You are on page 1of 11

SUKAN SUKAN

MENYATU
PADUKAN
& SEMUA

PERPADUAN
EDITOR

SABRINA BINTI MD
MOAZZEM
15DET20F1027

NURLIYANA NABIHAH BINTI


CHEK
15DET20F1035

NURHASLINDA BINTI
AHMAD
15DET20F1039
Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam

PENGENALAN
memupuk perpaduan antara kaum.Biarpun berlainan
fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika
menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang
tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan
Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus
dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar
kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harima Sama-
sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan
agar Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama
kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-
sama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan
adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama
menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.
MAKSUD SUKAN

SUKAN adalah semua bentuk Pertandingan


aktiviti fizikal yang melalui penglibatan
yang terancang, berhasrat untuk
menggunakan, mengekalkan atau
meningkatkan keupayaan fizikal dan
memberi hiburan kepada para peserta.
Beratus-ratus sukan wujud, dari orang-
orang yang memerlukan hanya dua
peserta, melalui dengan mereka yang
mempunyai beratus-ratus peserta-
peserta yang serentak, sama ada di
pasukan atau bertanding sebagai
individu.
MAKSUD PERPADUAN
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis
penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat
ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk
kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan
manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam
bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza.
Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin
berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai
saling menghormati dan menyayangi.
• Berperanan sebagai alat perpaduan tanpa
mengira ideology
DALAM PERPADUAN
PERANAN SUKAN

• Menyemarakkan semangat patriotic dalam


kalangan rakyat

• Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada


kaum tertentu

• Membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka


yang berminat di peringkat, sukan adalah
aktiviti kokurikulum

• Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah


Malaysia/MSSM

• Mengadakan temasya Sukan Malaysia/SUKMA


setiap dua tahun sekali pada peringkat awal,
kemudian SUKMA mula diadakan setiap tahun
untuk rapatkan hubungan antara negeri

• Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam


kalangan pemain/penonton/penggiat sukan.
Sejak kebelakangan ini peranan sukan semakin

PERANAN IKON SUKAN


penting kepada negara. Sukan memberi manfaat
kepada kelompok masyarakat yang bernaung di
bawahnya. Kini aktiviti sukan telah
mengalamizaman peralihan fungsi asalnya iaitu
memberi kesihatan kepada tubuh badan, bertukar
menjadikegiatan fizikal yang dipertandingkan
untuk mencapai kemenangan. Memang pada asalnya
sukan dikatakan boleh memberi tubuh badan yang
sihat, tetapi kini telah menjadi aset sesebuah
negara dalam mempelopori kemasyhuran. Hal ini
terbukti dengan tanggapan spontan jika seseorang
itu apabila diajukan soalan seperti siapakah kuasa
bola sepak dunia? Negara manakah mengungguli
sukan bola keranjang, tenis, skuasy, hoki, dan
badminton? Ternyata sukan dapat membantu
negara mengharumkan namanya di persada dunia.
Malaysia kini lebih dikenali olehmasyarakat dunia
kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan
badminton, hoki dan skuasy.
PERANAN IKON SUKAN
Sukan Olimpik juga tidak terkecuali lebih-lebih lagi apabila
jaguh sukan Negara turut bertanding. Sorakan demi
sorakan diberikan atas nama wakil Negara tercinta,
Malaysia. Bergegarnya ruang diluar kadang-kadang lebih
meriah dari dalam stadium apatah lagi ia diadakan di
London sudah pasti turut menjadi keterbatasan sokongan
yang mahu diberikan. Sekiranya ia diadakan di Malaysia,
kita percaya stadium akan dipenuhi untuk memberikan
sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei ataupun khairul
Anuar mahupun Mohd Azizulhasni Awang serta Pandelela
Rinong, Noraseela Mohd Khalid, Nur Suryani Mohd Taibi dan
Peng Kean Yu. Malaysia diwakili oleh 30 atlet dalam
Sembilan acara sukan di London 2012. Sukan tidak pernah
mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan
dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara
pemain, penyokong, pengurusan dan massa.
Zaman bola sepak Negara tahun 1980-an pasti tidak akan
lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V
arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak,
V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali.
USAHA USAHA DARI

Penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil


untuk menempatkan murId yang
KERAJAAN

mempunyai potensi dalam bidang


sukan.

Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah


diwujudkan
mulai tahun 2011

Setiap tahun , Kejohanan Majlis Sukan


Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
dianjurkan untuk mengembangkan
bakat murid dalam bidang sukan.

Pengenalan Rancangan Integrasi


Murid untuk Perpaduan
(RIMUP)sejak tahun 1986.
KESAN SUKAN KEPADA
Aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum

PERPADUAN
dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia, disamping
membantu meningkatkan tahap kesihatan diri. melalui sukan,
pelajar juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati
antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup
membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara..Dasar ini
sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang
bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan
masyarakat.
Oleh yang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti
kokurikulum adalah amat penting sebagai satu landasan untuk
melahirkan pelajar yang cergas, dinamik serta bersatu padu,
latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek
yang merangkumi minda, otot saraf dan emosi, sukan juga mampu
membentuk pelajar yang cergas dan patuh kepada
peraturan.Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang
berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai
jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan dan
integriti yang tinggi.
KESIMPULAN

Sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan


antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam
semua aspek kaum.Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia
dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota
badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia.
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan,
pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan
mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang
kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan
berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan
kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara
berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada
peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum,
peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama
dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej
negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.

You might also like