You are on page 1of 17

MODUL PELAKSANAAN AKTIVITI

‘ICE- BREAKING’ DAN LDK


( PANDUAN FASILITATOR )

DISEDIAKAN OLEH :

UNIT DISIPLIN SK BUKIT PERAH


KURSUS KEPIMPINAN
TAHUN 2022

ANJURAN BERSAMA :

BADAN DISIPLIN & PENGAWAS

SASARAN :

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua & Pen. Ketua


Kelas.

TARIKH PELAKSANAAN :

25 JULAI 2022
( ISNIN)

BERTEMPAT DI :
Dewan SK Bestari SK Bukit Perah
2

Apa itu LDK ?

Latihan dalam kelompok bermaksud aktiviti-aktiviti terancang yang dijalankan secara


bersama-sama oleh ahli-ahli kelompok dengan panduan dan bimbingan fasilitator bagi
mencapai suatu matlamat yang tertentu.

Etika Kelompok LDK :

1. Penerimaan tanpa syarat


2. Kerahsiaan
3. Keterbukaan
4. Keikhlasan
5. Keterlibatan dengan rela hati
6. Tidak menghakim
7. Rasa kepunyaan (belonging) kepada kelompok
8. Tiada tindakan secara fizikal terhadap ahli lain.

Panduan kepada Fasilitator untuk mengendalikan kelompok :

1. Fasilitator mesti merujuk modul yang disediakan bagi memastikan keselerasan aktiviti
dan perkembangan peserta dalam seminar. Ikut cadangan objektif dan langkah
pelaksanaan aktiviti supaya dapat mencapai matlamat dan objektif seminar seperti yang
diamanahkan oleh penganjur.

2. Duduk dalam bulatan atau ladam kuda. Pastikan semua ahli dapat melihat satu sama lain.
Cara dan bentuk kedudukan boleh diubah suai pada sesi berikutnya.

3. Fasilitator elakkan menggunakan gantinama diri “cikgu”. Disarankan untuk


menggunakan gantinama diri ”saya”.

4. Mulakan sesi dengan salam dan ucap sejahtera, doa. Fasilitator boleh menyerahkan tugas
memulakan sesi kepada ketua kelompok bagi sesi kedua dan seterusnya.

5. Pada sesi pertama fasilitator mestilah bijak membina hubungan yang mesra dengan ahli
supaya diterima oleh kelompok. Terangkan tentang LDK dan etika kelompok.

6. Mulakan setiap sesi dengan rapport dan semak keselesaan ahli. Kemudian imbas kembali
aktiviti yang lepas untuk memastikan ada kesinambungan.

7. Luaskan peluang bercakap kepada semua ahli.

8. Gunakan permainan-permainan kecil (energizer) bagi menimbulkan minat atau untuk


menghilangkan rasa bosan atau hilang perhatian ahli.

9. Pada sesi akhir fasilitator mengajak semua ahli bermaafan dan bersalaman.
3

ICE-BREAKING
4

ICE-BREAKING

AKTIVITI 1
TAJUK : MEMBENTUK KELOMPOK KATEGORI
TARIKH : 25 JULAI 2022
MASA : 8.30 pagi – 9.00 pagi (30 minit)
TEMPAT : Dewan Dewan SK Bukit Perah
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Menilai ketangkasan peserta bertindak mengikut arahan yang diberikan.

PELAKSANAAN :

1. Peserta beratur mengikut kumpulan masing-masing.


(Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua & Pen.
Ketua Kelas )
2. Setiap peserta dikehendaki membentuk satu kelompok besar
berdasarkan;
a. Abjad pertama nama ibu
b. Bulan kelahiran yang sama.

PENILAIAN : Peserta dinilai kecekapan mereka bergerak mencari kumpulan masing-


masing.

RUMUSAN : Banyak faktor yang boleh menjadikan penyebab kejelekan antara sesama
manusia yang baru dikenali.

FALSAFAH :

1. Menimbulkan rasa kemesraan dan kejelekitan antara sesama


peserta.

AKTIVITI 2
5

TAJUK : TEPUK DAN SORAK CEMERLANG PEMIMPIN


TARIKH :
MASA :
TEMPAT :
SASARAN : Peserta-Peserta Kursus Kepimpinan
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Menjalin ikatan persahabatan dengan erat antara sesama peserta.

PELAKSANAAN:

1. Peserta beratur mengikut kumpulan yang baru dibentuk.

2. Setiap peserta bertepuk dan bersorak mengikut arahan ketua


fasiltator dengan penuh bersemangat

PENILAIAN : Kumpulan dinilai berdasarkan kekreatifan mereka didalam membentuk jenis


tepukan dan sorakan yang relevan dengan program.

RUMUSAN : Sesuatu ikatan mestilah dijalinkan dengan lebih erat dengan sesuatu sebagai
jambatan penghubung kepada ikatan tersebut.

FALSAFAH :

1. Melatih peserta berkomunikasi dengan cara berkesan dalam masa


singkat dengan orang yang baru dikenali.

2. Mencungkil sifat berani dalam diri peserta.

AKTIVITI 3
6

TAJUK : 30 KOTAK AJAIB


TARIKH :
MASA :
TEMPAT :
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Edaran 30 Kotak Ajaib
OBJEKTIF :

PELAKSANAAN:

1. Setiap peserta menerima sehelai edaran 30 kotak ajaib (Lampiran I).

2. Peserta diminta berjumpa sahabat mereka yang dari berlainan


kumpulan dan bertanyakan mana-mana satu soalan daripada kotak
ajaib.

3. Jawapan hanya ”ya” atau ”tidak”

4. Jika jawapan ”ya” dapatkan nama, nombor telefon dan tandatangan


peserta.

5. Jika jawapan ”tidak” tanya peserta lain.

6. 10 peserta yang lewat diminta menyanyikan 1 lagu patriotik.

PENILAIAN : Peserta dapat berkenalan dengan peserta lain.

RUMUSAN : Peserta dapat mengguna skil berinteraski dengan peserta dari kumpulan lain
dan mengetahui minat serta latarbelakang peserta yang ditemui.

FALSAFAH :

1. Melatih peserta berkomunikasi dengan cara berkesan dalam masa


singkat.

2. Mencungkil sifat berani dalam diri peserta.


7

MODUL
LDK

AKTIVITI 1
TAJUK : RANTAI NAMA
8

TARIKH :
MASA :
TEMPAT :
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF :

1. Sebagai satu tanda perkenalan antara peserta dan peserta serta dan
fasilitator.

2. Mengeratkan lagi kerjasama antara peserta disamping mengetahui serba


sedikit pengenalan diri kawan.

Prosedur :

1. Peserta pertama diminta untuk memperkenalkan diri(nama,bilangan adik


beradik,cita-cita)

2. Peserta kedua pula akan memperkenalkan diri tetapi sebelum itu dia
harus menyebut apa yang diperkatakan kawan yang pertama tadi.

3. Proses ini berlaku sehingga orang yang terakhir dimana dia akan
mengulang apa yang diperkatakan orang yang pertama sehinggalah orang
yang sebelumnya.

4. Kemudian barulah dia memperkenalkan dirinya kepada semua.

5. Fasilitator boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk sesi ini supaya ia


menjadi lebih menarik.

AKTIVITI 2
TAJUK : 10 KELOMPOK TERBILANG
9

TARIKH :
MASA :
TEMPAT :
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Kertas Mahjong dan Marker.

OBJEKTIF :
1. Peserta dapat bekerjasama menyempurnakan tugasan dalam
kumpulan. (Perpaduan dan kerjasama dari ahli kumpulan
adalah penting membolehkan sesuatu penyelesaian dibuat.)

2. Membolehkan peserta berfikir secara kritis dan inovatif dalam


menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. Setiap
permasalahan ada

PELAKSANAAN :

1. Ahli kumpulan diminta melantik ketua dan penolong ketua


kumpulan serta menjenamakan semula kumpulan mereka.

2. Fasilitator akan mengawasi ahli kumpulan membuat aktiviti


yang diberi. Kumpulan diminta untuk membentuk:

a. Nama Kumpulan dan Moto (atas kertas mahjong)

b. Sorakan kumpulan masing-masing

3. Dipersembahkan untuk dinilai.

AKTIVITI 3
TAJUK : Keluargaku Sahabatku
10

MASA : 11.00 pagi – 11.30 pagi (30 minit)


OBJEKTIF :
1. Mengeratkan lagi silaturahim antara kumpulan.

2. Mengenal asal-usul keluarga dan kawan-kawan.

3. Berkongsi masalah pelajar yang mungkin hadir dalam keluarga.

PROSEDUR :

1. Pelajar akan diberi borang yang akan disediakan.

2. Kemudian pelajar dikehendaki mengisi borang tersebut sehingga


siap.

3. Selepas itu lipatkan kertas tersebut menjadi sepucuk surat dan


ditulis pada muka depan nama sahabat yang paling disukai dalam
kumpulan tersebut.

4. Kemudian fasilitator akan mengambil semua surat tersebut dan


menyerahkan kepada pelajar yang berkenaan.

5. Kemudian pelajar akan disuruh baca surat tersebut dan


mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih dia untuk
menjadi sahabatnya.

6. Bagi yang tidak dapat mencari namanya fasilitator akan


menerangkan kemungkinan pelajar tersebut mempunyai masalah
dalam pergaulan dengan kawan-kawan.

LAMPIRAN: KELUARGAKU SAHABATKU


11

NAMA :

UMUR : TARIKH LAHIR :


CITA-CITA :

NAMA AYAH :
NAMA IBU :

BILANGAN ADIK-BERADIK : orang LELAKI: PEREMPUAN:

KENANGAN BERSAMA KELUARGA:-

MANIS :

PAHIT :

IMPIAN UNTUK KELUARGA :-

KENAPA SAYA SAYANG SAHABAT SAYA?

AKTIVITI 4
TAJUK : BISIKAN BAYU
12

TARIKH :
MASA :
TEMPAT :
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Edaran, Wisel, Kertas A4 dan pensel
OBJEKTIF :
Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu
berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai.
Prosedur :

1. Peserta berada dalam satu barisan.

2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej.

3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.

4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap


kali wisel dibunyikan.

5. Peserta-peserta lain tidak boleh menoleh ke belakang.

6. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya.

7. Setelah selesai, Fasilitator :

a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang


diterima.

b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang


diterima.

c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang


diberikan.

FALSAFAH :
1. Jika mesej itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui seorang demi
seorang, mesej yang akan diterima kelak akan ditokok tambah atau
didapati ada kekurangannya.

2. Jangan terlalu mudah percaya pada khabar angin dan hendaklah dikaji
terlebih dahulu akan kebenaran sesuatu cerita yang didengar.

3. Adalah lebih baik menyampaikan satu-satu maklumat itu secara


bertulis.

Lampiran – Aktiviti Bisikan Bayu


13

ADA SEEKOR ANAK KAMBING ADA SEEKOR ANAK KAMBING


DI LEHERNYA ADA LOCENG DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … BUNYINYA KLING … KLING …
KLING KLING
DITENDANG OLEH MALING DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING JATUH TERGULING-GULING
LALU MATANYA JULING LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBING ADA SEEKOR ANAK KAMBING


DI LEHERNYA ADA LOCENG DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … BUNYINYA KLING … KLING …
KLING KLING
DITENDANG OLEH MALING DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING JATUH TERGULING-GULING
LALU MATANYA JULING LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBING ADA SEEKOR ANAK KAMBING


DI LEHERNYA ADA LOCENG DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … BUNYINYA KLING … KLING …
KLING KLING
DITENDANG OLEH MALING DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING JATUH TERGULING-GULING
LALU MATANYA JULING LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBING ADA SEEKOR ANAK KAMBING


DI LEHERNYA ADA LOCENG DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … BUNYINYA KLING … KLING …
KLING KLING
DITENDANG OLEH MALING DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING JATUH TERGULING-GULING
LALU MATANYA JULING LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBING ADA SEEKOR ANAK KAMBING


DI LEHERNYA ADA LOCENG DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … BUNYINYA KLING … KLING …
KLING KLING
DITENDANG OLEH MALING DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING JATUH TERGULING-GULING
AKTIVITILALU
4 MATANYA JULING LALU MATANYA JULING
TAJUK : SI PUTIH DAN SI HITAM

AKTIVITI TAMBAHAN
14

TAJUK : SI PUTIH DAN SI HITAM


TARIKH :
MASA :
TEMPAT :
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
ALATAN : Alat Tulis dan Edaran
OBJEKTIF :

1. Supaya ahli kumpulan dapat mengenal pasti sifat positif dan negatif
yang terdapat dalam diri masing-masing.

2. Ahli kumpulan dapat memikirkan cara-cara memperkembangkan sifat


positifnya.

PROSEDUR :

1. Fasilitator mengedarkan inventori sifat positif dan negatif kepada


setiap ahli.

2. Fasilitator menerangkan sifat positif dan negatif berserta contoh.

3. Ahli menerangkan sifat positif dan negatif dalam masa 5 minit.

4. Fasilitator memilih beberapa orang ahli secara rawak dan meminta


ahli menerangkan 2 sifat positif serta contoh perlakuan atau perkara
yang telah dilakukan.

5. Seterusnya fasilitator memilih dan meminta ahli menerangkan 2 sifat


negatif serta memberikan cadangan bagaimana menghapuskan sifat-
sifat tersebut.

6. Setiap ahli diberikan peluang untuk membantu dan memberikan


pendapat serta cadangan kepada ahli lain.

FALSAFAH :

1. Setiap individu mempunyai sifat positif dan negatif.

2. Sifat positif harus dikekalkan dan diperkembangkan manakala yang


negatif harus dihapuskan.

Lampiran – Aktiviti Si Putih dan Si Hitam


15

INVENTORI SIFAT POSITIF DAN NEGATIF

BIL SIFAT POSITIF SAYA SIFAT NEGATIF SAYA

TAJUK : KAPAL KARAM


TARIKH :
16

MASA :
TEMPAT :
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
ALATAN : Edaran
OBJEKTIF :

1. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas berserta dengan


pemikiran yang tajam.

2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru.

PROSEDUR :

1. Fasilitator mengedarkan lampiran kepada peserta.

2. Peserta dikehendaki menyenaraikan 6 orang yang perlu diselamatkan


mengikut keutamaan.

3. Setelah itu fasilitator meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka


tentang penyusunan nama tersebut.

4. Peserta-peserta lain diminta memberi pendapat.

FALSAFAH :

3. Seseorang itu perlu bijak bertindak.

4. Tenang menghadapi saat-saat genting.

5. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.

Lampiran – Aktiviti Kapal Karam


17

Senarai 10 orang terapung-apung di laut kerana kapal yang mereka


naiki telah pecah dilanda ombak dan karam di lautan. Kapal anda
hanya ada ruang untuk 6 orang sahaja.

Tugas Anda !
Senaraikan 6 orang mengikut keutamaan, orang yang akan
diselamatkan.

ORANG KAYA YANG BUDIMAN

KAWAN KARIB

IBU YANG SAKIT TUA

PENCURI YANG INSAF

ABANG YANG BUTA

GURU KELAS ANDA

BAPA YANG TIDAK BEKERJA

ORANG MISKIN

PEMUDA YANG BAIK HATI

ADIK YANG NAKAL

You might also like