You are on page 1of 5

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang

harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya
masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan
sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun
manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah
berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah
masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang
demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan
perpaduankaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar
kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia
ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud
dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk
melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal
ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar
seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan
perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong,
perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam
minum air”.

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi
negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak
akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad
dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam
dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu kita
teguh,bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi
negara.

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap
ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum,
keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga
menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang
berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal
yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.
Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh menimbulkan
perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan
diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan
berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya
ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia
bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali
pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan
kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan
British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat
memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-
kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu
mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-
kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar
kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala
masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah
menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi
bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana
dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta
oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor
perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi
tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara
mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri
daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada
dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan
perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang
diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi
kesedaran kebangaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah
bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport
dari negara China dan berkiblatkan China.
Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.
Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh
syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka
menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah
Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan
sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak
sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam
masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting
mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua
golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai
pandangan dunia (world – view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif
perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan
sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran
kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan
tenaga dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti
web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak
menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan
begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu
menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan
bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula
tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara
badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita palsu dan tohmahan
juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini.
Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya
menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal
menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu mengguggat
keamanan negara.

Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa individu
yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat dan
Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang
mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri
urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan sesama jenis dan hak golongan
lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota masyarakat juga mengaitkan isu
di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu ini sebagai isu hak
asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada anggota masyarakat.

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( pilih
3 sahaja )

Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan
memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional
telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan
rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk
dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai
strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan,
penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan,
Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan,
Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan
Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan
Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN),
program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara.
Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan
supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara
rakyat di negara ini.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program


Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua
sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya
dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud
kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka
maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam
sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai
kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk
dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana
semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup
bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar,
kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan
persembahan pentas.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur
17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan
PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja
daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul
kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan
tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang
dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut
memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap
kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk
semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative
masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu
masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar
untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti
gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut
supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan
dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam
diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta
akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan
kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi
dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini
mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati
ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya,
Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,

Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan
oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009.
Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan
kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan
dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam
proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti
yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad
dan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu
sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan
kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia
adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini
sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat di negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan
rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di
negara ini.

You might also like