You are on page 1of 2

Faktor Interaksi Dalam Kewujudan Kepelbagaian Budaya di Malaysia

Bagaimana wujudnya kepelbagaian budaya di malaysia

- Amalan dan cara hidup


- Adat istiadat

Kesan wujudnya kepelbagaian budaya

- Positif

- Melambangkan identiti dan keunikan budaya sesuatu kaum

Warisan budaya perlu dikekalkan kerana ia melambangkan dan mencerminkan identiti sesebuah
negara dan bangsa. Tamadun sesuatu bangsa biasanya dapat dilihat pada warisan seni budaya yang
mencukupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara seperti pakaian, makanan, adat resam,
seni dan sebagainya. Masyarakat harus berpegang teguh dengan pepatah ‘biar mati anak, jangan
mati adat’ jika mahu imej bangsa dan budaya terus terpelihara dan bertahan sampai bila-bila.
Masyarakat juga harus perjuang mempertahankan identiti agar dapat diteruskan demi keperluan
generasi akan datang. Justeru itu, generasi muda perlu mempertahankan keunikan budaya yang ada
sebagai teras kepada keharmonian kaum sejak dahulu lagi. Keunikan budaya sesuatu kaum perlu
terus dipelihara kerana ia menjadi elemen penting dalam memupuk perasaan hormat-menghormati
dan menerima kepelbagaian tersebut sebagai satu kekuatan yang menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negeri, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. Antara keunikan budaya
sesuatu kaum adalah aspek tarian kebudayaan. Banyak perkara yang baik boleh dipelajari daripada
kebudayaan seperti perpaduan, kelestarian gaya hidup, dan pemuliharaan budaya peribumi.
Menurut Hajiji, Tarian Cina merupakan seni yang mengekspresikan emosi dalaman melalui bahasa
badan dan mempersembahkan gambar yang indah. Beliau juga mahu masyarakat Cina dan pencinta
budaya tarian agar memberikan sokongan penuh kepada aktiviti itu kerana tarian merupakan
sumber mengembangkan kecerdasan dan memupuk kreativiti, selain dapat menghindarkan
golongan muda daripada aktiviti yang tidak sihat.

- Erat hubungan silaturahim

Hubungan silaturahim adalah menyambung hubungan antara kaum kerabat sama ada melalui garis
keturunan atau melalui perkahwinan dengan pelbagai cara seperti mengunjungi mereka, memberi
bantuan kepada mereka ketika memerlukan, mengambil cakna akan hal keadaan mereka dan
seumpamanya. mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini
sangat penting bagi mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum. Justeru itu, kepelbagaian kaum
haruslah diraikan dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling tolong menolong antara kaum seperti
‘bagai aur dengan tebing’ untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman
makmur. Menurut kata Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi erat serta rencaman
sesama kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata
pepatah ‘bulat air kerana pembetung bulat manusia keranan muafakat’. Antara cara untuk mengeratkan
lagi hubungan antara kaum ini ialah dengan menganjurkan majlis rumah terbuka. Mereka yang
menghadirkan diri dan berhubung dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan
hubungan antara kaum di Malaysia. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bantu-
membantu di antara satu sama lain di dalam masyarakat Malaysia. Selain itu, pelbagai lapisan
masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar pendapat dan idea-idea berkaitan
dengan sesuatu isu semasa mahupun global atau hal kemasyarakatan. Dengan menganjurkan program-
program yang bermanfaat sesama masyarakat, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di
Malaysia dapat disemarakkan. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum
seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.

- Memajukan industri pelancongan

You might also like