You are on page 1of 14

MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK

HARI / TARIKH Ahad (19.03.2023)


TAJUK Perhimpunan (Tema: Semangat Kembali ke Sekolah)
1. Menyampaikan maklumat dan info kepada seluruh warga SK
Langkawi.
OBJEKTIF 2. Memastikan perhimpunan berjalan lancar dan teratur.
3. Memberi pengalaman sebenar kepada murid – murid bagi
memulakan pengurusan minggu pertama persekolahan 2023/2024.
SASARAN Semua murid dan guru
MASA 08.15 pagi – 08.45 pagi (30 minit)
TEMPAT Dataran Kejat SK Langkawi
ALATAN Siaraya dan teks pengacaraan
1. Pengawas bertugas menyusun kerusi guru – guru seperti yang
ditetapkan.
2. Semua murid berbaris mengikut barisan kelas masing-masing.
3. Pengawas bertugas mengambil tempat.
4. Senarai pengawas yang bertugas:

a) Pengacara: Muhammad Akif Rayyan bin Mobd Azhari


b) Konduktor muzik: Muhammad Hafiy Danish bin Yus
c) Bacaan Ikrar Rukun Negara: Aflah Fayyadh bin Mohd
Rozaimi
d) Bacaan Ikrar Murid: Muhammad Hariz bin Syaiful Hazni
e) Bacaan doa: Muhammad Luqman bin Md Lizan.
f) Menaikkan bendera:
i. Amnan Imtiyaz binti Mohd Zulkifli
ii. Ainul Aqilah binti Deddy Isma Helmi
iii. Iskandar Haris
LANGKAH-LANGKAH
5. Perhimpunan dimulakan seperti yang direncanakan.
6. Ucapan guru bertugas: Puan Noorsabihah binti Muhammad.
7. Penyampaian sijil penghargaan kepada peserta Lawnball Negeri
Kedah.
8. Ucapan pentadbir: Encik Ibrahim bin Abdullah, Guru Besar SK
Langkawi.
9. Tetamu yang turut hadir:

i. Encik Asraf bin Ahmad – Yang Dipertua PIBG SK


Langkawi
ii. SM Khatijah binti Kamaruddin – Pegawai Perhubungan
Sekolah.

10. Sesi interaksi guru dan murid.


11. Perhimpunan bersurai.
MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK
HARI / TARIKH Ahad (19.03.2023)
KELAS 3 Arif
TAJUK Jom Snap
OBJEKTIF Mengambil gambar murid mengikut kelas masing-masing.
SASARAN Semua murid
MASA 8.45 pagi – 9.45 pagi (60 minit)
TEMPAT Dataran Kejat SK Langkawi
ALATAN Kamera
LANGKAH-LANGKAH 1. Murid diminta berkumpul mengikut kelas.
2. Guru menangkap gambar murid bersama guru kelas dan
pembantu guru kelas.
MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK
HARI / TARIKH Ahad (19.03.2023)
KELAS 4 Aspirasi
TAJUK K5 Kawan 5 Jari
OBJEKTIF Murid akan dapat:
1. Mengenalpasti tangan kanan dan kiri.
2. Mengenalpasti fungsi tangan
3. Mengira sambil bermain.
SASARAN Semua murid
MASA 10.15 pagi – 10.45 pagi (30 minit)
TEMPAT Kelas masing-masing
ALATAN Jari
LANGKAH-LANGKAH 1. Murid diminta mengangkat tangan kanan dan kiri.
2. Murid mengikut arahan yang diberikan dengan pantas.
3. Murid diberi pilihan untuk menjawab soalan lisan dengan
mudah.
4. Murid menyebut nombor dan sibol mengikut arahan guru.
5. Murid menggerakkan jari mengikut rumah sa dan puluh..
6. Setiap ahli kumpulan berkongsi perasaan berkaitan perasaan
apabila menjawab soalan pantas.
7. Proses akan tamat setelah murid-murid dipilih secara rawak
untuk menjawab soalan lisan
8. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing
murid.
9. Guru membuat rumusan dan refleksi

HARI / TARIKH Ahad (19.03.2023)


MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK
KELAS 4 Aspirasi
TAJUK My Emoji
OBJEKTIF Murid akan dapat:
1. Mengenalpasti emosi diri.
2. Membina kesejahteraan emosi yang positif.
3. Menghargai diri dan menghormati orang lain.
SASARAN Semua murid
MASA 10.45 pagi – 11.15 tengah hari (30 minit)
TEMPAT Kelas masing-masing
ALATAN Kertas A4, pensil, pensil warna, gambar emoji
LANGKAH-LANGKAH 1. Murid dipaparkan emoji diri dan penerangan berkaitan setiap
emoji.
2. Murid melakar emoji diri pada kertas A4 yang diberikan.
3. Murid diberi pilihan untuk melukis atau mewarna emoji yang
dirasakan sesuai dengan diri murid.
4. Murid perlu menulis nama, kelas dan penerangan berkaitan
emoji yang dipilih.
5. Murid bergerak membentuk kumpulan mengikut emoji yang
dipilih.
6. Setiap ahli kumpulan berkongsi perasaan berkaitan emoji
yang dipilih dan ketua menyenaraikan isu yang
dikemukakan.
7. Wakil setiap kumpulan berkongsi isu yang dikumpulkan
kepada ahli kumpulan yang lain.
8. Kumpulan lain akan menghantar satu pesanan balas
menggunakan emoji untuk menyokong atau memujuk
perasaan yang dirasakan oleh kumpulan tersebut.
9. Proses akan tamat setelah semua kumpulan membentang dan
menerima maklumbalas dari kumpulan lain.
10. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing
murid.
11. Guru membuat rumusan dan refleksi.

HARI / TARIKH Ahad (19.03.2023)


KELAS 6 Arif
MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK
TAJUK Surat Untukmu
OBJEKTIF Murid akan dapat:
1. Menerapkan nilai kasih sayang dan hormat-menghormati
kepada ibu bapa dan guru.
2. Memupuk diri supaya bercita-cita untuk berjaya.
SASARAN Guru dan murid
MASA 11.45 tengah hari -12.45 tengah hari (60 minit)
TEMPAT Kelas masing-masing
ALATAN Kertas/buku tulis dan alat tulis
LANGKAH-LANGKAH 1. Guru menerangkan cara untuk menulis “Surat Untukmu”
berpandukan contoh yang dilampirkan.
2. Murid diminta menulis surat impian kepada insan yang
tersayang (Ibu bapa/ penjaga/ guru)
3. Murid dipilih secara rawak untuk membacakan surat
yang di hadapan kelas.

HARI / TARIKH Isnin (20.03.2023)


KELAS 4 Aspirasi
TAJUK Stay Active
MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK
OBJEKTIF 1. Memahami konsep kecergasan, prinsip latihan dan langkah-
langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
2. Mempertingkatkan jasmani dengan membina daya tahan
kardiovaskular, kekuatan daya tahan otot serta meningkatkan
kelenturan badan, ketangkasan dan kelajuan.
SASARAN Semua murid
MASA 8.15 pagi – 8.45 pagi (60 minit)
TEMPAT Tapak perhimpunan
ALATAN Pembesar suara
LANGKAH-LANGKAH 10. Guru berdiri di hadapan murid.
1. Murid berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu.
2. Guru melakukan aktiviti memanaskan badan dan murid
mengikut pergerakan tersebut.
3. Muzik dimainkan dan guru membuat pergerakan senamrobik.
4. Murid mengikut pergerakan yang dilakukan oleh guru.
5. Muzik berentak perlahan dimainkan dan guru melakukan
aktiviti cooling down.
6. Murid mengikut pergerakan yang dilakukan oleh guru.

HARI / TARIKH Isnin (20.03.2023)


KELAS 3 Aspirasi
SLOT Ada Berani?
MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK
TAJUK Tic Tac Toe
OBJEKTIF Murid akan dapat:
1. Membantu membina kemahiran strategi dan mengasah
kemahiran berfikir.
2. Meningkatkan daya tumpuan dan konsentrasi.
3. Melatih pemikiran dari pelbagai sudut perspektif.
SASARAN Murid Tahap 1
MASA 10.45 pagi -11.45 tengah hari (60 minit)
TEMPAT Kelas masing-masing
ALATAN Kertas/buku tulis dan alat tulis
LANGKAH-LANGKAH 1. Guru menerangkan cara permainan tic tac toe
berpandukan contoh yang dilampirkan.
2. Murid diminta bermain permainan secara berpasaangan
(2 orang Murid)
3. Murid mula bermain dengan membuat tanda ‘x’ dan ‘o’
secara bergilir-gilir di dalam grid 3x3 yang telah
disediakan.
4. Murid yang berjaya meletakkan tiga tanda berturut-turut
sama ada mendatar, menegak atau menyerong akan
memenangi permainan ini.
5. Guru berperanan sebagai pemerhati dan membimbing
murid semasa aktiviti dijalankan.

HARI / TARIKH Isnin (20.03.2023)


KELAS 6 Arif
SLOT Ada Berani?
TAJUK Ikut Saya
MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK

OBJEKTIF Murid akan dapat:


1. Meningkatkan kemahiran motor kasar serta ketangkasan murid.
2. Meunjukkan keseronokkan semasa melaksanakan aktiviti.
SASARAN Murid Tahap 1
MASA 12.45 pagi -13.15 tengah hari (30 minit)
TEMPAT Kelas masing-masing
ALATAN Kertas tapak kaki & tapak tangan
LANGKAH-LANGKAH 1. Guru menerangkan cara untuk aktiviti Ikut Saya.
2. Guru akan melekatkan 12 keping tapak kaki & tapak
tangan di atas lantai menggunakan salotape mengikut
kreativiti guru sendiri. (Guru perlu sediakan salotape
tersebut).
3. Kemudian, setiap murid perlu mengikut gambar tapak
kaki & tapak tangan dengan berhati-hati.
4. Murid dipilih secara rawak untuk menceritakan refleksi
terhadap aktiviti yang dijalankan.

HARI / TARIKH Selasa (21.03.2023)


KELAS 6 Arif
TAJUK Boeing 444
OBJEKTIF Murid akan dapat:
MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK
1. Mengenal matlamat diri
2. Membina keyakinan diri
3. Menghargai diri dan menghormati orang lain.
SASARAN Guru dan murid
MASA 7.45 pagi -9.15 pagi (1 jam 30 minit)
TEMPAT Kelas
ALATAN Kertas A4
LANGKAH-LANGKAH 1. Murid diberikan kertas A4.
2. Murid dibimbing untuk membuat origami kapal terbang
kertas.
3. Murid perlu menulis nama dan impian/matlamat hidup
pada kapal terbang kertas berkenaan.
4. Murid akan menerbangkan kapal masing-masing dan
guru akan memilih kapal yang paling jauh boleh terbang.
5. Guru boleh membuat kesimpulan kenapa kapal tersebut
boleh terbang paling jauh dengan mengaitkan beberapa
perkara seperti jenis kertas digunakan,bentuk
kapal,aerodinamik dll.
6. Setiap murid akan membaca impian/matlamat dalam
hidup yang ditulis diatas kapal masing-masing.
7. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing
murid.

HARI / TARIKH Selasa (21.03.2023)


KELAS 6 Arif
TAJUK My Message & Sign Language
OBJEKTIF 1. Mengenalpasti ayat/ perbuatan yang ingin disampaikan.
MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK
2. Menyampaikan mesej dengan betul.
3. Mencatatkan mesej yang disampaikan dengan struktur yang
betul.
SASARAN Semua murid
MASA 9.15 pagi – 9.45 pagi (30 minit)
TEMPAT Kelas masing-masing
ALATAN Klu (perkataan & arahan), whiteboard dan marker pen
LANGKAH-LANGKAH 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan yang kecil dan duduk
dalam barisan.
2. Untuk sesi 1 (My Message Game), wakil murid yang berada
di hadapan setiap kumpulan mengambil klu (mesej) yang
ingin disampaikan.
3. Murid bisik di telinga kawan belakang, dan ulang langkah
yang sama.
4. Murid terakhir dalam kumpulan perlu menulis ayat yang
didengari di atas whiteboard.
5. Kumpulan dengan jawapan yang paling tepat adalah
pemenang.
6. Untuk sesi 2 (Sign Language Game), wakil murid di
hadapan kumpulan akan mengambil klu (tingkah
laku/perbuatan) yang ingin disampaikan.
7. Murid akan melakonkan perbuatan berdasarkan kepada klu
yang diberikan tanpa menggunakan suara kepada rakan di
belakangnya.
8. Ulang langkah no 7 sehingga murid di belakang sekali dalam
setiap kumpulan. Murid tersebut perlu menulis mesej di atas
whiteboard.
9. Kumpulan dengan jawapan yang betul adapalah pemenang.
10. Guru sebagai fasilitator dalam membimbing murid.
11. Guru membuat rumusan dan refleksi

HARI / TARIKH Selasa (21.03.2023)


KELAS 2 Arif
TAJUK Mesyuarat Agung Kelab & Persatuan
MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK
OBJEKTIF 1. Menjalankan sesi pemilihan ahli jawatankuasa kelab bagi sesi
2023/2024.

SASARAN Guru dan murid


MASA 10.45 pagi -11.45 pagi (60 minit)
TEMPAT Mengikut lokasi yang ditetapkan
ALATAN Kertas/buku tulis dan alat tulis
LANGKAH-LANGKAH 1. Guru Penasihat memperkenalkan guru kelab masing-masing
kepada murid.
2. Guru membimbing murid menjalankan sesi pemilihan ahli
jawatankuasa kelab bagi sesi 2023/2024.
3. Ahli jawatankuasa yang dipilih memperkenalkan diri masing-
masing.

HARI / TARIKH Rabu (22.03.2023)


KELAS 3 Arif
TAJUK Pelancaran Ihya Ramadan
OBJEKTIF 1. Perasmian Majlis Ihya Ramadan
MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK
2. Memberi pendedahan kepada murid tentang ibadah puasa dan
bulan ramadan.
SASARAN Guru dan murid
MASA 8.45 pagi -9.15 pagi
TEMPAT Mengikut lokasi yang ditetapkan
ALATAN Kertas/buku tulis dan alat tulis
LANGKAH-LANGKAH 1. Guru dan murid menjalankan bacaan Surah Yaasin.
2. Guru Besar menjalankan Pelancaran Ihya Ramadam.
3. Murid mendengar ceramah berkaitan puasa dan bulan
ramadan.
4. Murid menjawab soalan kuiz yang diberikan.
5. Guru memberikan hadiah kepada murid yang berjaya
menjawab soalan kuiz dengan baik.

HARI / TARIKH Rabu (22.03.2023)


KELAS 2 Arif
TAJUK Tuju Getah
OBJEKTIF 1. Membanding beza jumlah yang diperolehi.
2. Meningkatkan kemahiran komunikasi.
3. Memupuk kosentrasi dan focus dalam sasaran.
MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK
SASARAN Semua murid
MASA 10.45 pagi -11.15 pagi (30 minit)
TEMPAT Kelas masing-masing
ALATAN Gelung Getah , Gelung Rotan
LANGKAH- 1. Pemain/ Perserta akan disediakan 10 gelang getah . Gelang getah
LANGKAH yang disediakan ini digunakan untuk membaling ke Kawasan
sasaran (Gelung Rotan)
2. Letakkan 5 gelung getah di dalam Kawasan gelung rotan
3. Pemain akan berdiri ditempat yang disediakan iaitu pada jarak 4-5
meter dari tempat sasaran.
4. Pemain perlu membaling getah yang disediakan dan getah yang
dibaling tersebut perlulah bertindih dengan gelang getah yang
terdapat di Kawasan gelung rotan.
5. Sekiranya gelang getah yang dibaling tidak bertindih (tidak
mengenai sasaran), peserta yang seterusnya akan membuat
balingan.
6. Sekiranya peserta berjaya mengenai sasaran, peserta tersebut akan
mengambil semua gelung getah yang berada dalam gelung rotan
tersebut.
7. Permainan ini mempunyai 5 pusingan, sekiranya tiada ppeserta
yang berjaya,permaianan akan diulang semula.
8. Peserta yang berjaya mengumpul getah paling banyak di kira
sebangai pemenang.

HARI / TARIKH Rabu (22.03.2023)


KELAS 2 Arif
TAJUK Banyak Tak?
OBJEKTIF 1. Membanding beza jumlah yang diperolehi.
2. Membina kesejahteraan emosi yang positif.
3. Memupuk semangat bekerjasama dan saling mempercayai.
SASARAN Semua murid
MODUL ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK
MASA 11.15 pagi – 11.45 pagi (30 minit)
TEMPAT Kelas masing-masing
ALATAN Pinggan kertas, straw, gelung getah
LANGKAH-LANGKAH 1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan 20 gelung getah dan satu batang
straw bagi setiap ahli.
3. Murid dikehendaki berbaris di dalam kumpulan dari garisan
pemulaan hingga penamat.
4. Murid dikehendaki memengang straw dengan mulut dan
kedua-dua tangan diletakkan dibahagian belakang badan.
5. Ahli pertama perlu mengambil satu gelung getah
menggunakan strawnya.
6. Kemudian ahli kedua perlu mengambil gelung getah dari ahli
pertama menggunakan straw dan memberikan gelung getah
tersebut kepada ahli yang seterusnya hingga ke garisan
penamat.
7. Ahli terakhir perlu meletakkan gelung getah di dalam
pinggan kertas di garisan penamat.
8. Jika gelung getah terjatuh di atas lantai atau tidak masuk ke
dalam pinggan, gelung getah tidak akan dikira.
9. Murid perlu mengira gelung getah yang terdapat dalam
pinggan kertas kumpulan masing-masing.
10. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing
murid.
11. Guru membuat rumusan dan refleksi.

You might also like