You are on page 1of 3

Kepelbagaian kaum, etnik dan bangsa di Malaysia menjadikan Malaysia sebuah negara

yang kaya dengan kebudayaan, adat resam, latar belakang dan bahasa yang berlainan.
Keistimewaan Malaysia ini telah menjadi bualan dan tarikan masyarakat luar negara untuk
melancong di Malaysia. Masyarakat majmuk ini perlu dipelihara supaya generasi masa hadapan
dapat melihat keistimewaan serta menerapkan etika peradaban majmuk di Malaysia. Terdapat
beberapa cara terbaik untuk memupuk masyarakat majmuk di Malaysia iaitu dengan menerapkan
etika dan nilai-nilai moral melalui aspek pendidikan. Terdapat dua jenis pendidikan iaitu
pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan formal berlaku di sekolah manakala
pendidikan tidak formal berlaku di antara penglibatan ibu bapa, masyarakat dan keluarga.
Mutiara kata anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya sangat sinonim dalam
memperkasakan masyarakat majmuk di Malaysia. Peranan ibu bapa untuk mengajar anak-anak
tentang kepentingan mempelajari bahasa ibunda perlu dititik beratkan. Ini kerana anak-anak akan
menjadi pemangkin kepada kesinambungan bahasa ibunda. Sekiranya anak-anak tidak
didedahkan dari awal, maka bahasa ibunda dan adat tradisi yang di pegang akan pupus. Ini
kerana seiring dengan pembangunan negara yang pesat, bahasa ibunda ini semakin hilang ditelan
zaman. Anak-anak boleh diajar melaiui percakapan ataupun perbualan seharian dengan
menggunakan bahasa ibunda manakala Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan akan digunakan
dalam percakapan harian di sekolah bagi yang telah melangkah ke alam persekolahan. Sekiranya
Pendidikan dari rumah ini diamalkan nescaya masyarakat majmuk d Malaysia dapat dikekalkan.

Masyarakat majmuk di Malaysia juga dapat dikekalkan melalui sambutan perayaan. Kita
sebagai anak Malaysia seharusnya bangga kerana pelbagai perayaan dapat disambut. Perayaan-
perayaan ini disambut untuk memenuhi tuntutan agama, mengekalkan budaya yang diwarisi
ataupun memperingati peristiwa penting. Contohnya seperti penganut Islam akan merayakan
Hari Raya Aidilfitri. Sebelum tiba hari raya, umat Islam akan membuat persiapan untuk
menyambut perayaan tersebut. Antara tradisi yang diamalkan untuk menyambut perayaan hari
raya tersebuat ialah membeli pakaian baru, menghias rumah dan membuat aneka kuih raya.
Kepelbagaian perayaan ini sememangnya dapat mengeratkan perpaduan antara masyarakat yang
berbeza agama dan bangsa. Ini kerana perayaan ini juga di hadiri oleh masyarakat dari setiap
pelusuk negeri. Walaubagaimanapun, etika ketika menyambut perayaan ini sangat dititik
beratkan untuk mengelakkan kekacauan berlaku. Sekiranya etika ketika perayaan tidak diikuti
maka perayaan tersebut bukan mengeratkan perpaduan tetapi melonggarkan ikatan perpaduan.
Oleh yang demikian, sambutan perayaan sememangya dapat mengekalkan masyarakat majmuk
di Malaysia yang juga diperakui keunikannya oleh masyarakat antarabangsa.

Selain daripada dua cara di atas, perpaduan antara kaum sememangnya boleh dipupuk
dengan memperkasa lagi aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti setempat. Dalam erti kata
lain, sukan dan rekreasi ini ialah agen perpaduan. Aktiviti sukan dan rekreasi ini boleh dilakukan
melalui peringkat sekolah, kampung seterusnya peringkat negeri. Contoh aktiviti sukan yang
mampu menarik minat setiap golongan masyarakat ialah sukan marathon. Penglibatan lapisan
masyarakat pelbagai agama, budaya dan bangsa mampu memupuk perpaduan seterusnya
mengekalkan masyarakat majmuk di Malaysia. Contoh lain adalah melalui sukan SUKMA yang
diadakan di Malaysia setiap dua tahun. Penglibatan diantara pemain dan penyokong
menunjukkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan
tradisi. Selain manfaat Kesihatan, aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat
teloransi dan berkerjasama antara satu sama yang lain. Nilai ini penting bagi kita untuk saling
memahami budaya dan adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum dan bangsa di Malaysia.
Aktiviti sukan dan rekreasi sangat mudah untuk disertai dan boleh dilakukan pada setiap hari
tanpa mengira waktu dan lapisan umur masyarakat. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan dan
kerajaan persekutuan hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam menyediakan
dan menyelenggara infrastruktur rekreasi dan mempelbagaikan sukan yang boleh disertai oleh
setiap lapisan masyarakat umum. Kesimpulannya, dengan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi,
masyarakat bukan sahaja dapat bersatu padu malah menjadi lebih sihat serta cergas fizikal dan
mental.

References
Amjadh. (12 May, 2021). anyflip. Retrieved from Penghayatan etika dan peradaban:
https://anyflip.com/lpmtk/kawv/basic

Asia, A. (2024). irujukan. Retrieved from Usaha memupuk perpaduan kaum di malaysia:
https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/

Sarah, S. (27 Nov, 2019). Sinar Harian. Retrieved from


https://www.sinarharian.com.my/article/59429/berita/sukan/sukan-wadah-erat-
perpaduan-kaum

Zanas. (2009). wordpress. Retrieved from Mendaulatkan martabat bangsa:


https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-
majmuk-di-malaysia/

You might also like