You are on page 1of 3

2

RPH SAINS TS25

TAHUN : 4 ALPHA

SUBJEK : SAINS

STANDARD KANDUNGAN : 3.1 Proses Pernafasan Manusia

STANDARD PEMBELAJARAN :
3.1.4 Mengitlak bahawa kadar pernafasan bergantung
kepada jenis aktiviti yang dilakukan melalui
pemerhatian pada pergerakan dada.
3.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan.

BAHAN BANTU MENGAJAR : Komputer, LCD, video, Jadual lembaran aktiviti,


lembaran interaktif (Quizziz),

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pelajaran, murid Tahun 4 Alpha dapat:


1. Mengenalpasti kadar pernafasan bagi setiap
aktiviti yang dilakukan.
2. Menyatakan kesan aktiviti yang dilakukan
terhadap kehidupan seharian.

KRITERIA KEJAYAAN : Pada akhir pembelajaran, murid mencapai objektif melalui:


1. Menjalankan sekurang-kurangnya dua aktiviti menunjukkan
perbezaan kadar pernafasan. (TP 3)
2. Membuat kesimpulan bahawa aktiviti yang lebih lasak
menyebabkan kadar pernafasan menjadi lebih cepat. (TP
4)
3. Menyatakan sekurang-kurangnya satu kepentingan
melakukan aktiviti kecergasan dalam kehidupan seharian
untuk menjaga kesihatan. (TP 5)
4. Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang jenis-
jenis aktiviti kecergasan yang sesuai dari aspek jantina,
umur dan tahap kesihatan. (TP 6).

RANGKA PENGAJARAN CATATAN/IMPAK

Aktiviti 1. Murid memerhati video gambar tupai mati Menarik minat murid dan
permulaan yang terjatuh dari pokok. mencungkil pengetahuan sedia
(Bahagian 1) 2. Murid diminta memberi inferens mengapa ada murid tentang kaitan
tupai itu dikatakan sudah mati. (Jika tupai proses pernafasan dengan
masih hidup, dadanya akan bergerak benda hidup.
turun dan naik).

RANGKA PENGAJARAN CATATAN/IMPAK

Aktiviti Utama 1. Melalui aktiviti ‘Hot Seat’, murid Mengingat kembali kandungan
(Bahagian 2) mengingat semula: pelajaran yang telah dipelajari
 Laluan udara dan pergerakan dada untuk dikaitkan dengan
semasa menarik dan menghembus pembelajaran hari ini.
nafas.
 Fungsi tulang rusuk dan diafragma.
2
RPH SAINS TS25

 Maksud kadar pernafasan manusia.

2. Murid diterangkan bahawa aktiviti


seharian boleh dibahagi kepada 3 Murid dipupuk pemikiran kritis
kelas, iaitu aktiviti berkadar mereka dengan membuat
pernafasan rendah, sederhana, dan analisa sebelum
tinggi. Secara berkumpulan, murid melengkapkan peta pokok.
menyenaraikan 3 aktiviti mengikut
jenis kelas menggunakan Peta
Pokok.

3. Setiap kumpulan menerima lembaran


aktiviti. Murid diminta merekod
bilangan pergerakan turun naik dada
sepanjang aktiviti nanti.

4. 2 kumpulan dipilih untuk menjalankan


aktiviti berkadar pernafasan rendah.
Seorang wakil kumpulan akan duduk
membaca buku selama seminit.
Selepas itu, murid mengira
pergerakan naik turun dadanya
dengan cara berbaring di lantai
sambil meletakkan kotak kasut
kosong di atas dadanya.

5. 2 kumpulan yang lain diminta unuk


menjalankan aktiviti berkadar
pernafasan sederhana. Wakil
kumpulan akan berjalan mengelilingi
blok darjah kelas selama seminit.
Murid mendapatkan kadar pernafasan
dengan cara yang sama seperti pada
langkah 4.

6. 2 kumpulan selebihnya menjalankan


aktiviti berkadar pernafasan tinggi.
Wakil kumpulan akan berlari/
melompat bintang selama seminit dan
kadar pernafasannya dikira dengan
cara yang sama.
Murid dapat membandingkan
7. Setiap kumpulan akan mendapatkan bilangan pergerakan turun naik
maklumat daripada kumpulan melalui dada bagi jenis aktiviti yang
kaedah ‘STAY STRAY’. berlainan dengan melihat data
yang diperolehi oleh kumpulan
lain.

Murid dapat menilai


pengetahuan mereka secara
8. Di paparan komputer murid
terus melalui markah yang
menjawab 5 soalan dalam lembaran
diperolehi setelah menjawab
interaktif (Quizziz)
soalan.
2
RPH SAINS TS25

RANGKA PENGAJARAN CATATAN/IMPAK

1. Berdasarkan rekod lembaran aktiviti,


murid dibimbing untuk mengetahui
bahawa:
a) Kadar pernafasan bergantung
kepada jenis aktiviti yang dijalankan.
b) Semasa melakukan aktiviti cergas, Pengukuhan pengetahuan
badan memerlukan lebih banyak murid
udara. Oleh itu, peparu memerlukan
lebih banyak udara, dan
menyebabkan kadar pernafasan
bertambah.
Aktiviti
c) Semakin lasak aktiviti yang
Penutup
dijalankan, semakin cepat kadar
(Bahagian 3)
pernafasan manusia.

2. 2 orang murid diminta berkongsi


pendapat mengenai kepentingan
melakukan aktiviti kecergasan dalam
kehidupan seharian.

DISEDIAKAN OLEH:

PN. HASNIATUL HUSNA BT ABU HUSIN

You might also like