You are on page 1of 27

1

Renang
3
Renang
2
Renang
MODUL INI DISEDIAKAN SEBAGAI LANGKAH AWAL UNTUK
MEMBANTU GURU-GURU PENASIHAT DAN MURID-MURID KELAB SUKAN
SEKOLAH.
USAHA PENAMBAHBAIKAN MODUL INI AKAN DILAKUKAN
SECARA BERKALA DAN BERTERUSAN.
MODUL INI BOLEH DIGUNA PAKAI SEBAGAI PANDUAN DAN
RUJUKAN GURU DAN MURID DALAM USAHA MEMBANGUNKAN SUKAN
DI SEKOLAH.
BAB 1 DASAR 1 MURID 1 SUKAN
1.1 Pengenalan 8
1.2 Konsep 8
1.3 Rasional 9
1.4 Matlamat 10
BAB 2 PENGURUSAN KELAB SUKAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Penubuhan Kelab Sukan 13
2.3 Organisasi Kelab Sukan 15
2.4 Bidang Tugas Jawatankuasa Kelab Sukan 16
BAB 3 LATAR BELAKANG SUKAN RENANG
3.1 Sejarah Dan Perkembangan 20
3.2 Peraturan Dan Undang-Undang Permainan 22
3.3 Peraturan Aktiti Renang 23
3.4 Gelanggang 27
3.5 Peralatan dan Pakaian 28
3.6 EtikaKolamRenang-PeraturanAmalanPerenang 30
BAB 4 PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN
4.1 Pertimbangan Untuk Latihan 33
4.2 Contoh 1 Sesi Latihan 34
4.3 Aktiviti Memanaskan Badan 36
4.4 Aktiviti Gerak Kendur 36
4.5 Contoh Aktiviti Memanaskan Badan 37

BAB 5 PERKEMBANGAN KEMAHIRAN
5.1 Keselamatan Dalam Air 39
5.2 Kuak Rangkak 40
5.3 Kuak Dada 46
ISI KANDUNGAN
5
Renang
4
Renang
KATA ALU-ALUAN KATA ALU-ALUAN
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia.
Sekolah sebagai institusi pendidikan utama bukan sahaja menumpukan bidang
akademik atau kurikulum, malah diberikan tanggungjawab turut memfokuskan bidang
kokurikulum. Antara cabang kokurikulum yang begitu aktif sejak dahulu ialah sukan
dan permainan. Hal ini dapat dikesan menerusi penghayatan kita terhadap apa-apa
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tonggak
kepada prinsip sistem pendidikan negara yang bermatlamat untuk melahirkan pelajar
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Bagi merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerbitkan
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah, bertujuan untuk
meningkatkan penyertaan dan menyuburkan semangat kesukanan dalam kalangan
murid. Sukan bukan sahaja wadah untuk mengasah bakat dan kebolehan murid tetapi
dapat menjurus kepada hala tuju membentuk masyarakat bersatu padu, aman dan
sejahtera di samping dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa dan
menceriakan sekolah ketika berlangsungnya sesuatu kejohanan.
Pertumbuhan murid seharusnya dikembangkan dengan pelbagai potensi dan tidak
sewajarnya terhad dalam aspek pencapaian akademik. Sememangnya pencapaian dan
kecemerlangan akademik sangat penting, tetapi mengisikan mereka dengan pembinaan
sahsiah peribadi serta memberikan peluang kepada mereka menggilap bakat dalam
sukan yang digemari sepanjang tahun juga tidak boleh disekat. Wajar diakui melalui
kegiatan sukan, murid akan dapat mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat,
baik untuk kesihatan fzikal terutamanya mengurang masalah obesiti, menyemai nilai
sahsiah yang terpuji, membina keyakinan diri yang tinggi di samping berasa seronok
hadir ke sekolah akan dapat membendung gejala ponteng.
Saya berharap agar pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan ini dapat memberikan manfaat
kepada pembentukan keperibadian mulia dalam kalangan generasi muda. Semoga
usaha murni ini akan berkekalan dan dapat mencapai objektif yang disasarkan.
BERTUGAS DENGAN IKHLAS
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
dan Salam Sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Bahagian Sukan atas kejayaan penerbitan modul ini.
Aktiviti sukan telah menjadi semakin penting dan wajib dilaksanakan di semua sekolah
di seluruh negara. Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan seharusnya merancang,
mengurus dan melaksanakan kegiatan ini secara sistematik, cekap, berkesan dan
berlandaskan keilmuan dan kemanusiaan.
Dalam menghadapi alaf baharu yang serba mencabar ini, kita harus sentiasa memainkan
peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan modal insan, iaitu murid yang seimbang
dan harmonis secara menyeluruh dan bersepadu. Pewaris generasi akan datang ini
mampu menyahut cabaran dan memastikan kesejahteraan negara berkekalan dan
seterusnya dapat meningkatkan kemajuan negara. Generasi ini merupakan penentu
kegemilangan negara kelak. Oleh itu, peranan dan penglibatan murid dalam aktiviti
sukan amat penting. Program sukan tersebut membolehkan murid memperoleh,
menyebar dan menggunakan ilmu pengetahuan.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menyumbangkan idea sehingga terbitnya Modul Latihan
Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah. Semoga modul ini dapat dijadikan
panduan untuk melahirkan generasi yang mantap dari segi fzikal dan mempunyai
disiplin yang tinggi, bersikap positif serta mempunyai jati diri. Selain itu, diharap modul
ini akan diguna pakai dan dibuat penambahbaikan selaras dengan perubahan semasa
untuk dimanfaatkan oleh semua pihak.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
7
Renang
6
Renang
BAB 1
DASAR 1 MURID 1 SUKAN
(1M1S)
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN SUKAN
Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada
jawatankuasa program 1Murid 1Sukan kerana berjaya dalam menghasilkan Modul
Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah ini. Penghasilan modul ini
menepati usaha transformasi pendidikan negara yang berhasrat untuk meningkatkan
penyertaan murid dalam bidang sukan. Kemunculan modul ini adalah antara langkah
awal Bahagian ini demi merealisasikan cetusan idea Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato
Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri
Pendidikan Malaysia. Usaha mengoptimumkan kecergasan murid melalui pembudayaan
sukan di sekolah bertujuan untuk menghasilkan murid yang berminda cerdas.
Penerbitan modul ini diharapkan dapat membantu banyak pihak dalam melaksanakan
program 1Murid 1Sukan. Pelaksanaan program ini sudah pasti akan menyentuh
pelbagai aspek seperti penyertaan murid, penyediaan prasarana, serta perancangan
program dalam pelbagai peringkat. Justeru, modul ini dapat dijadikan rujukan untuk
menyelaraskan pelaksanaan program 1Murid 1Sukan. Penggemblengan pengurusan
semua pihak dalam organisasi masing-masing yang diilhamkan melalui modul ini
diharapkan dapat membantu untuk menjayakan misi dan visi program 1Murid 1Sukan
demi mengembalikan kegemilangan sukan negara seperti yang dihasratkan oleh semua
pihak.
Sekian.
EE HONG
Pengarah Bahagian Sukan
9
Renang
8
Renang
BAB 1 : DASAR 1MURID 1SUKAN
1.1 PENGENALAN
Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid mengikuti sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menekankan ke arah melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
Dasar ini juga selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan
kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Pelaksanaan dasar ini
memberi perhatian utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri
dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap
dan dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda melalui Sukan Prestasi
Tinggi Sekolah (SPTS).
Bidang sukan merupakan elemen penting dalam mengoptimumkan perkembangan
fzikal murid. Dalam konteks ini, penglibatan murid dalam sukan akan melahirkan generasi
sihat dan produktif yang dapat memberi sumbangan kepada pembangunan sosial serta
ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan perlu dijalankan di sekolah bagi menarik
minat dalam sukan yang digemari agar murid-murid mengamalkan gaya hidup sihat dan
aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan dasar ini agar setiap
murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang
membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik sejak alam persekolahan.
1.2 KONSEP
Dasar 1M1S merupakan program pembangunan sukan di sekolah yang
mewajibkan setiap murid dari peringkat Tahap 2 di sekolah rendah hingga peringkat
Tingkatan 6 Atas mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah secara
terancang dan sistematik. Dasar ini memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri
dalam pelbagai jenis sukan semasa berada di alam persekolahan.
Konsep Dasar 1M1S berpegang kepada prinsip-prinsip perkembangan kanak-
kanak dan pembangunan sukan (UNESCOs Charter on Sport and Physical Education)
iaitu;
a. Setiap pelajar sepatutnya melibatkan diri secara aktif di dalam sukan dan
diberi peluang untuk membangunkan kebolehan secara maksimum;
b. Sukan menjamin kehidupan yang sihat dan gayahidup yang aktif;
c. Memberi fokus kepada murid yang tidak aktif dan kurang aktif agar setiap
murid terlibat dalam sekurang-kurangnya satu sukan, dan
d. Bakat murid yang berpontensi akan digilap dan dibangunkan lagi ke tahap
yang lebih tinggi.
1.3 RASIONAL
Dasar 1 Murid 1 sukan adalah satu dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar
ini menitik beratkan penglibatan semua murid dalam aktiviti sukan samada sukan
prestasi tinggi atau sukan untuk semua. Dasar ini dibuat berlandaskan atas rasional yang
mana segala kegiatan sukan itu adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan
yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terhadap seluruh warga
pendidik terutama sekali terhadap murid-murid. Sukan berhak mendapat pengiktirafan,
penghormatan, dan galakkan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada
keperluan asasi yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat
melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik dan kesihatan jasmani.
Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakkan pertandingan yang sihat,
semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan membina kualiti moral dan fzikal yang
memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnit
kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan Negara
dan menjaga maruah Negara. Dasar 1M1S dapat memberi peluang secara menyeluruh
kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang
dalam melahirkan modal insan secara holistik.
11
Renang
11
10
Renang
1.4 MATLAMAT
Melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang
menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan
dasar ini akan membantu mengatasi masalah disiplin, mengurangkan masalah obesiti
dalam kalangan murid serta selaras dengan tuntutan agama, bangsa, dan negara.
Antara matlamat dasar 1M1S ialah:
a. Menggalakkan penglibatan semua murid dalam aktiviti sukan berkonsepkan
keseronokan;
b. Membendung disiplin murid dengan peluang-peluang dan penggunaan
masa lapang yang berfaedah dan bermakna serta memperluaskan lagi
perkembangan kemahiran asas dalam bidang sukan itu sendiri;
c. Peningkatan tahap kesihatan kebangsaan dan produktiviti serta
mengurangkan tekanan hidup moden;
d. Melahirkan insan yang cenderung melibatkan diri dalam aktiviti sukan
sepanjang hayat, dan
e. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk memupuk perhubungan yang
baik di dalam pelbagai kumpulan etnik dalam sekolah.
BAB 2
PENGURUSAN KELAB
SUKAN
13
12
Renang
12
Renang
13
BAB 2 : PENGURUSAN KELAB SUKAN
2.1 PENGENALAN
Pengurusan melibatkan empat proses utama iaitu merancang, mengelola,
memimpin dan mengawal.
MENCAPAI
OBJEKTIF
Fungsi Pengurusan DalamSukan
Merancang melibatkan proses menentukan objektif kelab sukan dan cara untuk
mencapai objektifnya.
Mengelola merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan tugas serta
sumber untuk mencapai sesuatu objektif kelab sukan.
Memimpin proses mempengaruhi murid-murid atau orang bawahan untuk bekerja
dalam mencapai matlamat kelab sukan.
Mengawal proses membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme penilaian kerja
bagi memastikan objektif kelab sukan yang dirancang akan tercapai.
2.2 PENUBUHAN KELAB
Dalam menubuhkan sesebuah pertubuhan di sekolah, pihak sekolah
perlulah mengenalpasti beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian terlebih
dahulu. Antara kriteria tersebut ialah seperti berikut :
Mengenalpasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik);
Kemudahan frasarana sukan yang ada di sekolah;
Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah;
Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid-murid di sekolah;
dan
Bilangan guru dan bilangan murid.
2.2.1 Mengenalpasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik)
Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah,
pihak pengurusan perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakaran sedia ada
daripada guru-guru itu sendiri. Ini merujuk kepada penglibatan guru tersebut
sejak dari bagku sekolah lagi, di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di Universiti.
Sememangnya bukan semua guru mempunyai pengalaman yang luas dalam
bidang sukan, namun sekurang-kurangnya pengalaman sejak dari bangku
sekolah juga boleh dijadikan asas pertimbangan perlantikan seseorang guru itu
sebagai guru penasihat sesebuah kelab sukan.

2.2.2 Kemudahan Prasarana sukan yang ada di sekolah
Frasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaan
program-program sukan di sekolah. Sekolah yang mempunyai padang akan
mempunyai banyak kelebihan dalam menyusun atur program sukan khususnya
sukan-sukan yang sering menjadi amalan di sekolah tersebut. Bagi sekolah yang
mempunyai gelanggang juga perlu bijak menyusun program-program sukan yang
berasaskan gelanggang. Manakala sekolah yang mempunyai dewan tertutup pula
mempunyai kelebihan tersendiri dalam merancang program sukan di sekolah.
15
14
Renang
14
Renang
15
2.2.3 Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah
Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di
sekolah. Pelbagai aspek perlu di lihat secara menyeluruh dalam menyediakan
peralatan sukan di sekolah. Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan
aspek bilangan jenis sukan yang akan diwujudkan dalam sekolah, bilangan murid-
murid yang akan menyertai sesuatu jenis sukan dan bilangan guru penasihat yang
boleh mengelenggarakan sesuatu peralatan sukan itu. Sesuatu jenis peralatan
sukan ini juga mungkin akan dipengaruhi oleh harga yang mahal tetapi mampu
tahan untuk jangka yang panjang atau harga yang murah tetapi tidak tahan untuk
jangka masa yang lama.
2.2.4 Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid-murid di
sekolah
Pemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah sangat
dipengaruhi oleh budaya sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi
oleh persekitaran masyarakat di komuniti tersebut. Pemilihan sukan-sukan itu
perlulah bersesuai dengan budaya sedia ada bagi memudahkan penglibatan
menyeluruh murid-murid.
2.2.5 Bilangan guru dan bilangan murid
Bilangan guru dipengaruhi pengalaman guru tesebut sama ada sebagi
seorang ahli sukan mahu pun guru penasihat atau jurulatih sebelum ini. Bilangan
guru dalam satu-satu jenis sukan dipengaruhi bilangan murid-murid yang
menyertai kelab sukan tersebut. Penyertaan murid-murid dalam satu-satu kelab
sukan juga perlu dikawal agar tidak terlalu ramai ahli dalam kelab berkenaan.
Contohnya kelab sukan bola sepak dan badminton pasti menjadi pilihan utama
murid-murid di Malaysia, oleh itu guru penasihat perlu bijak mengagih-agihkan
murid-murid sekolah itu secara menyeluruh.
2.3 ORGANISASI KELAB SUKAN
Organisasi kelab sukan sekolah perlu distruktur agar sistem pengoperasiannya
berjalan dengan cara yang berkesan. Ini merupakan latihan awal murid-murid dalam
menguruskan sesebuah kelab sukan yang mungkin sedikit sebanyak menyamai
organisasi sukan di luar.

Contoh Carta Organisasi Kelab Sukan Sekolah Rendah
17
16
Renang
16
Renang
17
2.4 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB
1.Pengerusi
Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat;
Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya; dan
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
2.Naib Pengerusi
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diberi;
Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi; dan
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
3.Setiausaha
Menguruskan hal-hal surat menyurat;
Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan;
Mencatat kehadiran ahli;
Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan; dan
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
4. Penolong Setiausaha
Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya;
Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha; dan
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
5.Bendahari
Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan;
Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya;
Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya;
Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
Jawatankuasa;
Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung; dan
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
6.Penolong Bendahari
Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari; dan
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
7.Ahli Jawatankuasa
Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan;
Mempengerusikan biro sekiranya dilantik; dan
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
8.Pemeriksa Kira-Kira
Memeriksa,menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan
bertangungjawab ke atasnya; dan
Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
19
Renang
19
18 18
Renang
Dalam mengendalikan kelab sukan, guru penasihat perlulah menyelaras dan
memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan aktiviti
yang dirancang. Guru penasihat perlulah memberikan maklumat dan dorongan kelada
jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik bagi
memberikan keseronokkan kepada ahli-ahli kelab. Bidang kerja yang diberikan merupakan
cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasa kelab sukan yang bakal dibentuk nanti.
BAB 3
LATAR BELAKANG SUKAN
RENANG
21
20
Renang
20
Renang
21
BAB 3 LATAR BELAKANG SUKAN RENANG
3.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
SEJARAH RENANG DUNIA
Pengkaji sejarah mendapat bukti bahawa manusia boleh berenang
kira-kira 4,000 tahun yang lampau. Bukti-bukti itu terdapat dalam simbol
hiroglif, seni arca purba orang Assyria, lagenda Yunani dan kitab Injil.

Renang juga menjadi sebahagian daripada latihan tentera pada
zaman dahulu terutama tentera Rom dan Yunani. Pada Zaman
Kelam Eropah, sukan air termasuk renang dihentikan kerana
boleh dikatakan kebanyakan penyakit menular melalui air. Kolam
renang pertama dibuka di Liverpool, England pada tahun 1828.
London pula merupakan kota pertama memperkenalkan sukan
renang untuk dipertandingkan. Pada tahun 1837,kota London
mempunyai enam buah kolam renang. Pada zaman silam, sukan
renang dihargai sebagai satu pertandingan untuk daya tahan dan
bukan sebagai satu perlumbaan kecepatan (races against time).
Cabaran pada zaman itu ialah untuk menguji kebolehan dan
daya tahan diri dengan berenang menyeberangi Selat Inggeris.

Pada tahun 1875, Captain Matthew Webb dari Shropshire, England
menjadi orang pertama berenang di Selat Inggeris. Beliau berenang
dari Dover, Englang ke Calais, Perancis dalam jangka masa 21 jam
45 minit. Pada tahun 1956, rekodnya dipecahkan oleh seorang
Mesir,bernama Hassan Abdul Rahim yang berenang menyeberangi
Selat Inggeris dalam jangka masa 10 jam 50 minit. Pada tahun 1844,
dua orang asli Amerika Utara, bernama Flying Gull dan Tobacco
Mereka menggunakan gaya sendiri yang lebih kurang sama dengan
gaya rangkak yang digunakan pada hari ini. Pada hari ini gaya renang
itu disebut the crawl. Kemudian, J. Scott Leary telah berjaya menjadi
perenang pertama Amerika Utara yang melakukan renang 100 ela
dalam jangka masa 60 saat. Gaya rangkak juga digunakan oleh
penghuni Pulau Hawaii. Duke Kahananoku dari Hawaii menggunakan
gaya ini untuk memenangi acara renang 100 meter di Sukan Olimpik
pada tahun 1912 dan 1920. Johnny Weismuller dari Amerika
Syarikat yang berumur 21 tahun memenangi acara renang 100
meter dalam jangka masa 59 saat pada Sukan Olimpik 1924.
Pada 1986, hanya acara gaya bebas (free style) ditandingkan
di Sukan Olimpik. Ini bermakna, para perenang dibenarkan
menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi untuk berenang. Pada
tahun 1900, tiga acara renang ditetapkan, iaitu acara gaya kuak
lentang (backstroke), acara gaya rangkak (the crawl) dan acara
gaya kuak dada (breast-stroke). Pada tahun 1912, perenang wanita
diberi peluang untuk bertanding dalam acara renang gaya bebas sahaja.
Kini, berbagai-bagai acara renang termasuklah acara gaya bebas,
acara gaya kuak lentang, acara gaya kuak dada, acara gaya
kuak kupu-kupu, acara gaya medley individu, acara gaya medley
berganti-ganti, acara gaya bebas berganti-ganti, acara junam dan
acara renang segerak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan
juga sukan-sukan lain seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan
SEA dan SUKMA.
SUKAN RENANG DI MALAYSIA
Pada awal abad dua puluh, rakyat di Semenanjung
Malaya menunjukkan minat yang dalam aktiviti-aktiviti sukan
renang terancang (organised swimming activities). Oleh sebab
23
22
Renang
22
Renang
23
minat rakyat terhadap renang terancang amat mendalam, maka
beberapa buah kelab renang telah ditubuhkan tidak lama kemudian
itu, dan di antaranya ialah Penang Swimming Club pada tahun
1903, Penang Chinese Swimming Club pada tahun 1928, European
Swimming Club pada tahun-tahun 1930an di Ipoh, Taiping dan
Kuala Lumpur dan juga Kinta Swimming Club di Ipoh pada1936.

Taraf sukan renang dinaikkan pada tahun 1931 dengan
pengelolaan the Malayan Chinese Olympiad. Sukan ini
diteruskan setiap tahun hingga 1937, dengan penyertaan kelab-
kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka.
Selepas Perang Dunia Kedua, minat sukan renang giat dipulihkan.

Pada tahun 1956, Malaya buat kali pertama menyertai Sukan
Olimpik di Melbourne, Australia. Malaya menyertai dalam lima
jenis acara sukan,iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak
dan hoki. Pada masa ini, persatuan renang di Malaysia dinamai
Amateur Swimming Union, Malaysia (ASUM). Kini ASUM adalah
ahli gabungan badan renang dunia, Federation Internationale
de Nation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956, Malaya ikut serta
dalam beberapa pertandingan renang antarabangsa, termasuk
Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP/SEA
dan Kejohanan Asia.
3.2 PERATURAN DAN AMALAN KESELAMATAN AKTIVITI RENANG
3.2.1 Nisbah guru yang mengiringi pelajar keluar untuk berenang
perlu tidak lebih daripada 1:20.
3.2.2 Kedatangan murid diambil sebaik sahaja murid sampai dan
selepas aktiviti.
3.2.3 Semua peraturan di kolam renang mesti dipatuhi.
3.2.4 Membiasakan diri dengan kemudahan yang sedia ada
di kawasan kolam renang contohnya telefon, pelampung
penyelamat, Kit Bantuan Pertolongan Cemas dan
resuscitator apabila berlaku kecemasan.
3.2.5 Memastikan semua pengajar atau fasilitator adalah
bertauliah.
3.2.6 Guru-guru pengiring yang tidak mengendalikan pengajaran
kelas renang harus membantu dalam penyeliaan disiplin.
3.2.7 Guru perlu sentiasa peka kepada keadaan di sekeliling
kolam renang dan sentiasa berada di tepi kolam
3.2.8 Disiplin murid diawasi setiap masa
3.2.9 Memastikan semua murid bertindak dengan serta merta
kepada arahan dan isyarat yang diberi.
3.2.10 Semua murid dilarang memasuki ke dalam kolam atau
keluar dari kolam tanpa kebenaran dan pengetahuan
pengajar / fasilitator
3.2.11 Memastikan tiada murid meninggalkan kolam renang tanpa
kebenaran guru / pengajar.
3.2.12 Dilarang berlari di tepi kolam atau menyelam tanpa
pengawasan.
3.2.13 Semasa melakukan aktiviti renang, murid digalakkan
melakukan aktiviti renang bersama rakan lain dan di bawah
pengawasan pengajar / fasilitator.
.3.2.14 Dilarang berenang selepas makan.
3.3 PERATURAN AKTIVITI RENANG
3.3.1 Peraturan Am
3.3.1.1 Pengguna kolam renang hanya dibenarkan secara rasmi
pada masa operasi yang ditetapkan. Penceroboh akan
didakwa.
25
24
Renang
24
Renang
25
3.3.1.2 Semua pengguna kolam renang harus mematuhi peraturan-
peraturan dan polisi penggunaan kolam dengan memakai
pakaian renang yang betul. Kanak-kanak di bawah umur
mesti diiringgi dan di bawah pengawasan seorang dewasa.
3.3.1.3 Dilarang makan dan minum di dek dan kawasan kolam
renang
3.3.1.4 Makan dan minum dibenarkan di kawasan yang khas sahaja.
3.3.1.5 Minuman keras, dadah dan haiwan juga adalah dilarang di
kawasan kolam renang.
3.3.2 Pakaian
3.3.2.1 Pakaian renang yang mengikut piawai adalah dibuat
daripada bahan-bahan Lycra , Spandeks atau Nilon .
3.3.2.2 Memakai pakaian yang kotor untuk berenang akan
mencemarkan air di dalam kolam renang dan mengakibatkan
persekitaran yang kurang sihat
3.3.2.3 Rashguards, yang lebih ketat, yang direka khas untuk
digunakan di dalam air bagi tujuan perlindungan darI
matahari, adalah dibenarkan.
3.3.3 Perlakuan
3.3.3.1 Dilarang bersosial atau mengganggu kakitangan yang
bertugas di kolam renang.
3.3.3.2 Tiada seorang pun di dalam kawasan kolam harus
berkelakuan dalam keadaan yang membahayakan
keselamatan dan kesihatan dirinya atau orang lain. Tingkah
laku termasuk bahasa kesat boleh dijadikan alasan untuk
pengusiran .
3.3.3.3 Dilarang merayau-rayau di kawasan kolam renang tanpa
pengawasan.
3.3.3.4 Dilarang berlari, melompat, tolak-menolak, menjerit atau
melakukan lakuan yang merbahaya atau yang boleh
menjejaskan keamanan persekitaran kolam renang.
3.3.3.5 Meludah, pancutan air, menghembus hidung, membuang air
kecil atau air besar di kolam renang adalah dilarang.
3.3.4 Keselamatan Kesihatan
3.3.4.1 Mereka yang di bawah pengaruh alkohol atau dadah tidak
dibenarkan di kawasan kolam renang.
3.3.4.1 Apa-apa kecederaan yang berlaku di kolam renang mesti
dilaporkan kepada penyelia kolam atau penyelamat kolam
serta-merta.
3.3.4.2 Sesiapa yang mempunyai penyakit kulit, sakit mata atau
radang, selsema, infeksi hidung atau telinga, penyakit
berjangkit atau yang memakai apa-apa jenis pembalut atau
Band-Aid untuk melindungi (unhealed) luka terbuka tidak
dibenarkan di kolam renang.
3.3.5 Peralatan/ Alat Permainan
3.3.5.1 Alatan mainan akuatik, bola dan sebagainya boleh
digunakan mengikut budi bicara penyelia bertugas.
3.3.5.2 Topeng muka dan snorkel tidak boleh digunakan kecuali
semasa program pengajaran yang diluluskan. Goggles
dibenarkan.
3.3.5.3 Penggunaan blok bermula adalah terhad kepada latihan
renang yang diluluskan, kejohanan renang dan program
pengajaran hanya di bawah pengawasan pengajar terlatih /
jurulatih.
27
26
Renang
26
Renang
27
3.3.6 Peraturan Bagi Perenang Rekreasi & Lap
3.3.6.1 Tiada terjunan ke dalam air jika kedalaman air kurang dari 6
kaki.
3.3.6.2 Lorong-lorong adalah dikhaskan kepada pengguna yang
ingin berenang pada jangka masa yang panjang supaya
tidak diganggu
3.3.7 Cuaca / Keadaan Persekitaran
3.3.7.1 Sebagai langkah keselamatan, kolam renang akan ditutup
kepada orang ramai / orang awam jikalau cuaca buruk / rebut
petir atas arahan petugas penyelamat.
3.3.7.2 Sekiranya ada ribut petir, semua pengguna kolam terpaksa
keluar dari kolam dengan serta merta.
3.3.8 Amalan Tabiat Renang Sihat
Amalan Yang Sihat Menggunaan Kolam Renang
3.3.8.1 Bersihkan badan sebelum masuk ke kolam renang dan
selepas ke tandas.
3.3.8.2 Mandi sebelum memasuki kolan renang dan selepas
menggunakan tandas.
3.3.8.3 Menggelakkan terminum air di kolam renang
3.4 Gelanggang
Kolam Pertandingan yang
berlorong
Tangga tepi kolam
Kolam Renang tertutup
( indoor pool )
29
28
Renang
28
Renang
29
3.5. Peralatan Dan Pakaian
Goggle
Flippers
Kickboard
Cap
Seluar Renang Lelaki
Baju Renang Perempuan
31
30
Renang
30
Renang
31
3.6 ETIKA KOLAM RENANG - PERATURAN AMALAN PERENANG LAP
Etika kolam renang (juga dikenali sebagai etika renang
pusingan) adalah satu set peraturan formal kelakuan yang
memastikan pengalaman renang lancar apabila beberapa
perenang berkongsi lorong.
Sebagai perenang baru, murid perlu tahu dan sedar tentang
kewujudan etika perkongsian lorong di kolam renang.
1.1.1 Jika anda bersendirian di lorong, anda boleh
berenang mengikut garis tengah dalam air.
1.1.2 Jika terdapat dua perenang di lorong, ia boleh
dibahagikan kepada dua dan setiap perenang
berenang dalam separuh daripada lorong atau
berenang mengikut arah jam.
1.1.3 Jika terdapat lebih daripada dua perenang di lorong,
mereka perlu semua berenang dalam bulatan di
lorong. Ini adalah yang paling sering dilakukan ikut
atau lawan jam.
1.1.4 Apabila menyertai lorong, murid perlu masuk secara
perlahan-lahan dan menunggu di sebelah dalam
sehingga satu pusingan agar semua perenang
menyedari bahawa anda akan menyertai lorong.
1.1.5 Jika anda perenang kedua untuk menyertai lorong,
berbincang dengan perenang pertama bagaimana
anda akan berkongsi lorong.
1.1.6 Jangan terjun ke lorong dari blok permulaan apabila
anda menyertai lorong. Ini boleh mengganggu
atau menakutkan atau mengejutkan perenang
yang sedang menumpu perhatian dalam renangan
mereka. Biasanya, terjunan dari blok bermula hanya
dilakukan semasa latihan di bawah pengawasan
jurulatih atau apabila lorong tidak digunakan oleh
perenang pusingan.
1.1.7 Jika anda ingin memotong perenang yang lebih
perlahan, tepuk dia di kaki supaya dia tahu niat anda.
Beliau kemudian akan berhenti pada akhir lorong
dan bergerak ke sudut yang betul supaya anda boleh
melepasinya. Lakukan perkara yang sama jika anda
adalah orang yang akan dilepasi.
1.1.8 Jangan menendang keluar dari dinding (kick off)
di hadapan perenang yang lebih cepat. Biarlah dia
berlepas terlebih dahulu.
1.1.9 Begitu juga, jangan menendang dari dinding (kick
off) di belakang perenang yang lebih perlahan untuk
melepasinya . Berikan ruang kepada dia sebelum
anda berlepas dari dinding.
1.1.10 Jika anda hendak berbual dengan seseorang
perenang yang lain atau berehat , lakukan di tepi
lorong agar tidak menghalang penghujung lorong
untuk perenang membuat pusingan.
33
32
Renang
32
Renang
33
BAB 4
PERSEDIAAN DAN
PERANCANGAN
BAB 4 PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN
4.1 PERTIMBANGAN UNTUK LATIHAN
i. Tahap Murid:
Aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan
tahap umur dan keupayaan murid.
ii. Bilangan Murid:
Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai
aktiviti ini supaya dapat menyediakan peralatan yang
mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian. (Maksima:
8 orang)
iii. Langkah-Langkah Keselamatan:
Antara langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian
oleh guru ialah:-
Tahap kesihatan murid;
Memanaskan badan sebelum aktiviti dan gerak kendur
dilakukan selepas aktiviti;
Peralatan dan pakaian yang sesuai dengan aktiviti;
dan
Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam
keadaan baik dan selamat.
iv. Tempat Latihan:
Ruang latihan yang sesuai dan selamat untuk
memanaskan badan;
Dicadangkan kolam latihan 4 kaki rata
v. Kemudahan peralatan:
Merancang jumlah dan jenis-jenis peralatan yang perlu
digunakan semasa aktiviti; seorang murid, 1 peralatan
(google, kickboard, fippers)
vi. Masa Latihan:
Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti sukan adalah seperti
berikut:-
Sekolah Rendah 60 minit/minggu
Sekolah Menengah 90 minit/minggu
35
34
Renang
34
Renang
35
Komponen/Masa
Memanaskan
Badan
(+10 minit)
Aktiviti
Pengukuhan
(+25 minit)
Aktiviti/Keterangan
a. Umum
i. Senaman Regangan
Dinamik
Aktiviti gerak kaki selang
seli daripada pinggul
dalam posisi duduk dan
meniarap.
ii. Senaman Regangan
Berpasangan
1. Individu
a. Masuk ke kolam
menggunakan tangga
b. Aktiviti pernafasan melalui
mulut dan hidung dalam
aktiviti tenggelam dan
timbul bobbing 5 kali
berturut-turut dengan
sokongan.
c. Buka mata bawah air dan
mengawal pernafasan
melalui mulut dengan
melepaskan gelombong
udara/bubbles.
Pengelolaan/Gambar Rajah

Rujuk
Gambar Rajah
3 Bobbing
4 Flutter kick

4.2 CONTOH 1 SESI LATIHAN
Permainan : Renang
Tarikh : 3 September 2013
Masa : 60 minit
Kemahiran : Pengenalan kepada Asas Renang
Alatan : Buoyancy aid,goggle,bola getah
Permainan Kecil
(+20 minit)
Menyejukkan
Badan
(+ 5 minit)
2. Pelbagai Jenis
Keapungan
a. Menarik nafas, tahan
nafas dan melakukan
pelbagai jenis keapungan
I ) Apungan Tuck
ii) Apungan meniarap
iii) Apungan melentang
a. Persembahan Formasi
Apungan Tiarap dan
Melentang
Dalam kumpulan berenam
Murid melakukan formasi
kreativiti apungan meniarap
Murid melakukan
Formasi kreativiti apungan
melentang
Regangan semula
Gerak Kendur


Rujuk Gambar Rajah
37
36
Renang
36
Renang
37
4.3 AKTIVITI MEMANASKAN BADAN
i. Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah:
Meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk
meningkatkan prestasi);
Merangsang aktiviti CNS (meningkatkan fungsi
transmisi saraf kontraksi otot menjadi lebih cepat,
lebih kuat);
Mengurangkan masa reaksi motor;
Meningkatkan koordinasi;
Mengurangkan risiko kecederaan; dan
Meningkatkan tahap motivasi dan persediaan
psikologi.
4.4 AKTIVITI GERAK KENDUR
i. Selepas aktiviti intensiti tinggi (latihan/pertandingan)
terdapat jumlah darah yang banyak menuju ke jantung.
ii. Jangan berhenti bergerak secara tiba-tiba kerana cara ini
akan menyebabkan pengumpulan di vena hujung kaki dan
tangan. Keadaan ini boleh mengganggu peredaran darah
ke jantung, otak dan otot.
iii. Pergerakan perlahan selama 5-10 minit (jalan, aktiviti
aerobik intensiti rendah) boleh membantu menggalakkan
peredaran darah elak pening/pengsan. Aktiviti ini diikuti
dengan senaman regangan (regangan static).
iv. Masa ini paling baik untuk senaman regangan kerana:
Kebolehan otot memanjang yang maksimum; dan
Bantu mengurangkan edema dan asid laktik.
4.5 CONTOH AKTIVITI MEMANASKAN BADAN
i. Senaman Regangan Darat
ii. Senaman Regangan Di dalam Air/Kolam


39
38
Renang
38
Renang
39
BAB 5
PERKEMBANGAN DAN
KEMAHIRAN
BAB 5 PERKEMBANGAN KEMAHIRAN
5.1 Keselamatan Dalam Air
Keyakinan Dalam Air
1.1 Masuk ke dalam kolam kanak-kanak.
1.2 Berjalan di dalam air tanpa sokongan.
1.3 Berlari di dalam air tanpa sokongan.
1.4 Melonjak dalam air tanpa sokongan.
1.5 Meletak dan menaikkan muka ke paras
air.
1.6 Masukkan muka ke dalam air serta
mengawal hembusan untuk beberapa
saat.
1.7 Menaikkan muka dan menghembus
nafas melalui mulut dan hidung
1.8 Memakai buoyancy-aid dan mengulang
aktiviti di atas (1.2 1.7) di bahagian
kolam dewasa yang cetek untuk
meningkatkan keyakinan diri.
1.9 Kemahiran hembus nafas (bobbing) di
dalam air dengan sokongan dan tanpa
sokongan.
1.10 Pendedahan pelbagai jenis
apungan.






41
40
Renang
40
Renang
41
5.2 Kuak Rangkak
A. Kemahiran Asas
AKTIVITI GAMBARAJAH
Aktiviti 1 Pergerakan Tangan Kuak
Rangkak Di Tepi Dek
1.1 Dalam kumpulan kecil.
1.2 Posisi meniarap seperti di gambarajah.
1.3 Memegang dek dengan tangan kiri
untuk imbangan dan sokongan.
Manakala tangan kanan menguak
seperti huruf S (catch, pull, push)
sehingga tangan menyentuh paha pada
fasa menguak. Kemudian tangan
dibawa ke hadapan semula.
1.4 Ulang sebanyak 3 kali bagi setiap set.
1.5 Ulang aktiviti di atas dengan tangan kanan.
1.6.Lakukan pergerakan tangan berselang
seli.

Aktiviti 2 Pergerakan Kaki Kuak
Rangkak Di Tepi Dek
2.1 Dalam kumpulan kecil.
2.2 Posisi meniarap seperti di gambarajah.
2.3 Tangan memegang dek untuk imbangan
dan sokongan. Manakala kaki
menendang berselang seli.
(Kekuatan tendangan bermula dari
punggung)
2.4 Ulang sebanyak 6 kali bagi setiap set.
2.5 Ulang aktiviti di atas dengan
menggunakan papan keribas (kicking
board) untuk mendapat jarak mengikut
kemampuan masing-masing.
Aktiviti 3 Pernafasan Kuak Rangkak Di
Tepi Dek
3.1 Dalam kumpulan kecil.
3.2 Posisi meniarap seperti di gambarajah
3.3 Tangan memegang dek untuk imbangan
dan sokongan. Manakala kaki
menendang berselangseli tanpa berhenti.
3.4 Pada masa yang sama,menguak tangan
serta pusing kepala ke sisi sama ada
kanan atau kiri mengikut keselesaan
masing-masing untuk menarik nafas.




43
42
Renang
42
Renang
43

B. AKTIVITI KEMAHIRAN
a. Berpasangan
1.1 Murid mencari pasangan yang
bersaiz hampir sama.

1.2 Murid A memegang kedua-dua
belah paha murid B seperti di
gambarajah
1.3 Murid B melakukan pergerakan
tangan kuak rangkak tanpa
pernafasan sejauh 5 meter.

1.4 Tukar peranan.
1.5 Ulang aktiviti dengan sokongan yang
minima sehingga menguasai
kemahiran.
b. Individu
1.1 Secara individu.
1.2 Keadaan posisi meniarap, kedua-
dua belah kaki mengepit pull
buoy seperti di gambarajah.
1.3 Tangan kiri diluruskan manakala
tangan kanan menguak
seperti huruf S ( catch, pull, push )
sehingga tangan menyentuh paha.
Kemudian tangan dibawa ke
hadapan semula.
1.4 Ulang aktiviti ini bersama pernafasan
sejauh 5 meter.
1.5 Ulang aktiviti sehingga menguasai
kemahiran.

C. PERMAINAN KECIL
1 Siapa Cepat Dia Dapat
1.1 Bahagikan murid kepada 2
kumpulan.
1.2 Bola getah diletak di tengah antara 2
kumpulan.
1.3 Apabila wisel ditiup, salah seorang
peserta dari setiap kumpulan cuba
mendapatkan bola di tengah dengan
menggunakan kuak rangkak.
1.4 Peserta yang mendapat bola dahulu
perlu menghantar bola ke dalam
bakul di tepi dek.
1.5 Pelakuan aktiviti 1.3 dan 1.4 diulang
beberapa kali selama 2 minit.
1.6 Pasukan yang berjaya memasukkan
bola paling banyak dalam bakul dikira
menang.

45
44
Renang
44
Renang
45
2 Acara berganti-ganti papan keribas
2.1 Setiap ahli dalam kumpulan diberi
nombor ( contoh 1 8 )
2.2 Dibahagi kepada 2 kumpulan nombor
ganjil dan genap
2.3 Kedua-dua kumpulan nombor
berada di dua penjuru yang
bertentangan.
2.5 Apabila guru menyebut nombor (
Ganjil dan genap), murid yang
nombornya dipanggil akan
bergerak dengan tendangan kuak
rangkak dan disokong oleh papan
keribas menuju ke sasaran serta
menyentuh penanda. Murid yang
sampai dahulu akan diberi mata.
2.6 Aktiviti ini diulang secara berganti-
ganti.
2.7 Pasukan yang mendapat mata paling
banyak dikira menang.

3. Lumba Kombi
3.1 Dua pasangan dalam satu kumpulan.
3.2 Murid B (yang berada di belakang)
memegang kedua-dua belah
pergelangan kaki murid A (yang
berada di depan) seperti dalam
gambarajah.
Pasangan kedua menunggu di dek
seberang.

3.3 Apabila wisel ditiup, pasangan duet
ini mula bergerak dengan murid A
menguak dengan tangan manakala
murid B melakukan tendangan kaki
sahaja.
3.4 Pasangan kedua akan bergerak
apabila pasangan pertama sampai
ke deknya.
3.5 Kumpulan yang tamat dahulu dikira
menang.

3.1 Dua pasangan dalam satu kumpulan.

3.2 Murid B (yang berada di belakang)
memegang kedua-dua belah
pergelangan kaki murid A (yang
berada di depan) seperti dalam
gambarajah.
Pasangan kedua menunggu di dek
seberang.

3.3 Apabila wisel ditiup, pasangan duet
ini mula bergerak dengan murid A
menguak dengan tangan manakala
murid B melakukan tendangan kaki
sahaja.

3.4 Pasangan kedua akan bergerak
apabila pasangan pertama sampai
ke deknya.

3.5 Kumpulan yang tamat dahulu dikira
menang.










10m





A A
B B














47
46
Renang
46
Renang
47



5.3 KUAK DADA
A. KEMAHIRAN RENANG ASAS
AKTIVITI GAMBARAJAH
Aktiviti 1 Pergerakan Tangan Kuak
Dada di Dek
1.1 Posisi meniarap seperti di
gambarajah.
1.2 Kedua-dua tangan dihulurkan ke
hadapan
1.3 Kedua-dua tangan bergerak ke sisi
secara serentak.
1.4 Bengkokkan lengan tangan ke bawah
paras air.
1.5 Menghulurkan tangan ke hadapan
semula
1.6 Ulang pergerakan ini sehingga
menguasai kemahiran.

Aktiviti 2 Pergerakan Kaki Kuak Dada
2.1 Dalam kumpulan kecil.
2.2 Posisi meniarap seperti di
gambarajah.
2.3 Tangan memegang dek untuk
imbangan dan sokongan. Manakala
kaki menendang keluar
serentak. (Kekuatan tendangan
bermula dari paha)
2.4 Ulang sebanyak 5 kali.
2.5 Ulang seperti aktiviti di atas dengan
menggunakan papan keribas sejauh
5 meter.
Aktiviti 3 Pernafasan Kuak Dada
3.1 Berdiri dalam air, tangan
memegang dek.
3.2 Tunduk muka ke paras air dan
menghembuskan nafas perlahan-
lahan kemudian naikkan kepala
untuk menarik nafas.
3.3 Ulang lakuan ini beberapa kali.



49
48
Renang
48
Renang
49
B. AKTIVITI KEMAHIRAN
A. Berpasangan ( pergerakan tangan kuak dada)
1.1 Murid mencari pasangan yang
bersaiz hampir sama.

1.2 Murid A memegang kedua-dua
belah paha murid B seperti di
gambarajah.
1.3 Murid B melakukan kuak tangan.
Semasa tangan menghulur ke
sisi, naikkan kepala untuk menarik
nafas.
1.4 Menunduk muka ke paras air semula
untuk menghembus nafas.
1.5 Ulang aktiviti sehingga menguasai
kemahiran.

B. Berpasangan ( tendangan kaki kuak dada )
1.1 Murid mencari pasangan yang
bersaiz hampir sama.

1.2 Murid A memegang kedua-dua
belah tangan murid B seperti di
gambarajah.
1.3 Murid B melakukan tendangan
kaki kuak dada serentak seperti di
gambarajah.
51
50
Renang
50
Renang
51


C. PERMAINAN KECIL
1. Bola Emas
1.1 Bahagikan murid kepada empat
kumpulan dengan warna topi yang
berlainan.
1.2 Murid berenang dengan kuak dada
secara bebas selama 1 minit.
1.3 Apabila wisel ditiup, murid perlu
merebut bola yang sama
warna dengan topi dan berenang ke
tepi dek.
1.4 Kumpulan yang paling cepat balik ke
dek dengan bola dikira menang.
2. Mencari harta karun - individu
2.1 Guru menabur harta karun ke
dalam kolam.
2.2 Murid berenang dengan kuak dada
ke arah harta karun.
2.3 Murid perlu menyelam ke dalam
untuk mengutip harta karun.
2.4 Murid yang paling pantas dengan
kutipan yang paling banyak dikira
menang.

3. Lumba Charade (Teka aksi)
3.1 Berempat dalam satu kumpulan.
3.2 Murid A berenang kuak dada
ke arah dek untuk mendapat kertas
charade yang bermaklumat. Contoh
maklumat charade ialah hot dog,
banana boat dan sebagainya.
3.3 Murid A perlu beraksi (secara bisu)
dan rakan sekumpulannya akan
meneka maksud aksi.
3.4 Murid A berenang balik ke tempat
permulaan selepas maksud charade
dapat diteka dengan betul.

3.5 Dilakukan secara bergilir-gilir dan
kumpulan yang dapat menghabiskan
charade dengan paling cepat dikira
menang.
3.1 Berempat dalam satu kumpulan.

3.2 Murid A berenang kuak dada
ke arah dek untuk mendapat kertas
charade yang bermaklumat. Contoh
maklumat charade ialah hot dog,
banana boat dan sebagainya.

3.3 Murid A perlu beraksi (secara bisu)
dan rakan sekumpulannya akan
meneka maksud aksi.

3.4 Murid A berenang balik ke tempat
permulaan selepas maksud charade
dapat diteka dengan betul.

3.5 Dilakukan secara bergilir-gilir dan
kumpulan yang dapat menghabiskan
charade dengan paling cepat dikira
menang.


Kotak yang berisi
maklumat charade





10m




A
A
53
52
Renang
52
Renang
53
PENGHARGAAN
PANEL PENULIS
Lim Yit Bin
Abdul Halim bin Musa
Cheng Joo Suan
Lee Poh Eng
Georgie Goh Bee Yuen
PENGETUA/GURU BESAR/ GURU DAN MURID
Sekolah Sukan Bukit Jalil
Sekolah Bersepadu Kemayan
SMK Pendita Zaaba
SMK Bukit Mewah
SK Ampangan
SK Puteri Seremban
SK Kampung Gelam, Port Dickson
Ravender Height Kindergarden
BAHAGIAN SUKAN
V. Muraleedharan
Norhamimi binti Othman
Mohd Hamry bin Ismail
Lim Tou Jing
Persatuan Renang Amatur Negeri Sembilan
Pusat Akuatik Paroi Negeri Sembilan

You might also like