You are on page 1of 6

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik di mana rakyatnya terdiri


daripada pelbagai etnik dan kaum iaitu di Semenanjung Malaysia terdiri kaum
Melayu, Cina dan India. Manakala, di Sabah terdiri daripada suku kaum Rungus,
Dusun, Bajau, Eranun, Sungai, Kimaragang, Suluk dan Murut serta kaum di
Sarawak pula antaranya terdiri daripada kaum Iban, Melanau dan lain-lain (Tang
Chee Yee, 2006). Oleh itu, perpaduan dan integrasi nasioal adalah satu
keperluan bagi menjamin rakyat hidup dalam suasana aman damai.
Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai
kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbezabeza. Usaha ke arah perpaduan di Malaysia dapat dilihat melalui penyatuan
Sabah, Sarawak dan negeri-negeri Semenanjung (Syed Omar Syed Agil AlAttas, 2007).
Manakala, konsep integrasi adalah lebih luas. Ia dikatakan satu proses yang
abstrak, satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi merupakan
satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat
melalui satu identiti. Ekoran kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan
usaha-usaha dan strategi ke arah mewujudkan integrasi nasional (Syed Omar
Syed Agil Al-Attas, 2007).
Secara ringkasnya, perpaduan dan integrasi nasional adalah matlamat asas bagi
negara Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam usaha menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu. Secara tidak
langsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi
dan politik dalam jangka masa yang panjang (Syed Omar Syed Agil Al-Attas,
2007).
Perpaduan dan integrasi nasional juga memberi maksud bahawa satu proses
dan sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan
negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat

membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan yang
tunggal dikalangan mereka. Selain itu, ia juga membawa maksud satu proses
bagi mewujudkan satu identiti nasional dikalangan kumpulan yang terpisah dari
segi budaya, sosial dan penempatan di dalam sesebuah unit politik (Natra
Nadea, 2010).

Kepentingan Aktiviti Persatuan

Program kokurikulum seperti kelab persatuan adalah sebahagian


daripada proses memupuk perpaduan dan mencapai integrasi nasional di
sekolah. Kepentingan program ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di
dalam bilik darjah kerana peranan merupakan penyumbang dan pelengkap
kepada keberkesanan pembelajaran murid-murid dalam memupuk perpaduan
dalam kalangan mereka. Kegiatan kokurikulum ini bukan sajaja menyeronokkan
malahan mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang menyertainya.
Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi seseorang
pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan melalui kegiatan
kokurikulum ini adalah seperti memupuk sifat kepimpinan , membina sahsiah
yang baik dan seterusnya membentuk generasi yang berdisiplin disampin saling
menghormati antara satu sama lain. Penglibatan dalam persatuan, kelab dan
aktiviti lain akan mengembangkan kemahiran bersosial, bercampur gaul dan
berhubung

mesra

serta

keupayaan

dalam

perhubungan

awam

yang

dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Oleh itu watak dan peribadi pelajar
haruslah dipupuk sejak awal kerana kerana hendak lentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas juga antara elemen
penting

dalam

proses

menerapkan

nilai

integrasi

kepada

masyarakat.

Masyarakat yang cerdas akan melahirkan pemikiran yang sihat seterusnya


mewujudkan satu minda yang positif ke arah pembentukan negara nasional.

Kegiatan kokurikulum menyihatkan badan kerana aktiviti yang bersifat fizikal


akan meningkatkan daya tahan. Kebanyakan pelajar di sekolah akan lebih suka
menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan aktiviti dapat membina
stamina yang kuat. Masyarakat yang sihat memungkinkan pembelajaran yang
berkesan. Sebagai contoh, persatuan pencinta alam. Persatuan ini bukan sahaja
mengajar masyarakat untuk mencintai alam, bahkan membina kekuatan luaran
mahupun dalaman mereka. Tanpa mengira kaum, mereka dapat bersatu
mengaplikasikan apa yang mereka belajar daripada aktiviti persatuan kepada
masyarakat luar dan dunia.
Melalui kokurikulum, pelajar dapat memupuk semangat perpaduan, hal ini
semestinya juga dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalam
kalangan pelajar. Perpaduan kaum penting untuk membentuk masyarakat
bahkan sebuah negara yang aman damai, supaya rusuhan kaum yang dipanggil
tragedi hitam 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Oleh itu, semangat perpaduan
dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan
tebing dalam sesuatu kegiatan. Kegiatan kokurikulum mengakibatkan proses
integrasi berlaku dalam kalangan pelajar supaya pelajar boleh mengenali dan
meng hormati antara satu sama lain. Sebagai contohnya, dalam aktiviti
pertandingan seperti bola sepak, kedua-dua pasukan ini bukan sahaja meliputi
satu kaum sahaja malah ia juga disertai oleh pelajar dari pelbagai kaum. Secara
tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat
isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana
bersatu teguh, bercerai roboh.
Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi, bakat
seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan mereka
sehinggalah mereka menyertai kegiatan kokurikulum. Apabila seseorang pelajar
bergiat dalam kokurikulum, mereka akan berpeluang untuk mewakili kelabnya
untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan pada
peringkat sekolah ini akan membawa pelajar unuk mewakili daerah, negeri dan
kemudiaannya

negara.

Tujuan

kegiatan

kokurikulum

adalah

memberi

pengalaman kepada pelajar disamping membantu mereka dalam mencapai


kehidupan yang sempurna dan mewujudkan suasana daya persaingan antara
kaum dan masyarakat. Setiap kaum atau masayarakat ingin melakukan apa
yang terbaik pada masyarakat mereka. Dengan adanya program seperti ini,
mereka dapat belajar disamping melibatkan diri dalam aktiviti yang berbentuk
persaingan

yang

baik.

Mereka

akan

bersaing

sesama

mereka

untuk

mendapatkan hasil yang terbaik. Budaya persaingan sihat dapat diwujudkan.


Hasilnya perpaduan kaum akan terjalin dan tercapai.
Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar akan dilatih untuk memahami prinsipprinsip asas tentang negara, bangsa dan masyarakat sekitarnya. Penglibatan
pelajar akan menyesuaikan diri mereka dengan corak kehidupan masyarakat
dan menghubungkan mereka kepada masyarakat luar. Di samping itu,
masyarakat akan dibentuk mengikut arus pendidikan yang betul atau saluran
yang benar. Aktiviti persatuan contohnya akan menyediakan saluran maklumat
yang betul kepada masyarakat untuk dijadikan panduan hidup. Mereka akan di
ajar dan dilatih untuk mematuhi etika negara, adat resam mahupun identiti
masyarakat mereka. Dengan ini pembentukan masyarakat dapat dikawal dengan
mudah agar tidak lari dari landasan yang benar. Contohnya dalam aktiviti
kokurikulum banyak menyentuh soal disipilin seperti kepekaan terhadap masa,
keprihatinan terhadap rakan-rakan tanpa mementingkan diri sendiri dan nilai-nilai
murni yang perlu diamalkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Pembentukan
integrasi nasional dalam masyarakat dapat dipupuk dari kegiatan kokurikulum.
Masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Untuk membentuk perpaduan integrasi nasional dalam kalangan bangsa dan
agama memerlukan satu platform yang bersifat universal. Penglibatan aktivti
kokurikulum boleh dikatan juga merupakan platform berkenaan. Dengan
kewujudannya, mudah bagi kerajaan untuk menyampaikan maklumat yang betul
dan seterusnya menyatupadukan masyarakat. Platform ini telah bermula sesuai
dengan peringkat perkembangan individu iaitu di sekolah. Pelbagai persatuan
telah diwujudkan dibahagikan kepada setiap individu. Dan penglibatan murid

dalam kokurikulum adalah diwajibkan. Ini bagi memastikan setiap individu dapat
melibatkan diri dalam pembentukan negara wasatiyyah. Masyarakat disedarkan
tentang betapa pentingnya mereka kepada generasi atau kedudukan sebuah
negara pada masa hadapan. Untuk memastikan kelangsungan hidup sesebuah
negara, masyarakat dan bangsa dapat diteruskan dengan jayanya.
Langkah-langkah

yang

sesuai

dan

boleh

diusahakan

untuk

mengembanhkan aktiviti kokurikulum iaitu pihak atasan sesebuah organisasi ,


pertubuhan, ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu memberi perhatian.
Mereka tidak harus berdiam diri dan menutup mata seterusnya membiarkan
masyarakat terus tersesat dalam keseronokan dunia tanpa pendidikan yang
sempurna. Tindakan tegas perlu diambil kepada pihak yang melakukan
kesalahan melanggar etika negara. Dengan adanya penegasan dan perhatian
sebegini, diharapkan mutu disiplin masyarakat dapat ditingkatkan dan kegiatan
seperti vandalisme dapat dicegah sebelum ianya menjadi parah dan sukar
dikawal seterusnya membawa kepada perpecahan negara.

Kesimpulannya
Akhir bicara, banyak faedah atau kepentingan menyertai kegiatan
kokurikulum. Pihak sekolah contohnya hendaklah mengadakan aktiviti yang
menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Pihak atasan pula
hendaklah menggalakkan pekerja mereka untuk terlibat dengan kegiatan
kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan masyarakat yang gemilang bukan
sahaja dari akhlak dan sahsiahnya bahkan fizikalnya juga. Semua pihak harus
memainkan peranan supaya generasi akan datang bergiat cergas dalam
kegiatan kokurikulum. Kerjasama antara semua pihak harus diperkukuhkan lagi
supaya

aktiviti

yang

dirangcang

dapat

dilaksanakan.

Pepatah

Melayu

mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh
itu, semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar digalakkan mengambil
bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar dapat berdaya saing,

berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan. Masyarakat yang bersatu


padu juga akan lahir daripadanya.

You might also like