You are on page 1of 3

Budaya Pelbagai Bangsa

Negara kita kaya dengan kebudayaan pelbagai kaum. Namun demikian generasi
muda semakin melupakan kebudayaan yang kita warisi sejak zaman berzaman. Bincangkan
langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengekalkan kebudayaan pelbagai kaum di
negara kita.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang berbilang
kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina dan India
disamping kaum –kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut,
Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini
mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga
sekarang. Budaya yang diamalkan dan diwarisi sama ada dari aspek kesenian, bahasa,
adat resam,muzik, agama, kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai keunikannya
yang tersendiri bagi setiap kaum. Oleh yang demikian, usaha-usaha perlu dilakukan oleh
semua pihak agar tradisi kebudayaan dalam semua kaum tidak lenyap dari kehidupan
masyarakat sekarang ekoran daripada arus pemodenan yang semakin berleluasa.
Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk
terus mengekalkan sesuatu budaya yang diamalkan antaranya ialah dari pihak diri
seseorang itu sendiri. Seseorang individu itu meminkan peranan yang amat penting dalam
mengekalkan sesuatu kebudayaaan kerana tanpa tindakan daripada individu, pelbagai
usaha yang dijalankan tidak akan berhasil. Seseorang individu dalam setiap kaum itu
haruslah mempunyai keinginan yang tinggi untuk meneruskan budaya yang terdapat dalam
bangsa mereka itu sendiri supaya kebudayaan itu dapat terus dikekalkan, sebagai
contohnya anak-anak muda dalam kaum Melayu seharusnya membuka mata mereka untuk
belajar tentang tarian Melayu seperti Tarian Zapin, Tarian Ulik Mayang, Tarian Joget, Dikir
Barat, dan sebaginya. Selain dari segi kesenian, adat resam juga tidak dilupakan kerana
dalam masyarakat Melayu terdapat adat sebelum perkahwinan yang masih diamalkan
seperti adat merisik, meminang dan barkahwin. Walau bagaimanpun, terdapat sesetangah
masyarakat melayu yang telah mengabaikannya ekoran arus pemodenan. Oleh itu, setiap
individu haruslah memainkan peranan untuk terus mengekalkan setiap budaya dalam kaum
mereka.
Selain dari diri individu itu sendiri, pihak sekolah juga memainkan peranan yang
penting untuk meneruskan aktiviti kebudayaan dalam semua kaum di Malaysia. Pihak
sekolah boleh mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang
terdapat dalam sesuatu kaum. Sekolah memainkan peranan yang agak penting kerana
menjadi rumah kedua kepada golongan kanak-kanak dan remaja selepas rumah mereka
dan banyak masa yang akan dihabiskan oleh golongan ini di sekolah. Oleh itu, dengan
adanya persatuan atau kelab yang berkaitan dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian bagi
setiap bangsa, pasti akan dapat menggalakkan pelajar terutamanya sewaktu mereka masih
muda ini untuk terus melibatkan diri dan mewarisi sesuatu aktiviti kebudayaan. Pihak
sekolah bolehlah mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina, Tarian India,
Kelab Mencanting Batik dan sebagainya. Kesemuanya haruslah mengenai budaya setiap
kaum di malaysia. Disamping itu, keadaan ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk
mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan dan kaum sendiri. Oleh itu, pihak sekolah
haruslah memainkan peranan yang sewajarnya supaya dapat menanam sikap cintakan
budaya Malaysia dalam diri para pelajar sejak mereka masih muda lagi.
Pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan tradisi
kaum-kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat
Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk memdedahkan kepada rakyat
tentang keunikan budaya yang terdapat di Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh
diadakan di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai
aktiviti kebudayaan yang terdapat di Malaysia yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian
dan sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan rumah terbuka secara besar-
basaran bagi setiap parayaan yang di sambut di Malaysia seperti Perayaan Hari Raya
Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Gawai, dan sebagainya.
Aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan rakyat malaysia tanpa mengira kaum apabila
semua kaum disatukan di bawah satu bumbung. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kerajaan
amat penting dalam usaha untuk mengekalkan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai
aspek sama ada di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa.
Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen untuk
menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya masing-masing sama ada
dalam negara mahupun sehingga ke luar negara. Kempen-kempen yang diadakan oleh
pihak swasta mahupun pihak kerajaan akan dapat menyedarkan masyarakat betapa
pentingnya usaha untuk mengekalkan budaya yang masih diamalkan oleh setiap kaum di
Malaysia. Kempen-kempen yang akan dilakukan haruslah dibuat secara berterusan supaya
tidak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan
ialah “Bersama Kita Mengekalkan Budaya Kita” atau “Budaya Melambangkan Bangsa”.
Selain itu, pihak-pihak sasterawan juga boleh menyumbang tenaga dengan mengadakan
majlis pembacaan puisi-puisi yang berkaitan kebudayaan Melayu, Cina dan India mahupun
menulis puisi-puisi yang indah mengenai kepentingan dan keunikan kebudayaan Malaysia.
Semua pihak boleh mendapat kerjasama daripada media cetak atau elektronik untuk
menjayakan lagi kempen-kempen yang akan dijalankan.
Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di
Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang
tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam
masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan,
bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya
generasi baru juga turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang
mereka. Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan supaya segala
usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan
semua pihak.

Faedah-Faedah Menyertai Badan Beruniform

Aktiviti kokurikulum didefinisikan sebagai gerak kerja di luar bilik darjah untuk
membantu pelajar meningkatkan kualiti dalam bidang kurikulum. Setiap pelajar wajib
melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang melibatkan tiga bidang, iaitu badan
beruniform, kelab atau persatuan, serta sukan. Penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum akan dicatatkan di dalam buku kokurikulum. Untuk mencerahkan peluang ke
institusi pengajian tinggi awam, setiap pelajar wajib mendapat sepuluh peratus markah
kokurikulum. Selain kelab atau persatuan dan sukan, apakah faedah penyertaan pelajar
dalam badan beruniform di sekolah?
Penyertaan dalam badan beruniform dapat membina ketahanan mental dan fizikal.
Hal ini demikian kerana semasa melakukan aktiviti badan beruniform kita terpaksa
melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mendirikan khemah, memasak, membersihkan
kawasan, aktiviti fizikal, dan sebagainya. Selain kekuatan fizikal, aktiviti badan beruniform
memerlukan kita bersabar dan mematuhi setiap arahan. Kepatuhan dan kesabaran inilah
yang akan membentuk ketahanan mental kita. Aktiviti lasak pula akan membentuk
ketahanan diri. Ketahanan fizikal dan ketahanan mental dapat membantu kita menghadapi
pelbagai cabaran pada masa depan. Jelaslah bahawa penyertaan dalam badan beruniform
dapat membina ketahanan mental dan fizikal.
Seterusnya, penyertaan dalam aktiviti badan beruniform dapat memupuk semangat
kerjasama dan disiplin. Semangat kerjasama dan disiplin ini dibentuk melalui aktiviti secara
berkumpulan. Contoh terbaik untuk memerihalkan hal ini ialah aktiviti kawad kaki. Ketika
berkawad, kita mestilah bersatu hati dan sentiasa fokus pada setiap arahan yang diberikan
oleh ketua kumpulan. Jika salah seorang daripada kita tidak memberikan kerjasama atau
tidak berdisiplin, maka kawad kaki itu tidak kemas dan menjadi cacat kerana “bersekutu
bertambah mutu”. Aktiviti badan beruniform juga memupuk diri kita agar berdisiplin
terutamanya yang berkaitan dengan aspek menepati masa yang menjadi asas pembentukan
disiplin diri. Ternyatalah bahawa penyertaan dalam badan beruniform dapat memupuk
semangat kerjasama dan disiplin dalam diri kita.
Selain itu, ahli badan beruniform akan memperoleh pengetahuan asas tentang
bantuan kecemasan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kemahiran yang dimiliki oleh
ahli badan beruniform seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. Mereka
dilatih untuk menyelamatkan mangsa apabila ditimpa sesuatu musibah. Misalnya, ketika
kejohanan olahraga sekolah diadakan, ahli-ahli badan beruniform diminta bersiap siaga
untuk memberikan bantuan kecemasan kepada pelajar yang mengambil bahagian dalam
sukan tersebut. Pengalaman yang dilalui semasa melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dapat
dijadikan panduan dan dimanfaatkan pada masa akan datang. Sudah terang lagi bersuluh,
penyertaan dalam aktiviti badan beruniform membolehkan kita memperoleh pengetahuan
asas tentang bantuan kecemasan.
Kesimpulannya, penglibatan dalam aktiviti badan beruniform banyak mendatangkan
manfaat kepada kita. Justeru, kutiplah pengalaman sebanyak yang boleh kerana
pengalaman yang ditimba pada hari ini akan mendatangkan manfaat yang besar pada masa
akan datang. Untuk menarik minat pelajar mengikuti aktiviti badan beruniform, pihak sekolah
haruslah mengambil pelbagai langkah yang proaktif dan efektif. Galakan dan sokongan
moral daripada ibu bapa juga penting untuk mendekatkan pelajar dengan aktiviti badan
beruniform.

You might also like