You are on page 1of 1

Usaha untuk menangani isu-isu etnik dan agama yang sering menjadi punca konflik

dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia adalah menjadikan aktiviti sukan sebagai agen
pengerat hubungan antara etnik. Aktiviti sukan cukup tidak asing lagi di dalam negara kita
bahkan tahap kecemerlangan sukan negara amat tinggi terutama sekali dalam bidang sukan
badminton, skuasy, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah
menunjukkan kerjasama dan semangat bersatu padu dalam memberikan sokongan kepada
ahli-ahli sukan negara yang terlibat. Kemenangan sama diraih dan kekalahan sama dirasai.
Hal ini menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam diri masyarakat.

Aktiviti sukan juga diterapkan di dalam diri pelajar sekolah mahupun universiti melalui
aktiviti ko-kurikulum. Usaha ini telah membuahkan hasil yang positif dimana semua pelajar
bersemangat mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang disediakan. Aktiviti ko-kurikulum yang
diberikan seperti sukan dan permainan, badan beruniform dan kelab serta persatuan. Aktiviti
sebegini akan memberi impak yang baik seperti semangat tolong-menolong, setiakawan ,
hormat-menghormati dan saling percaya antara satu sama lain. Penglibatan aktif pelajar
dalam aktiviti ko-kurikulum akan melahirkan pelajar yang berfikiran terbuka dan matang
dalam perhubungan dan bersosial.

Bakat pelajar juga dapat diasah dan diperkembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi.
Penubuhan sekolah sukan juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kaum dan
memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Bukan itu sahaja, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga
telah dilaksanakan bermula tahun 2011 untuk memastikan perpaduan kaum dapat dicapai.
Impaknya, penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan akan meningkatkan persefahaman
dan memupuk lagi semangat bersatu padu antara kaum dan etnik.

Kesimpulannya, pelbagai usaha telah dijalankan bagi menangani isu-isu etnik dan agama
yang sering mengucar-kacirkan perpaduan yang telah wujud dalam kalangan masyarakat kini.
Jadi, semua masyarakat perlu bersama-sama menjayakan usaha-usaha yang telah dirancang
dan dilaksanakan dari dulu sehingga kini agar persengketaan antara kaum seperti peristiwa
rusuhan kaum 13 Mei dahulu tidak berulang lagi dan perpaduan antara kaum dan etnik
semakin erat.

You might also like