You are on page 1of 14

QSU 3033

HUMAN ANATOMY AND PHYSIOLOGY/


ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

TUGASAN: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN/LESSON PLAN


TAJUK:
Sistem Respirasi
SUBTAJUK :
6.1 Respirasi luaran
6.2 Pengangkutan gas-gas respirasi
6.3 Respirasi dalaman

DISEDIAKAN OLEH:
NO KUMPULAN
BIL NAMA
MATRIKS
1 DANIAL WEINSTEIN MUSLY D20211100648
2 UMMI EZZATY BINTI MOHD HAZAM D20211100660 6
3 MOHAMMAD KHUZAIRIE ASRY BIN MANCHUL D20211100661

UNTUK PERHATIAN:
DR. RUAIBAH YAZANI BINTI TENGAH
Tarikh: 10/12/2021 Tingkatan : 5

Hari: Jumaat Jantina: Lelaki dan perempuan

Masa : 8:00 A.M – 9:10 A.M Bil.Murid : 30 orang

Tunjang Pembelajaran : Anatomi Dan Fisiologi Manusia

Tajuk Pembelajaran : Sistem Respirasi

Fokus Pembelajaran : 6.1 Respirasi Luaran

6.2 Pengangkutan Gas-Gas Respiratori

6.2.1 Proses pengangkutan gas oleh darah

6.2.2 Pertukaran gas respirasi di paru-paru dan tisu

6.3 Respirasi Dalaman

Pengetahuan awal pelajar: Pelajar telah mempelajari unit 6.0 iaitu system respirasi

Objektif Pembelajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat :-

PSIKOMOTOR

1. Mengenalpasti konsep sistem respiratori yang berlaku dalam tubuh badan. (P1)

2. Membezakan respirasi dalaman dan respirasi luaran. (P1)

3. Menyatakan perbezaan pengangkutan gas dalam sistem respiratori. (P2)

KOGNITIF

1. Membandingkan proses pertukaran gas dalam paru- paru dan tisu. (C4)

2. Mengenalpasti perbezaan respirasi dalaman dan respirasi luaran. (C1)

AFEKTIF

1. Melaksanakan simulasi bersama ahli kumpulan tentang proses pengangkutan gas respiratori. (A2)

2. Memahami perbezaan respirasi luaran dan respirasi dalaman. (A5)


Persediaan Guru: buku teks sains sukan tingkatan 5, komputer, projektor, kertas majong, pen
marker, pelekat, kertas, belon/replika sistem respiratori

Persediaan Pelajar: Buku teks, buku nota, pen/pensil


1. FASA PENGENALAN Set Induksi:

ORGANISASI GURU :

1. Guru akan membahagikan kumpulan murid mengikut nombor yang disebut.


2. Guru juga akan menentukan giliran kumpulan dengan melakukan cabutan undi bagi
memudahkan proses pembelajaran.
3. Untuk pendedahan awal kepada murid , guru akan menayangkan slide pengenalan
berkaitan sistem respiratori kepada murid.
4. Guru juga akan membuat satu contoh sistem respiratori menggunakan belon untuk
memberi keterangan lanjut.
5. Kegunaan contoh ini akan memberi pemahaman yang mendalam tentang sistem rispiratori
berlaku.
6. Pada akhir pembelajaran, wakil setiap kumpulan akan membuat demonstrasi tarik dan
hembus nafas bagi mengukur tahap pemahaman mereka.

ORGANISASI MURID :

1. Pembahagian murid mengikut kumpulan.


2. Pembahagian kumpulan ditentukan mengikut nombor yang disebut daripada 1 hingga 5.
3. Setiap kumpulan akan ditentukan giliran mengikut cabutan undi oleh ketua kumpulan.
4. Setiap kumpulan akan membentuk bulatan bagi memudahkan proses pembelajaran.
5. Akhir pembelajaran, wakil setiap kumpulan akan membuat demonstrasi tarik dan hembus
nafas.

SOALAN :
1. Ada sesiapa yang boleh jelaskan apakah tajuk pembelajaran hari ini ?
2. Berikan maksud sistem respirasi ?
3. Berikan 3 sebab paru-paru manusia boleh rosak ?

Alat bantu mengajar(abm)/ bahan bantu belajar (BBM):


 Slide system respiratori
 Kertas
 Belon/replica sistem respiratori
 Komputer

2. FASA PERKEMBANGAN Aktiviti 1: Team word-web

6.1- Respirasi luaran

ORGANISASI GURU

1. Guru menerangkan secara terperinci berkaitan topik pembelajaran respirasi luaran


menggunakan paparan slide di hadapan murid.

2. Guru memastikan setiap pelajar fokus dan memberi perhatian sepenuhnya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) agar mereka dapat memahami topik
yang telah dipelajari.

3. Guru akan membahagikan murid kepada 5 kumpulan.

ORGANISASI MURID

1. Murid harus menumpukan perhatian Ketika guru menerangkan tentang topik


pembelajaran.
2. Murid akan berada dalam kumpulan masing-masing.

3. Setiap kumpulan mengadakan perbincangan ringkas tentang apa yang mereka


telah faham berkaitan topik pembelajaran bersama ahli kumpulan.

ORGANISASI KELAS
TEAM WORD-WEB

1. Murid menulis topik pembelajaran iaitu respirasi luaran di tengah-tengah kertas


mahjong.
2. Setiap ahli pasukan menulis idea berkaitan respirasi luaran dalam peta minda
mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea daripada
mereka.
3. Setiap kumpulan akan membentangkan kertas mahjong di hadapan kelas
mengikut giliran masing-masing yang ditentukan guru.

Alat bantu mengajar (abm)/ bahan bantu belajar (BBM):

 Huraian sukatan pelajaran Sains Sukan Tingkatan 5


 Slide yang dihasilkan oleh guru sendiri
 Kertas mahjong
 Marker pen
 Laptop
 LCD
Aktiviti 2: PAK-21 WINDOW PANE
6.2 Pengangkutan gas-gas respiratori
6.2.1 Pengangkutan gas oksigen oleh darah

Maklumat pengajaran dan pembelajaran:


 Guru memaparkan slide berkaitan proses pengangkutan gas oksigen oleh darah.
 Murid akan mencatat maklumat dan berbincang dengan ahli kumpulan.

Organisasi kelas:

ORGANISASI GURU :
 Guru membuka slide berkaitan pengangkutan oksigen oleh darah.
 Guru menerangkan proses pengangkutan oksigen oleh darah dengan ringkas.
 Guru melukis satu gambar tentang proses pengangkutan oksigen oleh darah pada
carta atau papan putih.
 Guru sebagai fasilitator

ORGANISASI MURID :
 Murid dikehendaki melihat slide dan memahami apa yang disampaikan oleh guru.
 Murid akan mencatat maklumat dan berbincang dengan ahli kumpulan masing-
masing.
 Ahli dalam kumpulan bergilir-gilir menyambung lukisan untuk menerangkan lagi
konsep pengangkutan oksigen oleh darah dengan lebih terperinci.
 Murid akan dibantu oleh guru.

Alat bantu mengajar(abm)/ bahan bantu belajar (BBM):


Papan tulis, pen marker, komputer, projektor

Aktiviti 3 : PAK-21 PETA I-THINK (30 minit)


6.2 Pengangkutan gas-gas respiratori
6.2.2 Pertukaran gas respirasi di paru-paru dan tisu

Maklumat pengajaran dan pembelajaran:


 Guru menerangkan tentang proses pengangkutan gas-gas respiratori.
 Guru akan menayangkan satu video yang berkaitan proses pertukaran gas respirasi
untuk lebih difahami
 Murid menggunakan peta i-Think (flow map) sebagai alat untuk menjana idea.
 Murid juga menggunakannya untuk membuat sesuatu persembahan hasil kerja
dalam bentuk grafik

ORGANISASI KELAS :

ORGANISASI GURU
 Guru membuka tayangan video mengenai proses pertukaran gas respirasi untuk
lebih difahami oleh murid.
 Guru menerangkan proses pengangkutan gas respiratori kepada murid secara
ringkas.
 Guru mengedarkan kertas majong dan pen marker kepada setiap kumpulan murid.
 Guru meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil dapatan/perbincangan
dihadapan kelas.

ORGANISASI MURID
 Murid dikehendaki untuk melihat dan memahami berdasarkan video yang
ditayangkan oleh guru.
 Murid akan mencatat maklumat dan berbincang dengan ahli kumpulan masing-
masing.
 Murid diminta untuk membuat peta i-Think (flow map) pada kertas majong
berdasarkan hasil perbincangan dengan ahli kumpulan.
 Setiap ahli kumpulan dikehendaki membentangkan hasil dapatan/perbincangan.
(5-7 minit)

Alat bantu mengajar(abm)/ bahan bantu belajar (BBM):

 (video) https://m.youtube.com/watch?v=pjAFKSETHjc
 Kertas mahjong.
 Pen marker
 Laptop
 LCD
 Pelekat

Aktiviti 4: Team Stand-N-Share dan Guess the Fib

6.3-Respirasi dalaman

ORGANISASI GURU

1. Guru menerangkan secara terperinci berkaitan topik pembelajaran respirasi


dalaman menggunakan paparan slide di hadapan murid.

2. Guru memastikan setiap pelajar fokus dan memberi perhatian sepenuhnya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) agar mereka dapat memahami topik
yang telah dipelajari.

3. Guru akan membahagikan murid kepada 5 kumpulan.

ORGANISASI MURID

1. Murid harus menumpukan perhatian Ketika guru menerangkan tentang topik


pembelajaran.

2. Murid akan berada dalam kumpulan masing-masing.

3. Setiap kumpulan mengadakan perbincangan ringkas tentang apa yang mereka


telah faham berkaitan topik pembelajaran bersama ahli kumpulan.

4. Setiap kumpulan akan membina soalan berkaitan respirasi dalaman untuk


diajukan kepada kumpulan lain.
ORGANISASI KELAS
TEAM STAND AND SHARE

1. Ahli kumpulan murid yang dipilih guru akan berdiri.


2. Kumpulan lain akan memberikan soalan berkaitan respirasi dalaman kepada ahli
kumpulan yang berdiri.
3. Kumpulan yang berdiri hanya dibenarkan duduk jika bersetuju dan berkongsi
jawapan atau pendapat dengan pasukan lain.

GUESS THE FIB

1. Setiap kumpulan yang dipilih guru akan memberi tiga penerangan tentang
respirasi dalaman yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi
adalah salah.

2. Kumpulan lain diminta mencari 2 perkara atau pernyataan yang salah.

Alat bantu mengajar (abm)/ bahan bantu belajar (BBM):

 Huraian sukatan pelajaran Sains Sukan Tingkatan 5 , Slide yang dihasilkan


oleh guru sendiri , laptop, LCD
3. PENILAIAN Aktiviti 1:ASSESMENT

1. Guru menilai pemahaman pelajar dengan memberi


soalan pengukuhan.
2. Murid menjawab soalan tersebut selama lima minit.
3. Guru akan membincangkan jawapan soalan pengukuhan
tersebut.

Nilai
1. Kefahaman
2. Pemerhatian

Soalan pengukuhan
Nama : Tingkatan :

1. Dimanakah lokasi berlakunya respirasi dalaman?

2. Dimanakan lokasi berlakunya respirasi luaran?

3. Dalam proses respirasi sel, gas apakah yang akan diresap dalam sel badan?

4. Terangkan respirasi dalaman secara ringkas?

5. Apakah akan berlaku selepas oksigen bertemu dengan sel darah merah
(hemoglobin) ?

Aktiviti 2:

Guru akan menilai pemahaman murid tentang topik sistem respiratori melalui aplikasi quizizz.
Sebanyak 5 soalan akan diberikan kepada murid selepas pembelajaran.

https://quizizz.com/join/quiz/618d272341b3e1001f3b15a3/start?studentShare=true

4. PENUTUP Komponen dan Kriteria kemahiran Penutup:-

Perkaitan Kognitif:

1.Membuat rumusan: Murid diminta untuk membuat rumusan terhadap topik pembelajaran
hari ini.

2. Mengulangi isi-isi penting: Murid diminta untuk menyatakan kembali isi-isi penting yang
telah dipelajari.

3. Menjalankan aktiviti penilaian: Guru memberi skala markah kepada setiap kumpulan
daripada hasil pembentangan yang dibuat.
4.Mencadangkan aktiviti susulan: Guru meminta murid untuk belajar topik baharu sebelum
hadir ke kelas pada hari lain.

5.Menjalankan aktiviti pengukuhan: Guru memberi Latihan tambahan kepada murid.

Perkaitan sosial:

1. Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar: Pelajar berjaya memahami dan menerangkan


topik pelajaran hari ini dengan baik.

2.Memberi peneguhan posoitif: Guru memberikan hadiah sebagai galakan kepada murid.

3. Mewujudkan perasaan ingin tahu: Guru memberikan maklumat dengan lebih mendalam
bagi menambahkan pengetahuan berkaitan system respirasi yang diaplikasikan dalam
kehidupan harian.

4. Memotivasikan perasaan ingin belajar: Melibatkan semua murid untuk turut serta dalam
setiap aktiviti.

5. Mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang: Murid memberi peringatan untuk belajar
secara sendiri di rumah kepada murid.

5. REFLEKSI Pada bahagian ini guru perlu: Menyatakan isu/masalah signifikan yang dikenal pasti /
Kekuatan/Tindakan penambahbaikan

Menyatakan isu :
1. Guru mendapati ada murid yang tidak ada keyakinan untuk menjawab soalan yang
diajukan.

Penambahbaikan :
1. Guru perlu mengadakan sesi soal jawab setiap kali kelas agar murid dapat mengatasi
ketakutan dan murid dapat menyakinkan diri untuk menjawab soalan.

LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2 : NOTA BERKAITAN RESPIRASI LUARAN SEBAGAI RUJUKAN MURID
1. RESPIRASI LUARAN

-Berlaku di alveolus dalam paru-paru.

-Semasa respirasi luaran, darah yang melalui


paru-paru mengangkut oksigen di alveolus.
Oleh itu, berlaku perbezaan tekanan oksigen
di dalam alveolus dan kapilari darah.

Tekanan separa oksigen tinggi di alveolus menyebabkan oksigen meresap masuk ke dalam kapilari
darah

-Pada waktu yang sama , tekanan separa karbon dioksida adalah tinggi dalam kapilari darah
berbanding tekanan separa karbon dioksida di dalam alveolus. Oleh itu, karbon dioksida akan
meresap masuk ke dalam alveolus untuk dihembus keluar melalui paru-paru

LAMPIRAN 3 : PROSES PENGANGKUTAN OKSIGEN OLEH DARAH

 Darah adalah bendalir tisu yang mengalir dalam kapilari darah


 Darah bertindak sebagai medium pengangkutan oksigen yang cekap disebabkan bantuan daripada
hemoglobin.
 Hemoglobin merupakan pigmen merah yang terdapat sel-sel darah merah (eritrosit).
 Oksigen mengikat dengan hemoglobin dalam bentuk oksihemoglobin yang mana lebih stabil, Dengan
kata lain:
Hemoglobin + Oksigen = Oksihemoglobin
 Oksihemoglobin ini akan dibawa dengan darah ke bahagian-bahagian badan yang kekurangan
oksigen.
 Apabila sampai ke sel-sel badan yang kekurangan oksigen, oksihemoglobin akan terurai untuk
melepaskan oksigen dan hemoglobin.
Oksihemoglobin + Oksigen = Hemoglobin
 Oksigen yang dilepaskan akan diserap oleh sel-sel badan, manakala hemoglobin akan kembali ke
paru-paru untuk mengikat oksigen baru.
 Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel juga akan meresap ke dalam kapilari darah
untuk dibawa oleh hemoglobin ke alveoli.
 Kemudian, karbon dioksida akan diusir keluar daripada paru-paru semasa proses menghembus nafas.
LAMPIRAN 4 : PROSES PERTUKARAN GAS RESPIRASI DI PARU-PARU DAN TISU

 Udara sedutan (oksigen) masuk ke dalam paru-paru melalui alveolus.


 Kepekatan udara dalam alveolus lebih tinggi berbanding kepekatan oksigen di dalam kapilari darah.
 Oksigen larut pada lapisan alveolus dan meresap di dalam kapilari darah.
 Darah yang memasuki kapilari darah pada alveolus mempunyai kepekatan karbon dioksida yang lebih
tinggi daripada udara di dalam alveolus.
 Sel darah merah mengandungi hemoglobin. Oksigen bergabung dengan hemoglobin =
oksihemoglobin
 Darah yang mengandungi oksihemoglobin diangkut ke jantung dan dipam ke seluruh badan.
 Apabila darah sampai ke sel badan yang tidak mempunyai oksigen yang cukup, hemoglobin terurai
dan oksigen dibebaskan dalam sel
 Di dalam sel badan proses respirasi sel berlaku
 Oksigen digunakan untuk mengoksidakan glukosa bagi membebaskan air, tenaga, dan karbon
dioksida.
 Karbon dioksida dari sel meresap ke dalam kapilari darah dan dibawa semula ke jantung.
 Jantung mengepam darah yang mengandungi karbon dioksida ke alveolus.
 Karbon dioksida disingkirkan semasa menghembus nafas.

LAMPIRAN 5 : NOTA BERKAITAN RESPIRASI DALAMAN SEBAGAI RUJUKAN MURID

2. RESPIRASI DALAMAN

- Berlaku di tisu badan


- Respirasi dalaman melibatkan pertukaran gas di
peringkat sel di dalam badan. Tekanan separa
oksigen dalam kapilari darah lebih tinggi
berbanding tekanan separa oksigen di dalam sel.
Oleh itu, oksigen akan meresap dari kapilari darah
ke dalam sel.

- Pada waktu yang sama, tekanan separa karbon dioksida tinggi di dalam sel berbanding di dalam
darah. Oleh itu, karbon dioksida akan meresap ke dalam kapilari darah dari sel.
PROSES EKSPIRASI

 Semasa respirasi luar berlaku, darah yang kurang oksigen melalui sistem pulmonari dan membentuk
“scarlet river yang akan Kembali semula kepada jantung.
 Jantung akan mengangkut/mengepam darah yang banyak oksigen ke seluruh badan menggunakan
sistem sistemik.
 Pada masa yang sama, karbon monoksida diangkut daripada darah.
 Oleh sebab sel pada badan manusia menggunakan oksigen secara berterusan, maka kandungan
oksigen dalam darah lebih rendah berbanding kandungan oksigen di alveolus.
 Pada masa yang sama, sistem sistemik- sel tisu menyerap oksigen daripada darah dan membuang
karbon dioksida daripada sel ke dalam darah.
 Kepekatan kandungan karbon dioksida yang tinggi pada kapilari pulmonari berbanding pada alveolus
menyebabkan karbon dioksida di dalam darah keluar ke alveolus dan karbon dioksida dibuang oleh
paru-paru semasa menghembuskan udara
 Ketika darah membuang karbon dioksida, darah daripada paru-paru yang masuk ke dalam vena
pulmonari mengandungi oksigen yang tinggi dan kandungan karbon dioksida kurang bersedia untuk
dipam oleh jantung ke sistem sistemik.
 Maka oksigen daripada alveolus melalui membrane pernafasan ke dalam darah kurang oksigen pada
kapilari pulmonari.
 Pada masa yang sama, sel tisu mengambil oksigen daripada darah pada sistem sistemik dan
membuang karbon dioksida daripada sel tis uke dalam darah.
 Oleh sebab kepekatan kandungan karbon dioksida yang tinggi pada kapilari pulmonari berbanding
pada alveolus, karbon dioksida di dalam darah keluar ke alveolus dan karbon dioksida dibuang oleh
paru-paru semasa menghembus udara.
 Ketika darah membuang karbon dioksida, darah daripada paru-paru yang masuk ke dalam vena
pulmonari mengandungi oksigen yang tinggi dan kandungan karbon dioksida kurang bersedia untuk
dipam oleh jantung ke sistem sistemik

SKEMA JAWAPAN

1. Berlaku di tisu badan.


2. Berlaku di alveolus dalam paru-paru.
3. Gas oksigen
4. -respirasi dalaman adalah pertukaran gas antara kapilari darah dan tisu tubuh. Darah dalam
kapilari darah adalah tinggi beroksigen.maka gas oksigen dalam kapilari darah akan meresap
masuk ke dalam tisu tubuh. Darah dalam kapilari darah kurang karbon dioksida. maka
karbon dioksida meresap dari kapilari darah ke dalam alveolus
5. Hemoglobin + Oksigen = Oksihemoglobin

You might also like