You are on page 1of 4

3.

0 Langkah untuk meningkatkan konsep keluarga Malaysia :

3.1 Menganjurkan Majlis Rumah Terbuka

      Rumah Terbuka boleh ditakrifkan sebagai hari perayaan keagamaan yang disambut oleh

penganut pelbagai agama untuk menggalakkan persefahaman di kalangan rakyat Malaysia.

Deepavali, Hari Raya dan Tahun Baru Cina adalah perayaan penting di Malaysia dan acara

yang paling dinanti-nantikan masyarakat negara setiap tahun.

  Menurut kata Tun Dr. Mahathir Mohammad (2013), “Melalui amalan rumah terbuka, kita

dapat berkenalan dan menghilangkan perasaan syak wasangka terhadap orang lain, sekali gus

membolehkan kita menumpukan usaha untuk menjayakan matlamat untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020”. Hal ini demikian kerana, amalan

ini membentuk satu jalan untuk kita mengambil tahu budaya kaum-kaum di Malaysia.

Terdapat pelbagai adat yang diamalkan jika kita mengunjungi rumah terbuka. Seperti yang

kita sedia maklum, Deepavali yang diraikan oleh penganut Hindu akan menghiasi rumah

mereka dengan tepung beras yang dikenali sebagai ‘Kolam’.

  Amalan rumah terbuka juga ini memberi kita peluang untuk merasai berbagai jenis

makanan dari pelbagai kaum. Ini adalah kesempatan baik bagi kita untuk menikmati juadah

perayaan yang dirai mengikut kaum masing-masing. Ia dijalankan saban tahun dari pelusuk

kampung hingga ke peringkat kebangsaan bagi menjamu juadah raya seperti rendang ayam,

ketupat, lemang pada Hari Raya Aidilfitri, buah limau, kuih bulan, dan yusheng pada

perayaan hari raya Cina manakala muruku  pada perayaan Deepavali. Makanan-makanan ini

akan dijamukan dan dimasak dengan cara dan bahan yang halal agar boleh dirasai oleh orang

yang beragama islam.


3.2 Melaksanakan Sekolah Wawasan

Konsep Sekolah Wawasan boleh ditakrifkan sebagai dua atau tiga buah sekolah iaitu

berbeza pentadbiran mahupun sistem dan ditubuhkan dalam persekitaran yang sama serta

berkongsi infrastruktur- infrastruktur asas seperti dewan, kantin dan sebagainya. Mereka juga

akan mengadakan aktiviti-aktiviti sekolah secara bersama seperti aktiviti kokurikulum,

perhimpunan mingguan, sukan sekolah, hari kantin dan sebagainya. Sebagai contoh, hari

sukan di sekolah bukan sahaja untuk kesihatan namun bertujuan mengeratkan perpaduan

dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Semasa hari sukan berlangsung semua pelajar

akan melibatkan diri dalam pelbagai acara, berkawad dan menghias kehmah dengan

bersemangat tanpa mengira kaum tetapi sebagai satu masyarakat yang majmuk.

   Tiga aliran sekolah yang berbeza seperti Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan menyebabkan

pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk

menguasai bahasa rasmi ini dengan lebih mudah. Tambahan lagi, dengan penerapan serta

penggunaan bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah kebangsaan turut

membenarkan pelbagai kaum untuk berkomunikasi sesama mereka.

3.3 Menerapkan nilai-nilai warisan serta budaya dalam aktiviti harian

     Dari perspektif yang lain, salah satu langkah dalam meningkatkan konsep 1 Malaysia

adalah menerapkan nilai-nilai warisan dan budaya. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad

(1995), “Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia.

Demikianlah kesannya perpaduan”. Oleh hal yang demikian, rakyat negara kita boleh

melaksanakan budaya kaum mereka dari segi peradaban, pemakaian, serta pemakanan dan
bergabung dengan kaum-kaum lain. Misalnya, kebanyakan perempuan bukan Melayu seperti

kaum Cina dan India yang mengenakan baju tradisi kaum Melayu seperti baju kurung ke

universiti kerana terlihat kemas dan sopan. Selain itu, pakaian lelaki bagi kaum India juga

seperti Kurta telah menjadi terkenal pada zaman ini, kebiasaannya ramai lelaki Melayu

memakai pakaian tersebut pada musim perayaan Aidilfitri mahupun Aidiladha serta dijadikan

pakaian untuk ke masjid atau surau-surau. Hal ini demikian kerana pakaian lelaki Melayu

sekarang kebanyakannya ketat dan sendat, mereka lebih suka pakaian yang ‘simple’, kasual

dan selesa. Makanan India seperti chapati juga semakin disukai oleh kaum yang lain.

3.4 Program Kenegaraan seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

  Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah latihan fizikal yang diwajibkan

kepada sesetengah pelajar yang berusia 17 tahun dan ke atas sepanjang tiga bulan di PLKN

seluruh Malaysia setelah menyudahi pendidikan di sekolah menengah. Pihak berkuasa telah

menetapkan pelajar yang berusia 17 tahun ke atas mengikuti PLKN. PLKN sewajarnya

diwujudkan bagi melahirkan jati diri dan perpaduan yang kukuh dalam diri remaja yang

menjadi bakal pelapis negara pada masa akan datang. Sepadan dengan objektif program ini,

para remaja yang terdiri dari pelbagai kaum berkesempatan untuk bersatu dan selanjutnya

perpaduan dapat dipupuk melalui kerja-kerja berpasukan yang dijalankan dalam program

tersebut.

  Menurut Mohd Syafik Mohd Taufik (2015), “Melalui program PLKN, remaja

dilengkapkan dengan semangat patriotisme, daya kepimpinan berkualiti, pembentukan sikap

toleransi dan jati diri yang tinggi selain iman dan akhlak terpuji”. Oleh hal yang demikian,

mereka juga dapat mengutip pengalaman yang berharga yang pasti akan diingat sampai bila-

bila seperti menjalankan latihan fizikal, motivasi dan khidmat masyarakat. Seterusnya,

mereka juga akan menjadi remaja yang berfikiran lebih matang untuk menempuh cabaran dan
dugaan hidup. Selain itu, mereka dapat menyelesaikan masalah yang mendatang dengan

sendiri. Jelaslah, program ini dapat memupuk semangat positif dalam diri peserta kerana

mereka telah didedahkan dengan aktiviti dan program yang menuntut mereka untuk saling

bekerjasama, bersatu-padu, dan mempunyai akhlak dan peribadi yang mulia. Secara

langsung, mereka dapat mengeratkan hubungan antara kaum kerana para peserta terdiri dari

pelbagai kaum, bangsa dan agama.

You might also like