You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

PJMS 3043
ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA – LAPORAN AMALI

Nama : AHMAD FIRDAUS BIN


SHAMSUDDIN
No. K/P : 010622080439
Angka Giliran : 2020242340106
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : V6
Nama Pensyarah : ENCIK MOKHTAR
BIN SULAIMAN
Tarikh Hantar : 30 MAC 2021

PENGAKUAN PELAJAR
\ Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasanPENGESAHAN adalah hasilMODERATOR
kerja kursus ini PELAJAR kerja saya sendiri kecuali
Markah
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya sayaMarkah
jelaskan sumbernya.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Tandatangan
Tandatangan Pelajar:_____Firdaus___________ Tarikh : _ 30 MAC 2021___
Tandatangan
Cop Pelajar:____ Firdaus ______________
Cop Tarikh :

Tarikh Tarikh

PENULISAN LAPORAN AMALI PJMS 3043


1) Tajuk Amali: Sistem Respirasi

2) Tarikh Amali: 1 April 2021

3) Nama Pembentang: Ahmad Firdaus Bin Shamsuddin

4) Objektif Amali:
a) Siswa guru akan dapat menganalisis mekanisme pernafasan manusia iaitu
menceritakan tentang bahagian-bahagian organ badan yang terlibat dengan sistem
penafasan yang berlaku seperti paru-paru, bronkus, bronkiol, alveolus dan lain-lain.

b) Siswa dapat memahami fisiologi respiratori iaitu menceritakan tentang proses


pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di dalam alveolus ketika menarik nafas
dan menghembus nafas.

c) Siswa guru dapat menghuraikan kepentingan sistem respirasi yang sihat iaitu


menceritakan tentang penyakit seperti atritis di artikulasi tulang rusuk dan
pengurangan keanjalan paru-paru.

5) Abstrak Idea Utama

Pada 1 April 2021 yang lalu, kumpulan Ahmad Firdaus Bin Shamsuddin telah
membentangkan tugasan amali 6 yang bertajuk Inspirasi dan Ekspirasi dalam Sistem
Respirasi. Pada slaid pembentangan awal, saya telah menerangkan tentang pengenalan
serta definisi sistem penafasan untuk menerangkan tentang apakah konsep asas sistem
pernafasan ini. Seterusnya, saya menerangkan tentang proses-proses yang berlaku
sepanjang respirasi dilakukan seperti proses pengudaraan peparu iaitu udara masuk dan
keluar, proses inspirasi iaitu menyedut udara masuk ke peparu dan proses ekspirasi iaitu
menghembus udara keluar dari peparu seta proses pertukaran gas oksigen dan karbon
dioksida di dalam alveolus. Gambar komponen-komponen utama badan yang terlibat
dengan sistem pernafasan ini juga dipaparkan seperti pada Rajah 1. Misalnya, rongga
hidung, farinks, larinks, trakea, bronkiol dan paru-paru. Selepas menerangkan komponen-
komponen yang terlibat ini, fungsi-fungsi kepada komponen ini diterangkan satu demi satu
kepada siswa guru yang lain.
Rajah 1

Selepas itu, saya menerangkan tentang fisiologi sistem respirasi yang melibatkan proses-
proses tertentu seperti ventilasi pulmonari, pertukaran gas di membran respiratori, serta
pengambilan dan penghantaran gas. Proses ini juga telah saya terangkan dengan
memberikan gambaran proses yang berlaku. Dalam penerangan tentang fisiologi ini,
diselitkan juga tentang mekanisme penafasan pada Rajah 2 iaitu perkara-perkara yang
terjadi semasa proses inspirasi dan ekspirasi seperti diafragma mengembang dan otot
interkostal naik ke atas semasa proses inspirasi manakala diafragma menguncup dan otot
interkostal turun ke bawah semasa proses ekspirasi. Pada akhir penerangan, saya
membentangkan tentang penyakit yang berkaitan tentang sistem pernafasan seperti artritis
di artikulasi tulang rusuk dan empisima lalu menerangkan punca berlaku dan tanda-tanda
penyakit ini.

Rajah 2

6) Implikasi Idea Utama Kepada Pendidikan Jasmani

Kesimpulannya, terdapat banyak ilmu yang telah saya kongsikan serta saya sendiri perolehi
melalui penerangan tugasan amali 6 iaitu tentang sistem respirasi bagi manusia. Sebagai
contohnya, saya dapat membayangkan proses-proses respirasi yang telah saya terangkan
itu berlaku dalam badan saya sendiri. Selain itu, saya dan rakan-rakan lain juga memperoleh
ilmu tentang cara untuk menjaga sistem respirasi badan dan cara untuk mengelakkan diri
saya daripada menghidap penyakit pernafasan seperti yang telah diterangkan. Oleh itu,
sudah terang lagi bersuluh bahawa objektif pembelajaran telah dicapai bagi tugasan amali
ini.
PENULISAN LAPORAN AMALI PJMS 3043

1) Tajuk Amali: Mengenalpasti jenis tulang, sendi dan pergerakkan

2) Tarikh Amali: 24 Februari 2021

3) Nama Pembentang: Ahmad Zuhairi Junaidi bin Jasmani

4) Objektif Amali:

1) Dapat menjelaskan komposisi darah


5) Abstrak Idea Utama

PENULISAN LAPORAN AMALI PJMS 3043

1) Tajuk Amali: Sistem Urinari dan Perkumuhan

2) Tarikh Amali: 2021

3) Nama Pembentang: Helmi Aiman Bin Muhammad

4) Objektif Amali:
a) Dapat menjelaskan secara terperinci tentang sistem urinari dan juga sistem
perkumuhan yang terdapat dalam badan manusia dengan betul dan tepat

b) Dapat menjelaskan tentang proses pembentukan air kencing mengikut aturan dan
proses yang betul yang secara umumnya terbahagi kepada tiga proses, iaitu
ultraturasan, penyerapan semula oleh salur air kencing dan rembesan dari salur
halus kencing

c) Dapat menghuraikan tentang fungsi-fungsi sistem urinari dan perkumuhan serta cara
untuk mengekalkan kesihatan sistem tersebut supaya tidak terjejas atau rosak.

5) Abstrak Idea Utama

Pada 21 April 2021 yang lalu, kumpulan Helmi Aiman bin Muhammad telah
membentangkan tugasan amali 9 yang bertajuk sistem urinari dan perkumuhan.
Berdasarkan slaid pembentangan amali terdapat pelbagai isi perbincangan yang perlu
difahami oleh siswa guru. Pada slaid yang dibentangkan, ada menjelaskan tentang definisi
umum sistem urinari dalam badan manusia. Sistem urinari ialah kumpulan organ yang
menyahkan air yang berlebihan dan bahan-bahan yang tidak diperlukan keluar dari badan
sebagai air kencing. Organ sistem urinari terdiri daripada ginjal, ureter, uretra dan pundi
kencing. Pada slaid yang dibentang oleh Helmi Aiman juga ia menjelaskan tentang fungsi-
fungsi sistem urinari. Misalnya, ureter berfungsi sebagai saluran yang membawa air kencing
dari kedua-dua ginjal ke pundi kencing. Melalui ini juga, ia turut menjelaskan tentang ciri-ciri
organ sistem urinari. Seterusnya, terdapat juga slaid yang menghuraikan tentang proses
pembentukan air kecing mengikut aturannya. Berdasarkan slaid tersebut, kita dapat ketahui
bahawa proses ini akan melalui tiga bahagian, iaitu ultraturasan, penyerapan semula oleh
salur halus kencing dan rembesan dari salur halus kencing. Rujuk rajah di bawah
Berdasarkan penerangan slaid oleh Helmi juga, dia menerangkan tentang cara pengurusan
sistem urinari supaya sistem tersebut kekal sihat dan tidak terjejas. Antaranya ialah melalui
imbangan cecair elektrolit, imbangan asid-alkali dan sebagainya.

6) Implikasi Idea Utama Kepada Pendidikan Jasmani

Kesimpulannya, topik Sistem Urinari dan Perkumuhan ini sememangnya perlu dikuasai oleh
pelajar supaya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci tentang sistem urinari dan
perkumuhan serta dapat mengekalkan kesihatan sistem tersebut supaya tidak terjejas atau
rosak. Pelajar juga akan dapat mengajar dengan baik tentang topik ini kepada murid-murid
suatu hari nanti.

You might also like