You are on page 1of 12

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai masyarakat terdiri

daripada pelbagai kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang
berbeza. Hal ini juga dikenali sebagai salah satu keunikan yang terdapat di Malaysia.
Perkara ini juga salah satu faktor menarik ramai pelancong ke Malaysia dan memberi
sumbangan dari segi ekonomi. Hubungan yang aman dan damai dalam kalangan rakyat
Malaysia lahirnya daripada kewujudan integrasi kaum. Integrasi kaum memainkan
peranan yang sangat penting dalam memajukan negara. Oleh yang demikian, kerajaan
telah melaksanakan berbagai-bagai usaha untuk mencapai matlamat kerajaan iaitu
memupuk integrasi yang kuat di antara kaum-kaum di Malaysia. Namun begitu, apakah
yang dimaksudkan dengan integrasi itu sendiri? Integrasi bermaksud menyatukan etnik-
etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang
tersendiri. Sesebuah negara tidak akan mencapai kemajuan jika masyarakatnya berpecah,
ini kerana dengan adanya kestabilan sosio-politik serta kerjasama antara semua kaum.
Pelbagai aktiviti boleh diadakan untuk memupuk integrasi kaum dalam kalangan
masyarakat. Antara aktiviti-aktiviti yang paling berkesan dalam usaha menyatukan kaum
adalah, aktiviti gotong royong, sukan, sambutan perayaan bersama dan sambutan bulan
kemerdekaan.

Amalan gotong royong merupakan salah satu medium yang sangat berkesan dalam
memupuk integrasi kaum di kalangan masyarakat.Gotong royong dapat diertikan sebagai
sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat setempat secara
kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun dengan
sukarela. Sikap gotong royong ini sangat penting sekali untuk pembangunan yang
berguna bagi kesejahteraan masyarakat. Aktiviti gotong royong boleh dilaksanakan di
semua tempat seperti kawasan sekolah, tempat bekerja, tempat tinggal, masjid, surau,
taman permainan dan sebagainya.Semua golongan umur boleh mengambil bahagian
dalam aktiviti gotong royong demi menjaga kerbersihan bersama. (lihat Rajah 2.1). Bak
kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing”
merupakan kata yang dapat dijadikan contoh bahawa nilai perpaduan dan kerjasama itu
sangat penting dalam sesebuah masyarakat. Kesannya, kita akan menjadi rakyat Malaysia
yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, masyarakat dan diri sendiri. Justeru,

1
hubungan silaturahim dalam kalangan kaum juga dapat dieratkan dengan adanya aktiviti
ini.

Rajah 2.1 Akitiviti gotong royong dilaksanakan oleh penduduk-penduduk Palmyra


Residences di Balik Pulau. - The Star

Selain daripada itu, sambutan perayaan di Malaysia yang diraikan secara bersama-sama
tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, berjaya membina pemahaman dan
integrasi kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Semua rakyat negara
Malaysia menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi.
Amalan kunjung-mengunjungi sempena sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat mengeratkan hubungan silaturahim
dalam kalangan masyarakat. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh
mengenali adat resam setiap kaum dan juga dapat melahirkan sikap saling menghormati
antara satu sama lain. Dengan ini, amalan dan tradisi sesebuah kaum dapat dikongsi
bersama. Sebagai contoh, amalan memberi ‘Ang Pau’ asal daripada tradisi kaum cina
tetapi pada zaman kini, kaum Melayu dan kaum Hindu sudah bermula mengamalkan
tradisi tersebut sempena sambutan Hari Raya Aidlifitri dan Hari Deepavali. Menghadiri
Majlis Rumah Terbuka pada musim perayaan merupakan satu-satunya peluang yang
perlu digunakan oleh rakyat Malaysia untuk bersantai bersama-sama sambil berkenalan
dengan lebih rapat lagi (lihat Rajah 1.2). Hal ini juga membuka ruang untuk mengenali
budaya sesuatu kaum dengan mendalam. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan

2
makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud
untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum.

Rajah 1.2 Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2017 anjuran MIC Sabah di Dewan
Serbaguna Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.-Berita Harian Online

Seterusnya, aktiviti bersukan dapat memupuk nilai integrasi kaum dalam kalangan rakyat.
Sukan di Malaysia diwakili oleh rakyat daripada pelbagai etnik. Hal ini kerana, semua
lapisan masyarakat akan bersatu dan memberi sambutan bersama apabila perlawanan
melibatkan pasukan Malaysia. Sebagai contoh, kesatuan rakyat dapat dilihat apabila
perlawanan badminton oleh Dato Lee Chong Wei, pemain No.1 di Malaysia, berlangsung
kerana setiap rakyat akan lebih mengutamkan dirinya sebagai warga Malaysia. Sukan
mendapat sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada masa kini.
Aktiviti bersukan dapat juga melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas. Pada zaman
kini, pengamalan cara hidup yang sihat makin kurang dalam kalangan rakyat. Untuk
merealisasikan perkara tersebut, Kementerian Belia dan Sukan melancarkan Bulan
Oktober sebagai Bulan Sukan Negara pada 1 Oktober yang lalu (lihat Rajah 1.3). Dengan
ini, hubungan harmoni dan bertolak ansur dapat diwujudkan dalam kalangan rakyat.
Selain daripada atlet-atlet sukan, semua penyokong juga akan bersatu memberi semangat

3
demi kejayaan pasukan yang disokong. Sebagai contoh, setiap warga Malaysia
menerapkan slogan “kemenangan sama-sama diraikan dan kekalahan turut sama dirasai.”

Rajah 1.3 Pelancaran Bulan Sukan Negara di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil hari
ini.-Berita Harian Online

Sambutan bulan kemerdekaan merupakan salah satu aktiviti yang akan memupuk nilai
patrotisme dalam diri setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Setiap tahun rakyat akan
bersatu padu dan bersemangat mengambil bahagian dalam sambutan bulan kemerdekaan
iaitu bulan Ogos (lihat Rajah 1.4). Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang amat
penting bagi semua rakyat Malaysia. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan
disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai
kemerdekaan. Bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang
sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat.
Sambutan bulan kemerdekaan ini, dapat menyatukan masyarakat Malaysia yang tinggal
di seluruh dunia. Setiap tahun, pelbagai sambutan dan persembahan akan diadakan di

4
semua tempat seperti di sekolah, tempat bekerja dan tempat awam. Bukan sahaja sekadar
sambutan malah adanya pelbagai keistimewaan untuk rakyat Malaysia sempena bulan
kemerdekaan pada setiap tahun.

Rajah 1.4 Sambutan Hari Kemerdekaan bersama YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku
Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melaungkan
Merdeka pada sambutan Hari Kebangsaan ke 62 di Dataran Putrajaya. – Berita Harian
Online

Penglibatan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berefktif akan memberi pelbagai impak yang
positif dalam memupuk integrasi kaum. Antara aktiviti -aktiviti yang paling berefektif
adalah bergotong-royong, majlis rumah terbuka, sukan dan juga sambutan bulan
kemerdekaan. Namun adakah, kesan daripada aktiviti tesebutakan membantu memupuk
integrasi kaum? Masih menjadi persoalan dalam masyarakat. Aktiviti gotong-royong
adalah salah satu aktiviti yang mudah bersatu padu semua golongan masyarakat di suatu
tempat. Dengan ini, bukan sahaja lahirnya persekitaran yang bersih dan ceria, turut
5
menjadi saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan dan
perkampungan untuk berjumpa dan saling mengenali antara satu sama lain. Dengan ini
juga kebersihan sesuatu kawasan senantiasa terjamin. Selain daripada itu, majlis rumah
terbuka juga memberi impak yang sangat berkesan dalam memupuk nilai integrasi dalam
kalangan masyarakat. Dengan saling kunjung-mengunjungi rumah terbuka sempena
perayaan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Hal ini dapat dilihat, apabila
kaum India dan kaum Cina akan memakai baju tradisonal melayu apabila mereka
menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri. Dengan ini, dapat menonjolkan
keunikan Malaysia di mata dunia iaitu hubungan harmoni antara kaum tanpa mengira
bangsa dan agama. Hal ini bukan sahaja dapat memupuk integrasi kaum, malah, imej
negara juga akan turut menigkat pada mata masyarakat dunia terutama pelancong asing.
Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum
berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan
keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut
perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini
memberikan satu imej yang positif kepada Malaysia. Dengan penglibatan diri dalam
aktiviti bersukan, rakyat dapat menangani halangan monopoli sukan dan permainan yang
dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti bola keranjang dan sepak takraw. Hal ini
kerana, penglibatan diri dalam kegiatan sukan, akan menyatupadukan individu daripada
pelbagai latar belakang agama, budaya dan ekonomi demi merialisaiskan hasrat dan
matlamat bersama iaitu kejayaan untuk pasukan. Impak yang akan dilihat ialah dapat
menanamkan semangat cintakan negara. Sukan menjadi aktiviti yang sangat mudah dapat
sambutan yang tinggi dalam realiti masyarakat Malaysia yang jelas dapat dilihat pada
hari ini. Aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung
atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, menyertai diri
dalam aktiviti sambutan bulan kemerdekaan, impaknya adalah amat besar. Bukan sahaja
dapat memupuk nilai patrotisme malah dengan menghayati tema Hari Kebangsaan seperti
“Sehati Sejiwa” diharap dapat menanamkan nilai kesatuan bak kata “pepatah bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh” dalam diri setiap warga Malaysia. Dengan ini, Negara
Malaysia tidak boleh diancam oleh warga asing. Sambutan bulan kemerdekaan serta hari
sejarah dapat menyemai nilai kesatuan dalam diri setiap individu tersebut. Hal ini dapat

6
menanam nilai toleransi dalam kalangan masyrakat yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan mereka akan bertindak secara rasional apabila wujudnya pergaduhan atau
perselisihan kaum. Kebanyakkan negara mengalami kemerosotan kerana rakyat yang
kurang bersifat bersatu akibat daripada tiada pengamalan nilai kemasyarakatan.

Semua rakyat perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha-usaha dengan
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk integrasi kaum. Namun,
masih terdapat pelbagai faktor yang menjadi peghalang dalam prosess menjayakan usaha-
usaha tersebut. Antara salah satu faktor adalah masyarakat sibuk berkerjaya. Masyarakat
pada hari ini lebih moden berbanding dahulu seiring dengan peredaran zaman.
Masyarakat yang tinggal di kota metropolitan Kula Lumpur khususnya berfikir secara
materialistik dengan hanya mengutamakan pekerjaan demi mengejar harta dan
kebendaan. Mereka tidak dapat meluangkan masa dengan melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan tersebut. Hal ini kerana, manusia memberi keutamaan dalam aspek
mengumpul wang dan harta daripada mempertingkatkan hubungan antara satu sama lain.
Dengan ini, kepentingan integrasi kaum makin lama makin pupus dalam warga
masyarakat yang bertempat di bandar. Seterusnya, kewujudan sekolah vernakular yang
merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan
penyelidikan dan pembangunan (P&P). Walaupun penyelarasan kurikulum dan
kokurikulum telah dilaksanakan di semua sekolah Malaysia, namun integrasi kaum masih
susah dicapai kerana sekolah jenis kebangsaan hanya menempatkan pelajar-pelajar yang
terdiri daripada kaum yang sama. Hal ini mengurangkan peluang untuk berinteraksi
dengan pelajar-pelajar daripada kaum yang berlainan. Daripada persepektif ibu bapa,
mereka lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke sekolah jeni kebangsaan Cina
atau India, kebanyakkannya disebabkan lebih mengutamakan kaum sendiri untuk berjaya
dalam masyarakat ini. Oleh demikian, pelajar-pelajar tersebut akan mengalami masalah
berinteraksi antara kaum lain dalam dunia kerja yang akan datang. Hal ini dapat
mewujudkan masalah jurang antara kaum dalam kalangan masyarakat sejak dari kecil. Di
samping itu, perbezaan dari segi pekerjaan juga salah satu penghalang dalam
melaksankan aktiviti bercorak integrasi kaum. Perbezaan pekerjaan ini sebenarnya wujud
akibat dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh kerajaan British. Sebagai contoh,

7
sektor perniagaan masih lagi didominsai oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India
masih tinggal di ladang-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi
sosial antara masyarakat. Jika, rakan sekerja terdiri dari kaum sama, maka interaksi dan
komunikasi mereka berada dalam lingkungan kaum yang sama. Ini menyebabkan
perasaan perkauman dan kurangnya hubungan semakin menebal. Tambahan pula,
halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang
pelbagai. Setiap kaum di Malaysia mempunyai agama, budaya, adat resam serta
kepercayaan yang tersendiri. Maka, ini telah mewujudkan perbezaan pendapat di antara
kaum-kaum. Keadaan ini berlaku kerana sikap setiap kaum yang tidak dapat menerima
amalan dan kepercayaan kaum lain yang berbeza dengan cara hidup mereka. Sebagai
contoh, penganut agama Hindu tidak memakan lembu kerana dianggap sebagai haiwan
suci tetapi penganut agama lain memakan lembu. Begitu juga dengan penganut agama
Islam yang tidak memakan babi tetapi penganut agama lain boleh memakan babi. Maka
timbullah perbezaan pendapat di antara mereka yang mungkin akan membawa kepada
perbalahan antara kaum. Keadaan ini menghalang kewujudan perpaduan dan integrasi
kaum. Tambahan pula, diskriminasi tentang perbezaan agama, budaya dan adat resam
yang terdapat di media massa mengakibatkan kewujudan pergaduhan perselisihan faham
antara kaum. Hal ini kerana, masyarakat kini memilih media massa sebagai platform
unutk membincangkan isu-isu etnik dan perkauman dan rakyat kini mudah terjebak
dengan fakta-fakta yang tidak benar dan mula berkongsi maklumat tersebut menjadikan
viral.

Kesimpulannya, usaha memupuk integrasi kaum perlu diberi penekanan di Malaysia,


kerana kesatuan menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Oleh
itu, semua pihak haruslah berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan
semata-mata dalam mewujudkan integrasi kaum. Janganlah kita bersikap evasive
mahupun ”bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana integrasi
kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing
dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur. Semua warga rakyat haruslah
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai warga Malaysia demi menjaga
keamanan dan keharmonian negara pada setiap masa. Hal ini kerana, hanya rakyat yang

8
bersatu dapat melahirkan sebuah negara yang stabil dan maju dari segi sosial, politik dan
ekonomi. Kegagalan mengekalkan integrasi kaum memudahkan dominasi negara-negara
lain untuk menakluki negara kita yang akan membawa kemerosotan kepada Malaysia.
Perkara ini perlu diberi keutamaan yang amat tinggi demi kehidupan warga masyarakat
akan datang terjamin serta mencapai Wawasan 2020.

9
Penulisan Jurnal Reflektif (JR)

Dalam masa untuk menyempurnakan tugasan ini, saya telah dapat mengenali hubungan
etnik dengan lebih terperinici dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di negara kita.
Sepanjang tugasan ini, saya mendapat peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan
dalam sejarah hubungan etnik di Negara kita. Saya juga dapat belajar untuk menghargai
semua prinsip-prinsip perlembagaan yang mana selama ini saya kurang titikberatkan.

Sebelum mempelajari kursus Hubungan Etnik, saya amat sukar untuk memahami kerana
banyak fakta yang perlu diingati. Tetapi, selepas mempelajari kursus ini, saya memahami
satu perkara dengan jelas iaitu implikasi daripada sejarah inilah wujudnya keharmonian
di Malaysia. Sewaktu pengajaran subjek ini, saya mendapat menganalis pemahaman dan
pendekatan terhadap kepentingan Hubungan Etnik dalam kehidupan masyarakat. Dalam
kerja kursus ini, saya dapat mengkukuhkan lagi ilmu pengetahuan mengenai ciri-ciri
pembentukan sesuatu etnik di negara kita yang tercinta. Sebagai rakyat Malaysia, kita
haruslah terus memupuk keharmonian dan perpaduan kerana unsur-unsur tersebut
merupakan kunci kejayaan negara kita. Semua warga kaum harus saling hormat
menghormati budaya, kepercayaan dan agama kaum lain. Dengan ini, hubungan harmoni
dalam masyarakat dapat dipelihara. Langkah menerangkan konsep saling menghormati
sesama kaum dan etnik dalam kehidupan amat wajar untuk membangunkan negara.
Seterusnya, sikap saling menghormati antara kaum dan etnik akan membawa faedah
dalam pembangunan negara.

Di samping itu, saya boleh menyedari dari Rukun Negara merupakan salah satu panduan
untuk kita dapat menghormati dan membina hubungan yang baik antara rakyat. Melalui
kursus ini, saya boleh memahami perbezaan budaya, adat resam dan bahasa di negara
kita. Saya juga dapat mengenal pasti pelbagai kumpulan etnik seperti Baba dan Nyonya,
Kelabit, Melayu Terengganu dan sebagainya. Setiap etnik mempunyai keunikan sendiri
seperti budaya, makanan dan pakaian masing-masing. Di Malaysia terdapat pelbagai
perayaan yang berbeza. Dengan mengadakan sambutan perayaan bersama, ia membuka
ruang untuk merapatkan jurang antara kaum yang berbeza. Jika berlakunya huru-hara dan

10
konflik antara kaum negara kita akan mengalami dalam kerugian. Ia akan mengakibatkan
pelbagai kesan buruk dari segi sosial, ekonomi dan politik. Maka semua etnik ini
hendaklah bersatu padu untuk membina negara yang aman damai dan harmoni.
Selain itu, perpaduan etnik akan tercapai sekiranya tiada berlakunya prejudis antara satu
sama lain. Saya berasa amat paling penting unutk menyemai semangat patriotik
sayangkan negara dan cinta akan negara.

Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersyukur dan berasa bangga dengan
integrasi kaum di negara ini. Setiap rakyat haruslah bertanggunjawab dalam menjaga
perpaduan negara Malaysia dengan bersifat tolak ansur, sabar dan menghormati semua
kaum. Kita juga perlu menjaga keharmonian dan keamanan negara dalam setiap masa
demi warga masyarakat yang akan datang dan juga untuk mencapai Wawasan 2020.

11
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

 Intan Amalina Mohd Ali, (19 September 2018), Successful gotong-royong draws

residents and agencies, The Star Online

 Amniera Naziera Amran, (18 Oktober 2017), Lebih 3,000 hadiri rumah terbuka

Deepavali MIC Sabah, Berita Harian Online

 Jumiati Rosly, (12 Oktober 2019), Bengkel khas rangka hala tuju NFDP, Berita

Harian Online

 Wan Faizal Ismayatim; Irwan Shafrizan Ismail; Zanariah Abd Mutalib; Fahmy A

Rosli dan Noor Atiqah Sulaiman, (31 Ogos 2019), Hari Kebangsaan dirai meriah,

penuh semangat petriotik.

12

You might also like