You are on page 1of 15

HNS3063 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

TUGASAN 1:
PENULISAN AKADEMIK ARTIKEL JURNAL

PENSYARAH:
EN. MOHD SYARIEFUDIN BIN ABDULLAH

AHLI KUMPULAN 5:
MOHD SYADDAD BIN MAZLAN D20182085213
MUHAMMAD AMIRUDDIN NAIM BIN ROSLI D20182086391
MUHAMMAD HAFIZIE BIN MUSTAFFA D20182086404
MUHAMMAD AQIL NAIM BIN GHAZALI D20182086423

Penulisan ini dibuat untuk memenuhi tugasan


bagi kursus HNS3063 Integrasi Dan Perpaduan
Nasional.

24 Disember 2021
SUKAN SEBAGAI AGEN PERPADUAN DI MALAYSIA

ABSTRAK

Sukan merupakan satu aktiviti yang boleh menjadi agen perpaduan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia yang merupakan salah satu negara yang mempunyai kepelbagaian
kaum dan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk
bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Selain itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis
segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi,
pengasingan dan sebagainya. Keamanan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat di
negara ini dapat dicapai sekiranya setiap masyarakat dan pihak yang berwajib
menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan antara kepelbagaian kaum di
negara ini. Objektif artikel ini adalah ingin membincangkan mengenai peranan sukan sebagai
agen perpaduan, menyenaraikan majlis dan badan yang bertanggungjawab menerapkan
perpaduan dalam sukan dan penglibatan semua kaum di Malaysia, dan menjelaskan langkah
memantapkan penglibatan sukan untuk semua kaum di Malaysia. Kajian yang telah
dijalankan melibatkan responden daripada kalangan masyarakat sekitar berkenaan
keberkesanan sukan sebagai agen perpaduan. Seramai 200 responden yang dipilih untuk
mengambil bahagian dalam soal selidik yang dijalankan bersetuju mengatakan bahawa sukan
merupakan sebagai salah satu agen perpaduan.

Kata kunci : sukan, kesepaduan, kepelbagaian etnik, kepentingan sukan, penglibatan sukan.

1.0 Pengenalan

Perpaduan kaum di negara ini bukanlah terbentuk secara semulajadi. Ia telah melalui satu
proses perjalanan yang agak jauh, rumit dan kompleks sebelum kita dapat lihat dan
menikmati apa yang ada pada hari ini. Penjajahan Inggeris dan Jepun serta kemasukan
imigran dari India dan China telah menjurus dan merintis jalan kepada kewujudan
masyarakat majmuk dan pelbagai etnik di Tanah Melayu. Dalam hal ini kesanggupan orang
Melayu bertolak ansur dan bekerjasarna dengan etnik India dan juga Cina membolehkan
akhimya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957.

Kemuncak kepada kerjasama kaum ini adalah termeterainya kontrak sosial yang
kemudiannya menjadi asas yang cukup penting dalam kita membangunkan Perlembagaan
Persekutuan. Maka Malaysia yang ada pada hari ini adalah hasil usaha generasi terdahulu
yang sanggup mengetepikan dan mengorbankan ego, perbezaan etnik, agama, latar belakang
dan juga pegangan ideologi demi mencapai nikmat kemerdekaan.

Setelah 64 tahun kita melalui pelbagai rintangan dan laluan berduri merentasi
jambatan perpaduan yang telah terbina sekian lama, kini ditimbulkan lagi isu perpaduan
kaum dan penyatuan nasional. Perkara ini berlaku kerana generasi pasca merdeka dan
kelompok anak muda yang ada pada hari ini dilihat masih belum matang sepenuhnya, gagal
menghayati sejarah negara, tidak mampu memahami pengorbanan generasi terdahulu serta
masih tidak boleh bertolak ansur antara satu sarna lain. Justeru, perkara ini merupakan satu
masalah yang perlu dipandang secara serius. Jadi, bagi mengembalikan keharmonian dan
kesepaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan etnik di negara ini perlulah
melaksanakan satu kaedah ataupun strategi bagi memupuk semula kesepaduan yang kian
pudar ini.

Bidang sukan dilihat mampu menjadi landasan yang terbaik dalam memupuk
perpaduan antara kaum. Perbezaan daripada aspek fahaman politik, agama dan bangsa tidak
menjadi satu masalah yang serius untuk mereka bersatu ketika menyokong pasukan negara
yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan. Selain itu, aktiviti sukan juga
merupakan perkara yang dilihat berkesan dalam menjadi agen kepada kesepaduan dalam
kalangan masyarakat di Malaysia ini. Hal ini kerana sukan boleh dikategorikan sebagai satu
institusi sosial dalam masyarakat. Perkara ini disebabkan oleh aktiviti sukan itu sendiri dilihat
banyak menyatupadukan rakyat dan bangsa khususnya. Dasar Sukan Negara (2009)
menyatakan bahawa sukan adalah kunci kepada integrasi nasional menerusi penglibatan
masyarakat secara menyeluruh. Oleh itu, pelbagai pihak haruslah memainkan peranan dalam
menyedarkan masyarakat berkenaan kepentingan aktiviti sukan dalam menyatupadukan
masyarakat dalam mewujudkan kesepaduan yang lebih kukuh dalam kalangan kepelbagaian
kaum dan etnik di Malaysia.

2.0 Kajian literatur


Sukan, dari segi istilah didefinisikan sebagai segala kegiatan yang memerlukan
ketangkasanatau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan (Kamus
Dewan EdisiKeempat). Manakala perpaduan, menurut sumber yang sama, membawa maksud
penggabungan atau persesuaian. Pengaplikasian sukan sebagai medium menyatupadukan
kaum dan masyarakat telah lama terbukti mampu dilaksanakan. Memetik dari kajian ‘Sukan
Massa Sebagai Mekanisma Pembangunan Komuniti’ yang ditulis oleh Zaini bin Arshad,
negara seperti United Kingdom yang memiliki kira-kira 13% daripada jumlah populasi
rakyatnya yang mempunyai latar belakang etnik yang berbeza seperti Asia, Caribbean dan
Afrika menurut (figures.service.gov.uk) sejak tahun 1980an telah manjalankan program yang
dinamakan SportAction (McDonald dan Tungatt, 1992; Deane, 1998). Sukan telah diterima
dalam agenda polisi negara berkenaan untuk mengukuh social inclusion dalam komuniti. Di
Scotland, sukan merupakan aktiviti masa lapang dikatakan memainkan peranan dalam
membantu meningkatkan esteem diri,membina semangat komuniti dan meningkatkan
interaksi sosial selain kepentingannya dalam aspek kesihatan dan kecergasan (Scottish
Office, 1999).

Kepelbagaian yang ditawarkan oleh aktiviti sukan membolehkan setiap individu dari
semua peringkat umur dan kaum untuk menyertainya mengikut tahap dan kemampuan yang
sesuai dengan mereka. Kemampuan sukan untuk mendapat penyertaan meluas ini memberi
potensi besar kepada pengukuhan perhubungan antara kaum, khasnya di Malaysia. Sifat
inilah yang menjadikan sukan istimewa berbanding dengan aktiviti-aktiviti lain, menurut
Vogler dan Schwartz (1993). Tambahan lagi, Nixon dan Frey (1996) menyatakan sukan
berfungsi untuk menyatukan ahli masyarakat melalui perkongsian minat dan komitmen.
Interaksi yang terjalin antara individu melalui aktiviti sukan memudahkan sesebuah komuniti
melaksanakan kegiatan kemasyarakatan untuk faedah pembangunan sosial dalam negara.

Sukan yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia termasuklah badminton dan
bolasepak. Penulis mengimbas kembali pengalaman menonton pasukan badminton negara
ketika menjuarai Piala Thomas. Pasukan Piala Thomas ketika itu diketuai Allahyarham Tan
Sri Elyas Omar manakala mendiang Dato’ Punch Gunalan bertindak selaku ketua jurulatih
sambil skuad dibarisi pemain handalan negara termasuklah Rashid, Raziff dan Jalani Sidek,
Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit, Soo Beng Kiang dan Kwan Yoke Meng. Skuad negara ini
sahaja sudah menunjukkan betapa majmuknya negara ini dan atas satu semangat membawa
satu kejayaan yang amat besar dalam sukan badminton negara.

Memetik dari kajian ‘Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum


Persekolahan di Malaysia’ oleh sekumpulan pelajar darpada Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) di sebuah persidangan pada tahun 2018, aktiviti kokurikulum seperti sukan dan
permainan dipercayai menyediakan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi, bertoleransi,
mewujudkan keakraban dan kerja berpasukan antara pelajar. Menurut pengkaji lagi, aktiviti
seperti ini perlulah melibatkan semua kaum pelajar bagi menyemai perasaan muhibbah,
perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan generasi muda.

3.0 Objektif Kajian

1. Menerangkan peranan sukan sebagai agen perpaduan kaum di Malaysia.


2. Menyenaraikan organisasi yang bertanggungjawab menjadikan sukan sebagai agen
perpaduan.
3. Menjelaskan langkah memantapkan penglibatan sukan untuk semua kaum di
Malaysia.

4.0 Perbicangan Dan Hasil Kajian

4.1 Peranan Sukan Dalam Membentuk Perpaduan

Bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi sebenarnya
juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan antara kaum. Hal Ini kerana
penglibatan dalam sukan terutama di negara Malaysia tidak pernah mengira latar belakang
agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang yang boleh menghalang interaksi antara
pemain, penyokong, pengurusan dan masa. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh
sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan
tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'. Bahkan
budaya kesukanan yang dibawa oleh Malaysia ini telah mencipta identiti negara yang
mengamalkan perpaduan selaras dengan kehendak Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Di Malaysia, usaha menjadikan sukan sebagai platform membentuk perpaduan sudah


bermula di peringkat sekolah. Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mewajibkan setiap sekolah untuk mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan pada setiap
tahun. Pada kejohanan ini, semua pelajar akan dibahagikan kepada empat atau lima kumpulan
besar atau dipanggil “rumah sukan” secara rawak di mana setiap rumah sukan itu bukan
sahaja akan terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlainan umur (daripada Darjah 1 hingga
Darjah 6) atau (daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) malah terdiri daripada para pelajar
yang berlainan kaum. Setiap ahli rumah sukan diberikan peluang untuk mengambil bahagian
dan mewakili rumah sukan masing-masing dalam mana-mana acara sukan yang
dipertandingkan mengikut kategori umur. Tiada acara sukan yang dipertandingkan mengikut
kaum atau agama masing-masing. Begitu juga dengan rakan-rakan penyokong serta guru-
guru penasihat rumah sukan yang akan menyorak memberi sokongan kepada atlet-atlet
rumah sukan masing-masing tanpa mengira bangsa mereka. Usaha yang dilakukan ini
berusaha menanam semangat kerjasama dalam sukan sama ada dalam kalangan atlet,
pengurusan, penyokong dan sebagainya oleh semua kaum sejak awal lagi. Kerana hal ini,
tidak dapat dinafikan sukan merupakan platform terbaik untuk mengaplikasikan perpaduan
kepada kanak-kanak dan remaja.

Tidak cukup dengan itu, para pelajar yang berpotensi untuk maju dalam sukan dibawa
pulak ke peringkat seterusnya melalui kejohanan-kejohanan sukan seperti MSSD, MSSM dan
sebagainya. Motifnya bukan sahaja untuk mengembangkan bakat para pelajar semata-mata
tetapi juga untuk meluaskan interaksi mereka ke pelbagai peringkat dengan lebih kenalan
supaya hasrat menjayakan agenda perpaduan dapat direalisasikan. Kejohanan seperti ini
biasanya hanya terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18
tahun. Selain itu, kejohanan ini juga disertai oleh berpuluh-puluh sekolah termasuklah
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan
(SJK) Cina (SJK) Cina serta Sekolah Jenis serta Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil.
Keadaan ini membuka peluang kepada para atlet sekolah serta guru pengiring untuk
berkenalan dan menambah kenalan dengan atlet-atlet daripada sekolah-sekolah lain
terutamanya atlet daripada Sekolah Jenis Kebangsaan. Bukan itu sahaja, kita juga dapat
melihat kerjasama antara pegawai- pegawai kejohanan dalam memastikan kejohanan tersebut
berjalan dengan lancar di mana mereka ini telah dilantik berdasarkan ilmu serta kemahiran
mereka dan bukannya berdasarkan bangsa mahupun agama mereka.

Peranan sukan sebagai platform menjayakan agenda perpaduan tidak hanya terhenti di
peringkat sekolah semata-mata, ianya bahkan diteruskan di peringat kebangsaan. Di bawah
program Sukan Malaysia atau SUKMA, kita menggalakkan penyertaan atlet warganegara
dari pelbagai latar belakang untuk bersama-sama mempertaruhkan bakat kesukanan mereka
dalam satu kejohanan peringkat kebangsaan. SUKMA adalah satu acara sukan peringkat
kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri,
Majlis Sukan Sekolah negeri, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM),
Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia. SUKMA adalah
merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini
Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi
tahunan dan berselang-seli mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah
bagi menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.
Peranan sukan dalam membentuk perpaduan kaum juga boleh dilihat melalui acara
sukan berkumpulan seperti bola sepak, badminton beregu, kapal layar dan sebagainya. Tidak
kiralah wakil bagi peringkat sekolah hinggalah ke peringkat antarabangsa, pemilihan ahli
kumpulan pastinya berdasarkan bakat, kebolehan dan potensi seseorang atlet itu dalam acara
terbabit. Acara berkumpulan memerlukan semangat kerjasama yang tinggi di antara ahli
kumpulan tanpa mengira warna kulit mahupun kepercayaan masing-masing. Sekiranya
masing-masing membuang sifat perkauman serta sikap prejudis di kalangan ahli kumpulan
yang berlainan bangsa, pastinya kumpulan sukan itu mampu mencapai kemenangan serta
melangkah lebih jauh. Sebagai contoh, kebolehan bekas penjaga gol pasukan Malaysia,
Datuk Ho Koh Chye yang menggunakan tangan untuk makan nasi tanpa kekok kerana
percampurannya dengan rakan-rakan pemain hoki keturunan Melayu dan India yang memang
menggunakan tangan ketika makan. Datuk Ho Koh Chye tinggal di dalam bandar Seremban
bukan di kampung. Pergaulan beliau dengan rakan-rakan Melayu dan India diperoleh banyak
melalui aktiviti sukan khususnya ketika berada dalam pasukan kebangsaan. Kemampuan
beliau makan nasi menggunakan tangan bukan diperolehi kerana beliau duduk di kampung
tetapi kerana percampuran beliau dalam sukan. Contoh lain yang boleh diambil ialah
semangat kerjasama antara ahli pasukan bola sepak Malaysia sebelum terbentuknya
Malaysia yang lebih dikenali sebagai “pasukan bola sepak Malaya”. Pasukan ini amat
digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-
sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah
berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah
menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini dianggotai pemain-pemain yang berlainan
bangsa seperti Abdul Ghani Minhat, Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin
Dutton dan Stanley Gabriel. Pada hari ini, pasukan bola sepak Malaysia lebih dikenali
sebagai “Harimau Malaya” dan diletakkan di bawah jagaan Tan Cheng Ho walaupun majoriti
anak didikannya ialah orang Melayu. Di sini kita boleh lihat bahawa perbezaan agama dan
bangsa bukanlah satu penghalang atau gangguan dalam sukan. Sebaliknya, sukan merupakan
alat yang sesuai dalam membentuk dan memperkukuhkan perpaduan kaum di negara kita.

Identiti bangsa Malaysia yang bersatu padu seterusnya kita serlahkan pula melalui
peneyertaan temasya sukan di peringkat global. Sama ada kita sedar atau tidak sebenarnya,
para atlit negara kita telah memberi gambaran jelas kepada masyarakat dunia tentang
penonjolan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Dalam temasya-
temasya sukan antarabangsa seperti Olimpik, sukan Komenwel, Sukan SEA dan sebagainya,
negara kita antara penyumbang penyertaan paling unik kerana mampu untuk berkerjasama
dalam satu pasukan menjulang nama Malaysia walaupun dengan pelbagai perbezaan yang
dimiliki. Nama-nama ikon sukan seperti Datuk Azizul Hasni Awang, Datuk Lee Chong Wei,
Nichole Ann David, Nauraj Sing, Pandalela Rinong dan lain-lain adalah contoh jelas identiti
pasukan Malaysia yang telah ditanamkan dengan nilai perpaduan dalam sukan. Bahkan, jika
mereka bertanding dalam acara masing-masing, semua populasi rakyat Malaysia lebih kurang
30 juta bersama-sama menyokong mereka tanpa mengira perbezaan yang wujud. Bukankah
ini suatu bukti yang jelas bahawa peranan sukan sebagai medium menyatukan rakyat majmuk
di Malaysia telah terealisasi.

Disamping itu, sukan juga telah berjaya mewujudkan satu budaya kepenyokongan
dalam kalangan rakyat Malaysia terutama para peminat sukan. Sukan dijadikan platform
untuk mezahirkan perpaduan dan integrasi oleh para peminat sukan melalui penubuhan
kelab-kelab peminat. Keanggotaannya tidak meletakkan syarat tertentu seperti mesti dalam
kaum tertentu, kepercayaan tertentu dan lain-lain. Asalkan mempunyai minat yang sama dan
memberikan sokongan pada pasukan yang sama, semua orang boleh menganggotai kelab
peminat sukan. Misalnya nama yang cukup gah apabila menyentuh tentang kelab peminat ini
ialah kelab peminat pasukan bola sepak Harimau Malaya atau lebih dikenali sebagai Ultras
Malaysia. Kelab ini menjadi terkenal kerana keanggotaan yang ramai tanpa mengira
perbezaan kaum, kepercayaan dan lain-lain dalam memberi sokongan padu kepada setiap
perlawanan pasukan bola sepak negara. Suara nyanyian mereka menunjukkan kerencaman
perpaduan yang berjaya dipupuk kerana kecintaan terhadap pasukan Malaysia. Sebelum
wujudnya pandemik Covid 19, kehadiran kelab-kelab penyokong sukan negara ini kerap
memenuhi stadium sebagai tanda solodariti kepada pasukan negara.

Kesimpulannya, jelaslah peranan sukan sebagai jambatan perpaduan kaum di


Malaysia kerana sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi yang
keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan
terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok
etnik yang ada di negara ini. Di samping itu, sukan juga merupakan antara mekanisme
penting dalam melentur semangat 'kekitaan” di kalangan masyarakat Malaysia serta penjana
dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat negara ini di bawah prinsip Kelluarga Malayasia.

4.2 Organisasi Yang Bertanggungjawab Menjadikan Sukan Sebagai Agen Perpaduan


Perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan menyemarakkan
semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada
kaum tertentu kerana ianya membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat.
Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan mengadakan temasya sukan
Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringat awal. Kemudian SUKMA mula
diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara negeri. Aktiviti sukan dapat
memupuk perpaduan dalam kalangan pemain ataupun penonton. perpaduan bukan sekadar
dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan
organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng
pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting
dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga
dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari
masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik
terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari
itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.

Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis
Sukan Negara Malaysia ,Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.
Seterusnya, Sukan ini juga merupakan kejohanan "beraneka sukan" (Multisport Competition)
dan berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di Malaysia yang melibatkan atlet
remaja. Seterusnya, sukan Malaysia diadakan secara dwi tahunan, kemudian diadakan setiap
tahun untuk mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi
menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan. Dasar ini
adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan Untuk Semua
dan Sukan Prestasi Tinggi. Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan
negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting
dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan
kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap
muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal
yang berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum
kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara.
Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang
melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.
Pihak kerajaan juga telah menjalankan beberapa program bagi memantapkan usaha
ini. Antaranya ialah Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) (KPM
2006) yang menggalakkan program kokurikulum secara integrasi antara jenis sekolah
diperluaskan. Dipetik dari satu artikel Berita Harian, menurut Laporan Tahunan 2014 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), melalui pemantauan didapati 84.6 peratus atau
66 sekolah sudah melaksanakan lima kategori RIMUP dan interaksi murid adalah positif
dengan 87.2 peratus atau 68 sekolah menunjukkan murid pelbagai etnik berinteraksi ketika
dalam aktiviti kokurikulum dan kelas Pendidikan Jasmani. Selain itu, usaha kerajaan yang
lain termasuklah menganjurkan kejohanan atau karnival sukan di peringkat sekolah,
universiti mahupun di peringkat negeri. Melalui satu portal berita digital UKM pada tahun
2017, kerajaan telah mengadakan Karnival Sukan PERMATA pintar Negara yang disertai
oleh pelajar dari Kolej PERMATA Insan dan Universiti Sains Islam Malaysia. Sebanyak 14
acara dipertandingkan termasuklah acaran balapan, renang, tarik tali dan indoor game. Dato’
Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam sesi perasmian berkata melalui sukan, pelajar akan
menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan
sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.

4.3 Langkah Memantapkan Penglibatan Sukan Untuk Semua kaum di Malaysia.

Dunia semakin canggih, taraf hidup masyarakat semakin meningkat dan hal ini
menuntut rakyat saling bersaing bagi membuktikan keunggulan masing-masing setelah lima
dekad menghirup udara kemerdekaan demi mengharumkan nama negara tercinta. Masyarakat
tanpa mengira kaum memainkan peranan utama bagi membuktikan keupayaan mereka
mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang dalam mengetengahkan
semangat kesukanan sebagai asas pembentukan masyarakat sakinah dan membenam budaya
hedonistik yang tidak berfaedah. Kesedaran masyarakat amat diperlukan agar dapat
menyerlahkan potensi dan bakat mereka dalam bidang sukan yang mampu membina
kekuatan dan Mampu menyatupadukan kaum. Dunia memandang tinggi terhadap pencapaian
generasi baharu yang aktif bersukan menerusi penganjuran Sukan Olimpik, Sukan Komanwel
dan Sukan SEA yang cukup berprestij bagi melahirkan atlet pelapis yang berwibawa.

Masyarakat tidak harus menafikan bahawa mereka memikul peranan yang cukup
besar untuk meningkatkan imej negara di mata dunia. Lihatlah hari ini Malaysia cukup
berbangga dengan lahirnya permata negara seperti Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton
negara dan Pandalela Rinong, perenang wanita negara yang seharusnya dijadikan ikon oleh
para remaja untuk berkecimpung dalam lapangan sukan yang ternyata banyak manfaatnya.
Negara juga bertuah memiliki sebutir bintang bernama Datuk Nicol Ann David yang kini gah
merangkul gelaran Ratu Skuasy Dunia. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak
akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun,
James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun
tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku
dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat
perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan
termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat
untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang
boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus
berbeza.

Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya
sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam
aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan
sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi,
peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan
sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan
dan individu yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar
pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional
menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh tanpa mengira kaum dan pencapaian
kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat,
merangkumi program-program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.
Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara. Sukan diberi
pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial yang
lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang
berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan
toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan.
Sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu
masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan
memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan
peranan individu, masyarakat dan negara.
Ibu bapa menjadi cerucuk utama pembangunan keluarga dalam melahirkan remaja
yang minat bersukan. Ibu bapa merupakan guru pertama dalam kehidupan anak-anak
yang usianya masih setampuk pinang dan tidak mampu membezakan antara intan dengan
kaca. Sebagai suri teladan, ibu bapa tanpa mengira kaum sewajarnya menunjukkan minat
bersukan yang mendalam agar tidak dikatakan seperti aforisme seperti ketam
mengajar anaknya berjalan betul. Ibu bapa seharusnya mempengaruhi minda generasi muda
untuk menjadikan aktiviti sukan sebagai rutin harian sejak kecil seperti melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga harus menggalakkan anak mereka untuk bergaul
dengan mereka yang berlainan kaum bagi mewujudkan lebih persefahaman tanpa mengira
kaum, budaya agama, cara hidup dan sebagainya. Tamsilnya, anak-anak seharusnya dibawa
oleh ibu bapa untuk bersama-sama ke kompleks sukan untuk bermain badminton, berenang,
dan sebagainya bagi memantapkan nilai-nilai kesukanan dalam jiwa remaja dan mengeratkan
hubungan antara kaum. Nasihat yang berguna tentang maslahat aktiviti sukan haruslah
ditekankan oleh para ibu bapa agar persepsi negatif anak-anak terhadap bidang tersebut dapat
dikikis. Sebaliknya sukan bukan sahaja menjanjikan kemantapan fizikal malah membina
keyakinan mental yang positif dalam kalangan remaja dan membantu remaja berkembang
kerana pergaulan remaja dengan kaum yang lain.. Dengan kata lain, ibu bapa memainkan
peranan penting dalam menampilkan wajah baru anak-anak yang disulami tekad untuk
bersukan dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan.

Peranan seterusnya dalam memupuk remaja meminati sukan digalas oleh pihak
sekolah yang seyogianya memastikan semua pelajar menyertai aktiviti sukan dan
kokurikulum di sekolah. Meskipun dasar 1Murid 1Sukan diwajibkan di semua sekolah,
namun pihak sekolah harus membimbing pelajar-pelajar memenuhi impian agar tiada pelajar
dari semua kaum yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Pihak sekolah harus
membetulkan tanggapan pelajar yang masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
bahawa sesetengah sukan kononnya hanya untuk sesetengah kaum dan atlet sekolah yang
bercita-cita untuk menceburi bidang sukan sahaja serta mengganggu tumpuan pembelajaran.
Guru-guru juga sewajarnya menjalankan obligasi dengan mendedahkan kepentingan
bersukan dalam memupuk semangat perpaduan seperti menyertai Kelab Bola Tampar yang
didominasi oleh kaum cina, Kelab Bola Sepak yang didominasi oleh kaum melayu, sukan-
sukan yang didominasi oleh kaum tertentu ini harus diubah dan menggalakkan untuk pelajar
kaum lain untuk menyertai kelab sukan tersebut. Tindakan tegas juga haruslah diambil oleh
guru-guru penasihat sekiranya para pelajar gagal menghadirkan diri dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah tanpa mengemukakan alasan yang munasabah dan seki. Oleh yang
demikian, kesedaran terhadap kepentingan penglibatan para pelajar semua kaum perlu dibajai
kembali oleh pihak sekolah demi membangunkan generasi yang Mementingkan semangat
perpaduan.

Langkah seterusnya dalam menggalakkan penglibatan sukan untuk semua kaum ialah
dengan menambahbaik fasiliti sukan negara dan membuat kempen bersukan bagi menarik
minat kaum lain untuk menyertai. Seorang cendekiawan Barat pernah memfasiqkan, “Pokok
utama kemajuan seseuatu bangsa ialah jiwa yang hidup”. Berlandaskan kata-kata tersebut
maka kerajaan harus menjalankan peranan dengan membina lebih banyak infrastruktur
seperti pusat sukan dan taman rekreasi secara percuma bagi membolehkan rakyat semua
kaum terutamanya remaja berpeluang melakukan pelbagai aktiviti sukan untuk
menghidupkan semula budaya sukan dalam atma mereka. Keprihatinan kerajaan dengan
menubuhkan sekolah-sekolah sukan di seluruh negara menjadi landasan terbaik untuk
menyuburkan minat bersukan dalam kalangan anak-anak muda memaksimumkan
kemampuan mereka, kemasukan ke sekolah sukan itu juga tidak dihadkan untuk kaum
tertentu sahaja. Kerajaan juga sewajarnya menumpukan usaha dengan mengadakan kempen
bersukan kepada masyarakat Malaysia seperti mengadakan Hari Sukan Negara, Projek Sukan
dan sebagainya. Biasiswa sukan juga harus diberikan untuk semua kaum dan wajar diperluas
kepada lebih ramai pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang sukan di
samping peluang untuk berkhidmat dalam bidang tersebut bagi menggalakkan masyarakat
semua kaum lebih serius meminati sukan. Oleh itu, kerajaan dapat memajukan taraf bangsa
Malaysia dengan menyediakan prasarana sukan mencukupi dan menggalakkan penglibatan
sukan untuk semua kaum agar semangat perpaduan dapat dipupuk.

Oleh itu, marilah bersama-sama menyokong hasrat murni ke arah hidup sihat
sejahtera dan melahirkan semangat perpaduan rakyat Malaysia kerana sukan memajukan
masyarakat dan negara. Jelaslah disini bahawa sukan merupakan agen yang penting dalam
memantapkan semangat perpaduan negara ini.

5.0 Penutup

Secara kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan atau permainan akan


membawa pelbagai faedah kepada masyarakat. Sukan tidak pernah mengira latar belakang
agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada
pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap
kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di
peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara
pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.
Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.

Oleh itu, semua lapisan masyarakat amat digalakkan untuk menyertai semua jenis
aktiviti sukan atau permainan kerana ia dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu
padu,berdaya saing dan berdaya maju. Semua kebaikan sukan atau permainan tadi memang
boleh terserlah apabila ia dimajukan dengan sebaik mungkin. Ia juga mampu mengangkat
martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah
memberikan sokongan dan dorongan apabila analk mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara
sukan atau permainan itu. Ada satu slogan yang menyatakan majulah sukan untuk negara
harus dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita mahu acara sukan ini terus mendat
tempat dalam jiwa rakyat. Sesungguhnya sukan atau permainan sangat berfaedah kepada
individu, masyarakat dan negara. Dengan ini, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua
lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan bangsa kerana sukan benar-benar menjadi salah
satu menyatupadukan masyarakat di Malaysia.
6.0 Rujukan

Ani Mazlina, et. al. (2009). Faktor yang Menggalakkan Penglibatan Siswi di dalam Sukan
Wanita: Satu Tinjauan Kualitatif. Asian Journal Of University Education. 4(2), 123-
140. Daripada: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/360/

Arkib Sukan. (1992). Majlis Sukan Negara Malaysia. Kuala Lumpur: Arkib Sukan.

Kementerian Belia dan Sukan. (2009). Dasar Sukan Negara 2009. Diperolehi pada 23
Disember 2021 daripada: https://www.kbs.gov.my/akta-dasar/dasar.html?
download=32:dasar-sukan-negara-1988

Kementerian Komuikasi Dan Multimedia malaysia. (Update 22 Disember 2021). Dasar


Kebudayaan Kebangsaan. Diperoleh pada 24 Disember 2021. Daripada; Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (kkmm.gov.my)

Mohd Salleh Aman. (2004). Sukan Dalam Masyarkat Malaysia. Johor Bharu:
Penerbitan Pelangi.

Muhammad Helmy & Nurzalyna. (2020) Budaya Kepenyokongan Sukan Bola Sepak Sebagai
Tapak Integrasi: Penelitian Terhadap Kelompok Ultras Malaya. Malaysian Journal of
History, Politics & Strategic Studies, 47(3). 274-307. Daripada:
https://ejournal.ukm.my/jebat/article/view/44781/11545

Nur Hafizah Yusoff & P. Sundramoorth. (2018). Self Regulation Sebagai Mekanisme
Mengawal Salah Laku Membabitkan Penyokong Bola Sepak Di Malaysia. Journal of
Social Sciences and Humanities, 15(5), 117-127.

Rusimah Sayuti,Mohd Ainuddin,Prof. Madya Datin Hajah, Salma Ishak (2004), Kajian
Hubungan Kaum Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara
Malaysia, Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme.

You might also like