You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan
Aktiviti fizikal merupakan pergerakan yang memerlukan seseorang individu
melakukan sesuatu aktiviti menggunakan tubuh badannya. Menurut Caspersen, Powell &
Christenson (1985), kecergasan fizikal merupakan satu set karakter atau komponen yang
telah dimiliki oleh seseorang individu. Impak daripada aktiviti fizikal akan meningkatkan
pengambilan oksigen, meningkatkan kapasiti darah yang membawa oksigen dan denyutan
nadi menjadi lebih tinggi. Hal ini akan menyebabkan enzim pembakar lemak terangsang
atau dengan kata lain ketahanan kardiorespirasinya (VO2 Maksimum) meningkat (Hermina,
2014). VO2 maksimum juga adalah kapasiti maksimum sistem paru-paru, jantung, dan otot-
otot menyerap oksigen dalam sesebuah aktiviti fizikal yang dilakukan (Smirmaul, 2013).

2.0 VO2 Maksimum


Menurut Brian J. Sharkey, kecergasan aerobik ditakrifkan sebagai kapasiti
maksimum dalam penggunaan oksigen yang mana ia lebih baik diukur dalam ujian makmal
yang dipanggil pengambilan oksigen maksimum atau VO2 maksimum (Eri Juniardi et. al.,
2016). VO2 maksimum ialah kemampuan seseorang untuk mengambil dan membekalkan
oksigen yang maksima secara berkala (Pranata, 2015). VO2 maksimum merupakan salah
satu faktor yang menjadi kayu ukur kecergasan yang diperlukan oleh seseorang, baik atlet
mahupun bukan atlet. Secara ringkasnya, V02 maksimum juga boleh didefinisikan sebagai
jumlah oksigen maksima yang digunakan oleh tubuh badan manusia dalam masa satu minit.
Berikut merupakan norma bagi VO2 maksimum mengikut jantina. Semakin tinggi nilai VO2
maksimum seseorang, semakin bagus tahap staminanya.

Sumber daripada Astrand (1960). Physiol Scand. New York: Blackwell Scientific
Publications.
3.0 Faktor yang Mempengaruhi VO2 Maksimum
Antara faktor penentu yang mempengaruhi besarnya VO2 Maksimum ialah 1) jantung 2)
paru-paru dan 3) pembuluh darah (Abdul Mahfudin Alim, 2009). Umur juga menjadi faktor
yang mempengaruhi VO2 Maksimum kerana menurut Johnson (2012), beliau menyatakan
bahawa kekuatan puncak aerobik atau VO2 Maksimum adalah pada umur 18 hingga 20
tahun.

3.1 Jantung
Jantung mempengaruhi kadar VO2 Maksimum kerana VO2 Maksimum
merupakan sebuah ketahanan kardiorespiratori. Hal ini memerlukan oksigen sebagai
kayu ukur dalam pengukuran VO2 Maksimum. Jantung merupakan salah satu organ
yang membantu dalam penyaluran oksigen ke seluruh badan dengan menggunakan
darah sebagai medium untuk bergerak ke seluruh badan. Pengepaman darah dan
ruang jantung memberikan impak dalam VO2 Maksimum kerana jika ruang dalam
jantung seseorang itu luas, VO2 Maksimum bagi seseorang individu tersebut akan
lebih tinggi daripada individu yang memiliki ruang dalam jantung yang kecil. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa jantung mempengaruhi kadar VO2 Maksimum yang
ideal.

3.2 Paru-paru
Paru-paru merupakan salah satu organ yang mempengaruhi VO2 Maksimum
dalam aspek pengambilan oksigen yang perlu diambil ke dalam paru-paru. Dalam
memastikan VO2 Maksimum seseorang individu itu pada tahap yang tinggi atau
rendah adalah melalui paru-paru kerana di dalam peparu terdapat alveolus yang
begitu banyak bagi melakukan proses pertukaran gas antara oksigen dan karbon
dioksida. Bilangan alveolus individu ini bergantung kepada cara hidup mereka
kerana jika bilangan alveolus kurang, kapasiti oksigen yang dihasilkan juga adalah
kurang. Oleh itu, paru-paru juga memainkan pernana penting dalam mempengaruhi
kadar VO2 Maksimum seseorang individu.

3.3 Pembuluh Darah


Fungsi pembuluh darah adalah sebagai perjalanan darah untuk pergi ke
sasaran iaitu otot-otot dan seluruh badan. Oksigen akan diangkut oleh sel darah
merah untuk dibawa ke otot-otot yang memerlukan oksigen. Implikasi akan berlaku
apabila pembuluh darah ini mempunyai komplikasi seperti sempit kerana ia akan
membantutkan perjalanan darah. Perkara ini akan memberikan impak kepada VO2
maksimum individu .
4.0 Analisis Fisiologi VO2 Maksimum dalam Latihan Fartlek
Dalam melakukan analisis fisiologi VO2 maksimum bagi latihan fartlek, terdapat beberapa
aspek penting yang diambil kira iaitu 1) menentukan kadar VO2 maksimum 2) kronologi
latihan fartlek dan VO2 maksimum dan 3) pencapaian yang diperolehi dalam latihan fartlek
beserta dengan kadar penggunaan VO2 maksimum.

4.1 Menentukan Kadar V02 Maksimum


VO2 maksimum dapat ditentukan melalui beberapa penilaian fizikal. Ujian ini
boleh dialukukan secara langsung mahupun tidak langsung. Ujian secara langsung
memerlukan peralatan canggih untuk mengukur isipadu dan konsentrasi oksigen dan
karbon dioksida. Terdapat banyak protokol yang digunakan seperti treadmill, kitaran
ergometer dan peralatan sukan yang lain untuk mengukur VO2 maksimum. Salah
satunya adalah protokol Bruce yang sering digunakan untuk ujian VO2 maksimum
pada atlet atau pesakit-pesakit jantung yang berisiko tinggi. Manakala ujian tidak
langsung jauh lebih banyak digunakan oleh pelatih kerana memerlukan sedikit atau
tidak ada peralatan yang mahal. Oleh itu, dalam penulisan laporan amali ini,
pengkaji telah memilih ujian tidak langsung untuk menentukan kadar VO2 maksimum
dengan menggunakan kadar nadi dalam melakukan ujian latihan fartlek. Rajah di
bawah menunjukkan jalan pengiraan dalam mendapatkan nilai VO2 maksimum
menggunakan kadar nadi.

VO2MAX = 100.5 - (0.1636 x weight in kg) - (1.438 x jumlah masa


latihan fartlek yang tercatat dalam minit) - (0.1928 x heart rate)
4.2 Kronologi Latihan Fartlek dan VO2 Maksimum

Rajah 1 : menunjukkan atlet


sedang berjoging pada jarak yang telah ditetapkan iaitu 133.33 meter dan masa yang
tercatat adalah 30.13 saat.

Rajah 2 : menunjukkan atlet


sedang berjalan pada jarak yang telah ditetapkan iaitu 133.33 meter dan masa yang
tercatat adalah sebanyak 42.30 saat.
Rajah 3 : menunjukkan atlet sedang melakukan striding pada jarak yang telah ditetapkan
iaitu 133.33 meter dan masa yang tercatat adalah sebanyak 19.21 saat.

Secara ringkasnya, dalam melakukan latihan fartlek ini atlet melakukan tiga aktiviti
berbeza iaitu dimulakan dengan berjoging diikuti dengan berjalan dan akhir sekali adalah
striding. Sewaktu berjoging dan berjalan kadar degupan jantung adalah pada tahap
sederhana kerana pada peringkat tersebut intensiti adalah rendah. Namun ketika melakukan
striding kadar nadi serta kadar VO2 maksimum atlet telah meningkat. Hal ini dikatakan
demikian kerana atlet telah melakukan striding pada tahap 60% dan masa yang tercatat
adalah 19.21 saat hingga menyebabkan kadar VO2 maksimum dan kadar nadi meningkat.
Oleh itu, secara umumnya dapat dirumuskan bahawa dengan melakukan striding pada
tahap 60% mempengaruhi kadar VO2 maksimum atlet tersebut.

4.3 Pencapaian yang Diperolehi dalam Latihan Fartlek Beserta dengan


Kadar Penggunaan VO2 Maksimum.

PENCAPAIAN LATIHAN FARTLEK

PERKARA MASA YANG TERCATAT (SAAT)

Jogging 30.13 s

Berjalan 42.30 s
Striding 19.21 s

Jumlah 91.64 s

VO2MAX = 100.5 - (0.1636 x weight in kg) - (1.438 x jumlah masa


latihan fartlek yang tercatat dalam minit) - (0.1928 x heart rate)

VO2 Maksimum = 100.5 - (0.1636 x 44kg) - (1.438 x 1.527) - (0.1928 x 222)


= 100.5 - 7.1984 - 2.195826 - 42.8016
= 48.30 ml / kg / min

Berdasarkan hasil data yang telah direkodkan menunjukkan VO2 Maksimum yang
diperoleh atlet dalam latihan fartlek ialah 48.30 ml / kg / min iaitu pada aras baik (good)
berdasarkan norma VO2 Maksimum (rujuk sumber daripada Astrand, 1960). Hal ini terbukti
bahawa dalam pembinaan sesebuah prestasi berdasarkan latihan fizikal, keadaan fizikal
dan kesihatan tubuh badan juga memainkan peranan penting selain memerlukan tahap
kecergasan badan yang baik. Oleh itu, perlunya latihan yang teratur serta rehat yang cukup
bagi seseorang atlet agar tubuh badan dalam keadaan yang cukup stamina sewaktu
melaksanakan sebarang latihan (Eri Juniardi et. al., 2016).

PENUTUP

VO2 maksimum bagi setiap individu adalah berbeza-beza bergantung kepada gaya
hidup mereka seharian. Individu yang sihat dan cergas akan mempunyai bacaan VO2
maksimum yang lebih tinggi daripada individu yang sebaliknya. Untuk meningkatkan VO2
maksimum individu perlu mengamalkan gaya hidup sihat supaya jantung, peparu dan juga
jantung berada dalam keadaan yang sihat dan terbaik.
Lampiran
LAMPIRAN A

Rajah 4 menunjukkan lakaran pergerakan atlet dalam latihan fartlek.

You might also like