You are on page 1of 14

Cadangan ( 5 Cadangan Untuk Menambahbaik Hubungan Etnik Di Malaysia )

1. Memupuk Sikap Toleransi Dan Kerjasama Antara Pekerja Dalam Pelbagai Kaum.

Negara Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian

budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan

lagi kedaulatan dan pembangunan sesebuah negara. Keharmonian yang terhasil daripada

perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada

pelabur asing untuk melabur di negara kita. Hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai

kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran

supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Beberapa tempat atau institusi yang diperlukan menitik beratkan hal-hal keharmonian dikalangan

individu antaranya di sekolah, tempat bekerja, kawasan perumahan atau kejiranan dan tempat

awam. Di tempat bekerja, terdapat beberapa faktor bagi memupuk sikap toleransi dan kerjasama

antara pekerja dalam pelbagai kaum.

Mengadakan aktiviti dalam sesuatu organisasi yang melibatkan pekerja terdiri daripada

pelbagai kaum.

Pihak pengurusan sesuatu organisasi perlu mengadakan aktiviti yang melibatkan pekerja

itu sendiri kerana ianya dapat mengeratkan hubungan antara pekerja, dalam masa yang sama

memperbaiki kemahiran komunikasi antara dua hala di kalangan pekerja yang berbilang kaum.

Antara aktiviti yang boleh diadakan adalah aktiviti bersukan, gotong royong dan hari keluarga
yang sering dilaksanakan oleh sesetengah syarikat atau organisasi. Hal ini, bukan sahaja dapat

memupuk sikap toleransi malah kerjasama antara pekerja dapat ditingkatkan.

Sentiasa memberi peluang dan layanan yang sama rata kepada pekerja supaya tidak

merasa tersisih dan di ketepikan.

Tanggungjawab pengurusan atau ketua perlulah bersikap adil sesama pekerja merupakan

faktor penting untuk melahirkan pekerja yang majmuk. Di dalam organisasi, pihak atasan

mahupun pihak berpengaruh seharusnya tidak memandang warna kulit, keturunan mahupun

bangsa seseorang bagi mendapatkan layanan yang baik. Hal ini kerana, ia mampu mengganggu

dan mendera mental pekerja, dalam masa yang sama memberi kesan kepada kualiti kerja yang

sepatutnya memerlukan kerjasama antara pekerja. Oleh itu, peluang dan layanan haruslah

diberikan sama rata.

Sentiasa Menghormati Perkara-Perkara Yang Melibatkan Sensitiviti Kaum Lain Semasa

Melakukan Pekerjaan.

Perbezaan nilai antara etnik juga mengakibatkan hubungan antara kaum bertambah rumit.

Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan dan bahasa yang berlainan. Justeru, setiap kaum

akan mengamalkan ciri-ciri yang kemudiannya menjadi identiti diri mereka. Di dalam organisasi,

hubungan pekerja yang rapat kemungkinan menjadi faktor mereka lebih bersikap terbuka tanpa

memikirkan perkara-perkara tertentu. Pada masa yang sama, tindakan yang boleh mencetuskan

provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak

mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat

merosakkan rasa muhibah dan perpaduan. Sensitiviti kaum merupakan perkara pangkal yang
perlu dihormati di antara pekerja. Hal ini kerana, ia mampu mengganggu hubungan antara

pekerja seterusnya menjejaskan kualiti kerja.

Menitikberatkan interaksi dua hala antara pekerja pelbagai kaum

Komunikasi bermaksud mengadakan perhubungan seperti berbincang antara satu sama

lain, bercakap-cakap dan bertukar-tukar pendapat antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Komunikasi yang baik dan berfaedah boleh menganjur kepada interaksi yang sihat. Kesilapan

dalam komunikasi boleh mengancam atau menggugat perhubungan antara individu, kumpulan

ataupun negara bangsa. Kesilapan ini merangkumi aspek makna, kaedah atau cara mesej

dihantar, tafsiran penerima, kefahaman antara penghantar dan menerima dan kesediaan penerima

untuk mencerap mesej. Ini adalah kerana komunikasi seperti senjata yang mempunyai dua mata.

Jika salah di tafsir atau dihantar, ia akan memberi maksud yang berbeza. Perkara ini menjadi

lebih serius jika ia berlaku dalam sesebuah organisasi. Interaksi dua hala antara pekerja yang

berlainan bangsa merupakan faktor yang membantu mewujudkan keharmonian di dalam sesuatu

organisasi. Oleh itu, pihak bertanggungjawab perlu menitik beratkan tentang perkara ini.

2. Dasar Pendidikan

Pandangan kerajaan lebih terarah kepada usaha mengukuhkan pendidikan negara demi

membentuk perpaduan kaum (Mior Khairul Azrin, 2001). Salah satu cara bagi memupuk

perpaduan dalam kalangan masyarakat ialah melalui pendidikan. Dasar Pendidikan Kebangsaan

yang digubal turut memberikan kepentingan ke atas pemupukan perpaduan melalui bahasa dan

sistem pendidikan kebangsaan (Wan Norhasniah, 2011). Pendidikan merupakan faktor penting

bagi membentuk keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kajian lepas

oleh Ku Hasnita (2007) melaporkan bahawa pendidikan antara faktor penting dalam konsep
perpaduan. Pendidikan juga adalah satu insentif yang telah lama diberi penekanan sejak sebelum

kemerdekaan lagi. Penggunaan sistem persekolahan yang sama bagi semua pelajar menjadi jalan

utama oleh pihak kerajaan dalam mengekalkan perpaduan. Melalui Laporan Rahman Talib,

kerajaan telah menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan laporan

ini diwartakan sebagai Akta Pelajaran 1961. Hal ini dilakukan untuk memastikan penggunaan

bahasa yang sama digunakan dalam kurikulum pelajaran. Selain itu, Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dilaksanakan oleh

Jawatankuasa Kabinet untuk memastikan semua sekolah mempunyai sistem persekolahan yang

adil dan saksama. Menurut Ku Hasnita & Mohd Haizam (2011), proses pengajaran dan

pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah mampu menjadi alat bagi memupuk

dan memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sekolah. Melalui pelaksanaan

tersebut, semua sekolah umum dan sekolah jenis umum menggunakan sukatan pelajaran dan

peperiksaan yang seragam contohnya seperti pelaksanaan peperiksaan umum bagi semua pelajar

tingkatan lima untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam peringkat

sekolah menengah. Di samping itu juga, dalam usaha untuk memupuk perpaduan kaum dan

integrasi nasional, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

melengkapi Dasar Pendidikan Kebangsaan.

3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan dasar yang dilaksanakan oleh

kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. DKK menjadi panduan dalam

pengekalan identiti rakyat di Malaysia yang digubal pada bulan Ogos 1971 oleh Perdana Menteri

Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein. Terdapat beberapa prinsip utama dalam DKK iaitu,
berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal serantau, unsusr-unsur kebudayaan lain yang sesuai

dan wajar diterima serta agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukkan kebudayaan

kebangsaan. Dikenal pasti bahawa demokrasi permuafakatan (consocionalism) bertanggung

jawab membentuk corak hubungan antara kaum di Malaysia (Abd Muis, 2009). Pada tahun

2001, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia yang mempamerkan pelbagai

kebudayaan dan warisan kaum masing-masing. Selain itu, kerajaan telah mengadakan sambutan

perayaan peringkat kebangsaan. Perlaksanaan ini bertujuan supaya rakyat dalam memahami dan

menghormati adat resam kaum lain melalui sambutan perayaan secara terbuka. Di samping itu

juga, DKK melaksanakan subjek atau mata pelajaran di sekolah yang berasaskan kebudayaan.

Sebagai contoh, mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral dan Sejarah

diperkenalkan di sekolah supaya pelajar dapat mempelajari nilai-nilai moral dan sejarah negara.

Hal ini bertujuan supaya pelajar memahami latar belakang sejarah Malaysia tanpa

mempertikaikan perlembagaan yang telah dimaktubkan. Antara inisiatif yang ditubuhkan oleh

kerajaan ialah pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan

Sukan, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bagi menyemarakkan

lagi keharmonian dan perpaduan di Malaysia.

4. Sukan

Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam

kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia

hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-

negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat

majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan
kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni.

Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi

amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu

untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan

dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini

mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1

Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang

dilaksanakan seperti sukan, kelab,dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan

dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harusdilibatkan dalam aktiviti pelbagai

kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usahayang

diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat,

termasuklah pelajar.

5. Kefahaman Mengenai Budaya Etnik

Budaya Etnik semua kaum di Malaysia haruslah dijadikan landasan perpaduan dengan

dipelihara dan dipergiat agar semua lapisan masyarakat memahami kebudayaan dan tradisi kaum

lain. Perkara ini amatlah penting bagi melahirkan generasi yang tahu akan asal-usul kaum lain

dan ini seterusnya dapat mewujudkan perpaduan kaum. Sikap penerimaan rakyat berbilang kaum

iaitu sesuatu kaum menerima keunikan kaum lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam

keadaan aman, damai dan harmoni. Inilah dimaksudkan dengan kesatuan dalam kepelbagaian.

Kita perlu saling menghormati dan bertolak ansur, serta saling memahami budaya masing-

masing. Kemajmukan atau pluraliti sepatutnya diterima sebagai satu realiti. Kemajmukan tidak
harus menjadi tembok penghalang perpaduan dan kemajuan, sebaliknya sebagai keunikan dan

sumber kekuatan bagi melonjakkan negara ini ke hadapan sebagai negara maju. Budaya etnik

dapat memberikan jati diri kepada sesuatu kumpulan etnik.

Budaya memberi sesuatu kumpulan etnik bukan saja untuk melihat dunia dan

masyarakatnya, tetapi juga dunia luar, selain membantu mereka melihat dan mentakrif diri

sendiri dan masyarakatnya. Ia menyemai, membentuk dan menentukan sikap, nilai, persepsi,

malah perlakuan dan tindakan kumpulan etnik itu ketika berinteraksi, berkomunikasi dan bekerja

dengan etnik lain sama ada di pasar, di tempat kerja atau di sesuatu majlis. Kita boleh

menyifatkan budaya etnik sebagai pengikat yang menyatupadukan anggota masyarakat bersama

menerusi pemikiran, bahasa, adat resam, kepercayaan, kesenian, agama, pakaian, makanan,

aspirasi dan pelakuan yang dikongsi bersama demi survival.

Masyarakat kita juga dikenali dengan pluralisme bahasa dan budaya. Pluralisme adalah

satu realiti hidup yang perlu kita terima dan kepelbagaian itu tidak seharusnya menjadi masalah

dalam usaha kita mencapai perpaduan dan kemajuan. Setakat ini, rakyat Malaysia sudah

menerima kebudayaan kebangsaan dan bahasa kebangsaan sebagai antara tonggak perpaduan

rakyat, manakala budaya etnik masing-masing pula dijamin di bawah Perlembagaan

Persekutuan.

Polarisasi kaum dan polarisasi budaya berasaskan etnik tidak harus dibiarkan terus berlaku.

Harus dicari jalan berkesan bagi memungkinkan berlakunya komunikasi silang budaya melalui

pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengikiskan segala unsur negatif yang dapat menghambat

kesepaduan dan perpaduan sosial. Kita bagai terkurung di dalam kepompong etnik, wilayah atau

negeri kita sendiri disebabkan oleh pelbagai faktor segregasi, termasuk tempat tinggal dan sistem

persekolahan. Budaya dapat memainkan peranan sebagai jambatan penghubung bagi pelbagai
etnik di negara ini. Elemen budaya dapat dimanfaatkan sebagai unsur pemersatu rakyat daripada

pelbagai etnik dan negeri.

Dengan kerencaman dan kepluralitian, tidak dapat tidak kita berdepan dengan pelbagai hambatan

untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Sesuai dengan kelaziman, setiap etnik pasti

memiliki sikap etnosentrisme yang tinggi, iaitu rasa bangga terhadap budaya etnik sendiri.

Memang tidak ada salahnya dengan sikap sedemikian, tetapi sikap menanggapi dan melihat

kelompok etnik lain menerusi kaca mata etnik sendiri tentu boleh mendatangkan masalah. Segala

unsur negatif perlu diminimumkan atau dihapuskan, misalnya unsur prejudis dan stereotaip

terhadap etnik lain akibat daripada pelbagai faktor termasuk jurang komunikasi dan tempat

tinggal yang terpisah. Prejudis dan stereotaip terhadap etnik lain berlaku apabila timbul

tanggapan negatif terhadap etnik berkenaan.

Kesimpulan

Aspek-aspek murni amat ditekankan di dalam pelbagai bidang seperti sektor pendidikan,

sektor perkerjaan dan pentadbiran kerajaan pada masa kini kerana sebagai sebuah masyarakat

majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap masyarakat. Namun, walaupun banyak

perubahan yang telah dilakukan, kelemahan-kelemahan masih lagi wujud dan perlu diambil

serius oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikannya dengan segera. Masalah-masalah yang

melibatkan isu-isu antara kaum perlu diselesaikan segera, bukan dibiarkan senyap begitu sahaja.

Peranan kerajaan dalam memastikan perpaduan kaum kekal harmoni adalah amat besar

serta diiringi dengan pelbagai cabaran. Pihak kerajaan telah memberikan sepenuhnya tenaga dan

usaha bagi menyatupadukan rakyat majmuk pelbagai etnik yang telah lama wujud di Malaysia.

Usaha-usaha ini diberikan dalam pelbagai kaedah bagi menjangkau rakyat. Perpaduan rakyat
pelbagai etnik merupakan antara cabaran paling penting bagi membangunkan negara ke arah

yang lebih maju. Aspek politik, ekonomi dan sosial adalah cabaran utama bagi meningkatkan

sikap bertoleransi dalam diri masyarakat. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi

menembusi halangan dan cabaran pada masa hadapan. Rakyat yang hidup dalam keadaan yang

harmoni dan bersatu padu sesama etnik merupakan alat yang paling penting bagi menjamin

kemerdekaan negara. Selain itu, perpaduan etnik juga mampu melahirkan sebuah negara yang

membangun. Impak positif perpaduan kaum jelas terpapar melalui kerhamonian dalam

masyarakat, peningkatan dalam prestasi pelancongan, kemajuan dalam ekonomi serta

peningkatan imej negara di serata dunia. Kesan-kesan positif inilah yang harus dicapai dan

dikekalkan supaya dapat menaikan semangat kekitaan dalam diri masyarakat di Malaysia.
SUMBER RUJUKAN

1. Abd Muis, Mujibu. (2009). “Politik Permuafakatan: Satu Analisa terhadap Amalan Politik

di Negara-negara Bermasyarakat Majmuk” dalam Voice of Academia: Academic Series of

Universiti Teknologi Mara Kedah, Vol.4, No.2, ms.1-19.

2. Abdul Rahman, Hussein Ahmad, Sufean Hussin, Simin, G., Mohammed Sani (2014).

Analisis Strategik: Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

3. Abdul Rahman Embong. 2009. Gagasan 1Malaysia: Pemahaman dan Takrifan. Kertas

kerja Seminar Gagasan 1Malaysia: Kesinambungan Satu Perjuangan. Anjuran Kerajaan

Negeri Terengganu dengan kerjasama Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya,

7Jun, Terengganu.

4. Amri Baharuddin, Shamsul. (2009). “Melestari Perpaduan, Memperkukuh Integrasi:

Konsep Satu Malaysia sebagai Wahana Terkini” dalam Kumpulan Dokumen-dokumen

Seminar Gagasan Satu Malaysia: Kesinambungan Satu Perjuangan. Kuala Terengganu:

Kerajaan Negeri Terengganu & Universiti Malaya.

5. Asrizal Mohamed Radzi. (2013). Sejarah pembentukan negara bangsa dan 1Malaysia.

Jurnal Biro Tatanegara, 1, 67-82.

6. Aziz Ujang (2014). Kesedaran generasi muda Melayu dan bumiputera terhadap

patriotisme dan perpaduan nasional di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

7. David, M. K. & Dumanig, F. P. (2011). National unity in multi-ethnic Malaysia: A

critical discourse analysis of Tun Dr. Mahathir’s political speeches. Fakulti Pendidikan.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya.


8. Denison Jayasooria, (2010) “National Unity Advisory Panel: Opportunities & Challenges

In A Multi Ethnic Society”. Managing Success in Unity. Department of National Unity

and Integration Prime Ministers Department. PUTRAJAYA.

9. Ismail Ibrahim. (2010). Gagasan 1Malaysia, peradaban dan identiti bangsa: pendekatan

hadhari. Bangi: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

10. Ku Hasnita Ku Samsu (2007). Patriotisme dikalangan generasi muda Malaysia: kajian

kes ke atas mahasiswa bukan Melayu di Institusi Pengajian Tinggi. Fakulti Sastera dan

Sains Sosial. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

11. Ku Hasnita Ku Samsu & Mohd Haizam Mohd Nor (2011). Kepentingan pendidikan

patriotisme terhadap warganegara Malaysia. Jati. Vol. 16.

12. Lee Wei Chang, Baharuddin Azizan & Muhammad Amran (2013). National unity at the

university level: importance of civilizational dialogue and way forward. European

Scientific Journal. Vol. 4, pp 173 – 186.

13. Mazlan Ibrahim, Jaffary Awang, Latifah Abdul Majid, Haziyah Husin, Muhd Najib Abdul

Kadir, Abur Hamdi Usman & Latifah Abdul Majid. (2013). Wastiyyah discourse

according to muslim scholars in Malaysia. Advances in Natural and Applied Sciences,

7(1), 6-14.

14. Mior Khairul Azrin. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran dan

Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika, 4(1), 33-47.

15. Mohamad, Mahathir. (2005). “National Unity” dalam Perdana Discourse Series, No.1,

ms.4-6. Shah Alam: UPENA & Perdana Leadership Foundation.


16. Mohd Shukri Hanapi. (2014). The wasatiyyah (moderation) concept in Islamic

Epistemology: a case study of its implementation in Malaysia. International Journal of

Humanities and Social Sciences,4(9), 51-62.

17. Nurfatimah Awang Da (2009). Bahan kesusasteraan pelbagai etnik dalam mewujudkan

perpaduan nasional di sekolah. Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti

Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

18. Zaliza Mohd Nasir & Norlin Ahmad (2009). Pembangunan sosial dalam hubungan etnik.

Dalam Kassim Thukiman dan Hamidah Abdul Rahman, Hubungan Etnik Di Malaysia:

Perpektif Teori dan Praktik, pp. 141 – 154.


Lampiran 1

Gambar-gambar hasil lawatan.

You might also like