You are on page 1of 14

Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

MODUL -1-
PEMBINAAN KAREKTOR

Aktiviti -1 - : Jam Bahagia


: Pecah Bendungan
: Suai Kenal
: Bina Pasukan
Aktiviti - 2 - : Kemahiran Sosialisasi
Aktiviti - 3 - : Personaliti Unggul
Aktiviti - 4 - : Senamrobik
: Sukaneka
: Tresurehunt
Aktiviti - 5 - : Latihan Menggilap Bintang
Malam Menggilap Bintang

1
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

TAJUK JAM BAHAGIA

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini murid dapat:

Mewujudkan kejelekitan antara mereka yang terdiri


daripada pelbagai kaum dan latar belakang.
Mewujudkan kemesraan dan hubungan yang erat
antara
mereka.

PERSONALIA GBKSM
MASA 60 minit (1 jam)
BAHAN Lagu
PROSEDUR
1. Fasilitator meminta murid membentuk satu bulatan besar.
2. Murid diminta menyebut nombor mengikut bilangan dalam
bulatan besar tersebut dan mesti ingat nombor masing-
masing.
3. Nombor ganjil diminta bergerak satu langkah besar ke
hadapan.
4. Nombor ganjil juga diminta pusing ke belakang dan
menghadap pasangan masing- masing.
5. Murid diminta memberitahu nama, alamat dan perasaan
masukSBP. Semasa bertemu setiap pasangan di hadapan
mereka sambil lagu dimainkan secara perlahan.
6. Murid diminta bergerak arah kanan sama ada diluar bulatan
atau dalam bulatan untuk bertemu pasangan seterusnya.
7. Arahan ‘go’ daripada fasilitator akan dibuat setiap 25 saat
dan murid akan bergerak.
8. Aktiviti akan dihentikan setelah masa yang ditentukan tamat
9. Fasilitator akan meminta secara rawak sepuluh orang murid
untuk bertanya nama nama rakan yang dikenali serta
perasaan mereka sepanjang berlangsungnya aktiviti tadi.

FALSAFAH TAK KENAL MAKA TAK MESRA .

2
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

TAJUK KITA SERUPA

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

Mewujudkan kejelekitan antara mereka yang terdiri


daripadapelbagai kaum dan latar belakang.
Mewujudkan kemesraan antara murid-murid baru tingkatan
satu.

PERSONALIA GBKSM
MASA 60 minit (1 jam)
BAHAN Tiada
PROSEDUR
1. Fasilitator meminta murid mencari kumpulan mengikut
bulan kelahiran (masa peruntukan 10 saat ). Setelah
kumpulan terbentuk, setiap kumpulan dikehendaki memilih
seorang daripada ahli kumpulan tersebut yang paling
pemalu dan dikehendaki menyanyikan sebuah lagu.

2. Kemudian, murid dikehendaki dalam masa 10 saat mencari


kumpulan mengikut warna kegemaran yang sama. Dalam
kumpulan warna kegemaran, pilih seorang yang paling
garang dan arahkan supaya dia melakonkan watak yang
garang.

3. Dalam masa 10 saat juga, arahkan murid mencari kumpulan


yang mempunyai minuman kegemaran yang sama. Pilih
seorang murid yang mempunyai watak keibuan/kebapaan
untuk melakonkan bagaimana seorang ibu atau bapa
memarahi anaknya yang degil.

4. Setelah selesai, dapatkan refleksi daripada murid mengenai


aktiviti tadi.

FALSAFAH TAK KENAL MAKA TAK MESRA

3
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

TAJUK TEKA SIAPA SAYA

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

Berkenalan dan berinteraksi dengan lebih berkesan


Meningkatkan keyakinan diri dan berasa seronok
menjalankan aktiviti bersama rakan-rakan baru.

MASA 1 jam 30 minit


BAHAN Kertas warna dan bekas
PROSEDUR
1. Fasilitator mengedarkan nama dan kertas kosong pelbagai
warna ke dalam bekas kepada para murid dan murid
dikehendaki menulis biodata diri.

2. Para murid berkumpul di dataran secara rawak dan murid


mencari rakan berdasarkan nama yang tertera di atas
kertas.

3. Murid perlu proaktif dalam mencari rakan lain dalam tempoh


lima (5) minit dan mengenali rakan baru berdasarkan butir-
butir berikut:

a. Butir peribadi – nama, asal, warna kegemaran.


b. Perasaan hari pertama di sekolah
c. Tujuan ke Sekolah Berasrama Penuh
d. Jenis personaliti anda

4. Murid dikumpulkan semula secara rawak.

5. Pilih 10 murid untuk dibentangkan butiran peribadi dan


biodata diri rakan mereka di dalam kumpulan besar.

6. Murid membuat rumusan akhir.

FALSAFAH Sebaik-baik kenalan, kenalilah hati budinya

4
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

AKTIVITI BINA PASUKAN


TAJUK

Pada akhir aktiviti ini murid dapat :


OBJEKTIF

Bertoleransi dan bekerjasama dalam kumpulan


Mewujudkan suasana perbincangan dan percambahan idea
Mempertahankan idea dengan menangkis hujah- hujah dari
kelompok lain.

MASA 30 minit
BAHAN Manila kad , Kertas mahjung, Marker pen, Gunting, Gam,
Magic pen / pensel
PROSEDUR
1. Fasilitator menerangkan aktiviti yang akan dijalankan.

2. Para murid dikumpulkan dalam beberapa kumpulan.

3. Kumpulan diberi tugasan untuk membina logo, motto dan


lagu kumpulan dalam masa 30 minit

4. Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat


persembahan dalam masa 5 minit sahaja.

5. Setiap kumpulan memberi markah/ penilaian kumpulan


sendiri dan kumpulan lain.

6. Para murid dikumpulkan untuk berbincang hasil tugasan dan


membuat rumusan.

Kerja berkumpulan lebih baik daripada seorang


FALSAFAH

5
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

TAJUK KEMAHIRAN SOSIALISASI

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

Mencari kawan yang sesuai dengan dirinya


Menilai erti sebuah persahabatan yang tidak mengambil
kira perbezaan latar belakang.

MASA 45 minit

ALATAN Kertas mahjong dan marker-pen

LANGKAH- 1. Fasilitator akan mengarahkan untuk memilih rakan yang


LANGKAH paling rapat dan membentuk satu kumpulan. (maksimum
sembilan (9) orang)

2. Setiap murid akan menulis apa yang menyebabkan rakan


mereka dalam kumpulan itu berhak duduk dalam kumpulan
itu. Butir yang ditulis :

i. Nama dan kebaikan rakan

3. Kertas itu dipegang oleh murid itu sendiri.

4. Fasilitator akan menanyakan mengapa anda yang terpilih di


dalam kumpulan tersebut?

5. Ahli kumpulan yang lain akan dipilih secara rawak untuk


memberitahu mengapa rakan itu terpilih.

6. Fasilitator akan menyerlahkan kelebihan mereka yang


terpilih.

7. Perbincangan dan rumusan.

FALSAFAH Setiap manusia dijadikan sempurna dan mempunyai kelebihan dan


kekurangan.

6
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

TAJUK BOM, BOM, BOM

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Menerima segala kritikan dan bersikap terbuka


II. Mengenali dirinya sendiri dengan lebih mendalam

MASA 1 jam 30 minit

ALATAN Bendera kumpulan dan kertas bersaiz A4

LANGKAH- 1. Murid menamakan kumpulan mengikut nama yang


LANGKAH dipilih.
2. Murid akan duduk di dalam kelompok kumpulan dan
bersedia untuk menerima arahan seterusnya daripada
fasilitator.
3. Kumpulan yang akan memulakan permainan perlu
membuat sorakkan nama kumpulan dan menyebut
nama kumpulan lain yang mahu serang.
Contoh sorakan ”Mulan bom, Mulan bom. Mulan
bom to Berry bom”
4. Maka kumpulan yang mewakili Berry perlu menyahut
sorakan tersebut dengan pantas dan terbatal
sekiranya terlambat berbuat demikian.
5. Setiap kumpulan bebas untuk memilih kumpulan yang
ingin diserang.
6. Fasilitator akan memberikan penalti dengan
menyingkirkan mana-mana kumpulan yang dilihat
tidak bersedia (lambat bertindak balas) atau tidak
peka kepada serangan kumpulan lain.
7. Akhirnya, fasilitator mengumpulkan semua murid dan
merumuskan tujuan permainan tersebut.

FALSAFAH Bersatu kita tegah, bercerai kita roboh.

7
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

TAJUK SIAPA PALING PANJANG

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

Menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif .


Membina kerjasama dalam kumpulan.

PERSONALIA GBKSM
MASA 30 minit
ALATAN Tiada

PROSEDUR
1. Murid berkumpul di padang dan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan dengan bilangan ahli adalah sama
banyak.

2. Fasilitator memberi taklimat mengenai aktiviti yang akan


dijalankan.

3. Fasilitator meminta semua kumpulan membuat satu


rantaian panjang menggunakan apa yang ada pada diri
badan mereka.

4. Kumpulan yang menghasilkan rantaian terpanjang akan


dikira sebagai pemenang.

5. Fasilitator meminta pandangan daripada beberapa ahli


kumpulan mengenai permainan tersebut.

FALSAFAH Cara yang paling baik mengaktifkan diri anda, adalah memberi
tugasan kepada diri sendiri ( Alex Osbom)

8
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

TAJUK SENAMROBIK

OBJEKTIF Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

I. Menggalakkan murid melakukan aktiviti fizikal dalam


tempoh masa yang lama.

II. Aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh seterusnya dapat


menyihatkan badan.

III. Mempelajari seni tarian yang digabung jalinkan dalam


bentuk senaman.

PERSONALIA Guru Pendidikan Jasmani


MASA Aktiviti 45 minit
BAHAN Radio, kaset /CD yang sesuai.

PROSEDUR 1. Semua murid berkumpul di padang/dewan.

2. Fasilitator memberi taklimat mengenai aktiviti yang akan


dijalankan.

3. Murid diminta untuk berdiri dengan menjarakkan diri di


antara satu sama lain untuk memberi ruang kepada
pergerakan yang dilakukan.

4. Lagu tertentu dipasang mengikut kesesuaian rentak dan


senaman.

5. Murid diminta melihat dan mengikut pergerakan


fasilitator secara beramai-ramai.

6. Selepas bersenam fasilitator meminta pandangan


beberapa orang murid mengenai perasaan mereka di
dalam melakukan senaman tersebut dan faedah
bersenam.

FALSAFAH : Badan sihat, otak cergas.

9
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

TAJUK SUKANEKA

Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

Menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.


Mengeluarkan peluh agar badan menjadi sihat.
Membina kesefahaman dalam berkumpulan.

PERSONALIA GBKSM
MASA 45 minit
BAHAN Selipar berikat, guni, ping pong, sudu, span, botol,
baldi, air, bakul dan bebola dari sampah.
PROSEDUR
1. Semua murid dalam kumpulan masing-masing.

2. Fasilitator meminta supaya setiap dibahagikan kepada


dua kelompok kecil untuk tujuan pertandingan
permainan ini. Setiap aktiviti dilakukan dalam satu
pusingan. Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki
menghabiskan semua aktiviti yang telah di atur atau
mengikut ketetapan masa fasilitator.

3. Di antara aktiviti ialah:

Berpasangan berlari dengan selipar terikat.


Berlari di dalam guni.
Membawa bola pingpong dalam sudu dengan tangan
Mengisi air dalam botol dengan span.
Memasukkan bebola ke dalam bakul dengan cara
membelakang.

4. Markah dikira berdasarkan jumlah pungutan dan masa


terpantas.

Hidup yang penuh dengan aktiviti selalu menguntungkan


FALSAFAH kesihatan.” - (Napoleon Bonaparte)

10
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

TAJUK TREASURE HUNT

OBJEKTIF
Pada akhir aktiviti ini murid dapat :

Menggalakkan murid berfikir kritis dan kreatif.


Murid berusaha menyelesaikan masalah dalam
kumpulan.
Menggalakkan interaksi dan komunikasi berkesan.

PERSONALIA GBKSM
MASA 1 Jam 30 minit
TEMPAT Kawasan Sekolah.
PROSEDUR
1. Murid dalam kumpulan masing-masing.

2. Fasilitator memberi arahan dan menyampaikan


maklumat ’treasure hunt’.

3. Aktiviti dijalankan mengikut stesen:

Stesen -1- : Menyanyikan lagu sekolah


Stesen -2- : Menyenaraikan sepuluh (10) nama
guru di sekolah
Stesen -3- : Menyenaraikan lima nombor plat kereta
guru
Stesen -4- : Membentuk satu gambar dari semua
tangan ahli kumpulan.
Stesen -5- : Membuat satu gubahan dari bahan
terbuang yang terdapat di kawasan
sekitar

4. Murid melakukan aktiviti ’treasure hunt’ seperti dalam


arahan.

5. Pemenang dikira berdasarkan kepada kepantasan


mereka menyelesaikan tugasan dan kesempurnaan
tugasan yang dilakukan.

6. Murid diminta untuk memberi ulasan aktiviti yang


dijalankan.

Murid dapat melakukan aktiviti fizikal sambil berseronok dan

11
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

FALSAFAH mengenal kawasan sekolah.

TAJUK LATIHAN MENGGILAP BINTANG

Diakhir aktiviti murid:

Dapat menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif


Menggalakkan interaksi dan komunikasi berkesan dalam
kumpulan.
Membina keyakinan diri murid supaya tidak gentar serta lebih
berani ketika membuat persembahan di hadapan orang ramai.
Meningkatkan lagi kejelekitan hubungan sesama ahli
kumpulan.
Dapat mencungkil bakat serta potensi diri mereka

ALATAN Mengikut Kesesuaian


MASA 6 Jam
PERSONALIA GBKSM/ Guru Kelas / Guru Pendidikan Seni / Guru Rumah
PROSEDUR 1. Murid telah dibahagikan mengikut kumpulan.

2. Kaunselor memberi taklimat berkaitan malam menggilap


bintang

3. Tema diberi contohnya persahabatan, kasih sayang, kesenian


Islam, Jati diri atau tema silang Budaya.

4. Persembahan dalam bentuk drama, pentomin, koir,boria,


bicara berirama,dikir barat dan nasyid.

5. Setiap kumpulan di bawah bimbingan Pembimbing Rakan


Sebaya dan pemantauan olek kaunselor,guru muzik dan
warden.

6. Latihan dijalankan selama enam (6) jam pada waktu petang


atau malam sebelum persembahan dijalankan.

FALSAFAH Kami dipimpin menjadi pemimpin

12
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

TAJUK PROGRAM MALAM MENGGILAP BINTANG

OBJEKTIF Di akhir aktiviti murid:

Dapat menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif


Menggalakkan interaksi dan penyatuan idea dan satu
keputusan
Membina keyakinan diri murid supaya tidak gentar serta lebih
berani untuk membuat persembahan di hadapan orang
ramai.
Meningkatkan lagi kejelekitan hubungan sesama ahli
kumpulan dan PRS
Dapat mencungkil bakat serta potensi diri mereka

MASA 2 jam 30 minit


ALATAN PA Sistem, Dewan dan mengikut kesesuaian
PERSONALIA GBKSM/ Guru Kelas / Guru Pendidikan Seni / Guru Rumah
PROSEDUR
GBKSM memberi maklumat kepada semua AJK berkaitan
perjalanan program Malam Bakat.

Berikut merupakan tentatif cadangan malam bakat.

 Murid berkumpul di dewan


 Tetamu kehormat hadir
 Bacaan doa
 Ucapan wakil murid tingkatan satu
 Ucapan pengetua
 Persembahan murid mengikut kumpulan
 Penyampaian hadiah
 Ikrar murid baharu
 Majlis bersurai

FALSAFAH Semua Insan mempunyai potensi Diri

13
Minggu Silaturahim Tingkatan Satu

SEKIAN
TERIMA KASIH

14

You might also like