tersebut dapat diselesaikan tanpa berlakunya sebarang pergaduhan ataupun perbalahan
pendapat.Sementara itu, topik-topik yang dipelajari melalui kursus hubungan etnik ini dapat
memberikan peluang kepada pelajar bagi mengenali tokoh-tokoh pemimpin masa lalu yang telah
banyak berjasa kepada negara, terutamnya untuk memupuk usaha ke arah bagi mewujukan
perpaduan dikalangan masyarakat negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama serta
budaya.Tokoh-tokoh dan pemimpin negara ini telah berjuang sehabis mungkin.pada tahun 1957
Tanah Melayu ataupun Malaysia bebas daripada penjajahan negara asing serta penduduk
Malaysia dapat hidup dalam keadaan tenteram tanpa sebarang ancaman daripada kuasa
asing.Oleh itu, Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, tokoh-tokoh telah menetapkan
beberapa misi negara iaitu salah satunya ialah agar rakyat Malaysia dapat hidup dengan harmoni
dan juga aman damai. Dalam pada itu,Pelajar telah mempelajari mengenai kepentingan bagi
bertolak ansur melalui cara serta gaya kehidupan bagi setiap lapisan masyarakat yang mana
ianya terdiri daripada pelbagai etnik. Menerusi pembelajaran subjek hubungan etnik ini juga,
mereka telah didedahkan terhadap kepentingan bagi mengamalkan nilai hidup yang saling
bertolak ansur sesama ahli masyarakat daripada berbagai etnik, terutamanya rakan sekolah, rakan
kolej ,rakan sekerja dan juga jiran di kawasan petempatan masing-masing.Kebanyakan pelajar
berpandangan bahawa subjek Hubungan Etnik boleh menerapkan semangat patriotisme dalam
diri mereka bagi mengeratkan hubungan dengan etnik yang lain.Akhir sekali melalui soal selidik
ini, sebilangan pelajar amat bersetuju dengan kenyataan bahawa subjek Hubungan Etnik dapat
meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka dan dapat mengeratkan hubungan
perkauman dengan etnik-etnik yang lain.

(2914 Patah Perkataan)

You might also like