You are on page 1of 19

CABARAN-CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

PENGENALAN

Kesepakatan 3 etnik terbesar negara kita iaitu masyarakat Melayu,Cina dan


India membolehkan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun
1957.Ia telah memberi kesan yang begitu besar sehingga membolehkan rakyat
menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar perkongsian kuasa. Begitu
juga dengan dasar pengagihan kekayaan,pembangunan masyarakat yang adil di sisi
undang-undang,amalan demokrasi serta kontrak sosial di antara kepelbagaian kaum
untuk menghasilkan keharmonian masyarakat Malaysia.

Konsep perkongsian kuasa,pengagihan pendapatan negara secara


adil,peluang pendidikan yang sama di antara kaum,kebebasan beragama yang
dijamin oleh perlembagaan negara,perlindungan terhadap kaum minoriti serta dasar-
dasar yang lain,telah dapat menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik
di negara kita ini.

Negara kita ini pada satu ketika dahulu pernah dijajah.Penjajahan ini
meninggalkan kesan mendalam terhadap hubungan etnik dan pembangunan
politik,ekonomi dan sosial.Sebagai contoh,melalui penjajahan Inggeris,wujudnya
masyarakat pelbagai etnik melalui kemasukan orang Cina dan India sebagai
buruh.Mereka diasingkan dengan penduduk tempatan dari segi pekerjaan,tempat
tinggal dan sistem persekolahan dan menyukarkan untuk berinteraksi sesama kaum.

Di Malaysia terdapat dua kawasan yang berasingan iaitu dipanggil kawasan


Semenanjung dan kawasan Borneo ( sabah dan sarawak ). Di Sabah hubungan
etnik dicorakkan oleh penempatan penduduk bumiputera dan bukan bumiputera
serta bumiputera bukan Islam dan bumiputera Islam.Sistem penempatan dibentuk
melalui sistem kepercayaan dikalangan penduduk Bumiputera Islam
(Bajau,Idahan,Iranun,Sulu,Bisaya,Melayu-Brunei dan Orang Sungai ) dan
Bumiputera bukan Islam ( Dusun,Murut,Rungus ).

Di Sarawak pula,pada zaman pemerintahan Brooke,beliau mengamalkan


dasar mengasingkan kumpulan etnik mengikut kepentingan kepada pentadbiran
British di Sarawak.Perhubungan antara etnik-etnik hanya berasaskan ekonomi
sahaja.Mengasingkan setiap kumpulan etnik di Sarawak mengikut petempatan dan
pekerjaan yang berlainan bagi mengelakkan pertelingkahan dan pertumpuhan darah
yang membawa jepada pengenalan etnik berdasarkan tempat
tinggal.Walaubagaimanapun,perhubungan etnik semakin baik melalui perkhahwinan
campur,toleransi agama,kesedaran melalui pendidikan dan sebgainya.

FAKTOR KONFLIK MASYARAKAT MALAYSIA

Terdapat 4 faktor yang menyebabkan konflik ini berlaku.Ia adalah faktor


agama dan budaya, politik, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh,antara faktor asas
yang dapat dilihat adalah perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti
bahasa,agama dan adat resam.Ini boleh menimbulkan jarak sosial antara anggota
masyarakat kerana kurang berinteraksi.Selain itu,contoh kedua seperti perbezaan
pekerjaan dan tempat tinggal,prasangka dan prejudis yang menebal,keengganan
anggota masyarakat untuk membuka dunia sosial kepada masyarakat lain dan
kecenderungan untuk mengekalkan identiti msing-masing.Dominasi sesuatu kaum
dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan dan bilangan anggota
masyarakat majoriti dan minoriti lebih kurang sama.

Faktor Agama dan Budaya

Di Malaysia, terdapat pelbagai pelbagai agama dan budaya.Setiap etnik


mempunyai agama, adat istiadat, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Ini
menyebabkan konflik mudah terjadi sesama penduduk.Sebagai contoh,setiap kaum
terus menebal dan mempertahankan dengan bahasa serta budaya mereka masing-
masing.Seterusnya lagi,mereka mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam
mendapatkan sesuatu yang boleh memberi manfaat atau keuntungan seperti
pekerjaan,memilih sahabat dan mencari teman hidup.Selain daripada itu,setiap kaum
mesti menghormati atas kepentingan hak masing-masing antara kaum.
Faktor Politik

Sistem politik di Malaysia adalah bercorak demokrasi, di mana rakyat berhak


menentukan dan memilih siapa yang akan mentadbir negara. Dalam pada itu,parti
politik di Malaysia mempunyai pelbagai parti yang berbeza.Setiap kaum di Malaysia
diwakili oleh parti politik masing-masing.Mereka berhak untuk memilih mana-mana
parti politik yang mereka suka untuk mentadbir sistem kerajaan di Negara ini.Mereka
juga berhak menyuara, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan
kelangsungan kaum masing-masing. Cabaran ini akan berkesan lagi kerana mereka
sukar menerima pemimpin dari kaum yang lain.Sebagai contoh,orang melayu hanya
akan mahu sekiranya pemimpin mereka dalam jawatan yang tertinggi hanya
dikalangan orang melayu.Disebabkan ini,orang cina dan india sekiranya mereka
tidak suka pada pemimpin yang bertanding dalam pihanraya itu adalah orang
melayu,mereka tidak akan memilih pemimpin tersebut.Mereka lebih suka memilih
pemimpin mereka terdiri daripada kaum mereka walaupun berlainan parti
politik.Selain itu terdapat dikalangan kaum-kaum di Malaysia ini mempunyai
semangat mengukuhkan semangat perkauman yang tinggi.Kadangkala,ini boleh
menyebabkan perpecahan kaum serta pergaduhan antara kaum di Negara ini.

Faktor Ekonomi

Faktor ekonomi merupkan faktor yang boleh mempengaruhi sesuatu matlamat


yang ingin disarsarkan itu berjaya ataupun tidak.Malah ia merupakan faktor yang
besar dalam negara kita.Antaranya ialah seperti Dominasi sektor Ekonomi.Ia terjadi
seperti jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan
pendapatan.Sebagai contoh,pada zaman ini,orang cina telah menguasai sektor
perniagaan di Negara ini.Ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada semua
kaum yang terdapat di Malaysia.Ini juga boleh berlakunya perbezaan ataupun jurang
pendapatan antara kaum di negara ini berbeza.

Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih
besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud.Ini akan
mewujudkan persaingan dalam sektor ekonomi di Negara ini dan menyebabkan
setiap individu yang melibatkan diri dalam perniagaan terpaksa bersaing.Sekiranya
gagal dalam persaingan tersebut individu itu akan tidak akan berjaya.

Di samping itu juga,antara faktor yang terdapat dalam sektor ekonomi ialah
perbezaan pekerjaan.Di mana sebagai contoh,orang melayu hanya banyak bekerja
dengan pihak kerajaan,orang cina bekerja dengan pihak swasta manakala orang
india bekerja di ladang.Ini menyebabkan masa untuk berinteraksi antara kaum yang
lain adalah terhad dan hanya berlaku sesama kaum itu sahaja.Dalam hal ini juga
setiap kaum mempunyai semangat perkauman mereka sendiri yang terus menebal.

Faktor Sosial

Aspek sosial memainkan peranan yang penting.Dalam konteks bersosial,ia


boleh menentukan sesebuah masyarakat dan kaum itu hidup dalam keadaan
maju,aman dan makmur.Cabaran yang di hadapi oleh negara kita dalam soal sosial
ini yang pertama adalah pemisahan fizikal.Ini adalah akibat daripada dasar pecah
pemerintahan British pada satu ketika dahulu.Sebagai contoh, pada zaman ini masih
ada lagi masyarakat yang tinggal dan hidup di kawasan yang pendalaman atau pun
hujung-hujung kampung.Kebiasaannya mereka ini terdiri daripada golongan
masyarakat yang susah dan miskin.Ini menyebabkan hubungan untuk berinteraksi
antara kaum yang lain menjadi lebih sukar.

Sistem pendidikan yang berasingan juga menjadi salah satu faktor cabaran
kepada negara kita.Sebagai contoh,setiap golongan etnik mempunyai sistem
pendidikan yang tersendiri.Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikuti
bahasa ibunda menyebabkan interaksi berkisar dikalangan etnik itu sendiri
sahaja.Sebagai contoh,wujudnya sekolah aliran Cina.Bermaksud segala
pembelajaran di sekolah tersebut hanya menggunakan bahasa cina sahaja.Ini
menyebabkan anak-anak yang bebangsa cina hanya berinteraksi sesama kaum
mereka sahaja.Pengetahuan mereka tidak luas.Begitu juga bagi orang
melayu,india,iban,kadazan dan sebagainya.Selain itu juga,keterasingan mereka
pada peringkat sekolah rendah,kerenggangan di sekolah menengah serta di Institusi
Pengajian Tinggi akan menyukarkan mereka berhubung serta berinteraksi.
Kontarak sosial yang menjadi asas dalam pembinaan masyarakat Malaysia
seringkali di pertikaikan.Contohnya,pemberian taraf kewarnegaraan dan status
bumiputera dan bukan bumiputera kepada penduduk-penduduk di negara ini
walaupun berlainan kaum dan etnik.

BAGAIMANA CABARAN TERSEBUT DAPAT DI ATASI

Secara tabiinya semua manusia cintakan keadilan. Selama mana masyarakat


di sesebuah negara merasakan mereka diperlakukan secara adil, mereka akan
merasa selesa dan akan mematuhi serta menjunjung tinggi undang-undang di
negara tersebut. Oleh itu, menjadi kewajiban utama setiap pemerintah untuk
mempastikan keadilan sosial terjamin. Menurut Kamarulzaman (2007) dalam
rencananya yang bertajuk perpaduan dan perdamaian etnik, terdapat beberapa cara
yang boleh diambil untuk mengatasi masalah hubungan etnik di negara kita. Menurut
Rais Yatim (2006) lagi, undang-undang perlu dikuatkuasakan demi memelihara
ketenteraman dan kedamaian awam. Gara- gara memperkecil atau mencela agama,
kepercayaan dan budaya orang lain akan mencetuskan prasangka dan pertikaian
yang akhirnya mungkin meluap menjadi rusuhan kaum. Ini terbukti dengan
penerbitan kartun mencerca Nabi Muhammad baru-baru ini oleh akhbar di Denmark.
Di Malaysia kita telah belajar dari sejarah bahawa perbuatan mencerca agama,
kepercayaan dan budaya kaum lain buruk padahnya dan undang-undang yang
setimpal amat diperlukan sebagai asas mewujudkan keadilan dan keharmonian.
Justeru undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 masih relevan. Mereka yang
lantas mengetepikan sensitiviti kaum lain telah banyak menerima padahnya. Akta
Ketenteraman Awam 1959, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan 1984 dan beberapa undang-undang lain, termasuk Kanun
Keseksaan adalah persediaan berjaga-jaga agar perpaduan dan keharmonian
pelbagai kaum terjamin. Mereka yang hanya percaya bahawa perpaduan kaum
cukup hanya dengan seruan tentulah silap kerana manusia tidak boleh hidup
bahagia hanya dengan pesanan dan seruan. Latihan Khidmat Negara sudah jelas
menjurus kepada matlamat ini dengan undang-undangnya yang sedia ada. Tetapi
untuk mencipta dan mewujudkan bangsa yang terhindar dari sikap perkauman,
Khidmat Negara tentunya memerlukan program-program sampingan. Kegiatan
kokurikulum di sekolah dan universiti, di padang permainan, di kelab-kelab misalnya
mungkin dapat dijuruskan supaya mengutamakan interaksi pelbagai kaum.

Pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukti keprihatinan kerajaan yang


ikhlas membantu rakyat terutama golongan yang memerlukan.Bukan setakat BR1M
1.0, tahun ini kerajaan turut memberikan BR1M 2.0 kepada rakyat yang telah
bermula baru-baru ini dan dijangkakan akan ada BR1M 3.0 dan BR1M 4.0. Pada
ketika kelompok masyarakat yang memerlukan di negara ini tidak mampu
mengharapkan apa-apa untuk meringankan beban hidup, tetapi kini bila mereka
dihujani dengan pelbagai bantuan kerajaan, yang mengejutkan.

Pemberian kerajaan ini bermula dengan bantuan khas persekolahan sebanyak


RM100 untuk setiap pelajar sekolah, yang dibayar November lepas, baucar buku
RM200 untuk pelajar Tingkatan 6 dan pelajar Institusi Penganjian Tinggi dan
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diagihkan kepada rakyat berpendapatan isi
rumah kurang RM3,000 sebulan, pada Januari.

BR1M terutamanya menarik perhatian negara kerana ia melibatkan peruntukan


sebanyak RM2.6 bilion dan dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah,
iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah isi rumah di Malaysia.

Rakyat beratur panjang di seluruh negara untuk memohon bantuan itu dan sekali lagi
berbuat demikian ketika menerima baucar tunai pembayaran itu.

Apapun ramai juga yang begitu yakin bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia itu sebagai
muslihat untuk memancing undi dan tindakan yang tidak pernah dilakukan kerajaan
ini dianggap penunjuk jelas bahawa Pilihan raya Umum ke-13 sudah begitu hampir.

Abdul Ghapa Harun, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
menegaskan bahawa tindakan kerajaan itu patut diterima secara objektif atas
kesedaran sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk mengambil berat kebajikan
rakyat.
Ia berikutan ketidaktentuan harga barang peringkat global disebabkan faktor cuaca,
bekalan, krisis ekonomi dunia termasuk penggantungan beberapa sumber makanan
di negara lain, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup rakyat
negara ini.

Namun begitu, ia merupakan satu proses jangka masa panjang untuk melihat hasil
daripada dasar berkenaan. Ditambah pula, dengan kemelut kos sara hidup yang
meningkat, sedikit sebanyak proses peralihan ini memberi tekanan kepada golongan
berpendapatan rendah dan sederhana.

Memahami akan keperitan golongan itu, pemimpin merasakan perlunya satu


mekanisme dalam mengagihkan faedah yang diperolehi semasa pertumbuhan
ekonomi yang dikecapi dalam proses menuju negara maju.

Pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempunyai
persamaan dengan usaha yang pernah dijalankan allahyarham bapanya Tun Abdul
Razak Hussein dalam era 1960an dan awal 1970an semasa inflasi melanda negara.

Biar apapun spekulasi terhadap pemberian bantuan BR1M itu, hakikatnya rakyat
yang berpendapatan sederhana dan rendah amat memerlukannya dan kehadiran
mereka beramai-ramai untuk menuntut pemberian itu jelas menunjukkan mereka
menghargai bantuan kerajaan itu.

Ini sekali gus mendorong semua pihak kembali kepada perkara asas mengapa
kerajaan dipilih, iaitu untuk membantu rakyat. Justeru, amat wajar bantuan murni
seperti BR1M ini diberikan kerana rakyat berhak menerimanya.

Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Pelbagai


usaha telah di jalankan untuk membangunkan Malaysia setanding negara-negara
maju. Malaysia mengamalkan perancangan yang berperingkat dimana Rancangan
Malaysia telah di rancang dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
telah di jalankan dan dilaksanakan. PPRT merupakan salah satu program yang
terkandung dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) untuk membasmi
kemiskinan. Kumpulan kami telah memilih satu projek dibawah Program
Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR)
khususnya di Paroi, Seremban.

Menerusi belanjawan 2001, RM 797 juta telah diperuntukkan bagi projek


perumahan rakyat. Projek Perumahan Rakyat ini dilaksanakan oleh Jabatan
Perumahan Negara, daripada jumlah itu, RM 634.8 juta adalah untuk meneruskan
projek perumahan rakyat (PPR). Menurut Menteri, Datuk Ong Ka Ting, daripada
projek itu juga sebanyak 35,000 unit adalah untuk kawasan Lembah Klang yang
bertujuan untuk mengawal dan menempatkan semula setinggan.

PPR dibina dan diberi peruntukkan oleh kerajaan bertujuan untuk membantu
rakyat termiskin dan golongan bawahan berpendapatan rendah yang tidak mampu
untuk membeli dan menyewa rumah sendiri. Projek ini juga dengan kata lain lebih
dikenali sebagai PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) yang telah diilhamkan
oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerajaan telah
memperuntukkan wang yang begitu banyak untuk memberi kemudahan dan
kesenangan dengan melaksanakan projek perumahan ini, seterusnya diberi kepada
mereka yang tidak berkemampuan bagi meringankan beban mereka. Jabatan dan
agensi pelaksana harus selaras dalam pembinaan PPRT bagi memastikan
keberkesanan projek perumahan yang dilaksanakan itu tidak bertindan antara satu
projek dengan projek yang lain.

Kerajaan memainkan peranan yang cukup penting dalam meningkatkan taraf


hidup rakyat miskin ke arah yang lebih baik selaras dengan hasrat kerajaan terutama
dalam merealisasikan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020. Pihak-
pihak penting yang memainkan peranan dan terlibat dalam membangunkan program
PPRT agar berjaya dilaksanakan ialah Kementerian Perumahan dibawah pimpinan
Dato Ong Ka Ting, pihak pemaju, kerajaan negeri, LPPB, Jabatan Perumahan
Negara dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) serta Jabatan Perancang
Bandar. Tanpa agensi-agensi ini program pembangunan PPR terbabit tidak mungkin
dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan berjaya dengan mudah. Oleh itu
pemaju projek-projek perumahan telah menyiapkan pembinaan mengikut spesifikasi
yang ditetapkan oleh kerajaan untuk PPR. Seterusnya, kontraktor yang dilantik harus
mematuhi peraturan dan syarat-syarat termasuk menyiapkan projek perumahan
mengikut jadual yang ditetapkan. Hal ini bertujuan agar tidak mendatangkan masalah
dan kerumitan kepada rakyat yang memerlukan bantuan perumahan tersebut.

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, telah membuka mata pelbagai
pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam
mengurus perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat
majmuk seperti di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, rusuhan kaum 1969
adalah terjadi kerana perjalanan kempen pilihanraya yang dipenuhi dengan isu-isu
perkauman dan sensitiviti seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang
melayu. Selain itu, ia juga berpunca daripada kecemburuan sosiekonomi yang
berlaku antara tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Orang
melayu masih ditakuk lama iaitu hanya mengusahakan pertanian, orang Cina di
bandar menguruskan perniagaan manakala orang India masih di estet menjalankan
aktiviti perladangan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan orang Melayu
kerana mereka merasa seolah-olah dianaktirikan di negeri sendiri.  Berikutan
perisiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada I Julai
1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan
bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di
negara kita pada waktu itu. ( JPNIN, 2006 ). Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis
Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971 yang
bertanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di
negara ini dan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara.

JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010


telah merancang pelbagai strategi untuk memupuk dan mempertingkatkan
perpaduan dan integrasi nasional. Antaranya ialah melalui Strategi Politik, Strategi
Ekonomi, Strategi Pendidikan, Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan, Strategi
Pembangunan Kawasan, Strategi Penggunaan Tenaga Manusia, Strategi Media
Massa, Strategi Kesukanan, Strategi Pemasyarakatan Perpaduan, Strategi
Pertubuhan Sukarela, Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan, Strategi
Pemantauan Isu-Isu Semasa dan Konflik, Strategi Penubuhan Panel Penasihat
Perpaduan Negara ( PANEL ) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat
Negeri ( JKPPN ), Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan dan strategi-strategi lain
yang dicadangkan boleh membantu memantapkan proses perpaduan ialah
mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya, mewujudkan
pengauditan dasar-dasar kerajaan, menghasilkan satu etika mengenai hak dan
tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat Malaysia dan penerbitan bahan bacaan
secara meluas mengenai kaum-kaum di Malaysia. Melaksanakan kesemua strategi-
strategi tersebut dengan secara menyeluruh dan berkesan merupakan cabaran
utama yang dihadapi kerajaan.
Cabaran seterusnya pula semasa kerajaan melaksanakan strategi-strategi ini
ialah masih terdapat suara-suara minoriti yang sumbang kedengaran. Mereka ini
masih tidak mempercayai sepenuhnya usaha-usaha yang dilakukan kerajaan atas
sebab masih menyimpan dendam daripada peristiwa 13 Mei 1969, bersikap prejudis
dan mengamalkan etnosentrisme. Tidak dinafikan juga hal ini berpunca daripada
hasutan pengkhianat-pengkhianat negara yang mempunyai agenda-agenda
tersendiri.
Selain cabaran diatas, cabaran lain dihadapi kerjaan ialah menunggu untuk
mendapatkan keputusan. Untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum
memerlukan masa yang sangat lama, apatah lagi apabila dengan peristiwa hitam
yang pernah berlaku di negara ini. Justeru, kerajaan terpaksa menunggu supaya
semua strategi yang dirancang berjaya dengan menyemaikan semangat patriotism
kepada negara dan nilai bersatu padu secara progresif. Selain mewujudkan Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, kerajaan juga berperanan untuk
menjalankan satu program iaitu

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan.

Sistem pendidikan pelbagai aliran telah menyebabkan tidak ada acuan


khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.
Sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu
bapa pelajar memilih aliran mengikut kaum masing-masing. Usaha memupuk
perpaduan haruslah dimulakan sejak awal lagi dengan membabitkan murid sekolah
rendah dalam acuan yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu
diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar
pelbagai etnik. Para pelajar juga haruslah dilatih untuk hidup saling bekerjasama dan
mempunyai semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi.

Memperkasakan dan memantapkan lagi sekolah kebangsaan merupakan


agenda penting negara dan merupakan cabaran kepada kerajaan bagi menjaga dan
meningkatkan hubungan etnik di Malaysia. Oleh itu, pelbagai usaha diambil untuk
memperkasakan sekolah kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi
meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang
kaum di negara ini. Antaranya ialah tidak mengetepikan terus sekolah rendah jenis
kebangsaan. Ini telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak
sosial. Setiap ibu bapa, diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah
kebangsaan. Jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, maka
tidak ada sesiapa yang boleh menghalang mereka. Namun, Sekolah Kebangsaan
merupakan institusi pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi
aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah Kebangsaan bukan sahaja
berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu menanam nilai-nilai
perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah
Kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warganegara
Malaysia tanpa mengira kaum.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi menjadikan sekolah


kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan
dipertingkat dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di
sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010.
Pihak kerajaan hampir berjaya merealisasikan impian mereka kerana kini telah wujud
beberapa program khas untuk lepasan-lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) iaitu program yang mengiktiraf pelajar untuk
menjadi seorang guru yang berijazah.

Cabaran utama yang dihadapi untuk memperkasakan sekolah kebangsaan


ialah untuk menarik minat orang bukan Melayu untuk memasuki sekolah ini. Ini
kerana ramai ibu bapa dari golongan bukan melayu merasakan mereka lebih suka
sistem pendidikan menggunakan bahasa pengantar mengikut bahasa ibunda
mereka. Mereka merasakan melalui pendidikan di sekolah rendah jenis kebangsaan
samada tamil atau cina, anak mereka akan lebih berjaya.

Cabaran seterusnya ialah usaha untuk memupuk semangat perpaduan di


kalangan pelajar. Tanggungjawab ini bukan hanya diletakkan kepada pihak sekolah
semata-mata tetapi juga institusi pendidikan tinggi. Oleh itu, antara langkah
dijalankan untuk mengatasi cabaran ini ialah tidak mengetepikan proses penguasaan
bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa
Mandarin dan Tamil. Selain itu, peranan sebagai seorang guru juga perlu, dengan
memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara
golongan etnik. Seterusnya, guru juga boleh mengadakan lebih banyak aktiviti antara
golongan etnik dan mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan
unsur-unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran
berinteraksi dengan golongan etnik lain.

Konsep Sekolah Wawasan

Langkah ini adalah sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk
nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional dengan membina dua atau tiga jenis
sekolah rendah baharu yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam
kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan,
dewan dan sebagainya. Konsep sekolah wawasan ini merupakan salah satu
daripada peranan kerajaan dalam usaha pemupukan hubungan etnik. Pelaksanaan
Sekolah Wawasan juga, bertujuan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang
yang luas kepada para pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi dalam
pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan perkembangan Sekolah Jenis
Kebangsaan yang sedia ada.
Akan tetapi, pelaksanaan sekolah wawasan juga mempunyai masalahnya
yang tersendiri. Walaupun pihak pentadbiran sekolah menggalakkan supaya
melakukan pergaulan sesame murid yang berlainan kaum namun ia tidak menerima
respons yang dikehendaki mereka. Walaupun berkongsi satu kawasan tetapi murid-
murid ini masih duduk sesama kaum masing-masing, bercakap meggnuakan bahasa
ibunda masing-masing yang mana ini menyebabkan usaha kerajaan tidak seratus
peratus tercapai.
Program Latihan Khidmat Negara

Program ini ialah sebuah program yang mula dilaksanakan pada tahun 2004 dan
ia merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan
berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan berteraskan
Rukun Negara dan mempunyai kurikulum pelbagai disiplin yang merangkumi empat
modul iaitu Modul Fizikal, Modul kenegaraan, Modul Pembinaan Karakter dan Modul
Khidmat Komuniti. Modul Fizikal merangkumi aktiviti kawad, merempuh halangan
merentas desa dan kembara hutan. Modul Kenegaraan pula melibatkan
pengetahuan tentang pembinaan negara. Modul Pembinaan Karakter adalah untuk
memperlihatkan tentang penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal
manakala Modul Khidmat Komuniti merangkumi aktiviti gotong-royong seperti
membersih, mengindah dan menceriakan kawasan persekitaran yang dipilih. PLKN
tidak bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut gaya hidup yang diamalkan oleh
negara lain. PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk
perpaduan kaum, terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua
aktiiti yang dijalankan menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur
antara peserta tanpa mengira kaum dan agama. Modul Kenegaraan dapat
menyemai semangat cinta akan tanah air disamping membolehkan para peserta
mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum.

Antara cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini adalah untuk
meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk
perpaduan kaum dan integrasi nasional, membentuk perwatakan positif melalui
pemupukan nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan
melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan.

 Cabaran kedua ialah bagi menyatukan remaja berbilang kaum di bawah satu
bumbung. Pihak pengendali Program Latihan Khidmat Negara perlu bijak dalam
mengendalikan program agar semua peserta diberikan layanan adil dan tidak berat
sebelah. Ketidakelancaran program ini akan menambahkan jurang antara etnik dan
juga sikap prejudis dan stereotaip terhadap etnik lain dalam diri para peserta. Apabila
ini berlaku maka tidak wujudlah rasa cintakan negara dalam diri peserta, maka
perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia tidak dapat diwujudkan kerana
masing-masing tidak mempunyai  satu matlamat yang sama iaitu untuk melihat
Malaysia sebagai negara yang aman dan harmonis. Hal ini akhirnya dapat  tidak
dapat melahirkan remaja yang sanggup berkorban demi perpaduan bangsa.

Dasar Ekonomi Baru

Ia merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan


dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bertujuan untuk
membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Negara ini. Matlamat
utamanya ialah perpaduan negara. Menyedari hakikat bahawa matlamat untuk
mewujudkan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bersatu padu hanya boleh
dicapai sekiranya penduduknya menikmati pengagihan ekonomi yang seimbang,
DEB telah dirancang dengan mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan
sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain.

Wujudnya kemiskinan dengan sendirinya telah menimbulkan ketegangan


antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta. Sewaktu tercetusnya
peristiwa 13 Mei 1969, masalah kemiskinan di Malaysia sebenarnya bukan
merupakan masalah
orang Melayu sahaja tetapi juga masalah kaum-kaum yang lain. Apa yang
memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu lebih banyak menghadapi
kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. W alaupun Malaysia mengalami
pertumbuhan ekonomi yang baik, tetapi yang jelas ialah orang Melayu masih jauh
ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain. DEB dirancang
sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula
dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru


dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu seperti yang dijelaskan diatas
iaitu, pertama; pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan keduanya;
penyusunan semula masyarakat dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Antara cabaran utama yang dihadapi dalam melaksanakan dasar ini ialah
untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar.
Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua
keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan
garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu
berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat dan mengatasi masalah
tersebut, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan
awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di
samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan
bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks,
makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang
tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai.

Cabaran kedua pula adalah untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut


fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan
telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian, perdagangan,
perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan
matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang,
antaranya ialah dengan meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan
golongan miskin di luar bandar, mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam
struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan
mencerminkan kedudukan  tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun
1990, menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor
produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak
ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain dan akhir sekali ialah dengan
mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan
dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan
ekonomi.
Cabaran ketiga pula adalah menyusun semula guna tenaga kerana matlamat
yang ditetapkan tidak tercapai sepenuhnya. Bagi memastikan matlamat ini tercapai,
kerajaan telah membentuk Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan
kesinambungan pelaksanaan DEB. Melalui Dasar Pembangunan Negara, kerajaan
menggalakkan penyertaan bumiputera yang lebih meluas terutamanya dalam sektor-
sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan.

PENUTUP

Setiap negara inginkan kemajuan mesti mempunyai cabaran dan


dugaan.Maklumat dan penerangan di atas menunjukkan bahawa untuk menjadikan
sebuah negara yang maju bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat diperolehi.Ia
memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk menggalas cabaran ini
terutamanya cabaran kepada masyarakat dan pemimpin.Walaubagaimanapun,untuk
menghadapi cabaran-cabaran tersebut,banyak langkah perlu dilakukan untuk
memastikan cabaran hubungan etnik di negara kita yang tercinta ini dapat diatasi
jesteru menjadikan negara kita ini akan dipandang oleh seluruh rakyat dipelusuk
dunia.
RUJUKAN UTAMA

Kassin Thukiman, et.al. 2008. Modul Hubungan Etnik di Malaysia. Penerbit UTM,
Skudai.

Andaya, Barbara dan Leonard Y., 1983. Sejarah Malaysia KL MacMillan


Publisher.

Cheah Boon Keng, Abu Talib Ahmad (eds.) 1990 Kolonialisme Di Malaysia Dan
Negara-negara Lain, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti.

Gullick, J.M. 1972. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu, Kuala Lumpur,
DBP.

Rex, John, 1985. Hubungan Ras Dalam Teori Sosiologi, (terjemahan oleh A.
Nazri Abdullah), Kuala Lumpur DBP.

S. Husin Ali (ed.), 1984. Kaum, Kelas dan Pembangunan, Kuala Lumpur,
Persatuan Sains Sosial Malaysia.

Shamsul Amri Baharudin, 1986. From British to Bumiputera Rule, Singapore:


ISEAS.

Ting Chew Peh, 1980. Konsep Asas Sosiologi, Kuala Lumpur, DBP.

Wan Hashim Wan Teh, 1983. Race Relations in Malaysia, Petaling Jaya:
Heinemann Educational Books.

Ting Chew Peh, 1987. Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengantar, KL: Pustaka
Dimensi.
ISI KANDUNGAN

1. CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

- PENGENALAN

- FAKTOR KONFLIK CABARAN DI MALAYSIA

* FAKTOR AGAMA & BUDAYA

* FAKTOR POLITIK

* FAKTOR EKONOMI

* FAKTOR SOSIAL

2. BAGAIMANA CABARAN TERSEBUT DIATASI

* PEMBERIAN BR1M

* PROGRAM PEMBANGUNAN RAKYAT

TERMISKIN (PPRT)

* PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA &

INTEGRASI NASIONAL

* MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN

* KONSEP SEKOLAH WAWASAN

* PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

* DASAR EKONOMI BARU

3. PENUTUP

You might also like